Buatlah projek apa nak buat, sepahkan rumah, kacau ummi, tarik sana sini.Suka hati kamu, nak.ummi letih takpe.ummi semak takpe.Asal kamu sihat.
Ibu saudara saya datang rumah.Alamak rumah kelam kabut.toys sana sini, sebelah kasut tengah ruang makan, milo tumpah tumpah kat lantai, color pencil merata-rata. " Ala rumah Mak Cik macam ni juga dulu.rumah bersepah, tandanya anak2 kreatif, anak2 sihat"
Oh yabedabedu! haha.lega pula dengar, sambil cover malu hahaha
Betul juga, bila sarah sakit.dia terbaring lembik je.banyak tidur.makan minum keluar balik.menyusu pun keluar balik.Sedih sangat.
Tak aktif, tak becok! Takde lagi yang mengacau Ummi masak, takde lagi dia tekan water filter sampai banjir, takde lagi dia bukak tutup almari dapur.keluarkan tupperware.pang pong pang! bila kita tegur, no! no! mula lah dia tantrum! Haha
Tak aktif lagi, tak ceria.kita buat lawak pun tak senyum.sedihhhhh..Takde lagi konsert nyanyi2.takde lagi dia joget joget comel.Alaaaaa...sedih!
Lipat baju, dia tengok je.baring diam.tak robohkan baju.ummi pegang hand phone, dia tak rampas dah.Selalunya tak boleh nampak.Nak conquered phone.melalak kalau tak dapat! Dia suka edit photo kat fat booth.semua jadi gemok bam bam! Hehe
Bila solat, biasanya dia pun join.terbongkok-bongkok depan sejadah kita.Tapi tak sihat, takde lagi.
Bila Ummi check email, mengadap laptop.Dia sepahkan semua barang atas meja.Amik pen, kertas banyak-banyak.mulalah projek mengemas dia.
Lepas mandi, biasanya dia akan pilih baju sendiri.mesti pilih baju gaun princess je.Amboi Puteri sarah ni! Sambil pilih sambil tu sepahkan baju sekali.Tak sihat, takde orang nak sepahkan lagi! Nak nangis ke nak gelak ni Hahaha
Sebenarnya bila anak-anak sakit, kita pun rasa sakit..bukan penat jaga dia.Lebih kepada risau.memang tak tabah tengok dia sakit..longlai.sedihhh.Rumah sunyi je, takde gelak tawa.Dorang berebut gaduh sesama dorang pun dah takde haha.
Alhamdulillah sekarang semua dah sihat.
Sibuk kembali dengan rutin harian.Hantar ke tadika, 3jam je pun sekolah.Balik mula lah not enough hand semula.Ummi, Nak itu Nak ini! Tanya itu ini. Layan dia buat itu ini.Kena perhati je apa dorang buat.Buat projek tak boleh sembarangan jugak!
Jadi parents memang penat kan.Takpe, kejap je.Dah besar semua nanti sunyi pula..
Ada kakak ni pernah cakap,"Masa dorang kecik, memang rasa agh semaknya!! Semak fikiran, rumah, semua lah .Bila anak2 dah masuk asrama, universiti tinggal kita je.Ala sunyi la, patutnya ramai anak lagi" pulak! hahaha
doakan semuanya sihat membesar.ummi tak nak risau sedih lagi.bahagia melihat aksi mereka dan nikmati keserabutan seharian. Anak tantrum...layan...Hehe
2 comments:
anak membesar mmg rumah macam tongkang.. uhuhuhuh
aida sgt suka dgn ayat-ayat terakhir tu. yes, semak nyer! bising nyer! tapi tu la, masa-masa semak and bising ni takkan dpt diulang.
biar la semak kan, janji ada depan mata...
Post a Comment