ads

Saturday, January 16, 2010

Online Cuci Cuci Mata

Pregnancy bukan satu penyakit.Tapi anugerah yang harus di hargai dan di nikmati.Even badan skang dah sakit2 dan tak larat.mesti semangat.tak nak lembik2.dan paling penting mesti ceria.mesti happy.baru baby in my tummy pun happy :)

skang nak window shopping mahupun shopping kat rumah pun boleh.pasal perut ummi dah boyot.so,ummi cuci cuci mata dulu kat online maternity shop.nak cari design baju yg ummi teringin nak pakai ms preggy ni.hehe.ummi suka maternity dress camni.pakai with inner or cardigan.banyak songeh je kan mak buyong ni.haha
ummi ada survey di mumdreams & danita maternity.tq momma mia for sharing.cantik2 & price is reasonable.tapi sayang mana yg berkenan semua dah sold out.then,ummi dapat info pasal cetot.com ada juga jual maternity dress.cantik2 juga.so,beli 2 pasang.tak tahulah sesuai ke tak ummi gayakan nnt.huhu
.
source : MONSOON
ummi suka gak blouse yang tak nampak mcm baju mengandung sgt.coz pas preggy pun le pakai lagi.sopan but ceria.wah! byk songeh tul mak buyong ni.ini ambik dari website oversea.cantik2 kan.best tul cuci mata ni.haha


source : PRIMO MODA

Thursday, January 14, 2010

Oh..My Tummy ^_^

my pregnancy dah masuk 23 weeks and 4 days.perut pun sudah memboyot.cepat je rasa masa berlalu.few months to go!. fuh..fuh..berdebar2..im just started getting cramp sana sini.aduh sakit bangat! berdiri dan berjalan lama2 pun mak cik dah tak larat.hehe.

pagi tadi pi check up.alhamdulillah baby sihat walafiat.berat baby dah 600g.kali ini doc jangkakan bersalin pada 13 mei 2010.tapi doc kata uri macam turun sedikit.if dlm 30weeks++ nanti uri tak naik.maybe kena bersalin ceaser.tapi kdg2 bila kandungan dah besar.selalunya uri akan naik balik.cuaknya.kawan2 ummi yang disayangi semua..doakan ummi and baby selamat semasa bersalin nanti ye..

result ujian darah ritu sume normal.tapi tekanan darah ummi still rendah.so,doc suh minum air garam.1st time minum.aduh..pastu timbang berat badan.57kg! siap doc tulis besar2 dengan pen merah kat kad appoinment.naik 5kg!.doc kata banyak sgt naik ni.argh...diriku obes! patutlah seluar semua dah sempit.hehe.hubby pun dah gelakkan part belakang tu dah besar.sabo jela.hehe.so,doc suh datang lagi nanti.kena puasa and minum air gula plak.aduh..mcm2 air kena minum.1st time gak kes camni.masa preggie aufa dulu sume ok je.normal je.ummi tanya doc nape tekanan rendah? kena mkn apa? pelik juga.doc suruh eat healthy,minum air byk2, & makan ikan bilis.hehehe.

bawah ni gambar mak buyong.hehe.sikit2 makin membesar my belly bump.boleh nampak part lain pun ikut membesar.pipi pun dah chubby.^_^
pregnancy bump at 16 weeks+


pregnancy bump at 20 weeks +


pregnancy bump at 23 weeks

okey,weekend ni nak serbu maternity shop! la ni nak tengok kedai online dulu.any suggestions shop? ^_^

Wednesday, January 13, 2010

Kentang Bakar Yummy


yum yum..resepi baru untuk aufa lagi.kena pelbagaikan menu untuk dia.ummi nak share dgn you all.kentang bakar yummy.sesuai juga untuk anak yang tak nak makan nasi.makan camtu saja.makan dengan nasi pun sedap juga! Aufa sgt2 suka!
Cara- Cara:
1. 2 biji sweet potato saiz besar di basuh dan balut dgn aluminium.kemudian bakar dlm oven pada suhu 180 celcius sehingga empuk.
2. bawang putih & bawang besar di cincang.
3. panaskan kuali dan sedikit olive oil.
4. goreng sekejap bawang tadi.kemudian masukkan daging lembu yang sudah di cincang halus.masak sekejap.
5. kemudian masukkan sos spagetti or sup tomato dlm tin dan sedikit serbuk oregano dan sedikit air.
6.akhir sekali masukkan sayur campur ( carrot, jagung dan peas) dan sedikit garam dan gula.
7. belah kentang di tengah.masukkan inti daging tadi di tengah2nya.
Selamat mencuba!

Manjakan anak berpada-pada

Manjakan anak berpada-pada? tak tahulah sesuai tak tajuknye ni?hehe.kita ni as a parent, happy bila tgk anak happy.seronok bila dapat entertain anak2.tak kira lah cara yg bagaimana pun.betul tak?ni ummi nak citer about toys.satu ketika dulu, bila keluar ummi mesti belikan aufa toys.maybe excited sgt bila dapat baby.tak kisahlah.kdg2 yg murah2,yg rm10 pun jadilah.lagi2 bila pi toys r us.lagi naik hantu.mcm ummi plak yg main.excited je lebih.hehe.


Tapi skang ummi dah lama gak la tak belikan aufa toys.sbb dah pening tgk toys dia dah byk n bersepah2.hehe.plus org bagi lagi.dah tak termain pula dia.pastu, abi ada tegur ummi.abi kata jgn biasakan anak.bila keluar je asik belikan dia toys.bukan kita kedekut.bukan tak sayang.tapi nanti dia terbiasa dapat je.manja dapat apa je yang dia nak.bila dia dah pandai minta nanti.mengamuk pula bila kita tak belikan.hehe.betul juga kan? apa pendapat you all?

geram bila aufa pose camni!

ummi teringat masa kecik2 dulu.bila pi shopping mall.mak mesti tak nak lalu kat tempat toys.sebab takut adik ummi mengamuk nak minta toys.hehe.mengamuk teruk ok if tak dapat! sampai terbaring2 kat lantai melalak nak toys.hahaha.tak tahulah dia ingat lagi tak..hehe.


ummi cakap dgn abi.boleh belikan toys.tapi tak leh selalu.tapi belikan sebagai reward bila ada development or well behave ke.beli yang educational toys.( nak juga beli toys ummi ni).hehe.tapi ummi perasan skang aufa lebih minat kat books compared to toys.if masuk playroom, she will take her books first.ummi penah letak dpn dia book & toys.dia akan pilih book.Alhamdulillah.happy bila nmpk minat dia kat buku.hehe.


skang bila keluar.cara entertain aufa bawa main di playland or bagi dia main machine yg masuk coins tu.hehe.mula2 aufa takut.menangis juga.tapi skang suka plak.nnt gerak2 & nyanyi2 la la la..aufa sonokla..lama juga layan dia main machine tu.pastu, abi tegur gak.tak leh biasakan juga.ala..tak boleh juga ke..(kita as mom ni suka sgt entertain anak..) haha.abi kata nanti asik nak main je.aufa skang dah pandai point to bila nmpk machine tu.nasib baik pakai coins je.hehe.

memang mencabar nak mendidik anak ni.bukan senang.kena pikir circumtances.sayang kan anak.tapi kena berpada2

teror tak aufa drive car?



lagi satu, aufa ni mmg sgt2 manja.bila nak beradik lg menjadi2.org kata, bila nak dapat adik mmg dia akan buat perangai.tapi tak tahulah kalau ummi yang manjakan dia lebih2.hehe.

bila aufa tak nak letak.melalak mcm kena dera plak bila ummi tinggalkan.nak selalu dilayan.ada org kata,maybe coz ummi yang biasakan aufa dari baby.dari baby tak boleh pegang je dia.nanti satu kerja apa pun tak dapat buat.itu pendapat org2 tua lah.terkedu juga mendengarnya.hehe.
maybe coz aufa manja sebab dah ummi dia je jaga & uruskan dia hari2.abi pun dia tak bape nak sgt.yelah,abi jarang spent time dgn aufa.apa lagi uruskan aufa.hehe.tapi bila ummi tgk budak2 especially anak2 buah & adik ummi.bila dgn org lain,mcm penjaga dorang.karakter dorang len.well behave la.tapi bila dgn mak sendiri tiba2 karakter dorang jadi len.jadi manja & macam buat perangai sikitla.dari psychology,ummi rasa dorang ni nak perhatian dr kita.nak dilayan.sbb tula jd manjos gitu! hehe.what is your opinion about this?

naik horse nih best.no coins needed! hehe

Monday, January 11, 2010

KL Bird Park, Lake Garden

BID..BID..BID..itulah yang aufa sebut bila nampak bird.memang tak sama.hehe.aufa suka buat bunyi bird, CIP..CIP..CIP..CIP sambil tangan tunjuk bird.Geram ummi! Salah satu feveret book aufa ialah Allah makes bird.Aufa kenal bird from that book.Sebelum tidur aufa suka baca buku tu.Skang pantang nampak bird kat mana2, punyalah excited dia.bising tunjuk2 suruh ummi tengok bird juga.
On last weekend, 9 Jan 2010 we went to KL Bird Park at Lake Garden. Bila aufa dah kenal bird,kami so excited nak bawa aufa tengok real and variety of birds at Bird Park.Mula - mula aufa takut plak.Pastu baru ok,terpegun and so excited.mata asik look around tengok burung terbang sana sini.kusyuk je.mulut lak terlopong.Macam2 jenis bird.ada hornbill, peacock, bul bul, eagle,flamingo, parrot, and etc.so many colored birds.cantik2.Subhanallah..ciptaan Allah.jinak2 pulak tu..
Tapi kami sampai sana dah petang.abi balik kerja baru pegi.so, park activities and bird show semua dah abis.besar juga bird park ni.tak larat juga nak round satu taman.landscape pun cantik.bila jalan2 rasa tenang je. dengan pelbagai bunyi kicauan burung.kami sempat bunyi tiru burung merak, UK..UK..UK..hehe.Dalam 6.30pm kami beransur.Overall, it was so fun.kami pun happy bila dapat spent quality time with aufa.
terlopong tgk bird mula2 sampai aufa takut

ada flamigo landing kat atas pokok
jinak tau dorang ni.relax jln2 sebelah kita

mari bertatih

my king & my princess

tgk fish pula.aufa leka je

buat peace.geram ummi!

kakak tomey jalan jatuh lagi

sibuk nak posing dgn ummi gak.im preggie at 23 week

timang tinggi2

aufa kusyuk look around

like this pic.merak tu pun pandang camera.pandai pose!

flamigo pond

ayam kampung pun bird ek?


anak flamingo jinak nak lepak2 sama

beautiful bird

dlm kereta aufa study brochure plak

At night,kami dinner di sate station,kg pandan.punyalah famous restoran ni tapi kami tak tahu.rupanya dakat betul dengan rumah MIL.jalan kaki je pegi.Menu utama kat sini ialah sate dan mee rebus.memang sedap sangat.for me, satenya lagi sedap dan tebal dari sate samuri.mee rebus pula wajib you all rasa.memang kow! fav drink plak is jus apple asam boi.best! segelas pun tak cukup.
Suasananya pula ala kampung tradisional.boleh pilih nak makan kat dalam rumah kayu, kat luar atau kat bogazebo.Tapi selalu tempat makan memang penuh je.tak dapat nak pilih2.duduk saja mana yg dah kosong.


rumah kayu yg sgt cantik

budak tonet dah start wat projek mengemas

omputih pun datang enjoying sate

mantop! slrppppp..

licin di kerjakan


yummy!

Friday, January 8, 2010

Pediasure : Halal atau Tidak?

Seperti sedia maklum aufa dah minum susu formula sejak dapat tahu ummi preggy.Aufa minum Pediasure.Nampaknya aufa sudah mula menyukainya.sudah pandai mintak ummi buatkan.walau bagaimanapun aufa masih tidak boleh melupakan dan berpisah dengan best friendnya,nenen.hehe.aufa memang budak nenen.haha.susu badan mmg mcm sudah kurang.ummi pula memang tak sampai hati.bila dia nak,ummi tetap bagi.terutama waktu tidur dan bila bangun malam.bestfriendnya saja boleh melelapkan mata kakak tonet ni.Lately,teman blogger ummi, dila inform about susu keluaran Abbott Manufacturing tidak halal.buat lihat susulan info di blog, nurul dhia.boleh lihat disini.susu keluaran Abbott termauklah isomil,similac,pediasure,gain plus dan ensure.sebelum pediasure,kami pernah beri aufa susu isomil.sebab risau aufa alergik dengan susu lembu.abi kata bagi susu soya lah.vegetarian.lebih baik bagi coz from tumbuhan.tapi susulan berbincang dengan paedtric aufa, Dr Fadzillah.Dr cadangkan pediasure kerana jumlah kalorinya yang tinggi.then,kami beri aufa susu pediasure pula.


Bila tahu about info pediasure tidak halal.tentulah kami bimbang dan mula was -was.kemudian ummi blog hop ke blog catlinafly.anaknya minum isomil juga.dia ada telefon Jakim berhubung isu ini.boleh baca disini. Jakim mengesahkan isomil adalah HALAL.TQ cat sharing contact & info if kita pertanyaan megenai status halal.
then, ummi pun call Jakim.pihak jakim kata mmg company Abbott tidak apply sijil halal dengan Jakim.jadi status tiada dalam list mereka.beliau suruh ummi refer logo halal di tin.kat tin ada logo halal Majlis Ugama Islam Singapore.Pediasure mmg dibuat di kilang singapore.maybe sbb itu mereka hanya ada halal cert from singapore.ummi ada cek pediasure juga tersenarai dalam halal cert from IFANCA.
then beliau kata beliau tidak berani mengatakan ia halal atau tidak.tapi kita boleh yakin dengan halal cert from singapore. JAKIM juga iktiraf halal cert from singapore.ydia suh ummi cek logo halal di tin sama tak dengan logo halal negara luar yg diiktiraf jakim.you all boleh cek logo halal luar negara yang di iktiraf JAKIM di sini. bila ummi cek mmg sama.then ummi yakin dengan halal cert from singapore tu.insyaAllah.pediasure adalah HALAL.tiada was-was lagi.
Anyway,thanks kpd kwn2 yg concern tentang isu ini.thanks juga kpd Jakim.cuma masalah negara kita sekarang.kita tiada akta halal.kita tidak boleh paksa semua company apply halal cert dengan Jakim.sbb tula,ada produk yg tiada logo halal jakim & ada yg menggunakan halal cert from overseas.
SUSU IBU TETAP YANG TERBAIK.SUDAH TENTUNYA HALAL TOYYIBA!

Monday, January 4, 2010

New Year 2010 at i City

taman teknologi


Malam new year lepas,kami sempat ke i-City,Seksyen 7, Shah Alam. Sebelum itu kami ke Jusco, Bukit Raja for groceries shopping.then balik terus singgah ke i -City.Ekceli, kami excited nak tahu "benda alah" apakah i-City ini? tempat apa i-City ni? lagipun dekat dengan rumah kami.tapi lama tertanya2 & blur apa kebende i city nih.malam new year ritu,dorang buat majlis pelancaran i -City dan sambutan tahun baru sekali.

Sekali bila nak masuk ke i-City.punya la jam.ramai betul orang mempunyai matlamat sama dengan kami.hehe.lama juga mencari parking.cari cari punya.tepi tepi jalan semua dah full.lastly,dapat juga parking tapi punyalah jauh nun hujung benua.masa tu, dah terpikir nak turun ke tak nak.sebab jauh nak menapak ni.tapi alang2 dah sampai.jalan jela pelan2 ke i -City tu.nak patah kaki beb!

Selain majlis pelancaran, ada persembahan artis dan rumah salji.tapi kami tak nampak pula mana rumah saljinya.pokok krismas banyaklah.orang pun banyak sangat.hehe.sampai performance stage pun dah tak nampak.So happening la kat sini.gerai2 jual food pun crowded.wow! laku la camni.yang pasti i-City ni pembangunan baru yang berasaskan teknologi.ummi dapat info yang i-city ni akan dibuat sebagai pusat peyimpanan data, hotel, shopping mall, office, kedai, dan taman.kita tengokla camna tak lama lagi.

Kami just jalan2, makan2 pastu balik sempat tengok fireworks show.aufa dapat tengok fireworks for the first time.then,kami balik.menapak pelan2 ke kereta.sampai rumah kaki pun sakit.hehe.



dapat amik pic christmas trees dari jauh pun jadilah


bapa mithali layan anak makan


bangunan dah siap.tapi banyak kosong lagi


mak buyung dah chubby


nama jalan pun kena seiring canggih


yeyeye.aufa naik flight.ummi, aufa tak penat jalan pun.


kebababoooom!!


masih ramai di luar yg frust tak dapat parking nak ke i city.



terlopong tengok fireworks

Saturday, January 2, 2010

Menu untuk Aufa Sayang

Sejak Kakak dah suka makan.Seronok ummi mencuba resepi-resepi baru untuk kakak 'tonet' ni.Lagi gembira bila kakak berselera makan.yummy!! bila nak makan, sebut NAK MI, NAK MI, NAK MI..(nak ummi,nak ummi) .resepi ini ummi cuba dari megazine Mother & Baby.tapi adalah yang ummi edit sedikit ikut bahan2 yang ada.
1. Braised Fish In Sweet and Sour Sauce ( Ikan masam manis) nak tulis juga nama omputihnya.Haha




1. Potong fish fillet (ikan kurau/cod/dory) kepada saiz kecil
2. Campur garam dan tepung jagung
3.Panaskan sedikit olive oil dalam kuali
4.Kepingan ikan tadi dimesrakan dengan tepung dan garam tadi
5.Toskan lebihan tepung pada ikan dan goreng sampai perang.Kemudian angkat.

6.Untuk sos

a.Campur 3 sudu sos tomato dan 1/2 sudu gula dlm kuali.masak sekejap.
b.Masukkan campuran tepung jagung dan air.kacau sampai likat.
c.Masukkan sayur campur frozen

7.Curahkan sos atas ikan tadi.hidang dengan nasi panas.


2.Spanish Omelette

Sedap makan begitu atau pun dengan nasi.ummi pun suka..macam telur dadar special lah.

1. Panaskan olive oil dlm kuali.goreng kentang (2 biji white potato yg dipotong nipis) sampai lembut.
2. Masukkan capsicum dan bawang besar (potong dadu).Goreng sebentar.
3.Masukkan tomato ( potong dadu), garam, pepper.Goreng lagi.
4.Pukul telur ( 5 biji, guna semua putih telur, kuning guna 2 saja)
5.Campurkan sayur tadi dalam telur.
6.Goreng telur sampai perang dengan api perlahan.
7.Angkat dan potong ke slice kecil.


3.Fruit Fool

Aufa kena makan byk fruit sebagai pelawas.nanti tak susah nak poo poo..hihi.takut sembelit pula.ummi pun boleh tumpang sekaki.good for baby in my tummy too!! yummy!!




1. Mix yogurt asli dengan gula atau madu.
2.Potong fresh fruit kepada saiz kecil.
3.Campurkan yogurt dan buah- buahan tadi.


Nanti ummi cuba lagi resepi lain untuk kakak ye.sebab kakak dah pandai makan.dah suka makan.Alhamdulillah.senang hati ummi ini.sayang kakak "tonet" yang kuat makan dah!

layan puteri ummi makan dulu.tak sabar dia.pandai kakak makan! ngap ngap ngap...

p/s: Senang kan.boleh lah mommies kawan- kawan aufa boleh cuba pula. :)


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers