ads

Monday, October 4, 2010

Surat buat anak ummi, SELAMAT HARI LAHIR!

Selamat Hari lahir sayangku,Salsabila Aufa.Terima kasih kerana menyerikan hidup kami.Cepatnya kamu sudah 2 tahun.Jadi anak yang solehah ya!

Syukur bersyukur. .terima kasih Allah,kamu dapat membesar dengan sihat.syukur Alamdulillah..Happy 2nd parenthood anniversary to us.Terima kasih Allah beri nikmat dan rezeki manjadi seorang ibu dan ayah!


4 oct 2008.Ketika kamu selamat lahir ke dunia.You are my beautiful girl! Thank you ya Allah.

Dikala kamu sudah merangkak explore ke sana sini.Comel.Gigi kamu sudah tumbuh.Bertambah comel lah kamu bila tersenyum!

Dikala kamu sudah duduk sendiri.Kamu sangat gebu kerana minum susu ummi..Ramai mula geram tgk kamu.

Dikala kamu sudah pandai bermain dan minat membaca.Dikala kamu belajar bercakap,pandai meniru dan explore pelbagai perkara.Terima kasih menjadi peneman ummi.


Di hari ulangtahun kamu yang pertama..Kek hari lahir kamu ada gambar muka kamu yg comel ! Sambutan sederhana bersama jamuan rumah terbuka sekali.

Dikala kamu baru dapat kaki..mahu berjalan walaupun takut bila ummi lepaskan tangan kamu. masih belum teror.asyik jatuh,kamu bangun semula.Tahniah sayang!

Dikala kita pergi berjalan-jalan.Seronok kesana sini bawa kamu melihat dunia.



Dikala kamu bakal mendapat adik.Kamu masih menyusu badan ketika ummi pregnant 5bulan.Badan kamu pula semakin susut.Ketika itu ramai menegur dan menasihati berhenti menyusukan kamu..Macam-macam nasihat.Tak sampai hati.Sedih sebab ummi mahu menyusukan kamu selama yang mungkin..Ummi cuba bagi susu formula.Sedihnya bila kamu menangis tak mahu..bila dipaksa..

Dikala perut ummi makin membesar.Breast sudah lembik.Ketika itu kamu sudah mahu minum campur..Tapi bila kamu mahu menyusu juga,ummi tak sampai hati menolak.Ummi doa adik dalam perut baik-baik dan sihat saja.Allah knows the best!

Dikala sebelum ummi ke hospital.sudah sakit.Kamu terjaga.Mahu ummi,mahu menyusu.Kamu menangis sekuat hati ketika ditinggalkan.Sayunya.Sedihnya..

Ketika Beberapa hari tidur tanpa ummi,kamu terus peluk ummi.rindunya..Ummi terpaksa tinggalkan kamu sebab melahirkan adik.Sekarang kamu ada kawan untuk bermain.Seronok kan? :)


Aufa dah besar! Kamu sudah tahu banyak perkara.Kamu sudah pandai mengira,menulis dan mewarna.Kamu sudah makan sendiri.Kamu sudah ada kamus perkataan sendiri.Kamu sudah kenal semua anggota badan.Kamu sudah sebut pelbagai benda yang kamu tahu.Kami sangat gembira.Cuma kamu belum pass potty training.hehe..InsyaAllah,kamu akan belajar kan...

Sekarang kamu sudah ada adik.Terima kasih jadi kakak yang penyayang dan prihatin.kamu suka cium dan peluk adik sampai adik rimas.Cari mana adik bila perasan adik tiada disisi.Bila adik menangis,kamu mahu menyusukan adik.Kamu mahu dokong adik.Dodoikan adik.Tepuk adik sambil zikir.cuma kamu tepuk kuat.Adik sakit.Ummi tahu kamu sgt sayang adik.Cuma kamu belum faham cara betul menyayangi adik.

Ummi tahu kamu belum puas bermanja dengan ummi.Kamu tetap mahu berdukung berkepit dgn ummi.Tapi terima kasih kerana kamu selalu memahami dan mengalah demi adik.Kamu bukan cry baby ummi lagi..tapi big girl ummi.Terima kasih!

Happy 2nd birthday sayang.Kamulah buah cinta kami.Kamulah jantung hati kami. Kamulah nyawa kami :)

Semoga Allah sentiasa menjaga dan menemani kamu.We love you so much! muahhhh....



Friday, October 1, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Syawal ke 3 dan 4

Cerita Syawal 3 kami beraya ke kampong sebelah my dad dan hubby pula.Ayah orang kampong sebatu.Mak mentua pula asal Sg rambai, tapi lepas kahwin terus menetap di KL.Bila ada jodoh kami, mulalah sedara mara,orang-orang tua dari kampong dua belah bertemu.Rupa-rupanya arwah atuk saya dan arwah nenek hubby ada pertalian.Puas mereka terangkan pada kami.kira sedara jauhlah.Ummi pun tak tahu macam nak eloborate sedara camna..

Dah kahwin, baru kami tahu.Oh,kira kita ni sedara lah ek.Kelakar juga.Haha.Tulah,golongan yang muda-muda ni bukan kenal sedara sgt.Sebab tulah kita kena ajar anak-anak bergaul dengan saudara mara.bawak anak-anak beraya jumpa saudara mara.Kalau tak, terputus terus..Sedara sendiri tapi tak kenal.Tahu-tahu jadi partner pula.Tapi dah jodoh,tak kemana. Allah jua yang menentukan semuanya…


So,Raya ke-tiga kami beraya ke rumah pusaka di sebatu,sekitar sg rambai,dan serkam.



Salam ummi.minta maaf ampun semua.:)


Gigitan nyamuk masih kelihatan.Kesian dia.

Bersungguh makan muruku.Her favourite!

Geramlah tengok adam ketawa!

Gembira bermain bersama sepupu.


Di serkam,sedap betul ditiup angin pantai.Tertidur dengan lil adam.


Anak-anak buah rajin melayan adam dan aufa.


Again and again!.suka sangat rumah kampung! nampak tak ada gasoline kat belakang?

Nanti Aufa dan adam dah besar,ada lagi tak rumah kampung camni?...


Syawal ke 4, tibalah masa untuk bertolak balik ke KL semula.sempat bergambar dengan nenek saudara hubby.

4 generasi.nenek,Mak mentua, Hubby dan kids.

On the way,singgah ke mydin melaka.Niat sebenarnya nak makan RFC, Radix fried chicken.

2 tahun lepas,ummi lahirkan aufa pada syawal ke 4.Happy 2nd Birthday sayang.kami belanja makan ayam goreng dulu la ye.

RFC is over my estimation.Tumpang bangga anak melayu kita apatah lagi orang Islam boleh bersaing hebat begini.

Yum yum yum.RFC is sooo yummy! Gambar ayam tak sempat ambik.sebab dah kelaparan.tapi rasa,harga dan kualiti sama dengan KFC.malah ayamnya lebih berkhasiat sebab guna ayam organik.yang penting terjamin halal.

Dengar khabar nak buka cawangan di shah alam.Tak sabarnya.Kalau dah buka, kamilah pelanggan yang pertama!

Cukuplah entry raya kami.jumpa lagi aidilfitri tahun depan.InsyaAllah...:)

Wednesday, September 29, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Meriahnya beraya di kampung

Salam Sayang semua...

Kembali bersiaran.Lambatnya sambung coretan Aidilfitri.Mana tak nya,anak-anak demam pulak.Aufa demam dulu.Kemudian adam pula berjangkit.Alhamdulillah,hari ini beransur pulih.

Kisah hari raya kedua kami di melaka.sebelum subuh bertolak dari melaka.Kampung my mak and ayah.Walau Atuk dan nenek sudah tiada,kami masih beraya di rumah pusaka.Hati melonjak-lonjak.Tak sabar nak jumpa mak,ayah,adik beradik dan saudara mara.pukul 8 pagi kami sampai.Penat tapi gembira.

Pukul 11 kami mula beraya ziarah saudara mara.tema raya kali ini ialah merah jambu.It was my idea and hubby was very sporting to wear that color.hehe.

This year raya pictures using my new dslr.Thanks hubby! Main tembak je.Yang penting bergambar sakan! :D



Aidilfitri 1431H,Aufa's second raya.Tapi perbezaan tahun ini.Aufa sudah pandai bergaya dengan baju kurungnya.macam- macam pose pun boleh.Priceless!

Ikut calendar Hijrah.She will turn 2 on 4th syawal.My dear Salsabila Aufa, you'll be my big girl.How time flies!

Alamak.Wait ummi ! Adam nak susu! Kena bagi upah dulu lah ummi..

Me dapat menembak banyak gambar kali ini sebab ramai pembantu boleh pegang aufa dan adam. Aufa tak menempel kat ummi je.Dah ada ramai mak saudara tolong layan.Adam dengan pakcik2nya.Nak baru menyusu cari ummi.

Adam's first raya.Adam's first baju melayu and songkok.and Adam's first shoe.Songkok longgar.Ummi tak sabar nak pakaikan jugak.hehe.Pelik je dia, apa benda atas kepala ni?.beratnya! :D

Suka gambar ni sebab Adam senyum..Tadi asyik control macho je.Hehe.

Yey! Dapat duit raya.ummi, simpankan dalam bank tau...Orait!

Potret family Aidilfitri 1431H.Tahun lepas bertiga.Tahun ini beraya berempat pula.So,this year is the best raya ever.Alhamdulillah.Ada yang usik cepatnya.Productivity betul.Haha.Ada yang usik,tahun depan berlima pulak.Alamak.Hehe.


Qolbu yasari wa Qolbu yamani...Adam hisap jari. yummy fingers! Aufa sibuk dengan lipstik! suka melawa.pantang jumpa mekap,tak boleh lepas! Girls always be girls!

Suka rumah kampung.Suka bergambar di tangga batu.klasik! Rumah kampung ini pernah menang rumah tercantik.Masih kekalkan warisan melayu.

I love this picture! Hubby, Ayah,Mak and sisters!


She took her aunt phone.Letak kat lantai.Suruh set timer.Nak posing.Siapa ajar? Like mother,like daughter.Haha.



Sebijik kan muka dua budak ni? Sama duduk dalam perut ummi dulu.

Adam with his cousin,Kasih. They look comellicious on bumbo! bam bam betul kasih.


Pinjam bumbo khayra kejap.Tak sempat nak posing dengan khayra pulak.Adam kena practice.kepala belum kuat sgt.Comel lah bumbo warna kuning.

Our third raya together.Posing ala pengantin baru mesti ada.

My sisters.Terasa muda remaja bila bergambar dengan anak-anak dara.seriously! :D

Habis beraya kami singgah bergambar lagi kat pantai pulak.Enjoy!

This time dua budak ni dah kepenatan.My siblings still seronok nak bergambar-gambar.Layan jelah.Dorang ni excited beraya dengan anak-anak buah.

Alhamdulillah.Seronok beraya di kampung halaman.Kenyang makan ketupat,lemang,dan pelbagai rendang.Suka suasana kampung.Meriah jumpa beraya ziarah saudara mara,sepupu-sepupu,dan anak-anak buah.Riuh rendah pelbagai cerita dan jenaka.Bahagia.Thank You Allah blessing our life with full of joy and happiness.

Thursday, September 23, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Satu syawal kami

Assalamualaikum wbt..

Salam Kasih Sayang semua.Masih mood aidilfitri?.Kami masih beraya ziarah saudara mara kesana sini.Hari ini baru sempat update blog yg sudah bersawang.Tahun lepas ummi tak coretkan kenangan Aidilfitri kami disini sebab tengah mabuk pregnant my lil calliph,adam.ingat tak blogku ini bersawang? hehe.Tahun ini ummi nak coretkan kenangan Aidilfitri kali ini sepuasnya.hehe.




Tahun ini kami beraya dulu di kg hubby dulu,kg pandan.jauhnya kampung...hehe.padahal kat KL.kampung di dalam bandar.dekat dgn KLCC nun...so,satu syawal kami ziarah saudara mara di sekitar KL dan selangor dulu.

Kelam kelibut juga nak meyiapkan 2 orang budak pagi2.after Abi solat sunat Aidilfitri,ummi siapkan diri sendiri pulak.terus beraya.sampaikan tak sempat nak makan ketupat dan rendang dulu.makan kat rumah orang la jawabnya..hehe.

Tahun ini kami beraya berempat pula.dan this is 1st raya for adam! seronoknya dpt duit raya..hehe.


my cute niece.she is my photographer of the day.me tak sempat sgt nak menembak.sibuk pegang budak2 ni je..tak cukup tangan.hehe.

satu2nya gambar pose kami berdua di satu syawal.tengah suap aufa dan diri sendiri nasi serai dan rendang.yummy! sempat pose jap.Aufa tengah mintak nasi!! nasi!! tahun lepas Aufa beraya tak boleh makan pape sangat.Tahun ini dapat makan ketupat,lemang,rendang,kuih raya...paling dia sula kerepek!


raya tak nak pakai spect..hehe.my new eyes,amethyst...thanks freshlook! :)

kasut raya my gegirl..tak pakai pun.dia nak berdukung je.bad mood.semua tak nak.mengantuk lagi.dia tak cukup tidur..

satu-satu gambar dia.bukan main seksi lagi.tahu tak nape dia tak cukup tidur?? .sebab kami bawak dia berjalan shopping kat jln TAR di malam raya.meriah dan sangat sesak! pukul 3 pagi baru balik! pastu pukul 7 dah kejut nak siap kan dia.mana tak moody anak daraku ini...

Raya pertama kami bersama adam..masa ni kakaknya dalam rumah.balas dendam..tidur sepuasnya!...haha.

ini di tangga rumah mak saudara hubby di selayang.hubby kata rumah kampung ini arwah ayahnya yang buat.kagum jugak.cantik!

my cheeky boy.sian dia malam tadi kena gigitan nyamuk.bila pagi raya adam jadi si bintik bintat.memang geram betul.susah nak kontrol gigitan manja nyamuk ni.baby lagilah dia suka.kena gigit tak tahu nak karate.habis! pasni kena ready sapu mozzie clear before sleep.

and last gambar mereka berdua! kakak sayang adik.kakak dah puas tidur,dah ada mood nak bergambar.adik pulak dah penat posing lah.haha.

raya kedua kami beraya di melaka pula...to be continued...:)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers