ads

Sunday, September 5, 2010

Bila adam sudah 3 bulan..

Salam Sayang semua,

Hari ni ummi nak bercerita tentang anak terunaku.Bila sudah masuk 3 bulan,makin seronok bermain dengan dengan adam.Mulut dia dah bising,dah pandai panggil kita...mulut bising,ak..ak..ak..ak..ak..panggil nak menyusu la tu.Seronok juga adam dah boleh nampak kita,dah respon bila kita bercakap,dah pandai agah, dah boleh bergurau2.bila kita geletek ketawa terkekeh2.masa umur camnilah seronok main dengan baby.Adam dah pandai tengok tv gak tau.Adam selalu tengok playhouse disney dengan kakak.:)

Adam ada tanda lahir di dahi sebelah kiri

Adam suka senyum.bangun tido,senyum.nak tido senyum.tengah tido pun boleh tersenyum.Ada juga tgh tido dia ketawa terkekek2.aik,mimpi apalah anak ummi ni.Bila jumpa orang,mesti orang akan kata adam ni mesra dan peramah.Harap2 sampai besarlah adam camtu ye.jangan sombong2 ye nak..

murah dengan senyuman :)


Hobi dia tak lain tak bukan hisap jari.nyot nyot nyot jari debab dia.Tahu-tahu dah basah mulut dengan saliva dia.kalau nyot nyot sampai berbunyi-bunyi tu tahulah,nak menyusu lah tu..

aktiviti kesukaan saya.yum yum.sedapnya tangan saya!

Adam sampai sekarang still budak yang tak banyak ragam.melalak bila lapar saja.Selalunya dia elok diam je.buat hal sendiri.Bila bawak keluar shopping pun elok je diam.merengek bila lapar je.senanglah nak bawak ke mana-mana.Harap sampai bila-bila dia camtu..

ustaz adam.hehe.terbeliak mata saya, kena flash lah ummi...

Ramadhan kali ini,ramadhan pertama buat adam.kadang2 dia akan terjaga bila kami bersahur.seronok kali ini bersahur berempat.kakak aufa pun bila terjaga,ikut makan sekali.Bila lepas sahur,biasanya adam pula nak meyusu.dia nak sahur juga.:)

Adam!!...susu ummi!! berkabung!! GEDEBAB!! (nyanyi ikut lagu adam& stacy eh) hehe.

Last week,bawak adam check up dan jab for 3months.lambat bwk dia kali ni.at 3month 2 weeks, berat adam dah 7.1kg.tinggi 64cm.makin semangat anak ummi ni.Ya Allah,biarlah adik terus debab.ummi tak kisah adik kuat menyusu.ummi tak kisah lenguh tgn dukung adik.tak pe,ummi tak penat bila adik nak nyot nyot je,biarlah susu cukup utk adik.biarlah adik terus membesar debab debab dan sihat..:)

Sama tak muka kami?? ada yg kata adam dah ikut ummi pulak.

Bila di bawa keluar.baru-baru bawak adam shopping preparation for raya.habislah dia kena cubit sana sini.lagi2 bila bawak guna carrier pandang depan.lagi senang orang cubit pipi dia,cubit peha dia.dorang geram.cubit usik2 adam takpe,umminya tak boleh eh.hehe.ada yg kata,tembam nya budak ni.ada juga yg terkejut bila adam baru 3 bulan.dorang ingatkan dah umo 10 bulan.hehe.ada yg panggil,adam budak gemuk.Hahaha.pengalaman baru untuk kami juga.dulu Aufa orang kata,comelnya badan dia.Adam debab pulak.:)

Adam dah dapat duit raya tau.belum raya lagi..hehe.ada tokey kedai,geram tgk adam.dia bagi duit raya kat adam.adam pulak elok genggam kuat duit tu.kami nak simpan,dia genggam kuat.tak bagi ambik.Hahaha


Kami doakan adam terus sihat membesar.sayang sangat kat dia! muah banyak-banyak!!

2 comments:

Mama Zharfan said...

cute nya :)

alinalan said...

wah Adam lagi berat dari Dzakirah laaa.. Semoga adam membesar dgn sihat & ceria


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers