ads

Saturday, May 29, 2010

Kronology Kelahiran Muhammad Adam

Salam Sayang semua.ummi kembali menulis di 14hari berpantang.Masih menyesuaikan diri melayan karenah dua orang anak.Hehe.Masih seronok menggomol dan mencium baby adam yang amat wangi.Hehe.

Alhamdulillah.ummi semakin sihat.jahitan sudah baik.perut agak-agak sudah flat.tapi berat belum timbang.baby adam juga sihat.kuat menyusu.lenguh tangan ummi.dia semakin tembam.

Terima Kasih pada semua yang datang melawat dan memberi hadiah.Yang pasti hadiah kelahiran bayi kedua tidaklah semeriah ketika kelahiran Aufa dulu.Hehe.

Baru sempat menulis tentang pengalaman bersalinkan Adam.Mahu simpan juga buat kenangan.Mungkin juga Adam akan mebacanya.Dan tahu ummi bertarung nyawa untuk melahirkan Adam.Sesungguhnya pengalaman ummi melahirkan Kakak Aufa dan Aufa merupakan sejarah yang paling sakit dalam hidup ummi.

Muhammad Adam..Kelahiranmu amat ditunggu-tunggu.Setiap hari ummi belai-belai perut.berborak dan tanya.Bila baby nak keluar.Abi juga sudah tidak sabar.

15 Mei 2010 (sudah 6 hari overdue,17 mei appoinment di DEMC untuk induce)
3.30pm : Bertolak ke KLCC.Abi kata, kena banyakkan berjalan.Bawalah perut yang sarat ini.Bawa Aufa,adik-adik, dan Mak cik Putih sekali. Jalan-jalan dan Makan sedap-sedap.Hehe.

6.00pm : Solat Asar di surau KLCC. Tiba-tiba terasa ada sedikit air keluar.Tetapi tak rasa sakit.Mak cik Putih ( yang menjaga saya berpantang) kata, itu air ketuban.Dulu masa Aufa,tiada keluar tanda.terus rasa contraction.Mahu berjalan lagi.Abi sudah risau.Ajak balik terus.

7.30pm : Sampai rumah.Mandi.Solat Maghrib.Sudah Mula terasa contraction kecil.
8.30pm : Dinner.Contraction 20 minit sekali.Masih boleh tahan.Sempat menonton Konsert Akademi Fantasia.Mahu tengok Shahir yang hensem dan manis saja.Dapat juga tengok shahir bergelek nyanyi lagu Tamali Mak.Haha.

11.00pm : Solat.Sudah tidurkan Aufa.Contraction semakin kerap.5 minit sekali.Masa ini masih boleh tahan.Abi ajak ke DEMC sebab contraction sudah kerap.

16 mei 201012.00am: Mahu bertolak.Kakak aufa terjaga.Kakak Menangis sekuat hati.Tinggalkan dengan Mak Cik Putih.Ummi rasa sangat sedih.Peluk dan cium kakak Aufa dulu.

12.30am : Admit dan Regist to DEMC.Masuk ke wad sementara 202.Nurse seluk.Sangat-sangat sakit.teresak-esak ummi menangis.Baru buka 3cm.Masih tebal katanya.Nurse pasang alat CTG scan.Dia kata Doktor Mazita baru balik rumah.Rumahnya di Cheras.Takut dia tidak sempat datang.Oh,doa harap sempatlah.

1.00am : Nurse masukkan ubat buang air.Katanya kantung najis kena kosong.Pengalaman baru sebab masa Kakak Aufa ummi sudah membuang dulu sebelum ke labour room.Tak Lama betul tiba-tiba terus sakit perut.Tukar gaun sexyback hospital.

1.30 am: Abi beli air kelapa di Restoran Pelita 24jam.sempat minum sedikit.Minum juga sedikit air zam-zam.Sudah mula contraction yang kuat dan agak lama.Ya Allah,sakitnya.Nurse monitor CTG dan inject ubat tahan sakit supaya dapat rehat.

2.00 am: Sakit contraction kurang tapi masih tidak boleh tidur.Ummi doa cepat-cepat selesai.Tak tahan menanggung sakit contraction.Abi sudah terlena.

5.00am : Nurse tolak ke labour room.Baring di atas tilam yang keras bercadarkan plastik.Nurse seluk lagi.sudah 5cm.Air Ketuban sudah mula keluar sedikit demi sedikit.Tak tahan sakitnya.Ya Allah.Sakit sangat.Contraction kuat dan makin panjang.CTG scan tuh makin lama makin kuat bunyinya.Nurse suruh sedut gas jika sakit contraction (apakah nama benda alah itu).Ummi sudah merengek dan mengaduh sakit yang teramat.Ummi usap-usap perut sambil cakap, cepatlah baby keluar.Cepatlah.Ummi tak tahan dah.Abi memujuk,dah tak lama lagi.Abi suruh ikut dia baca ayat quran dan zikir-zikir.

6.00 am: Abi keluar solat subuh.Ummi dah lapar.Abi suap roti,kurma dan air zam-zam.
6.30 am : Nurse cucuk jarum.Masukkan air untuk tambah tenaga.Nurse pecahkan air ketuban.Masa ini ummi dah tak tahan sangat.Nak putus nyawa.Sesak nafas.sambil sedut gas,menangis teresak-esak,sambil baca ayat-ayat suci.Suasana sunyi di wad dah kedengaran tangisan ummi.Abi di sebelah pegang tangan ummi,lapkan air mata bagi semangat dan memujuk tak lama lagi selesai.Masa ni,ummi ada sebut.tak nak bersalin lagi.sakit...(serik nampaknya.masa deliver aufa pun cakap camtu juga.Haha).Nurse kata doktor Mazita dah sedia.kalau rasa nak meneran beritahu.

7.00 am: Contraction teramat-amat kuat.Tak Tahan.Badan sudah merengkot-rengkot menahan sakit.Rasanya baby sudah menolak kuat.sudah tidak sabar mahu keluar.Ummi rasa mahu meneran.Doktor Mazita masuk bilik.beri salam dan menegur dengan sopan santun dan sungguh ceria.ummi mengadu sakit sangat pada doktor.Dr mazita seluk.sudah 10cm tetapi kepala baby tinggi sedikit.Nurses dan doctor siapkan labour stuffs.sudah cuak.Ready to push.berlakulah riuh rendah seperti tengok perlawanan bola di stadium di dalam labour room.Doktor,3 orang nurse dan Abi mengelingi ummi sambil mendorong push dengan kuat.masing-masing bagi semangat.beri pujian.bagus raudhah.push panjang lagi.dah nak keluar dah.bagus,macam tu puan.3 kali push.Kepala baby belum keluar habis.Terasa susah dari deliver Kakak Aufa.Ummi sudah give up.Sudah mengeluh tidak boleh.doktor kata boleh.Doktor tolong.tapi kita buat sama-sama ya.Push kuat macam tadi juga.Dr Mazita beri bantuan guna kiwi vacuum.Push lagi.Tak tahu berapa harakat panjang.cukup 15 harakat kot.Haha.Ya Allah sakitnya.Teramat sakit.
7.20 am: Baby lahir.Terdengar Abi sebut,Subhanallah! bila baby mengelongsor keluar.Kedengaran tangisan baby.Doktor terus letak atas dada ummi.Ummi tengok baby.boleh tahan semangat!.patutlah susah nak push.Nak putus nyawa ummi nak lahirkan Adam.Doktor kata,semangat baby raudhah ni.kali ni agak selera makan ye? Haha.Memang pun.Abi cakap terima kasih dan kiss.Ummi tengok Abi tersenyum gembira bila lahirnya Adam.Seronoknya Abi.Alhamdulillah.Lega dan bersyukur sangat.Selepas baby dibersihkan, Abi azan dan qamatkan baby dalam labour room.

7.50 am : Dr Mazita selesai keluarkan uri dan jahit luka.Nurse juga sudah siap bersihkan ummi.Ummi menyusukan baby di labour room.pandai baby menyusu.sempat juga mengambil video baby menyusu.Comelnya.

8.10am : Mak sampai bersama Mak cik Putih.Bawa sekali Aufa dan adik-adik.Tahnik kan baby dengan kurma dan beri sedikit air zam-zam.

5.00am.Ketika dalam labour room. Abi seloroh, ummi ni sakit-sakit pun masih mahu bergambar :)


7.20am, kedengaran kuat tangisan baby Adam.Alhamdulillah.



Baby Adam yang semangat.Fresh from the oven.:)


At last, i can hold you,darling.Ciuman pertama untuk baby adam.


Baby baru lahir terus pandai menyusu.Subhanallah.Kuasa Allah.
Comel betul Adam bila dibalut begini.


Berat, 3.75kg.Tinggi, 57cm, Kepala: 33cm.


Banyaknya ambil gambar Adam sampai celik mata saya.


with my BFF, Hanisah.Dapat tahu terus datang visit.Thanks dear :)
Kamu adalah anugerah Tuhan


Kakak Aufa ketika ini masih belum memahami baby dalam perut ummi sudah keluar.


Dulu berdua.Kemudian bertiga.Sekarang sudah berempat.How time flies. :)
Sudah hilang kesakitan tadi.Diganti dengan kegembiraan :)


Kasih seorang ayah.seronok Abi bila lahirnya Adam.sayang betul dia kat Adam.

Dr paedtrician,Dr fadzillah check up baby adam sebelum discharge.
2 hari tidak tidur dengan ummi.sampai hospital terus peluk ummi kuat-kuat.peluk lama-lama.Ummi rasa sebak dan sayu.Ummi tetap sayang kakak.


17 Mei,2pm.Discharge dari DEMC dengan hanya berkain batik.Mak pun datang nak menjemput cucu baru.


Ummi rasa perbezaan lahirkan Aufa dan Adam, sakit contraction lahirkan adam lebih kuat dan proses kelahiran adam lebih cepat.mungkin sebab boy,dia menolak nak keluar lebih kuat.Proses meneran baby Adam lebih susah sebab dia lebih besar dan gunakan bantuan vaccum.Itulah pengalaman labor,bersalin kali kedua di DEMC.

Alhamdulillah.yang penting semuanya sudah selamat.Terima Kasih kepada Dr Mazita, jururawat-jururawat dan semua staff DEMC.Alhamdulillah,saya rasa DEMC adalah hospital terbaik di Shah Alam.Hehe.Sebab semuanya berjalan baik malah takde pengalaman di hospital lain di shah Alam lagi.Hehe.Apalah ummi.Saja puji sikit.Semuanya atas pertolongan dan kebesaran Allah SWT.Proses bersalin adalah lahiriah wanita.Ummi harap Aufa dan Adam membesar jadi anak yang baik.Sayang kamu berdua! Kehadiran kalian membahagiakan kami.^_^

Friday, May 21, 2010

What is your name, Lil Calliph?

Salam sayang semua.Terima Kasih banyak atas ucapan tahniah dari semua.tak sempat lagi membalasnya.Thanks ya.Hari ini sudah 6 hari ummi berpantang.Alhamdulillah ummi dan lil calliph sihat walafiat.rasa sekejap je masa berlalu.Lil calliph pun dah berumur 6 hari.rindunya mahu berblogging.mahu cerita pengalaman bersalin kali kedua ini.InsyaAllah bila ada masa terluang ya.


ketika mata celik


Agak kelam kabut juga nak melayan 2 orang anak.hehe.si kakak sentiasa mahukan perhatian dari kita.nak ajak jalan,nak menulis,nak minta dukung..tapi kalau mak cik2nya datang barulah senang ada orang melayan dia.kesian kat aufa.tapi ummi tak larat lah sayang...Alhamdulillah,baby tak banyak ragam.cuma baby kuat menyusu.kata orang baby boy memang kuat menyusu kan.

ketika lena tidur

Ummi sudah beransur pulih.perut pun sudah hampir kempis.weee!! hehe.ummi sedang menjalani pantang,berbengkung,berurut bagai.tetapi sudah tentu badan belum rasa sihat betul lagi.

Oh,ya lil calliph sudah didaftarkan namanya semalam.nama diberi ialah Muhammad Adam.boleh panggil adam saja.simple saja.Terpengaruh dari cerita drama Adamaya ke Nur kasih? hehe.Abinya berkenan dengan nama Muhammad Adam.nama ummi suggest semua kena reject.Mahu itu juga.Nama nabi terawal dan yang terakhir katanya.Semoga Adam menjadi anak yang soleh.

Aufa & Adam.kakak sayang adik.asyik dicium.main cak-cak.usap-usap kepala baby.cakap sayang..sayang..:)


Abi dan Ummi terlalu sayang kamu berdua.Tidak terkira banyaknya.

Monday, May 17, 2010

My Little Calliph is arrived

Assalammualaikum..semua!!

Welcome to the world,my little calliph!!


Alhamdulillah.Syukur Setinggi-tingginya pada Allah.Cahaya mata kedua kami selamat dilahirkan pada 16 Mei 2010 iaitu bersamaan dengan hari Ahad.Bersamaan juga dengan sambutan hari guru.Lahir pada pukul 7.20am di Darul Ehsan Medical Centre,Shah Alam.Kelahiran secara normal.Seorang bayi lelaki.Berat bayi ialah 3.75kg.Terima kasih banyak kepada semua yang mendoakan kami.Ummi baru discharge petang tadi.InsyaAllah akan update lagi selepas ini.

Wednesday, May 12, 2010

Project Art : My Little Artist

Salam sayang semua.ketika ini ummi masih menanti lagi.ramai yang sudah bertanya-tanya.ramai yang mengambil berat.bila baby nak keluar? dah bersalin ke belum? dah rasa sakit ke belum?hehe. Ramai yang tak sabar melihat kamu,my little calliph.Abi pun asik tanya.tak rasa sakit ke? bila baby nak keluar? abi dah tak sabar nampaknya.Abi kata baby ikut imam shafiee ni, duduk lama dalam perut ibunya.hehe.

kelmarin appoinment with my gynae.buat CTG lagi.baby sihat,kedudukan pun dah engaged.tapi belum ada contraction lagi.dr mazita bagi tunggu 1 week lagi sebelum kena induce.orang kata induce lagi sakit dari normal.sebab baby di paksa keluar kan.seramnya ummi.berat ummi naik sikit,68.5kg.berat baby dah 3.4kg.dr mazita kata boleh tahan ni.kalau tunggu lagi memang baby membesar lagi dalam perut.doc kata nanti ummi kena kerja keras sikitlah.hah! fuh fuh fuh...Ya Allah,semoga dipermudahkan nanti.doakan ya..sekarang ummi kena pastikan baby selalu gerak.tak sabarnya nak jumpa kamu,my little calliph.



baby belum keluar, aufa ada can lagi nak manja-manja dengan ummi.ini aktiviti terbaru aufa.ingat tak sebelum ada buat finger painting dengan dia? this time kita guna berus pulak.Yeay! Art time!!!




Bahan-bahannya berus,bekas color,buncho color,painting paper dan easel.



aktiviti yang mudah.hehe.kita tengok kan je sambil tengok tv.tak banyak involve sgt.huhu

kusyuk dia...bagus-bagus.kalau tak nak berkepit je dengan ummi.sakit perut ni dihempapnya.


ada gaya tak my little artist nih?

masterpiece dah hampir siap.
seronok!! yeay!! finish!! next time kita buat lagi ye ummi..

Monday, May 10, 2010

Ucapan buat ummi

Assalammualaikum..hayi ni aufa nak citer sikit.semalam hari ibu.aufa dah ucap camat hayi ibu kat ummi.dah hugs and kiss ummi.ni aufa nak ucap camat hayi ibu pada semua aunties yang dah jadi mommies.hepi mother's day!!!..

Semalam nenek dan mak cik2 aufa datang.seronok..so,makan-makan kat umah aufa.beli kepci,donut dan kek.yummy sedapnya.adik tanak kuar lagi.dapatlah ummi makan shedap-shedap lagi.hehe.pastu,abi belikan ummi bunga.abi sayang ummi.tak de present.abi ingat pun dah cukup kan.romantik tau!

Camat hari ibu,ummi..i love you.muah muah muah!..time kasih lahirkan dan besau kan aufa.maafkan aufa sebab sumtimes aufa noty.semalam aufa patahkan spect ummi.sori ummi...aufa noty..


Aufa nak tolong ummi potong kek.ecehwah! pastu aufa mamam kek.emm..sedapnya..


ni award from aunty min.ummi cakap tenkiu so much!!! tantek...




ni award dari kakak mira.tenkiu..kak mira tantek jugak!!!!



p/s: due date semalam.tapi masih belum ada pape tanda.kaki bengkak dah surut semula.kadang-kadang rasa sakit.lepas tu,ok balik.kali ni preggy lain pula.tak sama dengan aufa dulu.my lil calliph nak duduk dalam perut lagi.doakan saya.harap boleh bersalin normal.

p/s: terima kasih pada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya. :)

Thursday, May 6, 2010

Aufa 1 tahun 7 bulan

Haloo..haloo..salam sayang semua.lama juga menyepi.mood nak online tetibe tak de.agak malas pula.hehe.oh,ya ramai yang bertanya ingat saya sudah selamat bersalin.hehe.im still waiting for my little calliph.belum meletup lagi.due date saya 9th may.on mother's day.kaki dah bengkak.perut dah mengeras.memang dah tak lama sangat.ikutkan badan memang sudah tak larat.rasa nak cepat-cepat melahirkan baby.tidak sabar tapi takut.^_^.

sekarang ummi banyak rehatkan badan dan banyak makan juga.haha.Alhamdulillah,kami sudah dapat pembantu bantu untuk menguruskan rumah dan ketika ummi berpantang nanti. umah tidak tunggang langgang lagi dan sedap mata memandang.hehe.sekarang bila nak makan apa-apa,inform kat hubby.hubby mesti tunaikan.hehe.yelah,sebelum saya berpantang 44 hari kan.thanks abg yayang! tak lama lagi tak dapatlah ummi nak mengada-ngada lagi.habislah riwayat ummi sebagai sang puteri.haha.

saya demam.nak tumbuh gigi baru


Lama tak update or cerita perihal my sweet princess.bulan lepas tak update development dia.asik citer pasal pregnancy je.so,sekalikan jelah dengan bulan ni.hehe.


Kakak dah setahun 7bulan.Sudah pandai berkata-kata.so,sudah pandai demanding juga.banyak permintaan ok! nak itu..nak ini..
nak atoon( suruh bukak cartoon),nak upin ipin,nak alan(suka berjalan skang),nak yis (ajak menulis), nak asyim (mintak beli ice cream),nak nek atash (nak naik bilik atas), bila nak tidur minta nak gayut.nak tek!! nak tek! kalau tak layan.mengamuklah dia.manja tetap manja.dengan perut yang sarat ni memang tak larat nak layan.kadang-kadang mengeluh, naik angin juga dibuatnya.tapi kesian pula.sabar.dia nak attention sebelum dapat adik agaknya.

suka dapat main air


Paling seronok sekarang bila berorak-borak dengan dia.bila kita tanya,dia respon.dia jawab.shoes kakak warna apa.dia jawab,
pink!.kakak makan apa? ayam!.kakak nak pergi mana? kedai! kita naik car nak pergi mana ni? nak alan!.haha. sangat comel bila dia berkata-kata.sangat suka berjalan.amik kasut ajak jalan.bila nak balik,tak nak masuk kereta.menangis nak jalan lagi.aduhai...kuat berjalan macam ummi dia lah.hehe.


seronok bermain dengan budak lebih besar.

Suka sangat mandi sekarang.dia dah mandi,tengok orang mandi.nak mandi lagi.if poo poo pun nak main air lama-lama.
nak andi..nak andi..layan jelah.

Aufa dah suka berus gigi dah.bila mandi,dia mintak beruskan gigi dia.
nak tis,nak tis (nak brush teeth).almost penuh dah gigi kakak.hari tu demam kejap.rupa-rupanya ada gigi baru tumbuh.


Dah pandai mamam ais krim.ummi dia lah ajar.hehe

Suka counting number dan recognise ABC even masih tunggang langgang lagi sebutannya.
one..two,ti,six,nine...hehe.suka lagu ABC juga.kena nyanyikan sampai dia puas.minta repeat.ummi jadi radio jap.sambil nyanyi dia pun ikutlah.paling jelas sebut A b c..g..h i j..o p q..x y..^_^

Can recognise some part of body.bila kita tanya, where is your eyes,nose,ear,mouth,teeth,tongue,hair, hand, stomach,foot? she will point to correctly.

pantang ajak berjalan.ambil shoes.terus cakap jom!! jom!!

Suka bertanya.
apa ti? apa ti? apa ti ialah suatu pertanyaan.dia tanya apa ni? atau apa tu?.apa ni + apa tu = apa ti.haha.selagi kita tak jawab,selagi tu dia keep asking.makin kuat volume suara dia.kalau kita tak layan,dia tolak-tolak muka kita suruh tengok apa benda yang dia tanya tuh.bila kita dah jawab,dia pun ikut sebut the word.yayang kakak! ^_^.

emm...ayam shedap!!! tak tahu sebut sate.

she is ms copycat in the house.tiru je apa kita cakap.macam mak nenek tau anak ummi ni.yang tak tahan bila ummi mengeluh or marah dia.dia pun ikut dialog kita.amboi!! ish!!! no no no! nak bap! bap! kita istighfar,dia pun ikut azim....!!! (dapat yg belakang je.)

suka main baby-baby.siap nak breastfeed baby

bila sleeping time.ummi ajar baca doa,salam & kiss dan cakap good night sebelum tidur.sekarang dia dah tahu.nak tido aufa pun cakap nite!! ummi..abi..baby..sekali sume dia sebut..atuk..nenek..mak su..mak cik..mak ngah..pak lang..haha.so cute!!

aksi manja-manjaan dengan mak su dan auntie syeda

yang paling best! aufa akan jadi kakak ketika berumur setahun 7 bulan! InsyaAllah..tolong doakan ummi aufa dan adik saya ye aunties semua...^_^

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers