ads

Wednesday, October 27, 2010

Everyday is a good day!

Salam sayang.

How was yours day? yang penting lebih bersemangat.Walaupun sesibuk mana pun kita,just make sure it was a good day!Ummi ni baru anak dua sudah rasa busy bukan main.belum anak 10 lagi.Boleh ke meneran 10 kali ?.hehe.Orang anak sepuluh boleh uruskan semua,kita lagilah boleh buat.sebenarnya tak perlu semuanya terlalu sempurna,yang penting buat yang terbaik dan belajar memperbaiki dari masa ke semasa.

Memang geram bila anak buat sepah.busy buat pelbagai projek.ada je kerja menyelongkar sana sini.brg2 kita dibawa ke tempat lain.stress bila dia tapi raikanlah fitrah kanak-kanak mereka.fahami lumrah mereka suka explore sana sini. mereka suka bermain.otak mereka sdg berfikir.kita yg perlu kawal kemarahan.

Rasa pening bila dengar anak-anak menangis.rasa bising.Nak mandi kelam kabut.Nak makan tercekik.jadi ibubapa kena banyak sabar.kita harus nikmati saat-saat itu sebab mungkin satu hari dipanjangkan umur nanti kita pula yg menangis rindukan mereka.rasa sepi bila anak2 sudah ada keluarga msg2,haluan msg2.sunyi pula kita. kita pula sayu sedan .


Saya tahu saya harus nikmati setiap saat saya bersama anak-anak.saya bersyukur kerana dapat melihat perkembangan anak-anak di depan mata dan membesarkan mereka.saya suka dengan nasihat dari nieda, yg lain2 tu boleh dibuat kemudian hari, tapi kalau terlepas perkembangan anak, MASA tak boleh diputar balik.dan yg paling indah ialah dpt melihat perkembangan anak-anak depan mata.while, kak ninie calls all of that as 'ganjaran'.i like!. tapi ummi tak pasti sampai bila ummi dapat menikmati 'ganjaran' ini .yang pasti,saya tahu saya akan rindukan saat-saat itu nanti.




Ummi nak cerita some activities anak-anak seminggu lepas.:)




setiap pagi rutin mandikan mereka.selalunya mandikan aufa dulu.ada sekali ummi mandikan adam dulu,aufa complain.ummi,mandikan aufa dulu lah! biasalah,saya tercengang bila pertama kali dia tegur begitu.then,terus tergelak! pandai complain sekarang.tapi kakak tak kisah kalau mandi sama2 dlm tub adik! suka! hehe.


saya gembira bila adakala hubby layan aufa membaca.even hubby sgt busy,ummi appreciate sgt bila luangkan masa sekejap layan aufa.sbb ummi nak anak-anak rapat dgn abinya juga.



Adam pun baca buku ke? hehe.adam dah pandai main toys.dah kenyang elok duduk diam mengulit toys. seronok !



sekarang aufa dah nak pakai tudung bila keluar.bila dia nak tudung,ummi sarungkan.sepanjang outing dia tak cabut.rasa glamor pulak bila berjalan dgn ustazah kecil ini! ramai yg tertarik.comel bertudung kata mereka.hehe.


Cheeky boom boom pula bila outing senang duduk dalam baby carrier je.stroller duduk kat rumah! selesa guna baby bjorn ni.tapi lama-lama rasa sakit pinggang juga bawa budak bam bam ni.


Her favaourite activity.conteng2! ummi layan aufa sekejap.tengok dia dah leka.tinggalkan buat kerja kat dapur.




Playroom ni bilik bawah,dekat dengan dapur.senang jenguk2 sambil kita masak.kena selalu awasi.takut aufa di projekkan adik dia nanti.


Bijak dan lasak sama naik.ada je benda dia nak buat..macam2 akal.kadang-kadang tgk dia aktif semacam je,terpikir ummi terlebih bagi makan vitamin or appeton ke?hehe.



reading time! ummi ajar kakak..pastu ummi suruh kakak ajar adik.tapi tengok, kakak sepahkan flashcard pulak..
My little helper rajin nak menolong ummi kupas bawang jugak.guna pisau set masak2 dia lah! rajin bukan main.bunyi papan pemotong je lebih.haha.besar nanti rajin tolong ummi ye.adik plak tukang tengok je.hehe.
Paling happy bila tengok aufa berselera makan air tgn ummi.ummi masak her favorite food,nasi ayam! ajak makcik dia sekali dtg makan.
weekend bawak anak-anak outing.and weekend is a shopping day for ummi! yeay! thanks kids.both of you was well behaved, kasi ummi shopping dengan aman. muah!
Alhamdulillah...Seronoknya melayan anak-anak sepanjang minggu.It has been awesome days and more to come.InsyaAllah.:)

Saya ada terbaca satu ayat.terus jatuh cinta! , you dont get paid for the hour.but you get paid for the value you bring to the hour.buat aufa dan ada,ummi appreciate every single moments bersama anak-anak ummi kerana ianya terlalu bernilai lebih dari wang ringgit!

walaupun susah payah kita mendidik n membesarkan mereka,pasti berbaloi juga usaha kita.Kerana Allah ada menyebut dalam al-Quran.setiap kesukaran itu ada kemudahan (kebaikan),yang penting,kita sentiasa buat yang terbaik dan dengan hati yang ikhlas.semoga mereka menjadi penyejuk hati kita di dunia dan di akhirat :)

Monday, October 25, 2010

Aufa belajar solat

Alhamdulillah,masuk umur dua tahun ni, aufa dah mula ikut kami solat.Bila ummi nak solat,dia pun dengan lajunya ambil telekung dan sejadah comelnya.suruh pakaikan telekung.telekungnya ummi beli di sarakids.tapi dia tak suka pakai kain.hehe.

Bila kami lambat,dia dah ready excited nak solat.beriya-iya panggil,shalat cepat! nak shalat!

Ini ummi sempat rekod masa aufa ikut Abi solat.Aufa tak habis solat,sebab ummi dan adam kacau kakak solat lah!! :)

Semoga Aufa menjadi anak yang solehah...






:“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Surah Ibrahim: 40)

Monday, October 18, 2010

I need more time...

Sekarang saya rasa saya tak cukup masa..dalam kepala saya nak buat macam-macam.Tapi selalunya tak terbuat...Bila saya tengok satu iklan dalam tv,saya rasa sama macam saya.Sayalah chef di rumah,saya nurse bila anak demam, saya cleaner,semuanya saya.Siapa sangka memang berat tanggung jawab jadi isteri dan ibu...Siapa sangka seorang suri rumah pun tidak cukup masa..
1.Saya mahu blogging dengan kerap.sekarang saya jarang dapat update blog,apatah lagi blogwalking ke rumah kawan2.
2. Saya mahu ada cooking diary macam mamafiza.Saya mahu masak healthy yummy food setiap hari.Maybe bila outing saja boleh makan di luar.Tapi kadang-kadang saya hanya sempat masak nasi goreng untuk lunch..kadang-kadang hanya mee goreng untuk dinner.saya di dapur,adam sudah melalak di hall mahukan umminya.
3.I love baking.saya suka kek dan pastry tapi bukan semua saya tahu buat.saya mahu belajar pelbagai resepi sekerap mungkin.tapi nampaknya impian saya belum tercapai lagi.
4.saya mahu rumah saya sentiasa be organized.cantik.bersih berkilat-kilat setiap hari.saya mahu garden saya dan pokok saya selalu segar dan sihat. tapi nampaknya selalunya tidak begitu.hari ini bersih.besok kotor semula.bawah bersih,tingkat atas pula bersepah.plus, saya ada si kecik yang teramat rajin mengemas rumah.aduhai..
5.Saya mahu buat banyak aktiviti dengan aufa dan adam.saya mahu buat selalu aktivit craft dengan aufa.tapi selalunya bila waktu mereka diam kusyuk bermain toys,saya terpaksa tinggalkan utk buat kerja rumah pula.Bila saya tak dapat layan aufa, mulalah dia buat mcm-mcm projek.mulalah saya menjerit-jerit mcm tarzan.kesian aufa...
6.Saya mahu tolong hubby.hubby selalu minta tolong saya bantu dia nak siapkan projek dia.saya mahu tolong dengan cepat.tapi saya tak cukup masa juga.
Itulah sebahagian yang saya mahu buat,tapi kenapa masa selalu tak cukup..mungkin saya perlu belajar lagi menguruskan masa dengan pantas...
Bertuahnya siapa ada pembantu rumah.Even tiada privacy tapi boleh tolong uruskan rumah tangga.Bukan maksud nak bersenang lenang.bukan tidak bersyukur.cuma membantu saya.tapi saya nak jaga anak-anak sendiri.saya masak sendiri untuk keluarga saya.Tapi saya harap saya sudah buat yg terbaik..
Saya terlalu cerewet? saya terlalu mahukan kesempurnaan? saya belum cekap menguruskan masa? atau mungkin saya tidak sesuai menjadi seorang suri rumah? hehe.
Buat anak-anak ummi.Ummi bukan mengeluh penat menjaga dan membesarkan kalian.cuma ummi berharap ummi dapat buat yg lebih baik buat kalian.:)
ya,ummi akan buat yg terbaik buat kalian.:)
Kawan saya kata, Biar penat,asal puas hati! saya suka yang itu!
Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan kita sebagai seorang ibu dan isteri.Yang penting buat yang terbaik dan termampu dalam setiap perkara.Because Allah always be our side.InsyaAllah...
Nampaknya Adam sudah bangun.sudah menangis bersungguh-sungguh menanti saya.
Adam : ummi, sudah habis waktu blogging ummi.teeeetttt!!! :)
Insy, saya sambung lagi bila ada masa...:)

Sunday, October 10, 2010

A very..very..Happy Birthday!

Salam Sayang,

Yey! 4 oktober lepas, anak ummi ni dah masuk 2 tahun.Alhamdulillah.Sorry lah sayang.This year ummi tak buat celebration macam last year.sebab raya tahun ni kita tak buat open house.kita mengemokkan badan pergi open houses orang lain je.hehe.Ummi belikan kek dan bawak jalan-jalan je eh.:)

Last week,kami cuti-cuti ibu kota di palace golden horses.So, 3 in 1 lah.Celebration, holiday and LOVE ! Happy 2nd Birthday sayang! Semoga menjadi anak yang solehah..




My 2 years old birthday girl ! dah pandai posing ..hehe.




She really loves mickey mouse clubhouse! so,the cake pun ikut her favourite.
ramai juga kawan2 aufa minat dgn si tikus ni eh.hehe


Salsabila Aufa is 2!!


Sekarang Adam dah pandai main.Main toys sama kakak.Bila kakak main cak-cak.Adam respond and laughing. Kakak dah ada kawan nak main! seronoknya..

and special dress on her birthday..:)

cheecky boom nak wish, Happy Birthday kakak! adam sayang kakak...

Do whatever to make you happy.Gembira tengok kakak gembira!

tercabut pula topi saya...

"Ummi, i hate this!" Nak bukak...hehe.

Look, bukan main dia posing.dia buat sendiri.Haha


Happy birthday to you..Happy birthday to aufa..Happy birthday to u..Suruh dia tiup.mulut muncung,tapi tak padam pun candlenya..

Sekali ummi and MIL tolong tiupkan..hehe.

And..cut the cake..Bismillahirahmannirrahim..

Bila dia nampak kek ni,dia dah tak sabar nak makan.dia curious and geram je tengok birthday kek.Mi..nak kuih..nak kuih..tak tahu sebut kek.hehe.


Aufa loves the sugar on it. sibuk korek icing je..

yummy!!!

Nak suap ummi pun pose lentok bukan main lagi! haha.

Happy Birthday darling princess!!!

Bila anak masuk 2 tahun ni, parenting skills kami kenalah juga bertambah.Fasa sellepas ini makin mencabar nampaknya.Masuk 2 tahun ni,ummi perasan banyak juga perubahan dia.Ada juga yang mengejutkan kami.hehe.Kamus perkataan dia makin tebal.hehe.bila bercakap dah boleh sebut 4 perkataan sekali.

Bila solat kami sediakan sejadah dan pakaikan dia telekung.tapi selalunya satu rakaat dia dah rimas bukak telekung dia.dah start jalan-jalan sana sini.Sekarang Alhamdulillah.dia dah nak ikut solat sampai habis.tengok dan ikut kita ruku', sujud, duduk.siap ikut kita baca..shhh...shhhh...sshhh..geram! hehe.

Alhamdulillah, gembira tengok development aufa.Mungkin aufa berubah selari ikut bertambah usianya.Dan ummi tak sabar nak tengok apa lagi 'suprise' dari kakak selepas ini.:)


Happy 2nd birthday,my princess!! muahhhhhh!! we love you..:)

Tuesday, October 5, 2010

Port Dickson dan keluarga bahagia

Salam Sayang semua.

Dah habis cerita raya.kita sambung cerita cuti-cuti malaysia pula.Syawal ke 6 kami bertolak ke port dickson pula.Menetap di Ancasa resort and spa selama 3hari dan 2malam.Tapi cuti-cuti kali ini lebih seronok sebab bawa my family juga.Alhamdulillah,apartment yang disediakan di ancasa sgt selesa dengan dua bilik,dua toilet,tv hall, dining hall dan kitchen.Luas dan nice!

Gambar banyak sangat.Especially gambar anak-anak ummi lah.Kalau rajin dan sempat,nanti upload kat FB.


Sampai awal kami singgah pantai klebang for lunch.Meriah dengan macam-macam jualan.

Look! my howdy cowboy! yippie!!! Nak bergambar dengan kuda bayar rm1 ya.Aufa tak nak.dia takut.hehe.

Lepas check in,lepak-lepak kat bilik dulu.Aufa apalagi,suka bukan main!

This is Adam's first vacation.first time stay hotel and many more first thing for him.:)

Biasalah.My lil explorer ni macam-macam projek.bukak almari.lompat katil.Masuk dalam drawer tak boleh nak keluar.Hehe.

Petang kami turun mandi pool pula.



Kakak memang suka mandi.Walaupun dah kesejukan tetap nak berendam lagi.Suka sampai tak nak pegang dia.Amboi,mana boleh lepas..bahaya.

Adam tak tahan sejuk.landing atas pool patrol dia je.

Malam,kami keluar dinner.Budak-budak dah kepenatan aktiviti seharian tadi.Aufa paling cepat tidur.penat sungguh swim tadi agaknya.hehe.Tenang je tidur sambil dengar bunyi ombak.Suka pantai!

Aktiviti esoknya.Lepas breakfast,landing bermalasan-malasan atas katil.Tengah hari baru kami berjalan-jalan keliling resort dan ke tempat jual2 semalam.




Dah puas tidur.Bangun pagi happy betul!

Blue for boy and pink for girl :)

Four is a magic number!

With kids and siblings.Seronok ramai tukang layan budak-budak.


Tshirt tempat from tecik craft.Thanks nurul! they look cute wearing it.Aufa sangat suka! excited tak sabar nak pakai.Buka pun tak nak.hehe.

After lunch and zohor, jalan tepi pantai lak.tengok orang naik jet ski.naik banana boat.

This is second time aufa ke pantai.sama juga.Still takut dengan ombak.Dia jalan jauh-jauh dari ombak.hehe.

Haha.We had so much fun!!!! Bestnya lompat-lompat!

Petang, kami mandi pool lagi.Kali ini abi pulak terjun.Abi pandai swim.Ummi yang belum pass lagi.hehe.

Aaaa..what happen ummi? kita amik udara jelah kat tepi pool ni.hehe.

Abi nak ajar adam swim juga.Tapi adam tak tahan sejuk lah.kejap je boleh.

Wow.sexynya anak ummi!

Saya penat swim lah.terlentok terus.

Bilik kami mengadap pantai.cantik betul tengok sunset.Subhanallah,indahnya..

Seronoknya bercuti dengan atuk dan nenek.Dulu mak ayah selalu bawa kami cuti sana sini.sekarang ada rezeki kita bawa mereka pula.

Petang kami berjalan ke pantai semula.tengok lah orang sudah bergelar mak orang tak sedar diri.hover jump dengan anak-anak dara.hehe.Seronoklah lompat lompat ni! haha.

The perasan cute ladies! aufa pun ikut je apa peel ummi and mak sedara dia.Haha.

And the last one..our potret kekonon sweet.eceh! masa cintan cintun mana boleh buat camni.sekarang baru lepas gian! hehehe.

Malamnya,kami beraya ke rumah sepupu yang ada tinggal berdekatan.Esok pagi sambung aktiviti ke mandi pool lagi,pergi gym dan ke pantai berjemaah.Seronok!


Then, after check out,sembung terus konvoi ke open houses saudara mara.cuti raya ni memang dimanfaatkan sebaiknya,sepadatnya.Abi bukan selalu dapat cuti camni.

Alhamdulillah,seronok dapat habiskan quality time dengan keluarga.Ada rezeki,ada kelapangan.kita cuti-cuti lagi! :)