Anak-anak suka bila ummi bacakan buku cerita.Bed time stories atau bila tiada apa-apa aktiviti buku cerita lah yang menyelamatkan keadaan "boring".
Lagi suka bila kita layan macam-macam soalan cepumas mereka.Hoi soalan plak bukan main senang! Berpintal-pintal otak kepala nak jawab! Anak oh anak..
So,kali ini nak kongsi buku-buku cerita menarik dan boleh di kategorikan sesuai untuk toddler & Pra sekolah.
Buku paling famous, Peter & Jane.Adam sangat suka buku ini.sampaikan nak namakan baby.kalau boy,Peter.Kalau girl,Jane.Hehe.Buku yang memperkenalkan vocab dan grammar yang mudah peringkat demi peringkat.
Buku seterusnya The cat in the Hat.Buku ini lain dari yang lain.Dr seuss menulis buku ini seperti pantun pulak.setiap baris ada nada yang serupa yang kreatif .Berbelit belit lidah juga nak membaca,tapi cukup kelakar dan menarik!
Charlie dan Lola ini dikongsikan dari ibu2 di instagram.Buku ini memang kena lah dengan Aufa & Adam terutama bab tolong-menolong antara dua adik beradik.lukisan comel,ceritanya simple tapi ada moral di penghujungnya.
Grolier's book set.Aufa dan Adam baca buku ini bila balik rumah atuk nenek Klang.Dulu ummi baca,sekarang mereka.Ada banyak set antaranya sains & discovery,binatang,tumbuhan,alam semesta,peta dunia dan cerita karakter disney.
Dan buku kisah-kisah dari Al-Quran.yang ni mmg terbaik dan menarik!
Kali ini kita bercerita tentang kisah benar.Bukan kisah dongeng atau rekaan.Kisah dari kitab suci Al-Quran mengikut kefahaman anak-anak.:)
Buku buku ini boleh di dapati di MPH Dan Borders.
Sebenarnya semua buku baik untuk anak-anak.Apa saja buku.Lagi mereka seronok,jika diberi kebebasan memilih sendiri buku yang diminati.
Biasanya suruh mereka pilih satu saja buku yang paling suka.Ok,kena ikut budget! Haha.
Selamat berimaginasi bersama anak-anak!
Ok till we meet again!
No comments:
Post a Comment