Ideas of children play and arts here.Love love love! Amazing blog:) Just sharing
ads
Wednesday, August 28, 2013
Mom school, mom is the first teacher
Tuesday, August 27, 2013
Outdoor Photography
Assalam Alayk semua!
Update sedikit
1 ) Sarah Jubah Plain ( 6 warna pilihan) - Jubah nursing dengan butang di hadapan.
Material : Satin silk
2 ) Sarah Jubah corak bunga (3 warna pilihan) - Jubah nursing dengan butang di hadapan.
Material : cotton crepe
3) Glitter shawl cukup besar dan labuh untuk tutup dada & belakang.
4) Anisa Jubah
Material : Thick Lycra
Sunday, August 11, 2013
No bake Oreo Cherry Tart : Dessert senang untuk Eidulfitri
Resepi pencuci mulut yang mudah.Perkongsian dari kawan di Instagram.Sangat mudah malah so sinful!
Resepi di gambar bawah.sumber dari
http://www.mowielicious.com/home/2012/06/no-bake-oreo-chocolate-cherry-tarts.html
Saya ikut resepi tersebut.kecuali tak letak golden syrup dalam choc ganache.Saya takde removable bottom tart pan.Maka saya guna springform pan saja.oh ya, cherry segar saya beli di Giant.:)
Untuk penggemar coklat.Selamat mencuba!

Wednesday, August 7, 2013
13 Syariat menyambut Eid Mubarak mengikut sunnah nabi
Di kesempatan ini, pada hari terakhir Ramadhan sebelum kita menyambut Hari Raya Eidu Al-fitri saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog ini.
semoga amal ibadah kita di sepanjang bulan Ramadhan ini telah diterima olehNya.
Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain: “Taqabbala Allahu minna wa minkum”
Selain itu, saya juga ingin meminta maaf jika di sepanjang kita bersama, saya tersalah,tersilap atau terkasar bahasa terhadap anda.
semoga persahabatan kita akan menjadi lebih baik lagi selepas ini.
Kita juga akan menyambut Hari Raya sama dengan Saudi dan Qatar dan kawasan sekitarnya
walaupun mereka berpuasa lebih awal.
Di Malaysia berpuasa selama 29 Ramadhan.Kan? Huhuhu
Di sini saya titipkan 13 syariat menyambut Eid Mubarak mengikut sunnah nabi.Semoga bermanfaat :)
Selamat beramal, Semoga Eidul-fitri anda penuh kebahagiaan dan keberkatan.
P/s : Tahun ni beraya berlima..Syukur Alhamdulillah Hihi
Tuesday, August 6, 2013
Ramadhan 1434H
Assalam Alayk!
Alhamdulillah dapat menjalani ibadah puasa bagi Ramadhan 1434H kali ini.Macam tak percaya.Ramadhan lepas mual loya mengandung.Tup tup jumpa Ramadhan semula.MasyaAllah cepat masa berlalu!
Ramadhan bulan mulia.bulan persaudaraan.bulan dilimpahi rezeki.
Di Masjid awal-awal ramadhan dah penuh jadual untuk sponsor makanan berbuka puasa, sponsor untuk makanan qiam.Hulur sedekah pada yang miskin, meraikan Anak yatim. Jiran-Jiran bulan ini lah bertukar-tukar juadah.Kenalan berkirim-kirim hamper makanan.Bulan puasa ini lah kita jumpa macam-macam jenis kurma ciptaan Allah.Bulan ini.Semuanya berebut-rebut nak pahala berganda-ganda.
Ramadhan bulan kasih sayang.Suami isteri balik awal.Ibu-ibu excited merancang menu berbuka puasa.Ahli keluarga sama-sama kecoh berkecah di dapur.Susun juadah berbuka.Susun cawan pinggan.Kemudian tadarus Al Quran, solat, terawih berjemaah. Bukankah bahagia? Lebih banyak masa berkualiti bersama.Ramadhan yang bahagia.
Tahun ini Aufa mula memahami puasa.Di tadika, tidak disediakan makanan seperti biasa.Jadi, mereka dilatih berpuasa.Aufa pagi- pagi memang susah nak makan.Minum susu saja.Bila sampai rumah je terus request macam2.Hehe
Aufa : kenapa teacher tak bagi Aufa makan macam dulu? Aufa lapar lah Ummi.
Ummi : sekarang ni bulan Ramadhan. Allah suruh kita puasa.puasa tu kita tak boleh makan & minum.
Aufa : oh..cepat lah Ummi.Lapar.Nak makan Nasi, Ayam goreng, burger, roti John, carrot, aiskrim, coklat.Semua sekali!
Nafsu makan budak kecil.Kemain!
Dan sekarang dia boleh terangkan kat Adam. Adam tanya puasa tu apa Ummi? Ummi sakit eh?
Aufa explain kat adiknya.Puasa tu tak boleh makan, tak boleh minum...tak boleh korek hidung!! Sambil masukkan jari dalam hidungnya! Haha
Dan Sarah pula.Adakalanya bangun bila kami bersahur atau berbuka.Tetapi molek elok mata menonton tv.Kadang-kadang juga dok teriak minta pegang, mahu menyusu juga.Biasalah nak kasi meriah kan? Hehe.Ramadhan tahun ini adanya dia.Si comel ceria membahagiakan. Alhamdulillah.
Dan sudah 27 Ramadhan1434H.cepat rasanya kan? Rindu Ramadhan.Semoga Allah temukan kita semua dengan Ramadhan tahun hadapan.Amin Ya Rabbal Alamin.
Monday, July 29, 2013
DIY Headband untuk Puteri kecil
Assalam Alayk!
Nak buat headband untuk anak-anak gadis? Jom Cuba buat sendiri!
Tutorial sumber dari littleinspiration.com
Taraaaa! Make it and Love it!
Selamat Mencuba :)
Saturday, July 27, 2013
Resepi Nasi Bukhari Chef Ammar
Assalam Alayk!
Ramadhan minggu kedua, rancangan berbuka rumah ibubapa.Adik-adik semua berkumpul.Mak tanya, boleh masak nasi arab tak? Masak lain macam dah boring katanya.Macam teringin je mak...:)
Dan kebetulan memang dah jodoh, esoknya menonton Rancangan Masak dari hati, masak dengan iman.Chef Ammar ajar masak nasi bukhari. Maka lihat demo di tv dan refer resepi di Facebook chef Ammar.
1- Cut the Chicken from the back bone as you seen on TV Al Hijrah
2- season the Chicken from Both side with Cajun Spices, Black peppers, Salt and Cinnamon Powder use only as you needed ( saya tambah olive oil, lemon, carrot & kentang). Saya suka rasa sedikit masam pada ayam panggang bergabung dengan rempah lain.Suka suka hati bak kata chef Ammar.
3- Place the chicken on a Roasting tray and make sure you add about 125 ml water for one Chicken the oven must be at 170 / 180 C and roasting it for about 45 minutes to one hour.
4- Make sure that the gravy of the chicken can be use. (Jangan buang,jadikan kuah. sedap gravy ayam ni tau! )
it is so easy and simple too. Thank you Chef Ammar, Barakallah!
1-Episode
Nasi Bukhari Raja Segala Nasi.
Resipi Turun temurun Chef Ammar
1-Salata Arab tomato bersama Tahini sos.
Bahan-bahannya
Tomato Tahini Salad
1.Tomato didadu kecil 3biji besar
2.Timun jepun atau timun biasa 2 sederhana besar
3.Daun Bawang Di potong halus ½ helai ( ganti 1 bawang besar holland )
4.Daun parsley dihiris ¼ cawan ( tak letak)
5. Sedikit olive oil
6.Tahini sos(boleh didapati kedai arab) 100gm ( saya tak letak sos ini)
7.Jus lemon 100ml (saya letak separuh biji sahaja)
Garam dan lada secukup rasa
2-Nasi Bukhari bersama ayam panggang.
Bahan-bahannya.
1.Beras basmati dicuci bersih 1kg
2. Bawang putih 10 biji
3. Bawang besar holland 1 biji
4.Kismis gunakan kismis yg besar 1 cawan
5.Lobak merah 100gm
6.Sayur campur 1 cawan
7. Planta dalam 1 sudu besar
8. Zaa'faran ( Jika ada)
9.Kacang kuda yg telah direbus 1 cawan ( saya tak letak)
10.Serbuk bunga cengkih 1 sudu teh
11.Serbuk kayu manis 2 sudu teh
12.Serbuk bunga lawang 1 sudu teh
13.Serbuk cili 1 sudu teh
14.Serbuk buah pelaga 1 sudu the
15.Minyak jagung 1 cawan
16.Tomato pes 2 sudu besar
17.Daun ketumbar ½ cawan ( untuk hiasan)
18.Daun pudina ½ cup (untuk Hiasan)
19.Air (1kg beras = 1.5liter air
20.Garam 3-4 sudu teh
Cara- caranya :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang yang dah dicincang
3. Tumis semua rempah ratus sampai naik bau.
4. Masukkan tomato pes, planta, zaafran.Kacau.
5.Masukkan carrot yg di potong dadu, kismis, kacang kuda, sayur campur.
6. Perasa kan dengan garam
7.Masukkan air dan beras. Kacau.
8. Tutup periuk, biar masak.
Syukran Chef Ammar!
Masak Dari hati Masak with Iman :)
Beli makanan sunnah dan produk muslim online di
Https://www.facebook.com/SihatCantikBerkat
Dapatkan rempah nasi arab Al-Bayt seperti nasi kabsah, nasi mandy di SINI
Vitamin semulajadi halal untuk seisi keluarga Di SINI
Dapatkan rempah nasi arab Al-Bayt seperti nasi kabsah, nasi mandy di SINI
Vitamin semulajadi halal untuk seisi keluarga Di SINI
Tuesday, July 9, 2013
Tips / Formula Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan
Assalam Alayk!
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Al-Baqarah:185).
Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak akan tiba lagi bulan yang penuh keberkatan yang di nanti-nantikan oleh umat Islam.
Bagaimana persedian anda tahun ini?
Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan:-)
Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.Di sini saya ingin kongsikan 1 Formula nak khatam Al-Quran dalam masa 30 hari dengan maknanya sekali.
Ramai orang tidak pernah buat perkara ini. Apa kata kita buat sama-sama agar lebih memberi kesan yang mendalam selepas Ramadhan nanti.
Dalam Al-Quran mushaf Uthmani setiap juzuk telah dicetak dengan ayat-ayatnya sebanyak 20 muka surat.
Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5,
Iaitu bilangan solat fardhu:
- Subuh
- Zuhur
- Asar
- Maghrib
- Isyak
20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu
Kita hanya membaca 4 muka surat.Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian iaitu:
2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu
Hanya 1 helai saja, sebelum dan selepas solat fardhu.
Bagi yang telah berpasangan bertadaruslah bersama.
Suami 1 helai
Isteri 1 helai
Kemudian baca terjemahannya sekali
10 minit habis
Semoga suami isteri mendapat pimpinan dari Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berkualiti.
Maka tiada alasan juga membawa al-Quran kerana zaman sekarang ni dah banyak smart phone yang boleh download aplikasi al-Quran
Dengan beristiqamah melakukannyapada setiap kali solat fardhu selama 30 hari,
In Sya Allah kita bakal mengkhatamkan al-Quran dengan maknanya sekali.
Ya Allah Engkau rahmatilah kami dengan al-Quran dan Engkau jadikanlah ia sebagai ikutan, petunjuk dan rahmat untuk kami..
Amin!
Sumber :
Jom kongsikan dengan orang lain, insyaAllah dapat keberkatan Allah swt.don't be selfish :)
Subscribe to:
Posts (Atom)



















