ads

Thursday, November 27, 2014

Untung besar atau kecil?

Tips pilih produk. Untung besar VS untung kecil.
--

1. Guru A kata, pilih produk untung kecil tapi senang dijual. Jual banyak-banyak.

2. Guru J kata, pilih produk untung besar, sebab usaha, tenaga dan kos untuk jual produk tersebut sama sahaja. 

Jadi yang mana satu yang betul?

Sebenarnya.. Kedua-duanya betul. Perbezaan pendapat antara 2 guru tersebut adalah disebabkan perbezaan situasi mereka.

Guru A selalu menjual secara borong kepada pengedar-pengedar produk beliau. Sekali jual 10,000 unit dengan keuntungan bersih 30sen per unit. Total untung = RM3,000.

Manakala Guru J selalu menjual secara retail, iaitu kepada orang perseorangan. Satu produk untung RM50. Sebulan dapat jual 60 unit. Total untung RM3,000.

Jadi... Kesimpulannya.

Sebelum pilih produk, tengok dulu kepada siapa kita nak jual produk tersebut.

Lagi satu macam yg pernah saya kata dulu. Nasihat guru selalunya betul.. Cuma.. Sesuai atau tidak ianya dengan situasi kita. Jadi perlu bijak juga untuk menganalisa dan menilai.. Jangan mudah terima dan telan bulat-bulat. Kelak, boleh memudaratkan.

Perkongsian dari FB Tuan Mohd Shuhaimy

2 comments:

Unknown said...

saya setuju keduanya.. kena tengok pada keadaan.. saya jual borong dan retail..so kalau org beli banyak kita bagi la murah sikit.. pembeli pun suka..kita pun happy.. cepat boleh restock barang.. hihi

Ummi Salsabila said...

Rai : Betul2.yang penting modal kite tak terperuk kan.pusing balik, & restock baru :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers