ads

Friday, June 3, 2011

Borneo : Shopping

Salam Sayang,

Hari kelima, 18 May 2011, Rabu


Petang ini Mak dan Adik-adik akan bertolak ke balik ke Semenanjung.Jadi, Hari ini merupakan shopping day kami.Selepas breakfast, kami mulakan aktiviti kami.Mak yang tahu tempat-tempat murah untuk shopping.Mak kan dah pernah pergi.Hehe.Jadi,kami ikut saja.:)

Bersedia untuk shopping! Yeay!


Mulanya, kami shopping pearls.Mak bawa kami ke KK Plaza, betul-betul berhadapan dengan Pasar Basah Kota Kinabalu.Kami shopping pearls di kedai R.Ramea Jewelleries.Harga pearls di kedai ini lebih murah dari kedai di luar mahupun di pasar.Tak caya? cuba survey.Saya sudah survey.pearls yang sama dijual di kedai luar,lebih mahal dari harga di kedai ini.Wah,survey siap! hehe.

 Wah banyaknya bling bling.Saya suka!

 Pelbagai rupa.Rambang mata.

Mutiara pun ada banyak warna.ada putih,hitam,peach.Pilih mana satu yang berkenan di hati  :)


Sebenarnya dua kali kami ke kedai ini.Rasa ada tertinggal dari list, pergi lah semula.Ingat nak beli di pasar Philipines.Tapi jadi double pula harganya.Jadi,pergilah ke R.Ramea semula.Pearls pula ada dua jenis.Jenis air tawar dan air masin.Yang berkualiti dan tahan lama ialah mutiara air masin.Tapi lebih mahal lah.Mutiara air masin lebih bersinar, malah lebih lama,lebih bersinar jadinya.So,pilih saja mana design yang anda suka.Yang campur dengan batu swarvoski pun ada.Saya borong untuk kaum kerabat,kakak ipar,mak, mak mertua,adik beradik,anak-anak buah.Yang perempuan saya bagi buah tangan,pearls.Dapatlah berkongsi sikit2 dengan keluarga kan.InsyaAllah murah lagi rezeki dapat berkongsi dengan semua pula nanti.Amin.

Pearl yang campur camni pun nice kan?

 Acara pilih memilih dan mencuba.Hehe.Nak pilih design yang sesuai dan saiz untuk mereka juga.

 Set mutiara mix swarvoski.Cantik.

Kemudian kami ke Pasar basah, Abi nak beli udang harimau.Bila sampai pasar basah.Terkejut dan jakun dibuatnya.besar-besar ikan,udang,ketam, kerang bagai.Tak pernah jumpa.Semuanya saiz XXXL.Jakun sekejap orang Semenanjung masuk pasar Sabah ni.Diorang pun gelakkan kita yang bukan main terpegun lagi jakun.Hehe.Penduduk sana pun beli ikan besar-besar.Bukan yang dah siap potong potong ya.Nak buat kenduri agaknya.Hehe.Puas makan seafood ye kat sini.Best betul.Kami beli Udang harimau saja.Sekilo dapat kurang RM65.Beli 2 kilo jadilah.Kat semenanjung tak jumpa udang besar-besar XXXL ni.So,nak bawak balik, mereka bungkuskan dalam box polistrene dengan ais.Mak tolong bawa balik dulu.Alhamdulillah,tak rosak udang bila sampai.Kekal beku lagi.



 Udang harimau yang bakal dijerat!

 Tengok beza kerang yang biasa kita makan,dengan yang saiz GIANT.mak aih! Jakun kejap!

 Jual semua ikan besar-besar je

Box hasil tangkapan di Sabah yang selamat dibawa pulang


Kemudian kami ke Pasar kering pula.Apa yang menarik di sini menjual pelbagai makanan laut kering.Ikan kering,udang kering,sotong kering,makanan ringan sabah,makanan tradisional sabah dan macam-macam lagi.Semuanya hasil laut dan hasil produk Sabah.Kami beli ikan terubuk dapat kurang, seekor RM5, Udang kering dapat sekilo RM25, Ikan kering, ikan bilis dan kuih cincin.Jika beli barang boleh dapat harga lebih murah.Yang penting kena pandai tawar menawar.Selepas membeli, boleh pack dalam kotak juga.senang untuk bawa balik nanti.

 Pasar  kering

 Adam dah kepenatan.Boleh tidur dalam panas-panas ni.

Kuih Tradisional, Kuih cincin.Mesti beli,rasa dan bawa balik.Aufa sangat suka.Walaupun keras tapi sedap!

Selepas itu kami ke Pasar kraftangan.Beli buah tangan di sini lebih murah harganya daripada anda beli di Airport,Jesselton Point, mahupun di  Kinabalu park.Di sini terdapat banyak kraftangan untuk dibawa pulang atau diberi sebagai buah tangan.Jadi memang wajib anda kesini sebelum balik ke semenanjung.Kami ke gerai T shirt yang terletak di bahagian belakang pasar kraftangan ini.Gerai ini memang menjadi tumpuan membeli Tshirt dengan harga yang murah.Borong T shirt dapat harga RM8 sehelai.T shirt kami mahu beri buah tangan untuk kaum kerabat lelaki pula.Hehe.Pelbagai design tshirt.Pilih saja mana yang berkenan dan pilih saiz dari S ke XXL.Fridge Magnet di sini,dapat harga 3 ketul RM10.Mestilah beli Fridge magnet untuk kenangan-kenangan.kata nak mengumpul Fridge magnet dari seluruh dunia.Angan-angan mat jenin! Hehe.Keychain pun murah.Semuanya boleh tawar menawar lah di sini.Tanda harga di barang tidak tetap.Boleh dapat separuh lagi murah.Mungkin harga tersebut untuk pelancong dari luar.Tak pelah,duit mereka lagi besar.Hehe.

 Pasar kraftangan

3 ketul,RM10

 Pelbagai kraftangan

 Pasu klasik.Cantik tapi takut pecah pula

 T shirt murah-murah

 Cengkerang ini pun ada jual.Boleh tahan juga harganya sampai beratus-ratus ringgit.

Kami berkenan yang ini sebagai kenangan dari Sabah :)


Di KK,banayk shooping mall.Macam KL.Mak saya kata,kalau mak kena tinggal kat KK ni,mak boleh hidup.Semua ada.Hehe.Kira tak mati kutu lah kalau sorang2 pun.Hehe.Best lah Sabah, semua ada.Alam semulajadi cantik,kemajuan pun seiring sejalan.:)

Okay,sekian saja liputan tentang membeli belah dari bilik berita.Kita kembali lagi dengan berita selanjutnya bila saya ke udara lagi.Assalammualaikum.Jumpa lagi.Hehe.

9 comments:

ibundo said...

cantik2 tshirt tu. salah satu daripada 'must buy' bila kemana-mana sebagai cenderahati untuk anak-anak yang tinggal di rumah.

Ummi Eisya&Amani said...

bestnye tgk gelang ngan rantai tu..mmg wajib belikan klu g sana..

3740Journal said...

bestnye. teringin nak pergi bwk family. tgh usya tiket murah ni nak pi sane.

Ummi Salsabila said...

kak pah : betul.sbg cenderahati utk keluarga :)

Ummi eisya : wajib.beli di R.rame dpr harga bagus!

azza : bestnya..byk tmpt menarik kat sabah.enjoy!

Ummi Hanie said...

odah , hanie last 2 years xde rezeki g sabah ... walaupun nama dan tiket dah ade,tp preggy punyer pasal..kene tinggal...huwaaaa...sedeyyy tp hasben bwk balik gelang n rantai banyak2 la ... hehe ...tp mane same dgn pegi n tgk sndiri kan ?

kuih cincin tu ade kwn bagi..aah,keras tp sedap...

this year kami cdg nk ke srwk insyaallah..harap2 xberulang lah mcm sabah punye trip aritu

yatie chomeyl said...

ish geramnya tgk paha bam bam Adam ni hehe

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

wah ni kalo bawak duit banyak2 ni best ni shoping, nak2nya tang gelang mutiara sabah tu

Anonymous said...

Salam.....saya 1 of your silent reader..next week insyaAllah akan ke sabah...nak tanya pengalaman bawa udang nek flight...macam mana ye?sebab ada yang kata x boleh bawa naik flight...bawa ikut hand luggage ke boleh masuk ke kargo...thanx...:-)

Ummi Salsabila said...

waslm.saya bw ikut hand luggage.saya beli pun satu kotak je.tak lah besar sgt kotaknya.


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers