Happiness : a good bank account, a good cook, and a good digestion.
Itu kata Jean Jacques Rousseau.Ada betulnya kata-kata ahli falsafah dan penulis dari Perancis ini.Tetapi itu duniawi.Kebahagiaan definisinya relatif.Berbeza mengikut pendapat individu dan boleh berubah-ubah.Dalam pepatah di atas, kekayaan dapat beli apa saja,pandai masak lalu makan pun sedap-sedap, dan sihat pula tubuh badan dapat menikmati dunia.Tetapi manusia tidak akan dapat semua yang diinginkan.Jutawan mawan tetap ada ujian.Kena rompak? Orang dengki? Hidup tak bebas? Di akhirat pun mereka lah terakhir dihisab,kemanakah perginya harta mereka itu.Semua orang tidak akan terlepas dari diuji.
Erti bahagia sebenar di dalam Al-Quran ialah memiliki hati yang tenang. Rasulullah S.A.W bersabda ; "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.".Kaya hati bermaksud hati yang tenang,lapang, dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki,bersyukur dengan apa yang ada,sabar dengan apa yang tiada.Kalau sentiasa rasa tidak cukup,manakan hati boleh tenang.Maka,bersyukurlah!
Jadi, apakah bahagia bagi korang? Apakah dengan wang banyak? harta yang melimpah? emas berjongkong-jongkong? pangkat yang tinggi? dihormati dan disukai ramai? kebebasan masa? tanpa hutang bertimbun?
Dalam hadis Rasulullah s.a.w bersabda ; Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) isteri yang solehah,rumah yang bagus (luas), jiran yang baik dan kenderaan yang bagus.
Jadi, jika seseorang itu memiliki empat kunci kebahagiaan di atas,tentu dia akan merasai nikmat bahagia.Tetapi dengan syarat,dia memiliki hati yang tenang.contohnya,jika hati tidak tenteram.Rumah yang luas dan indah pun akan merasa sempit.
Kadang-kadang memasak membuatkan saya bahagia.Shopping juga.Membaca juga.Eh,banyak pulak! Baking juga.Itu hanya jika hasilnya menjadi dan sedap.Haha.Ya, anak-anak,suami,keluarga dan kawan-kawan juga selalunya buat saya bahagia.Tetapi kadangkala buat stress juga.Haha.biasalah hubungan dengan manusia tidak selalunya sempurna.Yang penting hubungan dengan Allah jangan stress!
Bagi saya, kebahagiaan bererti hidup tanpa kesedihan, kerisauan, kemarahan, kedengkian, dan kebencian.Jika tiada semua itu pada hari ini,maka saya bahagia! Jom kita buat hari ini.Mari kita bahagia! :)
2 comments:
bahagia jg = sentiasa positif + bersyukur
kadang2 semakin banyak duit yg kita ada, semakin banyak pula kemahuan kita...sebab tu payah nk rasa bahagia tu kan
jom sama2 membahagiakan diri dgn apa yang ada :)
Post a Comment