ads

Thursday, October 30, 2014

Bila anak mula membaca

Alhamdulillah Aufa dah mula membaca.how time flies..tahun depan masuk darjah satu dah!

Teachernya kata di sekolah, dia sedang baca English series by bacalah anakku pula.Kalau di rumah, buku peter & Jane di buku no 3.ayat mudah boleh lah dia baca.but sometimes got confused dengan sebutan Bahasa melayu & sebutan English esp huruf C!

Perubahan bila anak dah membaca..

Dia akan baca semua ayat yang dia nampak, tepi jalan ke, kat mall ke,kita kena alert je.Kalau dia tak tahu sebut, dia tanya. Paling kesian bila nak baca subtitle.Selalu tak sempat, sebab laju sangat! Haha

Dia mula request nak pergi library atau bookstore.Pilih buku sendiri.that's good! Alhamdulillah happy.Tapi yang kelakar, dia ni membaca volume kuat.habis bergema lah bookstore or library, semua dengar cerita dia! Haha



Dia baca semua buku buku yang sedia ada, yang sebelum Ummi bacakan.terharu sikit bila dengar.Sebelum ni kita dok bed time stories kan, la ni dia story kat kite & adik2 plak

Perubahan pada kita, lebih gemar belikan komik, majalah or buku cerita.Jika sebelum ni banyak buku color2/stickers/activity books. 

Dan bila dah pandai membaca, maka pandai mengeja kan...

Dia mula buat galeri art, tampal di dinding di sekitar rumah



Dan tolong Ummi tulis groceries shopping list.kelakar tengok dia eja.hehe


Saya terjumpa dia buat karangan tentang rumah kami


And lastly tulis notis warning untuk Sarah.Sarah suka usik barang dia, sepahkan bilik dia.Macamlah adik boleh baca! Haha


Sarah tak boleh masuk bilik ini.Ini bilik abang dan kakak.Terima kasih

Adui lawak! Hahaha 

No comments: