ads

Friday, August 14, 2009

Kematian dan Serangan Sakit Jantung

Salam Sayang Semua.Ummi ada baca ramai mommies yang mengulas tentang kematian mengejut Ustaz Asri Rabbani.Ummi tahu melalui seorang best friend.Dia sms mengatakan ust Asri meninggal pagi tadi ketika buat rehearsal.Pada mula memang tak percaya.Kawan kata kasihan kat anak2 nya.masih kecil- kecil.Memang tersentuh.Memang Insaf.lagi2 bila buka blog arwah Ust Asri.Ini petikan dari blog beliau,

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..." ~ Allahyarham Ust Asri Rabbani~

Ummi ada baca petikan berita mengatakan Arwah Ust Asri meninggal kerana serangan sakit jantung.betulkan jika salah ya?

Bagi ummi, serangan sakit jantung memang merbahaya.Ia ibarat suis.tertutup suis terpadam semuanya.Arwah ayah mentuaku juga meninggal kerana serangan sakit jantung.yang lebih sedih arwah meninggal ketika hari pernikahan kami.hubby yang menghantar arwah ayahnya ke hospital pagi itu.dia tidak sangka itu kali terakhir bersama arwah ayah.sejurus hantar hospital.hubby dan wakil ke majlis pernikahan kami.sebelum pernikahan, hubby tahu berita itu.memang kami sangat sedih pada hari pernikahan kami.gembira selamat di ijabkabulkan.Tapi sangat sedih kehilangan arwah ayah di hari bahagia kami. Ku juga tahu perasaan hubby ketika itu. Happy + Terkejut + Sedih + Murung :(

Di sini serba sedikit ummi nak kongsikan tentang serangan sakit jantung ini:-

Jantung adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah sesaorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.



Serangan Sakit Jantung

Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami keseukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.

Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".


Tanda Serangan Jantung:-

-Sesak nafas.
-Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan lazimnya merebak ketengah atau kiri dada dan selalunya merebak kelengan kiri dan leher.
-Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan.
-Berpeluh dingin.
-Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
-Pening kepala dan loya.


Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari

-Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
-Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
-Jika anda merokok.
-Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
-Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
-Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
-Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
-Jika anda kurang bersenam.
-Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

-Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
-Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
-Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
-Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
-Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
-Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
-Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan. -Permakanan yang sihat.makan banyak buah- buahan supaya dapat membuang kolestrol dalam badan.

Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

p/s: kita jaga diri dan keluarga kita sama2 ya..

4 comments:

Nani~~{@ said...

Al Fatihah buat arwah Ustz Asri..
Salam takziah buat kaum keluarga, sahabat handai..

Thanks for sharing d info US:)

nadnye said...

Alfatihah untuk arwah .... macam lagunya Pergi Tak Kembali..
sekarang ramai yang meninggal dunia sakit jantung..

Ummi Salsabila said...

Padnani ~ Al Fatihah..
ur welcome nani..:)

nadnye ~ btol lagu die tu..mcm die tinggalkan nasihat kat kite lak.
btol2..kn jg kesihatan btol2 ni.pembunuh senyap ni.

ummuabdullahsyaakir said...

Terima ksih US sharekn info ni.Abh UAS pun ada skt jntg juga tapi tetap xnk operation,rela makn ubat je.

Alfatihah buat arwah Ustz Asri.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers