ads

Friday, May 15, 2009

Membina kepintaran bayi

Kasih sayang, pemakanan berkhasiat dan genetik juga faktor penting melahirkan anak pintar
KEPINTARAN dan perkembangan minda bayi boleh dirangsang sejak dalam kandungan.

Stimulasi terhadap bayi termasuk membacakannya buku boleh dilakukan apabila kandungan memasuki usia empat bulan.
Rangsangan berterusan, kasih sayang, pemakanan berkhasiat dan genetik adakan faktor gabungan bagi melahirkan anak pintar.
Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Kampung Baru, Dr Khairul Azman Mohd Khalid, berkata menerusi teknik imbasan otak terkini, dakwaan penyelidik sejak 20 tahun lalu iaitu persekitaran bayi memberi kesan dramatik kepada perkembangan otaknya sudah terbukti.
Bagaimanapun kata Dr Khairul Azman, melahirkan anak pintar tidak cukup sekadar mempertaruhkan faktor genetik dan kekerapan rangsangan pada janin tetapi juga banyak faktor lain perlu digabungkan.
“Melahirkan anak pintar bermula pada peringkat pemilihan jodoh. Kepintaran anak diwarisi menerusi genetik. Ibu yang pintar tetapi ayah kurang pintar memberi peluang anak mewarisi 50 peratus kepintaran. Tetapi kalau kedua-duanya bijak, peluang mendapat anak bijak lebih besar,” katanya.
Kecerdikan ibu bapa tidak semestinya bergantung kepada segulung ijazah walaupun pada umumnya semua lepasan universiti itu bijak pandai belaka. Kecerdikan mungkin boleh diukur pada bakat dan kemahirannya dalam bidang seni, pertukangan atau kejuruteraan.
Faktor genetik itu pula perlu digabungkan dengan kesihatan ibu yang baik. Justeru pemilihan makanan berkhasiat, pengambilan vitamin dan zat galian yang betul dan mencukupi sepanjang tempoh kehamilan juga penting.


Pemakanan untuk anak yang bijak dan sihat
-“Jangan ambil ubat-ubatan herba atau apa saja ubat yang kononnya memudahkan bersalin dan mengurangkan kesakitan bersalin. Ia sebenarnya tidak banyak membantu,” katanya.
Pengambilan minyak ikan Omega 3. Ia adalah makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat.
-“Minyak ini juga komponen terpenting dalam pembentukan sistem saraf dan retina. Kekurangan satu atau kedua-duanya dikaitkan dengan kelahiran bayi pra matang atau bayi lahir dengan berat badan bawah paras normal,” katanya.
-Satu lagi pemakanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. Sebaik-baiknya berikan anak anda susu badan sehingga dia berusia dua tahun atau sehingga dia berusia enam bulan. Bayi yang menyusu badan dikatakan lebih cerdik berbanding bayi tidak menyusu badan.
Ketika bayi mencecah usia enam bulan, perkenalkan makanan tambahan seperti bubur nasi. Bagaimanapun ini tidak bermaksud ibu boleh menghentikan pemberian susu badan.
-“Ibu tidak bekerjaya berpotensi tinggi mendapatkan anak bijak menerusi sentuhan dan belaian berterusan berbanding anak yang diletakkan di pusat jagaan atau ditinggalkan dengan pembantu rumah,” katanya.
-Sepanjang kehamilan juga kata Dr Khairul Azman, penting bagi orang Islam berdoa untuk memastikan keselamatan dan kepintaran anak yang bakal dilahirkan.

Pembinaan kepintaran bayi selepas dilahirkan
Tiga tahun pertama adalah tahap usia anak paling penting. Ketika ini otaknya sibuk membina sistem jaringan. Aktiviti otak menghasilkan rangkaian elektrikal kecil dikenali sebagai ‘synapses’ (sinaps - pertemuan neuron dengan organ efektor).
Jumlah rangsangan yang diterima bayi memiliki kesan langsung pada jumlah sinaps yang terbentuk. Rangsangan berterusan akan memperkemaskan hubungan itu dan menjadikannya kekal.
Perkembangan otak pada ketika ini berlaku sekali saja seumur hidup dan ibu bapa berpeluang membantu anak merangsang pembentukan litar otaknya.

Bagaimana merangsang bayi
1. Kasih sayang - Anak yang diletakkan di pusat jagaan punya banyak rangsangan tetapi kurang kasih sayang! Anak tidak pernah cuba untuk memanipulasikan ibu bapanya jauh sekali mengawal anda. Kasih sayang adalah keperluan biologi anak. Kasih sayang menghasilkan kekuatan dalaman padanya dan meningkatkan pembangunan otak.
2. Bercakaplah dengan bayi anda - Bercakap dengan pelbagai nada, pelbagai bahasa, tatabahasa dan hasilkan banyak mimik muka. Suara anda adalah irama paling merdu dan menjadi pujaannya (kerana dia sudah mendengar suara itu sejak dalam rahim).
3. Bertindak balas - Jangan mengelak dengan sebarang permintaannya. Ini bagi memberitahu dia boleh berkomunikasi dengan orang lain dan memberikan kekuatan rasa percaya dan emosi yang stabil. Jangan biarkan dia menangis terlalu lama. Bertindak balas apabila dia menangis kerana menerusi tangisan anda berupaya menterjemahkan permintaannya.
4. Sentuh bayi anda - Penyelidik mendapati bayi yang lahir kurang matang tetapi diurut akan membesar dengan cepat, kurang menangis dan akan dikeluarkan dari hospital lebih awal.
5. Berikan pengalaman baru - Bawa dia bersiar-siar, membeli belah dan beri dia nikmati pengalaman baru.
6. Bacakan buku - Walaupun bayi tidak akan mengikuti cerita yang anda bacakan, dia akan tertarik dengan gambar ditunjukkan dan suara anda yang pelbagai nada ketika bercerita.
7. Biarkan dia menjelajah suhu berlainan dan tekstur berbeza. Berikan dia ruang untuk meneroka secara sendirian.
8. Mainkan muzik - Muzik Mozart didapati boleh merangsang sesetengah nueron dalam otak yang kemudiannya digunakan untuk matematik.
9. Apabila anda rasa marah atau geram kerana bayi anda kerap menjatuhkan barang perhiasan atau buku atau menumpahkan makanan ke lantai, sebenarnya dia cuba mengetahui bagaimana dunia ini berfungsi.





Fakta Tumbesaran
* Bayi punya keperluan biologi dan keinginan untuk belajar.
* Asas jaringan sinaps otak hampir sempurna selepas pembentukan otak secara berterusan.
* Lagi banyak rangsangan pengalaman diberikan, lagi banyak jaringan dibina untuk keperluan pembelajaran pada masa hadapan.
* Bayi suka pada imej kontras. Bayi yang berusia 0-setahun sukakan warna merah, hitam dan putih.
* Rangsangan visual boleh menghasilkan lebih peluang untuk dia belajar menerusi kepekaan, penumpuan dan kecurigaannya.
* Tidak perlu membeli banyak permainan jika tidak digunakan kerana ‘toy’ bayi yang terbaik adalah anda selaku ibu bapanya. Justeru manafaatkan setiap saat untuk berinteraksi dengannya.


sumber :my permatahati.com.baca artikel penuh di sini


seperti biasa layan gambar aufa yer..if takde picture dia tak meriahlah.dahlah blog US nih mandom jer.ngeeeee...


aufa baru bangun tidur terus main .saya shomots sikit ye.hehehe



aufa tepuk tangan! nyanyi sekali yer...sayang anak ummi




hai.mari main dengan saya....jom kawan2! jomla!!!....:)



dia suka encik duck jugak.quack..quack..quack..



abcdefghij.....bla..bla..dengan sumbangnye ummi menyanyi! hahahaha.aufa dah bangun tidur.ummi dah tak boleh buat kerja.kena layan dialah...

p/s: malas nye nak cantik2 blog.not in mood.nantila US buat yer..

12 comments:

Suziey Ahmad said...

waaa good info US...comel nye aufa..sonot je tgk dia gelak..tight tu pn tomey..pinkk..i like!

Ummi Eisya&Amani said...

bagus la info ni..pandai aufa tepuk tangan ye..comel lak tu..muahh..untk aufa

UmmiKhayra said...

good info US!! Thank you.. :)

Ala.. comotnyer aufa... heheheh comot2 pun cute jugak kan.. hehehhe Bila la Khayra nak pandai tepuk tangan.. :)

mira said...

Amboi! Byknyer gambo Aufa.. Comel + Comot.. hahaha.. =)

Ummu Mishkah said...

Thank for info sharing.. i yang anak tiga ni pun sentiasa rasa kurang sangat parenting knowledge ni.. thank you!

Ummi Salsabila said...

suziey ~ aufa mmg suke gelak aunty.nmpk gigi saye.saye pun suka tight pink tu.pink comel!

Mrs Adz ~ bagus kan? ummi terjumpe bile google.hikhik.muah da smpi aunty! hihi

Ummi Khayra ~ u are welcome :) tulah shomots betul.kihkih.xpe xlm lg pndai la tu.US lak asik pk bilala aufa nk duduk nih..

MiraHanna ~ hahaha..aufa budak comot! huhu

ummumishkah ~ ur are welcome.anak 3 lagi de byk exprience & knowledge.secara langsung lg..:)

Unknown said...

salam ummi aufa,

aliya nak join main dgn aufa... aufa ade byk menan, ibu tak beli menan utk aliya sbb abg fikri punya byk.. skrg aliya men keta abg fikri...

camner aaa, nak rangsang 2-2 anak dara ku supaya suke main doll & teddy bear... depa lagi suka layan keta, lori & kplterbang abg dia..

Nani~~{@ said...

Salam Ummi Salsabila,

Thanx for sharing ye..very informative!

Aufa bangun tido pun shomell..mwaahhs
mmg kalau dah bangun..kena layan diorang je la kan=)

US jgn lupa ambik award kat blog nani k

Have a good day wif ur loved ones =)

atie said...

TQ 4 Gud info, rasa cam nak pregnant balik.....haha. Aufa bangun tido terus gelak2 ye.

nadnye said...

thanks for the useful info...

JOM AUFA, main2 dengan SARAH..

Sarah said...

terima kasih byk2 untuk sharing dgn kita semua :). info yg sgt bagus!

Ummi Salsabila said...

kak yong ~ jom aliya.join main dgn aufa! aliya sula main toys abg fikri yer..besela tu kak..adik pompuan suka ikut abang die..anak buah ummi sume pun camtu.sume nak same mcm abgnye.xpe kak,tapi kite explain gak kat dia..

padnani ~ ur are welcome.liss dah smpi jauh dari oman :)
ok,nanti US amik yer...TQ bagi awrd:)

nadnye ~ ur are welcome..:) jom sarah comel..main dengan aufa!

atie ~ ur are welcome.bagus gak idea tu kak.bila nak tmbah lg? :) aufa mmg suka gelak2.dah puas tido,suka la..

Sarah ~ sama2..sharing is caring kan..:)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers