ads

Saturday, May 29, 2010

Kronology Kelahiran Muhammad Adam

Salam Sayang semua.ummi kembali menulis di 14hari berpantang.Masih menyesuaikan diri melayan karenah dua orang anak.Hehe.Masih seronok menggomol dan mencium baby adam yang amat wangi.Hehe.

Alhamdulillah.ummi semakin sihat.jahitan sudah baik.perut agak-agak sudah flat.tapi berat belum timbang.baby adam juga sihat.kuat menyusu.lenguh tangan ummi.dia semakin tembam.

Terima Kasih pada semua yang datang melawat dan memberi hadiah.Yang pasti hadiah kelahiran bayi kedua tidaklah semeriah ketika kelahiran Aufa dulu.Hehe.

Baru sempat menulis tentang pengalaman bersalinkan Adam.Mahu simpan juga buat kenangan.Mungkin juga Adam akan mebacanya.Dan tahu ummi bertarung nyawa untuk melahirkan Adam.Sesungguhnya pengalaman ummi melahirkan Kakak Aufa dan Aufa merupakan sejarah yang paling sakit dalam hidup ummi.

Muhammad Adam..Kelahiranmu amat ditunggu-tunggu.Setiap hari ummi belai-belai perut.berborak dan tanya.Bila baby nak keluar.Abi juga sudah tidak sabar.

15 Mei 2010 (sudah 6 hari overdue,17 mei appoinment di DEMC untuk induce)
3.30pm : Bertolak ke KLCC.Abi kata, kena banyakkan berjalan.Bawalah perut yang sarat ini.Bawa Aufa,adik-adik, dan Mak cik Putih sekali. Jalan-jalan dan Makan sedap-sedap.Hehe.

6.00pm : Solat Asar di surau KLCC. Tiba-tiba terasa ada sedikit air keluar.Tetapi tak rasa sakit.Mak cik Putih ( yang menjaga saya berpantang) kata, itu air ketuban.Dulu masa Aufa,tiada keluar tanda.terus rasa contraction.Mahu berjalan lagi.Abi sudah risau.Ajak balik terus.

7.30pm : Sampai rumah.Mandi.Solat Maghrib.Sudah Mula terasa contraction kecil.
8.30pm : Dinner.Contraction 20 minit sekali.Masih boleh tahan.Sempat menonton Konsert Akademi Fantasia.Mahu tengok Shahir yang hensem dan manis saja.Dapat juga tengok shahir bergelek nyanyi lagu Tamali Mak.Haha.

11.00pm : Solat.Sudah tidurkan Aufa.Contraction semakin kerap.5 minit sekali.Masa ini masih boleh tahan.Abi ajak ke DEMC sebab contraction sudah kerap.

16 mei 201012.00am: Mahu bertolak.Kakak aufa terjaga.Kakak Menangis sekuat hati.Tinggalkan dengan Mak Cik Putih.Ummi rasa sangat sedih.Peluk dan cium kakak Aufa dulu.

12.30am : Admit dan Regist to DEMC.Masuk ke wad sementara 202.Nurse seluk.Sangat-sangat sakit.teresak-esak ummi menangis.Baru buka 3cm.Masih tebal katanya.Nurse pasang alat CTG scan.Dia kata Doktor Mazita baru balik rumah.Rumahnya di Cheras.Takut dia tidak sempat datang.Oh,doa harap sempatlah.

1.00am : Nurse masukkan ubat buang air.Katanya kantung najis kena kosong.Pengalaman baru sebab masa Kakak Aufa ummi sudah membuang dulu sebelum ke labour room.Tak Lama betul tiba-tiba terus sakit perut.Tukar gaun sexyback hospital.

1.30 am: Abi beli air kelapa di Restoran Pelita 24jam.sempat minum sedikit.Minum juga sedikit air zam-zam.Sudah mula contraction yang kuat dan agak lama.Ya Allah,sakitnya.Nurse monitor CTG dan inject ubat tahan sakit supaya dapat rehat.

2.00 am: Sakit contraction kurang tapi masih tidak boleh tidur.Ummi doa cepat-cepat selesai.Tak tahan menanggung sakit contraction.Abi sudah terlena.

5.00am : Nurse tolak ke labour room.Baring di atas tilam yang keras bercadarkan plastik.Nurse seluk lagi.sudah 5cm.Air Ketuban sudah mula keluar sedikit demi sedikit.Tak tahan sakitnya.Ya Allah.Sakit sangat.Contraction kuat dan makin panjang.CTG scan tuh makin lama makin kuat bunyinya.Nurse suruh sedut gas jika sakit contraction (apakah nama benda alah itu).Ummi sudah merengek dan mengaduh sakit yang teramat.Ummi usap-usap perut sambil cakap, cepatlah baby keluar.Cepatlah.Ummi tak tahan dah.Abi memujuk,dah tak lama lagi.Abi suruh ikut dia baca ayat quran dan zikir-zikir.

6.00 am: Abi keluar solat subuh.Ummi dah lapar.Abi suap roti,kurma dan air zam-zam.
6.30 am : Nurse cucuk jarum.Masukkan air untuk tambah tenaga.Nurse pecahkan air ketuban.Masa ini ummi dah tak tahan sangat.Nak putus nyawa.Sesak nafas.sambil sedut gas,menangis teresak-esak,sambil baca ayat-ayat suci.Suasana sunyi di wad dah kedengaran tangisan ummi.Abi di sebelah pegang tangan ummi,lapkan air mata bagi semangat dan memujuk tak lama lagi selesai.Masa ni,ummi ada sebut.tak nak bersalin lagi.sakit...(serik nampaknya.masa deliver aufa pun cakap camtu juga.Haha).Nurse kata doktor Mazita dah sedia.kalau rasa nak meneran beritahu.

7.00 am: Contraction teramat-amat kuat.Tak Tahan.Badan sudah merengkot-rengkot menahan sakit.Rasanya baby sudah menolak kuat.sudah tidak sabar mahu keluar.Ummi rasa mahu meneran.Doktor Mazita masuk bilik.beri salam dan menegur dengan sopan santun dan sungguh ceria.ummi mengadu sakit sangat pada doktor.Dr mazita seluk.sudah 10cm tetapi kepala baby tinggi sedikit.Nurses dan doctor siapkan labour stuffs.sudah cuak.Ready to push.berlakulah riuh rendah seperti tengok perlawanan bola di stadium di dalam labour room.Doktor,3 orang nurse dan Abi mengelingi ummi sambil mendorong push dengan kuat.masing-masing bagi semangat.beri pujian.bagus raudhah.push panjang lagi.dah nak keluar dah.bagus,macam tu puan.3 kali push.Kepala baby belum keluar habis.Terasa susah dari deliver Kakak Aufa.Ummi sudah give up.Sudah mengeluh tidak boleh.doktor kata boleh.Doktor tolong.tapi kita buat sama-sama ya.Push kuat macam tadi juga.Dr Mazita beri bantuan guna kiwi vacuum.Push lagi.Tak tahu berapa harakat panjang.cukup 15 harakat kot.Haha.Ya Allah sakitnya.Teramat sakit.
7.20 am: Baby lahir.Terdengar Abi sebut,Subhanallah! bila baby mengelongsor keluar.Kedengaran tangisan baby.Doktor terus letak atas dada ummi.Ummi tengok baby.boleh tahan semangat!.patutlah susah nak push.Nak putus nyawa ummi nak lahirkan Adam.Doktor kata,semangat baby raudhah ni.kali ni agak selera makan ye? Haha.Memang pun.Abi cakap terima kasih dan kiss.Ummi tengok Abi tersenyum gembira bila lahirnya Adam.Seronoknya Abi.Alhamdulillah.Lega dan bersyukur sangat.Selepas baby dibersihkan, Abi azan dan qamatkan baby dalam labour room.

7.50 am : Dr Mazita selesai keluarkan uri dan jahit luka.Nurse juga sudah siap bersihkan ummi.Ummi menyusukan baby di labour room.pandai baby menyusu.sempat juga mengambil video baby menyusu.Comelnya.

8.10am : Mak sampai bersama Mak cik Putih.Bawa sekali Aufa dan adik-adik.Tahnik kan baby dengan kurma dan beri sedikit air zam-zam.

5.00am.Ketika dalam labour room. Abi seloroh, ummi ni sakit-sakit pun masih mahu bergambar :)


7.20am, kedengaran kuat tangisan baby Adam.Alhamdulillah.



Baby Adam yang semangat.Fresh from the oven.:)


At last, i can hold you,darling.Ciuman pertama untuk baby adam.


Baby baru lahir terus pandai menyusu.Subhanallah.Kuasa Allah.
Comel betul Adam bila dibalut begini.


Berat, 3.75kg.Tinggi, 57cm, Kepala: 33cm.


Banyaknya ambil gambar Adam sampai celik mata saya.


with my BFF, Hanisah.Dapat tahu terus datang visit.Thanks dear :)
Kamu adalah anugerah Tuhan


Kakak Aufa ketika ini masih belum memahami baby dalam perut ummi sudah keluar.


Dulu berdua.Kemudian bertiga.Sekarang sudah berempat.How time flies. :)
Sudah hilang kesakitan tadi.Diganti dengan kegembiraan :)


Kasih seorang ayah.seronok Abi bila lahirnya Adam.sayang betul dia kat Adam.

Dr paedtrician,Dr fadzillah check up baby adam sebelum discharge.
2 hari tidak tidur dengan ummi.sampai hospital terus peluk ummi kuat-kuat.peluk lama-lama.Ummi rasa sebak dan sayu.Ummi tetap sayang kakak.


17 Mei,2pm.Discharge dari DEMC dengan hanya berkain batik.Mak pun datang nak menjemput cucu baru.


Ummi rasa perbezaan lahirkan Aufa dan Adam, sakit contraction lahirkan adam lebih kuat dan proses kelahiran adam lebih cepat.mungkin sebab boy,dia menolak nak keluar lebih kuat.Proses meneran baby Adam lebih susah sebab dia lebih besar dan gunakan bantuan vaccum.Itulah pengalaman labor,bersalin kali kedua di DEMC.

Alhamdulillah.yang penting semuanya sudah selamat.Terima Kasih kepada Dr Mazita, jururawat-jururawat dan semua staff DEMC.Alhamdulillah,saya rasa DEMC adalah hospital terbaik di Shah Alam.Hehe.Sebab semuanya berjalan baik malah takde pengalaman di hospital lain di shah Alam lagi.Hehe.Apalah ummi.Saja puji sikit.Semuanya atas pertolongan dan kebesaran Allah SWT.Proses bersalin adalah lahiriah wanita.Ummi harap Aufa dan Adam membesar jadi anak yang baik.Sayang kamu berdua! Kehadiran kalian membahagiakan kami.^_^

17 comments:

Dayah @ Real Ummu said...

tahniah ... inilah pengorbanan seorang ummi yg bertarung nyawa utk melahirkan anaknya..

bb semangat, mmg agak susah nak push mcama shukrina dulu 3.6, compare dgn adik 3.2..

apapun setiap kelahiran akan memberi kenangan yang terindah ( walaupun sakit tu sgt tak indah..hihi)

UmiIzz said...

cumilnya..sungguh semangat n nampak cerdik macam budak besar.. tahniah

ibu_Arifa said...

comel nyer baby Adam..putih melepak betul dia. US dah merasa 2 pengalaman bersalin yang berbeza2 kan... syukurlah..semuanya dah selamat.
semoga baby Adam akan menbesar menjadi anak yg soleh nanti..aminn.

shu said...

tahniah utk Aufa, dpt adik Adam. Aufa yg ni, dpt adik Aisyah..
kedua-dua Aufa dh jadi kakak.

nieda said...

alhamdulillah, semuanya selamat..kesakitan itu telah diganti dgn kegembiraan..happy breastfeed k..Tahniah

Hazu~ said...

saya tak sempat lagi nak tulis pengalaman bersalin. huhu. mencabar betul US ye. tapi bila dah keluar mesti rasa lega kan..

Nurul Izza said...

TAHNIA AUFA DAN UMMI.. wah untie dpt rs kesuahan bby nk keluar.iman dulu pun semangat, ssh juga keluar.

p.s:kak..xsbrnye nk preggie lg..kuikui

Ummi Salsabila said...

Dayah >> mmg knangan manis bg setiap ibu.pengalaman amat berharga..bab sakit tu pun berharga sbb skit lain dr yg lain.huhu

umidanish >> tenkiu so much..:)

ibu arifa>> lain anak,lain pengalamannya.Allah bg kita rasa semua.:)

Ummi Salsabila said...

shu>> tahniah Aufa.dah dpt adik juga ye.seronoknya..:)

nieda>> thanks nieda..

hazu>>huhu.nak tulis cpt2.tkut lupa.hihi.hazu tulislah pula lps ni.

izza>> huhu.mkn byk sgt.selera je.tu yg bby smgt agknya.huhu.

cpt2la preggy izza.bg iman adik..:)

ShilaShower said...

congrats! :)

tak sabar nak bersalin jugak. lepas tu nak diet sakan. ehehehhehe. i think i will be somewhat like you, kakaknya dapat adik at age 1year 7months, lebih kurang.

mine si abang will be 1 year 6 months masa due nanti, tah dia paham ke tak adik tu apa. =P

alinalan said...

Subhanallah... hencem la bb adam...
odah punyer citer macam mommaMia plak yg dlm labour room tuh... teringat saat lahirkan damia & dzakirah... hihi..

Take care & have a good rest !!

Unknown said...

US,
memang besor bb adam berbanding US yg comel.. kakyong nak kuorkan yg 3 kg pun tergeliat2 bdn jugak.. inikan pula 3.75 kg.. tahniah, u made it..

Ummi Salsabila said...

Mrs Kown>> congrats to u too!.mmg dorang xphm adik dah kuar dr perut kita.tp if dr preggy kita dah ajar dia syg baby.insy nnt baby kuar,dia akan syg adik dia..

Take care :)

Momma Mia>> tq aunty..:)

sama ye kak.baca pengalaman org,teringat pengalaman kita pula kan.its valuable memories for us!

kak yong>> tq.hehe.odah tergeliat2 jugak kak yong.rs lahirkan yg kedua mmg lagi adventure kak yong.huhu.

Ummi Hanie said...

salam US ,

tahniah skali lg...dah jd ummi kpd 2 org anak !

azab kan lahirkn bby semangat2 tu?
bby2 hanie semua besar2 mcm tu...plg kecik 3.4 , dan plg senang sbb 2 kali teran dia dah terjun keluar . alangkah bagusnyaaa akalu semua mcm tu ...:p

hee..same la nama best fren US tu...HAnisah . memula hanie tgk pic bby adam ni dr FB dia la..terus add.nama dah sama,comei lak tu..hihiii...:p

Ummi Shira (AshAnas) said...

odah... cm teringin plak... doakan ye...

zaza@mamaHanin said...

tahniah US..
now u already have 2 kids.. i'll follow u later.. i.allah..
baca pengalaman US nih mcm xbersedia lagi pun ader, hehehe.. tapii nakkk.. adeii..camner tuh?!

tgk gambar aufa peluk US rasa touching sgt.. that's how our princess grows up.. dia dah ader adik dan dah jd kakak.. kena pandai berdikari pasnih.. :)

Ummi Salsabila said...

Hanie: lain rasanya pengalam kahirkan adam.baru th.org kata biar baby membesar kat luar.if tak,ssh nak push.hehe.

aah,tulah kwn yg sama nama dgn hanie tu.

shira: amin..cpt2.anas nak kwn tu.:)

zaza: insy.u will.pray for u.:)ikutkan mmg serik.tp mmg teringin lg. aufa dah besar.mmg dah kena berdikari.no more being cry baby.:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers