ads
Monday, January 26, 2015
Saturday, January 24, 2015
What I love about pregnancy
Friday, January 23, 2015
Rasyiqa Instant Shawl Murah dan labuh
Thursday, January 22, 2015
Realiti Kehidupan Sekarang?
Sesungguhnya Kami jadikan manusia (hidup) dalam perjuangan yang susah payah.
Tuesday, January 20, 2015
Sunday, January 18, 2015
Buku aktiviti Adam
Wednesday, January 14, 2015
Virgin Coconut Oil untuk ibu hamil
Friday, January 9, 2015
Ragam customer
Thursday, January 8, 2015
Senarai ikan yang boleh dimakan semasa pantang dan Menu Resepi Ibu Pantang
Kena penuhkan peti ais dengan ikan ikan ini.Memang kena hafal ikan ikan ni.Masa pantang Sarah dulu, suami pergi beli ikan keli pula.Lawak betul! HAHA
Persediaan lauk ibu pantang sebenarnya sangat senang.Lauk rebus, ikan di bakar saja pun boleh.Tapi senang-senang pun, paling best adalah si ibu hanya perlu makan sahaja.Hehe.
Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:
1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon
SUP IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.
STEAM IKAN
Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.
SINGGANG IKAN
Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.
IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak
Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.
IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.
IKAN TENGGIRI MASAK ASAM
Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.
Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.
SUP IKAN TENGGIRI
Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup
Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.
IKAN HARUAN GORENG REMPAH
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak
Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.
IKAN HARUAN KUKUS
Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris
Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.
SUP IKAN HARUAN
Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris
Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.
IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.
IKAN GELAMA MASAK ASAM
Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam
Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.
IKAN BAWAL KUKUS HALIA
Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis
Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.
IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)
Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)
Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit
garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.
IKAN PANGGANG HALIA MUDA
Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka
Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak
Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.
IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)
Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.
IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM
Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa
Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.
IKAN BILIS BERKUNYIT
Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.
Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.
IKAN BILIS DAUN KARI
Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.
Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.
Wednesday, January 7, 2015
Senaman ibu mengandung mudah bersalin
Senaman Pelvic Floor bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Biasanya kita itu akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau pun KETAWA! Memang masalah ibu hamil kan? Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang kita mahu.
Lagi satu, ya banyak kan berjalan kaki.Walaupun mengah walaupun penguin walaupun terhegeh hegeh. Bertabah lah kaki.kuatkan semangat setinggi gunung,mommies :)
InshaAallah dipermudahkan kelahiran yang tersayang :)
Monday, January 5, 2015
Nursing YingYang Jubah & Instant Shawl
Mesti anda belum kenal RISHA. Siapa Risha? Bukan bakal isteri anda, bang. Bakal lubuk isteri anda berbelanja ketika pregnant dan sesudahnya, yes.
RISHA //
"The specialist in nursing & maternity wears you can count on"
Yang terbaru, RISHA ada RAYANNA NURSING DRESS. Iaitu ada zip yang panjang di hadapan (16 inci) dan membolehkan bukaan luas. Anda dapat bergaya, bayi dapat menyusu dengan selesa. Win win situation.
They have shawls,blouses, tunics, jubah, princess cut dresses and more. Dan pastilah, more to come. Dari saiz S ke saiz XXL.Untuk itu, follow ;
@Risha_my
@Risha_my
@Risha_my
Facebook mereka : Risha Collection.
Sunday, January 4, 2015
Susu Segar Pilihan Anda?
Susu kegemaran anak-anak selepas weaning off susu badan ialah susu segar. Pernah cuba bagi susu formula untuk nutrisi mereka, tapi mereka tak gemar sangat.Susu segar jugak sedap kot.Ikut Abinya, pengemar susu segar atau yogurt.Ummi je susah sikit minum susu, kecuali perisa coklat.
Sangat penting susu segar dalam list grocerries kami, biasanya di rumah dalam peti ais susu segar dalam tong jenama Good Day (penutup botol biru) atau jenama Farm Fresh ( penutup botol oren). slumber je budak2 ni teguk guk guk guk...Huhu.Alhamdulillah baguslah , jangan lah susah minum susu macam ummi ni..Dah lenguh-lenguh,kaki cramp malam-malam.Telan Calcium PLUS je tahu.
Susu lembu telah menjadi sebahagian besar dari diet kita. Biasanya kita minum untuk breakfast dan juga dimasukkan dalam masakan. Mestilah ramai dah tahu susu penting untuk keperluan Kalsium.Kata aufa & Adam, susu bagus untuk tulang, nak cepat tinggi! Hehe. Susu UHT ni pula apa? Susu UHT ni merupakan salah satu pilihan susu yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dari jenis susu lain.Yelah, kita bukan tinggal di New Zealand, susu fresh perah je dari lembu.Ini lah pilihan yg kita ada :)
Jika untuk untuk travelling atau bawa bekalan, penting juga kami masukkan susu segar kotak dalam list kami. Beli banyak2 untuk bekalan sepanjang percutian.Selalunya marigold UHT menjadi pilihan.
Info tentang susu marigold ( survey marigold vs nestle dari SINI) Selain sedap, khasiat nutrisinya juga penting.
Nutritional information (per 100gm)- Energy-65ml, Protein 3g,Fat-3.3g, Carbohydrate-5.8g, Calcium-100mg, Vitamin A-150mcg,Vitamin B1-0.25mg, Vitamin D- 2.0mcg
Storage instruction - Keep refrigerated below 4Oc after opening
Taste – Light and watery but has a strong “milky” taste
Who will like it – One who likes creamy taste of milk and for those who has severe soy allergies because Marigold does not seem to use soy lecithin as additive compared to Nestle.
Website www.marigold.com.my
Susu kegemaran saya dari dulu adalah yang ini, MARIGOLD HL perisa Coklat.Masa belajar dulu, suka beli.tapi mahal rasanya masa dulu, mampu beli kotak kecik je.mmmm, nikmattttt.rasa dia kow!
Lagi satu susu kegemaran yang ini.SEDAP Sangat! Terliur.
Lama tak jumpa.Mana nak cari ek area KL or Selangor ni?
Friday, January 2, 2015
Daddy boleh rasa baby tendang?
Terharu Excited bila si ayah dapat rasa pergerakan baby.Terharu tengok video ni.:)
Alat atau teknologi untuk "rasa" isteri sakit bersalin pula ada tak? HAHAHA