ads

Tuesday, August 18, 2009

Princess Smiley :)

Salam Sayang Semua.dah bape hari ek tak update.nak update aksi aufa.aufa skang suka senyum camni.bila ummi suruh senyum.dia akan senyum camni.mata jadi sepit, tunjuk gigi..hehe.bila jumpa orang lain duk usik dia.dorang cakap eeh,comelnye..dia akan buat senyum camni.tergelak2 dorang.bila kita kata comelnye..lagi dia buat senyum camtu..aduh,cair bila aufa senyum camtu..abi & ummi suke sgt..terhibur rasenye..:) pose tangan kat pipi lg!


saya tunjuk gigi :)

sukalah ummi tgk..


aksi2 yg buat ummi rase nak gigit2 aufa ni.


okay, aunties sume..aufa nak bagitau.senyum tu sedekah.aufa tak de ape nak sedekah..aufa sedekah senyum kat aunties sume yer..muahssss..:)
p/s: vote mn satu paling cute.nk join contest ni. dah addicted :)

Monday, August 17, 2009

Contest Before & After Makeover (Sticky Mode)




CONTEST BEFORE & AFTER MAKEOVER

Peraduan ini dianjurkan oleh echa.
Peraduan ini akan bermula pada hari ini, 3 Ogos 2009
dan akan berakhir pada 14 Ogos 2009..


Syarat Penyertaan:


•Menjadi FOLLOWER di blog ini ( DONE )

•Nyatakan LINK blog ini dekat entry memasing ( DONE )

•Jadikan contest ini sebagai STICKY MODE .. ( Dah jadikan sticky note sampai 16 hb.. Sebab tak tau tarikh umum pemenang bile.. :D )


Sangat gigih nak join contest ok.haha.contest ni macam menarik.so,apa lagi..ku mmg tak pandai make over ni.if kuar pun sapu bedak je n sapu lipstick sikit.kadang2 tak pakai pape.=p


okey,ni pic tak make over langsung.masa ni honeymoon baru sampai pulau redang.masa ni tak mandi lagi.muka bacin btol.tgkla en jerawat telah mencabuli kesucian dan kemulusan wajahku.sungguh geram dgn en jerawat! dari time blaja ku memang mengalami masalah jerawat.so, sudah berparut juga muka ni.adus!!



Haha.pic ni setelah di makeover ye tuan puan.hilang segala noda dan jerawat2 ye.masa ni baru selamat diijab kabulkan dgn en hubby.masa kawen memang peluang nak make over sakan kan..mekap bukan main tebal lagi.bulu mata jadi panjang tibe2.haha.


ok,ini pic yang telah digabungkan.amacam? banyak perbezaan kan? haha ;p

Saturday, August 15, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest


Contest…contest…contest! MomBloggerPlanetCutest Baby Photo Contest for the month of Aug 09.Starts from 1st to 15th Aug 09.This month's theme is MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS ContestClick MomBloggersPlanet for the contest rules and details.


Happy Aufa
Hello...

clap hands
curious

sing along songs

try to stand with it
write about toys in the picture :



Abi belikan aufa toys baru ni.yey! thanks abi...Bagi ummi,Vrtech First Baby Walker ini bagus kepada motor skill bayi.ia dapat menguatkan skill permulaan langkah pertama bayi.Ia juga membantu bayi untuk melangkah dengan yakin.Ia juga boleh develop manipulative skill dan hand eye coordination.aufa akan press button yang berwarna warni.aufa juga akan memegang gangang telefon.nak call nenek..Hello...hihi.


Ia juga bagus untuk penkembangan bahasa dan bunyi kerana ia berkomunikasi dengan bayi.Ia mengajar bayi tentang alphabet, perkataan, warna,nombor, muzik ,bentuk,binatang dan sebagainya.


Ia juga sebagai alat bayi untuk merangsang bayi menerokai dan menbelajari.Ia juga aktiviti yang seronok bersama bayi sebab ada 10 popular melodi di dalamnya.aufa sangat suka.goyang2 badan dan tepuk tangan dengan riang.eceh!
Ia juga dapat merangsang penglihatan bayi.dengan fun sound effect, texture design dan colourful shape dapat menarik perhatian aufa bermain dengan seronok.

Yang paling best ia juga pernah memenagi award National Association of Toy & Leisure Libraries - Silver Award Winner 2005 Prima Baby - Best Buy Award Winner 2005





Boleh tanggalkan activity panel for floor play fun and boleh tolak juga.Seronok kan.aufa siap buat peace lagi tu! hahaha.
Opinion about toys in a aerly childhood learning:

Ummi suka beli toys untuk aufa.tapi ummi akan pastikan toys tersebut bermanfaat ubtuk aufa.contohnya educational toys, learning toys and activity toys.ummi juga akan pastikan toys tersebut :

1) bagus untuk stimulasi minda dan otak anak.Ia juga tidak membahaya dan merangkumi kesesuaian usia anak.

2) dapat merangsang imaginasi dan sentuhan bayi. ia juga boleh di jadikan aktiviti bermain bermain bayi.selain dapat membina perkembangan komunikasinya

3) dapat juga dapat merangsang minda dan penglihatan anak kita dengan warna2 terang dan pelbagai karakter alphabet, bentuk, binatang, bunyi,muzik dan sebagainya.

4) dapat berkomunikasi denggan merangsang penggunaan bahasa dan menambah tatabahasa bayi.





Here are the links that must be included in your blog entry. MomBloggersPlanet contest page : http://www.mombloggersplanet.com/1312/cutest-baby-photo-contest-august-09/

PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/


Just follow the steps below and you could grab one of the wonderful prizes.:


1.Get a photo of your baby with his/her favorite toys (Done)
2.Write a blog post about this contest with title MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest (Done)
3.Include your baby’s photo in the post and mention his/her name and date of birth.
(Done)

4.Write about the TOYS in the picture. (Done)
5.Write your opinion about the usage of TOYS in early childhood learning (Done)
6.Include a link to this contest page, PhotoBook Malaysia and AliceWonders in your entry.
(Done)

7.Leave a comment here with link to your blog post (Done)

p/s: fuh fuh..berpeluh.gigih nak join gak..;p

Friday, August 14, 2009

Kematian dan Serangan Sakit Jantung

Salam Sayang Semua.Ummi ada baca ramai mommies yang mengulas tentang kematian mengejut Ustaz Asri Rabbani.Ummi tahu melalui seorang best friend.Dia sms mengatakan ust Asri meninggal pagi tadi ketika buat rehearsal.Pada mula memang tak percaya.Kawan kata kasihan kat anak2 nya.masih kecil- kecil.Memang tersentuh.Memang Insaf.lagi2 bila buka blog arwah Ust Asri.Ini petikan dari blog beliau,

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." ~ Allahyarham Ust Asri Rabbani~

Ummi ada baca petikan berita mengatakan Arwah Ust Asri meninggal kerana serangan sakit jantung.betulkan jika salah ya?

Bagi ummi, serangan sakit jantung memang merbahaya.Ia ibarat suis.tertutup suis terpadam semuanya.Arwah ayah mentuaku juga meninggal kerana serangan sakit jantung.yang lebih sedih arwah meninggal ketika hari pernikahan kami.hubby yang menghantar arwah ayahnya ke hospital pagi itu.dia tidak sangka itu kali terakhir bersama arwah ayah.sejurus hantar hospital.hubby dan wakil ke majlis pernikahan kami.sebelum pernikahan, hubby tahu berita itu.memang kami sangat sedih pada hari pernikahan kami.gembira selamat di ijabkabulkan.Tapi sangat sedih kehilangan arwah ayah di hari bahagia kami. Ku juga tahu perasaan hubby ketika itu. Happy + Terkejut + Sedih + Murung :(

Di sini serba sedikit ummi nak kongsikan tentang serangan sakit jantung ini:-

Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah sesaorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.



Serangan Sakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".


Tanda Serangan Jantung:-

-Sesak nafas.
-Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
-Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
-Berpeluh dingin.
-Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
-Pening kepala dan loya.


Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

-Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
-Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
-Jika anda merokok.
-Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
-Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
-Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
-Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
-Jika anda kurang bersenam.
-Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

-Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
-Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
-Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
-Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
-Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
-Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
-Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan. -Permakanan yang sihat.makan banyak buah- buahan supaya dapat membuang kolestrol dalam badan.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

p/s: kita jaga diri dan keluarga kita sama2 ya..

Thursday, August 13, 2009

Romantic Get-Away Contest

Salam Sayang semua.entry ini special untuk Romantic Get away Contest.Contest ini dianjurkan oleh ummi khayra.Harap menjadikan pilihan hubby ummi khayra ye.:) Mari kawan2 join ramai2.klik saja banner di bawah untuk sertai.=)














Pulau Redang, Terengganu menjadi pilihan destinasi bulan madu kami.Terengganu semestinya dikenali dengan syurga pantai.Kami sangat meminati suasana pantai.Sebelum berlangsung hari pernikahan kami telah memilih pulau redang sebagai salah satu tempat kenangan manis untuk kami. Pulau Redang yang terletak 45km dari pinggir pantai Kuala Terengganu merupakan pulau terbesar dari gugusan sembilan buah pulau yang terlindung di Laut China Selatan. Pulau Redang adalah lebih besar dan mempunyai lebih banyak aktiviti berbanding dengan kedua-dua Pulau Perhentian yang berdekatan.

Memandangkan kami belum pernah sampai ke sana.Perasaan kami agak teruja untuk menikmati permandangan di sana.Ramai yang berkata pulau redang mempunyai air laut yang jernih hidupan laut yang dilindungi, suasana yang tenang dan sebagainya. Selain itu, pulau yang indah ini amat sesuai untuk aktiviti snokel, berenang, menyelam skuba, merentas hutan, menaiki bot dan menaiki kanu. Oleh kerana itu Pulau Redang telah dikenali sebagai Taman Laut


Kelihatan ramai juga pelancong asing yang bercuti di sana.Tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia yang membawa keluarga masing- masing.Untuk kesini anda boleh terus menempah tiket kapal terbang terus ke pulau redang.Jika mahu lebih “adventure” boleh mengambil bot dari jeti kuala terengganu ke pulau redang.Ia mengambil masa sejam untuk sampai ke hotel. Walaupun agak berdebar pada permulaan menaiki bot tapi kami amat puas hati dapat menjamu mata dengan menikmati keindahan sekitar pulau redang sambil angin bertiup kencang.Seronok juga. Ia ternyata pengalaman yang amat berharga.


Bila kami sampai.kami memang sangat teruja.Memang betul apa yang diperkatakan. Subhanallah.Cantiknya ciptaan Allah. Air lautnya yang biru dan jernih sehingga boleh kelihatan ikan berwarna warni berenang di dasarnya.Pasirnya putih dan halus, angin pantai yang mendamaikan meniup pokok pokok kelapa, bunyi ombak yang tidak berhenti seakan berzikir- zikir kepada penciptaNya. Suasana pula sangat tenang.hilang segala kekusutan di kota raya. Pulau redang merupakan salah satu pulau yang masih terperlihara kehijauan dan keindahan pantainya.kami juga dapat menikmati saat indah ketika permandangan mata hari terbenam.Itulah merupakan saat paling romantis bagi kami.

Pulau Redang telah membuatkan kenangan bulan madu kami menjadikan saat yang manis dan romantis dalam hidup.Ternyata kami tidak menyesal memilih pulau redang sebagai destinasi bulan madu kami.Pulau Redang sesuai untuk tempat bermadu kasih mahupun aktiviti riadah bersama keluarga.Kami tentu akan ke sana lagi bersama anak- anak kami.InsyaAllah.=)
p/s: sorry ayat2 agak romantis je and macam ayat so occasion je entry ini.jangan muntah ye..;p

Monday, August 10, 2009

Sape Zee Avi?

Salam Sayang semua.Khamis lepas ummi ke IK talk di Hotel Cititel.ingat tak entry jakun ummi jupe Irfan Khairi ari tu.masa tu abi je dapat masuk.so, abi bagi can ummi plak dengar and abi jaga aufa.hehe.talk ni free je.just preview untuk ke program peoplepreneur yang ummi ada terangkan di entry IK lepas.talk start kul 8.30pm.so, before masuk the room.dah BF aufa dulu.siap pesan macam2 kat abi.eceh!.abi relax je.ummi je risau lebih2.aufa just fine..:)

Talk tu ofkosla citer about bisnes matter.but, ummi tertarik bila the MC, Mr Jefri citer about Zee Avi ni.dia tanya kenal tak Zee Avi? in the room only 3 persons je kenal die.yang lain terpinga2.sapa tu? dok kenal pong? tetibe..hehe.MC tengah explain about medium promoting , uniqueness of product bagai.titibe termasuk citer pasal Zee Avi ni.uols kenal tak?

Zee Avi ni umo baru 23tahun.muda setahun dari ummi.asal dari Miri,sarawak.seorang penyanyi,penulis lirik.kat malaysia ramai tak kenal dia.tapi dia dah berjaya and famous kat USA sana tu.tiket konsert dia di USA mmg sold out je.mula2 dia posting video die nyayi dalam you tube je sebab ada sorang kawan dia missed performance dia kat KL.bila dia upload,byk positive feedback dia dapat.then macam mane ada producer dari US berminat nak buat album dia.so, dr situla kerjaya dia berkembang sbgi seorang penyanyi dan terkenal di sana.eceh! ummi tak nak komen pasal kerjaya dia, tapi yang nampak kat sini pasaran dia bukan di malaysia.tak compete dgn siti nurhaliza.tapi pasaran dia di US.Mr Jefri tu cakap hidung Zee Avi ni siap kembang macam orang jawa.tapi omputih kat sana minat btol dgn dia.hehehe.

so,bila balik terus google pasal Zee Avi.selain practik kan apa IK sharingla.citer kat Abi gak.terus bukak you tube bagai.so, dengar lagu dia, Kantoi,jadi suka lak.sempoi je.tak sakit telinga and funny.lagu dia bahasa melayu rojak.best! hehe.banyak lagi lagu2 lain.suka gak lagu Honey Bee & Bitter heart.ummi ada letak kat song track ummi gak.:)
bawah ni orangnya, Zee Avi.comel je orgnya..




p/s: aufa well behave jek.pandai gak abi jaga aufa.=)

p/s: excited jupe IK.tapi IK cakap kejap je.30 minutes jek.MC je ckp byk.frust....hehe.IK is so cute! oppps.....abi jgn marah oke..u are my cutie pie ever!! =)

Thursday, August 6, 2009

Video Merangkak

Salam Sayang semua.video aufa merangkak main bola.aktiviti ni bagus tuk encourage die merangkak.tak boleh malas2 ok,aufa.ummi suke gak buat aktiviti yg watie suggest ms di gymboree.angkat aufa, then hayun kaki die sepak bola.aufa suke sgt!.tapi yg ni mmg peluh n mengah la.haha.kuar peluh sume..bagus nak bakar lemak2 degil ku ni.enjoy watching aunties.:)


yey!! good job aufa! clap!..clap!..clap!..

Tarikh Video : 30 julai 2009

umur : 9bulan 26 hari

Tuesday, August 4, 2009

Aufa @ 10 months

Salam Sayang Semua.Hari ini aufa tepat2 10bulan.tak sangka baby yang duduk diam je masa lahir.now,dah aktif cergas betul.aufa lahir masa raya. 4 syawal bersamaan 4 october ialah hari aufa lahir.sempat ummi beraya for 3 days.aufa bagi can ummi makan ketupat,rendang,sambal ikan bilis,minum air sejuk.yum yum.hehe.lagi 2bulan aufa 1 tahun!!.really excited seperti mommies lain juga..:)
hai, cik adik manis.. nak ke pasar ke?...


Aufa's Developments at 10 months :

1) Aufa dah laju merangkak.da teror tau! tepuk tgn tuk saya, aunties...:) bila ummi ke dapur aufa pun ikut.merangkak terkedek2 ke dapur.merangkak masuk bawah meja.siap lepak2 bawah meja.haha.nanti next entry ummi upload video aufa merangkak ye..

2) Aufa pandai geleng kepala bagitau sign TAK NAK..bila berzikir pun aufa geleng kepala.

3) gigi dah 4 batang.gigi atas 2batang besau punya dah keluar! uih,mmg menjerit sakan bila kena gigit..

aufa pun pandai drive tau! jom naik.aufa bawak jalan2

4) aufa makin lasak.tak reti duduk diam.menyusu pun macam2 stail skang.meniarapla, menonggengla.haih! nak pakaikan baju pun susah.memanjat pun da start da.tapi tangga dia belum nampak lagi.;p



5)aufa rajin mengemas gak.berani berdiri memaut meja or kerusi.segala apa yang dia jumpa.abisla dia baling.buku dia koyakkan.kita kemas.dia kemas balik.so,barang berharga or membahayakan dah kena sorokkan.kalo tak,selamat...:)kena tgk pe dia buat sepanjang masa.biasalah..aufa rajin mengutip, aunties..


6) aufa suka mengajuk or meniru.ummi suka buat macam2 expression muka or bunyi2 binatang dgn dia.mana yang dia dapat.she will keep doing it. Bila kita tegur dia.naik suara sikit.haih!! dia pun ikut balik.haih kuat lagi.dia pun ikut kuat lagi! .kita babap tgn dia.dia babap kita balik.hahaha.



ummi,aufa nak online gak..siap2 tekan keyboard



eh, ni gambar aufa lah..comel jugak ea..


7) aufa suka point to skang.ikut tabiat ummi gak la ni.ummi suka point to.tunjuk & bagitau itu ini apa.skang dia plak ikut.point to pape then mulut mengomel2 dalam bahasa dia.bila kuar jalan2 pun sama.uih! riuhnya..tunjuk sana sini..




8) aufa still suka berkepit.tak boleh tak nampak bayang.melalak sekuat hati.ummi masuk toilet,mandi bagai pintu kena buka.mommies yang ada anak kecil mesti biasa camni jugakkan..:) bila dia tidur je, baru boleh marathon masak,setel home chores sume. masak pun simple2 je.slalu msak one dish meal.tak dela nak masak byk2 lauk.nanti belum habis masak, aufa dah melalak..;p




9) aufa suka makanan org besau.keropok ikan pun le makan.suka dia!.tapi makanan dia bila suap selalu tak abis.aufa paling suka hirup sup ayam.then, ummi hancur2kan sekali carrot and kentang dalam sup tu.dia mesti habis punya!


aksi tido paling mempesona.ramai yg tergoda ;p


10) benda yang aufa paling suka main ialah PEN!! genggam je pen.pantang nampak pen kat kocek baju abi.terus dia dgn rakus amik! haha.aufa suka gak main janggut abi...:)
straw pun aufa suka main.minum pakai straw dah le gak.aufa minum air kotak ummi ritu.haha.



11) sampai skang aufa takut dengan atuk dia.atuk kiss,cakap2 dgn dia.terus pandang tempat len.atuk dukung lagila melalak kuat! sian atuk.atuk asik mengeluh,nape aufa xnak atuk..;p
kena slalu tido umah atuk ni.bagi aufa biasa dgn atuk.


12) aufa paling suka tengok gambar yang ada gambar baby or gambar budak2.tak kesahla kat mana2 dia nampak.cepat2 die tunjuk.sambil mulut mengomel2..eh, eh...
aufa dah suka baby ke? aufa nak adik tak?.....hehehe..


1st time aufa usik frame gambar kat situ.abi marah.uwaaa...sian dia..em,xlama lagi kena simpanla sume frame tu.


anak dara yg rajin.mengemas TV console plak.campak sume CD brainy baby dia.haip!


13) aufa pandai wat jari gerak2 NO..NO..NO..hahaha.tak tahan.tiru ummi lagi. ;p

14)yang paling best.aufa dah pandai kiss! siap buat bunyi muah lagi.hehe.lama duk ajar dia ni.sayang aufa.muahs!!


Apa lagi ek.tu je yang ingat..mulut ni memang mengeluh penatnye jaga budak tecik ni.tak reti duduk diam.kadang2 geram juga.tapi dalam hati gembira & bahagia tengok aksi2 dia.bila dia kusyuk "mengemas" sambil mengomel2.terhibur plak rasanya tgk telatah dia.gembira tgk dia cergas explore sana sini..Alhamdulillah..

HAPPY 10 MONTHS OLD SAYANG!

Semoga aufa membesar dengan sihat dan bijak dan menjadi anak yang solehah.amin...
Sayang puteri abi & ummi..muaaaahs!!!

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers