ads

Thursday, May 6, 2010

Aufa 1 tahun 7 bulan

Haloo..haloo..salam sayang semua.lama juga menyepi.mood nak online tetibe tak de.agak malas pula.hehe.oh,ya ramai yang bertanya ingat saya sudah selamat bersalin.hehe.im still waiting for my little calliph.belum meletup lagi.due date saya 9th may.on mother's day.kaki dah bengkak.perut dah mengeras.memang dah tak lama sangat.ikutkan badan memang sudah tak larat.rasa nak cepat-cepat melahirkan baby.tidak sabar tapi takut.^_^.

sekarang ummi banyak rehatkan badan dan banyak makan juga.haha.Alhamdulillah,kami sudah dapat pembantu bantu untuk menguruskan rumah dan ketika ummi berpantang nanti. umah tidak tunggang langgang lagi dan sedap mata memandang.hehe.sekarang bila nak makan apa-apa,inform kat hubby.hubby mesti tunaikan.hehe.yelah,sebelum saya berpantang 44 hari kan.thanks abg yayang! tak lama lagi tak dapatlah ummi nak mengada-ngada lagi.habislah riwayat ummi sebagai sang puteri.haha.

saya demam.nak tumbuh gigi baru


Lama tak update or cerita perihal my sweet princess.bulan lepas tak update development dia.asik citer pasal pregnancy je.so,sekalikan jelah dengan bulan ni.hehe.


Kakak dah setahun 7bulan.Sudah pandai berkata-kata.so,sudah pandai demanding juga.banyak permintaan ok! nak itu..nak ini..
nak atoon( suruh bukak cartoon),nak upin ipin,nak alan(suka berjalan skang),nak yis (ajak menulis), nak asyim (mintak beli ice cream),nak nek atash (nak naik bilik atas), bila nak tidur minta nak gayut.nak tek!! nak tek! kalau tak layan.mengamuklah dia.manja tetap manja.dengan perut yang sarat ni memang tak larat nak layan.kadang-kadang mengeluh, naik angin juga dibuatnya.tapi kesian pula.sabar.dia nak attention sebelum dapat adik agaknya.

suka dapat main air


Paling seronok sekarang bila berorak-borak dengan dia.bila kita tanya,dia respon.dia jawab.shoes kakak warna apa.dia jawab,
pink!.kakak makan apa? ayam!.kakak nak pergi mana? kedai! kita naik car nak pergi mana ni? nak alan!.haha. sangat comel bila dia berkata-kata.sangat suka berjalan.amik kasut ajak jalan.bila nak balik,tak nak masuk kereta.menangis nak jalan lagi.aduhai...kuat berjalan macam ummi dia lah.hehe.


seronok bermain dengan budak lebih besar.

Suka sangat mandi sekarang.dia dah mandi,tengok orang mandi.nak mandi lagi.if poo poo pun nak main air lama-lama.
nak andi..nak andi..layan jelah.

Aufa dah suka berus gigi dah.bila mandi,dia mintak beruskan gigi dia.
nak tis,nak tis (nak brush teeth).almost penuh dah gigi kakak.hari tu demam kejap.rupa-rupanya ada gigi baru tumbuh.


Dah pandai mamam ais krim.ummi dia lah ajar.hehe

Suka counting number dan recognise ABC even masih tunggang langgang lagi sebutannya.
one..two,ti,six,nine...hehe.suka lagu ABC juga.kena nyanyikan sampai dia puas.minta repeat.ummi jadi radio jap.sambil nyanyi dia pun ikutlah.paling jelas sebut A b c..g..h i j..o p q..x y..^_^

Can recognise some part of body.bila kita tanya, where is your eyes,nose,ear,mouth,teeth,tongue,hair, hand, stomach,foot? she will point to correctly.

pantang ajak berjalan.ambil shoes.terus cakap jom!! jom!!

Suka bertanya.
apa ti? apa ti? apa ti ialah suatu pertanyaan.dia tanya apa ni? atau apa tu?.apa ni + apa tu = apa ti.haha.selagi kita tak jawab,selagi tu dia keep asking.makin kuat volume suara dia.kalau kita tak layan,dia tolak-tolak muka kita suruh tengok apa benda yang dia tanya tuh.bila kita dah jawab,dia pun ikut sebut the word.yayang kakak! ^_^.

emm...ayam shedap!!! tak tahu sebut sate.

she is ms copycat in the house.tiru je apa kita cakap.macam mak nenek tau anak ummi ni.yang tak tahan bila ummi mengeluh or marah dia.dia pun ikut dialog kita.amboi!! ish!!! no no no! nak bap! bap! kita istighfar,dia pun ikut azim....!!! (dapat yg belakang je.)

suka main baby-baby.siap nak breastfeed baby

bila sleeping time.ummi ajar baca doa,salam & kiss dan cakap good night sebelum tidur.sekarang dia dah tahu.nak tido aufa pun cakap nite!! ummi..abi..baby..sekali sume dia sebut..atuk..nenek..mak su..mak cik..mak ngah..pak lang..haha.so cute!!

aksi manja-manjaan dengan mak su dan auntie syeda

yang paling best! aufa akan jadi kakak ketika berumur setahun 7 bulan! InsyaAllah..tolong doakan ummi aufa dan adik saya ye aunties semua...^_^

11 comments:

Dayah said...

ingat ke dah bersalin..senyap je..sama2lah kita..makan la apa yg patut sebelum masanya tak dpt makan...

Ummi Eisya said...

haah ingatkan dah bersalin..moga aufa jadi kakak yang baik ye..

p/s-makan puas-puas tau..lama tu nak pantang nanti..hihii

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

soo sweet..
dah nak dpt adik..mcm2 perkara baru dia leh buat kan..

yela lepas ni byk knee berdikari..

erm..dah dekat sgt dah tu..9 may!

semoga semuanya selamat..:-)

AshAnas said...

wau, so cute.... nnti adik dh kuar, aufa jgn babap adik tau, cium adik selalu, sayang adik tau!

yatie chomeyl said...

apa tu sudah tukar jadi apa ti daaa ekekekeke

ummiaisyah said...

sedapnya untie tgk eskrem aufa, nak cket bley??

Nadiah Sidek said...

hihi..kelakar la aufa ni

Ummi Salsabila said...

Dayah>> blom gak,dayah.byk mkn ni.jenuhlah nak diet pasni.:)

ummieisya>> tula,nnt lm kn pantang.tgk je org mkn shedap2 kan.

rose>> thanks.pasni kite tgk aksi aufa dgn adiknya pula.

shira>> baiklah aunty shira.hehe

yatie>> itulah apa tu version aufa.:)

ummiaisyah>>yumyum.aufa mmg shuka aishim.mehla nnt aufa blanja ek.

Nadiah>>dialah periang hati kami :)

Momma Mia said...

Alaaa Odah sweet jer Aufa dah pandai cakap byk words... best best & sronok dengao dorang cakap kan.. klako pun ada. Naluri ibu, apa jer yg anak ckp kita pasti bleh fham w/pun orang lain tak faham kan?

Well done Aufa...

kakyong said...

pandainya aufa makan ais krim..
aliya yg dah nak masuk 20 bulan pun masih fail makan aiskrim kon.. kalo boh dlm cawan & guna sudu tu ok.. part jilat2 ni yg tak reti...

Ummi Salsabila said...

Momma mia>>makin becok skang kak.tergelak2 dgr dia ckp.seronok..hehe

org len xphm dia ckp,kita yg phm dulu.:)

kak yong>>mula2 je ok kak yong.lps tu abis comot2.aiskrim cair.hehe