Dipetik daripada : NYT
Perkongsian dari : thevocket.com
Perkongsian dari : thevocket.com
Pernahkah anda terfikir bagaimana rumah beliau? Mungkin anda terbayang rumah yang begitu fancy, dilengkapi dengan gajet-gajet keluaran Apple untuk para tetamu. Sangkaan anda salah sama sekali!
Malah mendiang Steve Jobs tidak membenarkan anak-anaknya untuk menggunakan iPad. Langsung.
“So, your kids must love the iPad?”Soalan diatas ditanya oleh Nick Bilton, seorang wartawan NYT, setelah beliau di”ceramah” oleh Steve Jobs atas artikel yang diterbitkannya. Dan ini adalah jawapan Steve Jobs :
“They haven’t used it, we limit how much technology our kids use at home.”Terkejut bukan? Seorang yang merevolusikan dunia gajet sedunia tidak membenarkan langsung anak-anaknya untuk menggunakan iPad. Malah menghadkan penggunaan teknologi dirumahnya.
Mungkin ada yang mengaitkan hal ini dengan cara hidup mendiang Steve Jobs yang mengamalkan cara hidup yang memang sederhana. Jangan terkejut jika kami katakan bahawa ramai lagi CEO dan taikun teknologi diluar sana mengambil pendekatan yang sama.
Ini adalah respon Chris Anderson, bekas editor Wired dan sekarang merupakan CEO 3D Robotics, syarikat pembuat drone :
“My kids accuse me and my wife of being fascists and overly concerned about tech, and they say that none of their friends have the same rules,”Bahaya yang beliau maksudkan adalah konten-konten berbahaya seperti pornografi, buli dan yang paling teruk sekali adalah ketagihan terdahap gajet, sama seperti ibu-bapa mereka!
“That’s because we have seen the dangers of technology firsthand. I’ve seen it in myself, I don’t want to see that happen to my kids.”
CEO OutCast Agency, Alex Constantinople, tidak membenarkan anak bongsu beliau yang berumur 5 tahun untuk menggunakan sebarang gajet dan anak-anaknya yang lebih besar dihadkan penggunaan gajet hanya untuk 30 minit sehari.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium, Evan Williams dan isterinya Sara Williams mengatakan bahawa, anak-anak mereka mempunyai ratusan buku (ya, buku-buku fizikal) yang mereka boleh ambil dan baca pada bila-bila masa. Mereka tiada ebook yang disimpan didalam iPad.
Ini pula menurut Lesley Gold, pengasas dan CEO SutherlandGold Group :
“We have a strict no screen time during the week rule for our kids”Sekarang apa pula pendapat anda? Pada kami, tidak salah untuk membenarkan anak-anak menggunakan iPad atau apa-apa gajet sekalipun. Asalkan berpada-pada. Apa juga benda kalau dibuat berlebihan boleh memudaratkan.
“But you have to make allowances as they get older and need a computer for school.”
Namun, setelah mengetahui pendekatan “parenting” Steve Jobs dan lain-lain nama besar teknologi, kami betul-betul tersentak. Ada sesiapa mahu iPad second hand?
P/S : Abi sorok iPad. Anak-anak tanya mana pergi iPad? Lama tak nampak.Ummi sendiri pun tak tahu mana Abi sorok.Huhu.Susah betul nak jawab.Abi tak bagi main iPad.Dia tak suka anak2 leka dengan gajet tu, selain bimbang iPad dibaling menjadi rebutan mereka.Tapi apa nak dikata, bila balik rumah atuk nenek habis dorang lenjan iPad neneknya pula. Tak boleh kata apa neneknya bila cucu mintak.
Tapi memang benar, bila anak ada 'power' dengan teknologi, susah untuk untuk kita control mereka.Apa yang saya lihat, anak sulung saya sudah mula mengeja.dia akan menaip sendiri apa yang dia mahu di youtube atau google.Biasanya princess, frozen, cake, doughnut, berkaitan kegadisan lah.Tapi apa yang merisaukan dari video video tersebut boleh terview, benda yang tidak sepatutnya, anasir yang tak elok.Kadang2 iklan di youtube pun tah apa-apa tak senonoh pun ada. Selain itu kena limit youtube kepada under age viewers juga.
Jika beri,kena awasi.Jika tidak boleh awasi duduk tengok menonton bersama dia (wahhh), JANGAN beri.saya rasa lah.Kalau abi, limitkan.Takde can lah lelama dgn gajet itu.Yes to teknologi tapi jangan ketagih.
Kongsi sahaja.Apa pendapat korang?
2 comments:
Pandangan sy yg belum ada ank ni... sedari awl ibu bapa yg hrs 'merenggangkn diri' terlbh dahulu dgn gajet. Kalu kite cuma mengarah shj x guna. Perlu ada tindakan. Br boleh jd ikutan, Namun bkn bermaksud hrs menghindari teknologi 100%...
hmm setuju dengan entry nih.. sedangkan Steve Jobs sendiri pun melarang anaknya bermain tablet.. inikan kita pula ibu bapa.. pendapat saya, kalau nak beri anak main, lebih elok set kan masa untuk anak-anak bermain tablet tu supaya nanti si anak tak leka dengan gajet sehingga hilang nilai hidup.. just my 2 cent.. :)
jemput ziarah blog saya: syikinmaarop.blogspot.com
terima kasih.
Post a Comment