ads

Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan dan Salam Aidilfitri

Salam Sayang Semua,

Diari :

Kelmarin :
Berbuka puasa kali terakhir ramadhan thn ni bersama family tersyg.my mom plan dtg rumah nak celebrate my birtday sekali.kali ini raikan dengan kek birthday air tangan sendiri.yummy! .licin!

Semalam :

Masukkan kuih raya dlm bekas.shopping raya penghabisan.selagi tak raya,sales sana sini.duk perabih duit kejenye.


Hari ini :

Kemas rumah bagai nak rak,pasang langsir.kemas beg.pening.mcm2 barang.1 beg setiap sorang.mlm,balik kg hubby.


Esok : Aktiviti masak-masak.gosok baju raya.masukan duit dlm sampul.


Lusa :Raya!! yeay!!


Esok hari terakhir kita berpuasa.Sedih dan sayu Ramadhan akan meninggalkan kita.Cepatnya masa berlalu.Tetapi gembira juga Aidilfitri bakal kita raikan sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah berpuasa.Alhamdulillah,persiapan raya kami telah disediakan dgn sederhana.Kuih raya 'tunjuk' dah dimasukkan dalam bekas.Ada juga yang dah licin dikerjakan.Hehe.Tahun ini baju raya anak kena double.So,baju kurung aufa tak delah banyak macam tahun lepas.Hehe.Adam pula satu je baju melayu,yg lain baju kasual.Tak sabar nak tgk adam bergaya dgn baju melayunya nanti.Baju dorang yang lengkap bagai,dibeli dulu.Baju raya ummi dan Abi pulak , shopping last minute.Semalam baru setel.Jadi mak bapak camtulah.Anak-anak yang diutamakan dulu,barulah senang hati :)

Aidilfitri kali ini,giliran beraya di rumah mertua dahulu.Kg hubby dekat je,kg pandan KL.So, raya pertama kami beraya di KL dulu.mlmnya bertolak balik ke melaka.My parent dan adik2 memang beraya di kg walaupun nenek atuk sudah tiada.Kami tetap akan berkumpul di rumah pusaka dan berkonvoi ziarah ke rumah saudara mara.Adik beradik mak 19 orang.Bayangkan bila berkumpul semua dengan anak cucu semua.Memang meriah! So,kami akan beraya ke di melaka smpai hari raya ke 4.Hari raya ke 5 dan seterusnya,insy masa akan dihabiskan dengan cuti-cuti malaysia.yeay!!!

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.Ummi minta ampun jika ada terkasar bahasa atau terhuris perasaan sepanjang berblogging ini.Minta maaf zahir dan batin ye semua.Semoga you all bergembira beraya bersama family tercinta.Selamat balik kampung and have a safe journey!!.And enjoy makan lemang,ketupat dan rendang.Happy holiday!...


Tak sabar nak beraya berempat.*_*

P/s: online dari rumah mertua.kg hubby dekat je.20minit dah sampai.hehe.

4 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

selamat hari raya Odah..kali ni kita raya berempat kan...yg pasti Adam dan Mursyid akan dpt duit raya jugak..

Mama Zharfan said...

selamat hari raya!!

Nadiah Sidek said...

selamat hari raya raudhah :)

Nurul Izza said...

ummi, slmt hr ry.maaf zahir batin..muahhhhhh rindu lak kt akak ;)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers