ads

Tuesday, August 17, 2010

pemakanan untuk membanyakkan susu badan

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang semua.Bulan puasa ini pastinya ramai yang risau susu badan akan merudum.Tapi insyaAllah,hati pasti senang bila mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.dibawah ummi sertakan petua untuk membanyakkan susu.Elok juga kita amalkan untuk memeriahkan susu kita.



Alhamdulillah.Gembira bila bangun pagi melihat anak-anak ceria.Senang hati bila mereka sihat.Syukur dapat menikmati dan menjalani peranan sebagai seorang ibu.Walau menguji kesabaran bila melayan pelbagai karenah anak-anak tapi dlm hati rasa bahagia . ^_^

Sejak adam lahir.Aufa dah tak nak breastfeed lagi.Puas juga ummi pujuk dan paksa.beriya tak nak.Baru-baru ni ummi ada try bagi ebm kat aufa.Tapi dia tak nak.nampaknya dia dah tak suka susu ummi lagi.pelik.rasa lain ke.dulu tulah favourite dia.:(

Pastu,skang ummi campurkan separuh ebm dlm susu dia.mula-mula dia buat muka pelik dan merengek.stop minum.pastu terus minum smpi habis.Minum pun.hehehe.

Ada yang bertanya kenapa ummi buat stok ebm.sedangkan ummi kan surirumah.boleh bagi direct je.Actually,sometimes ummi perlu tinggalkan adam kat umah nenda.So,kena makesure ada stok yang cukup.Bila bulan posa ni.bila tgk adam mcm tak puas mnyusu,bagi dia ebm juga.

Ada juga bertanya,mcmana progress spectra 3 dan ebm.ummi rasa spectra 3 bagus dan efficient.So far, tak da apa problem.Stok ebm pulak tak delah buat banyak sangat.Bulan puasa ni ummi pump 2 kali sehari je.selepas buka dan selepas sahur.yang lain bagi direct je kat adam yang kuat nyot2 tu.

Bawah ni lsit makanan untuk menambahkan susu.yang bertanda (*) tu ummi dah cuba.ok,selamat mencuba.



PEMAKANAN
  • (*) Lobak putih - ummi pernah buat jus.tapi selaunya masak sup or sayur campur. SEDAP. Kesannya mmg membantu utk membanyakkan susu.
  • (*) Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Broccoli - Bagus. Sumber Kalsium yang baik.
  • (*) Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu.
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi - masak lemak manis
  • Kacang Buncis
  • Pucuk betik
  • (*) Roti - segala jenis roti especially roti planta
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • (*)Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
  • (*) Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
  • Ikan Tenggiri
  • Sengkuang Cina
  • (*) Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, fav ummi biskut Jacob etc.Ummi suka gak Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
  • (*) Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau

MINUMAN

  • (*) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • (*) Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.Tapi ummi minum susu fernleaf sekali minum dgn Abi.Minum juga susu kambing Hi goat.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • (*) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • (*) Soya - minum secawan sehari.
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • (*) Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • Air Kelapa
  • Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
  • Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea
  • Joy Angel Nursing Tea

SUPPLEMENT
  • (*) Kalsium
  • (*) Obimim
  • (*)Omega 3
  • (*) Vitamin C
  • Jamu yang membanyakkan air susu i.e PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
  • Alfalfa
  • Bidadari DCL
  • (*)GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • (*) Habatussauda
  • (*) Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

sumber : http://alinalan.blogspot.com

3 comments:

Unknown said...

nampak dah macam sebaya jer aufa &adam... ;)

kakyong skrg ni pun masih gigih utk UPKan stok susu badan.. aliya dah 25 bulan, tp masih gigih juga nak nenen... melekap jer...

selamat menjalani ramadhan buat US & keluarga..

Ummi Salsabila said...

kak yong : memang.adam dah kejar aufa.dah sama saiz.

bertuahnya aliya dpt menyusu cukup 2thn.

slmt berpuasa tuk kak yong :)

alinalan said...

SESAMA LA ODAH KITA BUAT STOK..
BERAPA LA BERAT ADAM NGAN AUFA TUH... ABIS LA KAKAK AUFA ADAM KEJAR...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers