ads

Wednesday, June 16, 2010

Pumping Practice During Confinement

Ummi start practice pumping bila masuk minggu ke 2 berpantang.Masuk minggu ke 2 susu badan mula develop sikit2.sangat - sangat enjoy.pumping dengan bantuan spectra 3 ku.Baru juga start buat stok EBM.Alhamdulillah.Ada lah sikit2.Baru juga belajar ilmu penyusuan dan EBM.Saya budak baru belajar.Banyak kena belajar lagi.hehe.

Ummi nak sharing sedikit info dari kawan-kawan ummi tentang pumping practice semasa pantang ni.sebagai peringatan dan rujukan untuk diri sendiri juga ^_^ :

Sebab2 kite memerah di waktu berpantang adalah : -
  • 1) Breast engorgement - pump untuk melegakan "B" yg membengkak
  • 2) Bekalan sementara - Mungkin ada waktu-waktu yg kite terpaksa keluar dan meninggalkan bayi di rumah. So, kite boleh pump and tinggalkan susu perahan for our baby's consumption.
  • 3) Stock EBM - pump utk mengumpul stok susu perahan sebagai persediaan sebelum kembali bekerja.


Cara-cara pump semasa tempoh berpantang pula adalah : -

  • 1) Pump selepas menyusukan baby - Jangan risau & kecewa jika kite pump time ni susu x keluar or keluar titik-titik shj...mmg kdg2 kite hanya "air-pumping" instead of "milk-pumping"... Tujuan pump selepas baby menyusu ialah untuk stimulate breast and memberi signal pd body kite bahawa ada demand. Bile demand tinggi, supply pasti bertambah!
    Betul2! at first, ummi pump just dpt 2oz.tak lama pastu dapat 3oz.and now, bertambah sikit dpt 5oz.Alhamdulillah,semoga susu bertambah meriah.

  • 2) Tandem pumping - sebelah payudara bagi baby nyusu, sebelah lagi pump dan dilakukan simultaneously ye..ummi dah try juga.freestyle kan pump anda!


Peringatan ye... jangan beranggapan yg bile kite pump sebelum baby di susukan, nanti bile nak susukan baby susu dah takde. Tanggapan ni sangat lah SALAH ye! Percaya lah...even selepas kite pump and directly after that baby nak nyusu, susu kite still ade utk baby minum...susu kite x pernah x de...malah sentiasa dihasilkan! Tu la keajaiban yg ALLAH swt dah jadikan...

JANGAN BIARKAN PAYUDARA ANDA TIDAK DI PUMP/PERAH LEBIH DR 3 JAM. Jika kite biasakan rutin tidak perah dlm jangka masa yg panjang akan menyebabkan susu kite berkurengan...



NOTA KAKI :-


Please be reminded ye kawan-kawan, tak kire brp amount susu yg kite dpt pump/perah semasa tempoh berpantang, even kite cume dpt 0.5oz to 2oz per session, adalah dikire NORMAL. Jgn pressure lak bile tengok susu yg keluar sikit sgt...ianya adalah NORMAL. Reasonnye, baby sentiasa bersama kite dan sentiasa menyusu. Jd, susu yg banyak2 tu baby dah consumed.

Tujuan kite berlatih megepam/memerah semasa berpantang adalah utk membiasakan diri kite (supaya x kelam kabut bile kembali bekerja) DAN utk memberi signal kpd bdn kite utk menghasilkan susu pd waktu2 yg kite dah praktikkan tu. So, pd waktu2 tersebut la susu akan terhasil pd thp maximum. Body kite akan ikut jadual seperti yg kite dah arranged mase pantang...


Dan jika kite sedang mengepam/memerah susu tibe2 si kecik tu jaga nak nyusu, time ni ambillah kesempatan utk praktis tandem pumping. Ataupun, jika masih belum bersedia lg nak wat tandem pumping, bleh berhenti pump/perah dan susukan baby dulu. Don't worry...susu kite sentiasa akan ada dan dihasilkan...

SELAMAT MENGEPAM YE..


sumber : http://harlindahalim.blogspot.com/2009/10/pumping-practice.html
http://alinalan.blogspot.com/search/label/Info%20Penyusuan

Monday, June 14, 2010

Baby Adam 12 hari

Salam Sayang,


Ummi masih seronok mengulit dan membelek baby Adam.hehe.Seronok juga cium kamu.Sangat wangi.Bahagia menyusukan kamu.Membesar dengan sihat ya.Gembira melihat senyumanmu.Bila ada kamu.Rasa hilang semua kesakitan.Lupa rasa serik ketika sakit melahirkan kamu. Abi kata, dah sepasang ni,cukuplah..Hari tu ummi kata dah serik.Haha.Tapi ummi nak baby lagi lah.Kalau ada rezeki, nak baby girl lagi.hehe.

Jom layan gambar baby Adam di hari ke 12.^_^









Muhammad Adam,Kamu adalah anugerah yang berharga.Kehadiranmu adalah anugerah yang terindah dari yang Maha Esa.Adam,kamu adalah kesayangan Abi,Ummi dan Kakak Aufa selamanya.^_^

Sebelum dan Selepas

Salam Sayang,

Jom kita layan gambar adam sebelum dan selepas bercukur kepala.^_^




day 7 - sebelum dicukur kepalanya.bestnya tidur...tenang je.



day 8 - wah! seriusnya muka adam.berkerut- kerut dahi fikir apa tu sayang?


Creative Blogger Award

Salam Sayang,

Ummi dapat award ini dari ummu mishkah.thanks you so much sis!



ummi nak hadiahkan award ini kepada 5 creative blogger kita,

1.payha
2.mira
3.izza
4.momma mia
5.ibu arifa

ok,sudi2lah terima award ini ye.


setelah dpt award,sila buat perkara berikut yea..tQ!!



[1]. Copy dan pastekan pada blog korang.
[2]. Buat 1 Entry Tentang Award ini.
[3]. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut.
[4]. Senaraikan 5 blogger sebagai penerima Award.
[5]. Beritahu penerima Award supaya dia tahu yang dia adalah penerima Award

Saturday, June 12, 2010

Aufa 1 tahun 8 bulan @ 20 month old

Sekejap je anak dara ummi dah 20 bulan.Budak-budak memang cepat membesar.Kita pulak dah terasa semakin tua.^_^

Aufa dah setahun lapan bulan 4hb lepas.Aufa semakin petah berkata-kata.banyak mulut.semakin keletah.seronok dan terhibur tengok aksi dia.semakin curious about everything.sudah pandai menyanyi sambil buat gaya.comel.

sayang sangat kat aufa

Bila dia ada di rumah.tak terlayan ummi.macam-macam projek dia buat.suka mengemas barang-barang.suka main dan pakai kasut orang besar.suka menulis.sampai badan sendiri dicontengnya.Tak reti duduk diam.kesana ke mari.berlari sana sini.Suka ajak berjalan.pantang pintu terbuka.dia dah sarung kasut nak berjalan.

Bila dia tak de di rumah.sunyi pula rasanya.rindu dia sangat.selalunya ummi akan call.nak cakap dengan dia.dah pandai cakap sikit2.yang lain bahasa german lah.kelakar dengar.orang lain tergelak-gelak bila dia bercakap sekali dengan gaya muka dia.bab meniru orang lagi teror.


my big girl

Aufa dah lupa best friendnya.Dah tak bergayut lagi.Last dia bergayut malam sebelum ummi admit ke demc.Sekarang bila ummi offer, nak tek tak? dia jawab,nanak! eee...malu..shame shame...Haha.Sekarang dia dah boleh tidur tanpa ummi.Masa ummi pantang ni,dia tidur dengan mak cik dia, payha.Dah berdikari.Dah jadi kak long kan.



manja dengan mak cik dia

Ingat lagi.1st week ummi berpantang,aufa terpaksa pisah tidur dengan ummi.tak dapat gayut.kesian juga.setiap malam menangis nak ummi.tidur pun tak lena asyik terjaga cari nenen dia.ummi pun sedih dan sebak juga tengok dia melalak sakan.Bila malam nak tidur, lidah dia terjelir-jelir.yelah,dah biasa malam bergayut sampai terlena.kesian tengok kan.sedih.mak cik dia lah tak dapat tidur lena.tepuk2 aufa sampai tido balik.


dalam minggu kedua tu,dia dah ok.dah tak nangis dah.cuma masa nak tidur tu lidah dok terjelir-jelir kat bantal ke,baju ke.bila offer nenen,memang dia tak nak dah.hehe.


putera puteri kesayangan kami.Aksi spontan aufa terus cium adam.sayang betul kat adik


Sejak dah jadi kakak,aufa dah berdikari.tak delah nak berkepit je.tengok dia ok je.dia banyak pandai bawak diri.buat hal sendiri.hehe.bila ummi tengah layan dia.tibe2 baby adam cry.ummi bagitahu nak breastfeed baby.dia paham.Aufa sayang kat adik dia.asyik dicium,nak hug adik.bila cium adam and cakap,baby wangi..baby comel! hihi

Cinta hati kami.Nampak tak art kat kaki aufa?.berseni betul.hihi


Happy 20 month old dear.semoga kakak terus membesar dengan sihat dan ceria.Sekarang adam pula kuat manja.dipegang diam.letak menangis.ni menulis sambil pegang dia.:)

Thursday, June 10, 2010

Anak Ibarat Sehelai Kain Putih Yang Suci Bersih

Pernah tak telintas di fikiran you all?Bila tengok baby kita.Kecik2 ni comel,kiut miut,suci,baik je dia.Tapi bila dah besar nanti macam mana yer? seriusly ummi memang risau bila aufa dan adam dah besar nanti.Jadi anak soleh dan solehah kah mereka nanti? Harap-harap begitulah.

Anak adalah amanah Allah kepada ibubapa. Dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda,

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah yakni suci dan bersih. Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Riwayat Bukhari)

Bayi lahir ke dunia ini dalam keadaan suci dan bersih dari sebarang dosa dan noda. Ibarat kain putih yang tidak tercorak. Ibarat kapas yang tak tercemar. Semakin hari anak ini semakin membesar, dan ibubapalah yang bertanggungjawab mencorak kehidupannya. Agama, akhlak dan dunianya. Jika dicorak dengan baik, anak ini akan menjadi baik. Jika buruk, maka akan buruk jadinya.

Ummi nak sharing apa yang ummi baca tentang beberapa tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

  • menjaga dan memelihara dengan baik dan penuh kasih sayang
  • memelihara permakanan dan minuman anak-anak tersebut iaitu memberikan mereka makanan dari sumber rezeki yang halal dan baik
  • makanan dan minuman yang baik,utama dan berkhasiat bagi anak damit ialah air susu ibu
  • memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pendidikan agama.
  • menjadi contoh yang baik kepada anak.
  • sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap anak-anak, baik dari segi emosi, mental mahupun fizikal
Memang tiada jalan pintas dalam mendidik anak.Memang mencabar.Usaha sedaya mampu.Yang lebih berserah padaNya.Semoga Aufa dan Adam jadi anak soleh dan solehah ya.

Jom layan gambar Adam.Adam di hari 3 lahir ke dunia.Ummi yang suruh Adam pose macam-macam nih.hehe.


Baby Adam baru 3 hari


Dengan nenda tersayang


comelnya kaki baby



Adam tengah pikir apa tu?


Dah lah ummi.Adam dah sleepylah...


sweet dreams darling my little hero..Muah!!!


Okey,Nanti sambung upload gambar Adam dah botak licin pula ya.Tata.^_^

Saturday, June 5, 2010

Kenduri Aqiqah dan Cukur Kepala Muhammad Adam

Majlis : Aqiqah dan Cukur Kepala Muhammad Adam
Tarikh : 23 Mei 2010
Tempat : Kg Pandan, Kuala Lumpur


Salam sayang.Sudah hari ke 20 berpantang.Alhamdulillah.sempat mengadakan majlis aqiqah dan cukur kepala pada hari ke tujuh kelahiran Adam.Majlis diadakan di rumah MIL.Mak lah orang kuat majlis aqiqah ini.Banyak dia yang uruskan.terima kasih juga pada adik beradik dan saudara mara yg membantu.Terima kasih juga pada tetamu yg hadir.Alhamdulillah majlis berjalan secara sederhana dan lancar.Semoga majlis ini mendapat keberkatanNYA.ameen..


Hadis Rasulullah s.a.w.:

Dari Samirah, katanya Rasulullah s.a.w.telah bersabda:
Setiap anak itu digadaikan dengan aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuhnya, diberi nama dan dicukur kepalanya. (HR Ashabus Sunan)

Pengantin kita, Muhammad Adam.

Kambing biri-biri yg diaqiqah kan

Nanti Adam naik kambing ini juga.tough macam Adam! :)

Sebahagian juadah majlis.Kambing masak merah,kambing masak kurma,daging salai msk lemak, belimbing,ayam goreng rempah,sayur dan nasi beriani arab.kecur...yum..yum.. Tapi Ummi tahan je tgk air sejuk.godaan..sabar :)


kami sampai rumah MIL pukul 12.30pm.Abaikan muka sememeh dan tembam saya.

Adam popular dikelilingi sepupu-sepupu

Adat melayu untuk cukur kepala

Adam dikelingi kumpulan marhaban

Terima kasih mak adik.

Nenek dukung adam.Wan tersenyum lebar.

Adam cool je.pelik dia.Apalah orang buat macam-macam kat saya ni...

Semoga Adam jadi anak yg soleh.bijak ilmu duniawi dan ukhrawi..ameen..

Tok Zali sempat cukurkan kepala adam sekejap.kemudian Abi sambung cukur sampai licin.

Adam dah botak licin.macam ipin lah! nanti jgn degil dan semoga mudah dapat ilmu ye sayang..:)

Esok saya akan berpantang di rumah mak saya.Kelam kabut ummi bila mak cik putih sudah balik.Banyak kena buat sendiri.Jadual makan,mandi pun terlajak.Makanan berpantang pun tak terhidang lagi.Tak dapat berurut hari-hari.Rindu pula pada mak cik putih.Ni mak dah start cuti sekolah.dapatlah bermanja dengan mak pula.Hehe.

Jumpa lagi bila saya sempat menulis.^_^

Friday, June 4, 2010

Aufa VS Adam

Salam Sayang.Kembali berblogging.Ummi tengok balik gambar-gambar newborn Aufa.Seronok tengok gambar newborn.muka suci je.Hehe.Apakah perbezaan antara mereka ye? Serupa tak mereka? Apa yang sama? Apa yang tak sama? ^_^



Aufa bersama Ummi.


Adam bersama ummi.



Sama tak muka mereka?

Aufa close up

Adam close up




Aufa 3.07kg, 54cm

Adam 3.75kg, 57cm



P/s: Kualiti gambar tak sama.masa Aufa dulu tak ada kamera.pakai kamera handphone je.Hehe.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers