Setelah saya mencuba buat beef patties pada hari lahir Aufa yang ke tiga.Saya berniat mahu membuat burger buns pula inspirasi dari sifu saya, ayinemran.Beef patties pula saya tambahkan bahan-bahan lain.Saya ada tengok Chef Anna olson show.Saya inspirasikan beef patties ini darinya.
Oh,saya sangat suka burger daging.Suka BK whooper.Paling suka burger Carl Junior yang amat besar! Kalau buat sendiri pun boleh buat gemok begitu! Senang sangat rupanya buat beef patties.Ya Allah,sungguh saya tak sangka.Oleh itu,dah lama tak beli daging burger ramly.Hehe.Kali ini saya buat hidangan burger mewah, tiru ayat dari Masterchef Malaysia.Hehe.
Jika tidak mendapat daging segar yang dicincang.Boleh gunakan daging cincang paket ramly.Saya guna 2 paket.Resepi asal dari sifu saya,disini.
1) Bahan utama ialah daging cincang,sebiji telur,breadcrumbs (serbuk roti),dan garam.Kali ini saya mewahkan dengan tambahkan satu labu bawang besar,satu ulas bawang putih,buah zaitun hitam (semua tadi dicincang),sedikit oregano,sos mustard,dan paprika.Gaulkan semua bahan-bahan di atas.
Jika tiada breadcrumbs,toast roti gardernia.kemudian blend sampai halus.Ini pengalaman pertama kali saya buat beef patties sebab saya tak pernah beli breadcrumbs.Apatah lagi mengenalinya.Haha.
2) Bentukkan patty ikut besar mana anda suka.Saya letak keju mozarella di dalam patty untuk menternak lemak lagi! Hehe.
3) Bekukan semua kepingan daging dalam peti sejuk untuk beberapa jam (sekurang-kurangnya setengah jam) supaya mereka ada masa untuk melekat dan bermesra.
4) Kemudian goreng (tanpa minyak atas non-stick pan) macam daging burger biasa, jangan tekan-tekan daging waktu goreng, konon-konon mahu tiru abang jual burger tepi jalan, sebab nanti semua jus daging keluar, jadi kering dan tidak berjus (juicy) burger nanti.
5) Kemudian boleh hidangkan dengan roti,timun,keju cheddar,tomato,thousand island,mayonis,mustard dan cili sos.Apa sajalah anda suka.Oh lazatnya.
Beef patties gemok sebelum di tutup atasnya.
Manakala resepi roti burger saya ikut dari sini.Saya ikut semuanya kecuali saya adun guna tangan.Mula-mula risau juga tidak jadi.Sebab dua kali saya pause mengadun bila anak-anak terjaga dari tidur.Akhirnya,bila keluar roti dari oven.Sungguh gembira dan terharu! Berbaloi semua usaha keras tadi! My first homemade bread! Alhamdulillah :)
Homemade burger bun and cheesy beef patty
Okay.Selamat mencuba! Eh,Burger king perkenalkan burger terbaru mereka kan? Burger King Supreme Angus Steakhouse.Mahu juga!
3 comments:
salam ummunya aufa dan adam...
ayyooo tengah2 stay up malam ni tiba2 ada update pasal burger pulak. terus tiba2 lapar. terasa2 mcm tengah gigit burger tu... pastu sebut burger king pulak tu... adoiiiii..
tahniah sbb buat semuanya homemade! satu semangat yg leen sangat adore! (^_^)
kak, boleh sy bukak gerai dgn jual burger gn resepi ni... ;-)
mesti sedap ni....nyummm nyummm nyummmm
Post a Comment