ads

Thursday, November 13, 2014

Bantu buat kerja rumah, Suami Sotong?

Assalammualaikum

Mommies mesti sokong pendapat Uncle Datuk Chef Wan ni kan?
Buat kerja rumah, bukan bermakna suami kita "sotong" atau kita ni "queen control". Hehe No No!

Tolong isteri buat kerja rumah itu kan amalan Rasulullah SAW.So gentleman :)

Saya lagi cair tengok suami tolong vacuum, mop lantai.Haha.Bagi yang maid less macam saya ni, tiada siapa yang boleh bantu kita melainkan sang suami kan. Lepas dia tolong, kena lah puji melambung tinggi ke atap.Baru rajin selalu.

 Bagi saya, melalui bantu membantu buat kerja rumah, salah satu cara tunjuk kasih sayang kepada isteri.Romantik lah senang citer! Hehe

Mengikut kajian, orang ni lelaki ni kalau mengemas, lagi bersih! Lagi cepat siap dari orang perempuan.rasanya betul juga ni,kalau tengok suami saya lah.memang berkilat2! Hehe

Anak- anak lelaki pun kena di didik dari kecil tolong mengemas, tolong di dapur, membasuh pinggan, benda simple yang dia boleh buat."Tak kira lah kamu lelaki ke perempuan, kena tolong emak kat dapur jugak!"
Dah besar, tak kekok.Tak payah nak suruh-suruh.Faham sendiri.Kalau semua main letak je, haih ai memang geram tengok.Haha.InshaAllah Senangkan hati isteri dia juga nanti. takdelah goyang kaki je amboi! :)

Ini pendapat chef wan dari keratan akhbar Metro :



Bantu kerja rumah bukan pondan
Kuala Lumpur: Sigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan Datuk Redzuawan Ismail.

Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam kalangan lelaki khususnya Melayu yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.

“Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.

“Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat,” katanya kepada BERNAMA selepas menjadi anggota panel dalam diskusi ‘Mentakrifkan Kelelakian’ (Redefining Masculinity) sempena Forum Wanita Luar Biasa (The Woman Extraordinaire Forum) 2014, di sini, semalam.

Chef Wan berkata, sebagai suami dan bapa yang merupakan ketua keluarga, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan membantu melakukan kerja rumah.

“Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan menyenangkan, malah menyihatkan badan,” katanya.

Pereka fesyen, Bon Zainal Harun berkata, maruah serta imej seorang lelaki tidak terjejas sekiranya membantu isteri melakukan kerja rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk dan membasuh pakaian.

“Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.

“Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka,” katanya.

Diskusi selama sejam yang membincangkan stereotaip orang ramai mengenai peranan lelaki dalam urusan rumah tangga pada masa kini turut membabitkan Pengarah Eksekutif SEGi Group, Kim Odhner sebagai anggota panel.

Pengasas Brandt International Sdn Bhd, Munirah Looi bertindak sebagai moderator.– BERNAMA

Sumber : Metro

P/S : Adik- adik, kriteria bakal suami yang rajin menolong mesti masukkan tau.Supaya nanti kita nanti jadi " Serikandi" di rumah bukan amah.Hehe.Allahumma amin..

2 comments:

MOMMYLIN said...

tak baik kata pondan.... laki iolls pun tolong vacum rumah... sapa nak tolong kita kalau bukan suamikan...

Ummi Salsabila said...

Allene : Kan sis..tak baik.Lagi seksi kan tengok suami kita vaccum rumah.Hehe


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers