ads

Thursday, October 30, 2014

Bila anak mula membaca

Alhamdulillah Aufa dah mula membaca.how time flies..tahun depan masuk darjah satu dah!

Teachernya kata di sekolah, dia sedang baca English series by bacalah anakku pula.Kalau di rumah, buku peter & Jane di buku no 3.ayat mudah boleh lah dia baca.but sometimes got confused dengan sebutan Bahasa melayu & sebutan English esp huruf C!

Perubahan bila anak dah membaca..

Dia akan baca semua ayat yang dia nampak, tepi jalan ke, kat mall ke,kita kena alert je.Kalau dia tak tahu sebut, dia tanya. Paling kesian bila nak baca subtitle.Selalu tak sempat, sebab laju sangat! Haha

Dia mula request nak pergi library atau bookstore.Pilih buku sendiri.that's good! Alhamdulillah happy.Tapi yang kelakar, dia ni membaca volume kuat.habis bergema lah bookstore or library, semua dengar cerita dia! Haha



Dia baca semua buku buku yang sedia ada, yang sebelum Ummi bacakan.terharu sikit bila dengar.Sebelum ni kita dok bed time stories kan, la ni dia story kat kite & adik2 plak

Perubahan pada kita, lebih gemar belikan komik, majalah or buku cerita.Jika sebelum ni banyak buku color2/stickers/activity books. 

Dan bila dah pandai membaca, maka pandai mengeja kan...

Dia mula buat galeri art, tampal di dinding di sekitar rumah



Dan tolong Ummi tulis groceries shopping list.kelakar tengok dia eja.hehe


Saya terjumpa dia buat karangan tentang rumah kami


And lastly tulis notis warning untuk Sarah.Sarah suka usik barang dia, sepahkan bilik dia.Macamlah adik boleh baca! Haha


Sarah tak boleh masuk bilik ini.Ini bilik abang dan kakak.Terima kasih

Adui lawak! Hahaha 

Wednesday, October 29, 2014

Jika Steve Jobs Sendiri Menghalang Anak-anaknya Menggunakan iPad,Pelik? Benarkah?

Dipetik daripada : NYT
Perkongsian dari : thevocket.com 


Siapa yang tidak kenal Steve Jobs? Beliau merupakan orang yang telah merevolusikan dunia gajet kita hari ini.

Pernahkah anda terfikir bagaimana rumah beliau? Mungkin anda terbayang rumah yang begitu fancy, dilengkapi dengan gajet-gajet keluaran Apple untuk para tetamu. Sangkaan anda salah sama sekali!
Malah mendiang Steve Jobs tidak membenarkan anak-anaknya untuk menggunakan iPad. Langsung.
“So, your kids must love the iPad?”
Soalan diatas ditanya oleh Nick Bilton, seorang wartawan NYT, setelah beliau di”ceramah” oleh Steve Jobs atas artikel yang diterbitkannya. Dan ini adalah jawapan Steve Jobs :
“They haven’t used it, we limit how much technology our kids use at home.”
Terkejut bukan? Seorang yang merevolusikan dunia gajet sedunia tidak membenarkan langsung anak-anaknya untuk menggunakan iPad. Malah menghadkan penggunaan teknologi dirumahnya.
Mungkin ada yang mengaitkan hal ini dengan cara hidup mendiang Steve Jobs yang mengamalkan cara hidup yang memang sederhana. Jangan terkejut jika kami katakan bahawa ramai lagi CEO dan taikun teknologi diluar sana mengambil pendekatan yang sama.
Ini adalah respon Chris Anderson, bekas editor Wired dan sekarang merupakan CEO 3D Robotics, syarikat pembuat drone :
“My kids accuse me and my wife of being fascists and overly concerned about tech, and they say that none of their friends have the same rules,”
“That’s because we have seen the dangers of technology firsthand. I’ve seen it in myself, I don’t want to see that happen to my kids.”
Bahaya yang beliau maksudkan adalah konten-konten berbahaya seperti pornografi, buli dan yang paling teruk sekali adalah ketagihan terdahap gajet, sama seperti ibu-bapa mereka!

CEO OutCast Agency, Alex Constantinople, tidak membenarkan anak bongsu beliau yang berumur 5 tahun untuk menggunakan sebarang gajet dan anak-anaknya yang lebih besar dihadkan penggunaan gajet hanya untuk 30 minit sehari.

Pengasas Blogger, Twitter dan Medium, Evan Williams dan isterinya Sara Williams mengatakan bahawa, anak-anak mereka mempunyai ratusan buku (ya, buku-buku fizikal) yang mereka boleh ambil dan baca pada bila-bila masa. Mereka tiada ebook yang disimpan didalam iPad.
Ini pula menurut Lesley Gold, pengasas dan CEO SutherlandGold Group :
“We have a strict no screen time during the week rule for our kids”
“But you have to make allowances as they get older and need a computer for school.”
Sekarang apa pula pendapat anda? Pada kami, tidak salah untuk membenarkan anak-anak menggunakan iPad atau apa-apa gajet sekalipun. Asalkan berpada-pada. Apa juga benda kalau dibuat berlebihan boleh memudaratkan.

Namun, setelah mengetahui pendekatan “parenting” Steve Jobs dan lain-lain nama besar teknologi, kami betul-betul tersentak. Ada sesiapa mahu iPad second hand?


P/S : Abi sorok iPad. Anak-anak tanya mana pergi iPad? Lama tak nampak.Ummi sendiri pun tak tahu mana Abi sorok.Huhu.Susah betul nak jawab.Abi tak bagi main iPad.Dia tak suka anak2 leka dengan gajet tu, selain bimbang iPad dibaling menjadi rebutan mereka.Tapi apa nak dikata, bila balik rumah atuk nenek habis dorang lenjan iPad neneknya pula. Tak boleh kata apa neneknya bila cucu mintak.

Tapi memang benar, bila anak ada 'power' dengan teknologi, susah untuk untuk kita control mereka.Apa yang saya lihat, anak sulung saya sudah mula mengeja.dia akan menaip sendiri apa yang dia mahu di youtube atau google.Biasanya princess, frozen, cake, doughnut, berkaitan kegadisan lah.Tapi apa yang merisaukan dari video video tersebut boleh terview, benda yang tidak sepatutnya, anasir yang tak elok.Kadang2 iklan di youtube pun tah apa-apa tak senonoh pun ada. Selain itu kena limit youtube kepada under age viewers juga.

Jika beri,kena awasi.Jika tidak boleh awasi duduk tengok menonton bersama dia (wahhh), JANGAN beri.saya rasa lah.Kalau abi, limitkan.Takde can lah lelama dgn gajet itu.Yes to teknologi tapi jangan ketagih.

Kongsi sahaja.Apa pendapat korang?

Tuesday, October 28, 2014

Jubah menyusu Satin

Assalammualaikum mommies

Kite nak update koleksi jubah menyusu baru kite..Hihi.Jom dapatkan Jubah Nursing Iris.Simple, adorable and affordable.material selesa, lembut dan jatuh bila di pakai.

Jangan risau, material tak jarang.
Di tangan bergetah, senang nak tarik bila berwudhu'
Di dada, ada bukaan menyusu yang berlapik untuk breasfeeding mommy.
Gadis comel pun boleh pakai.All ladies friendly :)

IRIS Nursing Jubah




Material : Roberto Cavalli Satin

Price : RM139 termasuk postage, murah jeeee..:)


Details :
Combined with different color at the bottom of dress.
Breastfeed buttons at front for nursing mommies.( bukaan selak berlapik)
Tangan bergetah


Size available : S, M, L, XL (refer to measurement chart picture)

Cantik kan? Paling best, jubah ni bukaan menyusu jenis selak kiri kanan & berlapik tau.kalau yang jenis zip tengah tu, some zipnya tak cukup panjang.susah lah nak susukan baby.Kite pernah terbeli jugak yang tu.huhu

Jubah nursing Iris, made by mom for mommies with love gitewww :)

Whatsapp 013.264.2323 to order
Email : rishaclothing@gmail.com
Follow @risha_my di Instagram :)
Like RISHACOLLECTION di facebook




Monday, October 27, 2014

Biar Ummi serabut, asal kalian sihat

Itu lah quote yang terhasil bila anak-anak terlantar sakit.Pertama kali masuk wad.Pecah rekod terus,5 malam di wad.Bermula dengan sarah, kemudian berjangkit kepada Aufa.Nanti share pasal jangkitan ni next entry.

Buatlah projek apa nak buat, sepahkan rumah, kacau ummi, tarik sana sini.Suka hati kamu, nak.ummi letih takpe.ummi semak takpe.Asal kamu sihat.


Ibu saudara saya datang rumah.Alamak rumah kelam kabut.toys sana sini, sebelah kasut tengah ruang makan, milo tumpah tumpah kat lantai, color pencil merata-rata. " Ala rumah Mak Cik macam ni juga dulu.rumah bersepah, tandanya anak2 kreatif, anak2 sihat"

Oh yabedabedu! haha.lega pula dengar, sambil cover malu hahaha

Betul juga, bila sarah sakit.dia terbaring lembik je.banyak tidur.makan minum keluar balik.menyusu pun keluar balik.Sedih sangat.

Tak aktif, tak becok! Takde lagi yang mengacau Ummi masak, takde lagi dia tekan water filter sampai banjir, takde lagi dia bukak tutup almari dapur.keluarkan tupperware.pang pong pang! bila kita tegur, no! no!  mula lah dia tantrum! Haha 

Tak aktif lagi, tak ceria.kita buat lawak pun tak senyum.sedihhhhh..Takde lagi konsert nyanyi2.takde lagi dia joget joget comel.Alaaaaa...sedih!

Lipat baju, dia tengok je.baring diam.tak robohkan baju.ummi pegang hand phone, dia tak rampas dah.Selalunya tak boleh nampak.Nak conquered phone.melalak kalau tak dapat! Dia suka edit photo kat fat booth.semua jadi gemok bam bam! Hehe

Bila solat, biasanya dia pun join.terbongkok-bongkok depan sejadah kita.Tapi tak sihat, takde lagi.

Bila Ummi check email, mengadap laptop.Dia sepahkan semua barang atas meja.Amik pen, kertas banyak-banyak.mulalah projek mengemas dia.

Lepas mandi, biasanya dia akan pilih baju sendiri.mesti pilih baju gaun princess je.Amboi Puteri sarah ni! Sambil pilih sambil tu sepahkan baju sekali.Tak sihat, takde orang nak sepahkan lagi! Nak nangis ke nak gelak ni Hahaha

Sebenarnya bila anak-anak sakit, kita pun rasa sakit..bukan penat jaga dia.Lebih kepada risau.memang tak tabah tengok dia sakit..longlai.sedihhh.Rumah sunyi je, takde gelak tawa.Dorang berebut gaduh sesama dorang pun dah takde haha.

Alhamdulillah sekarang semua dah sihat.
Sibuk kembali dengan rutin harian.Hantar ke tadika, 3jam je pun sekolah.Balik mula lah not enough hand semula.Ummi, Nak itu Nak ini! Tanya itu ini. Layan dia buat itu ini.Kena perhati je apa dorang buat.Buat projek tak boleh sembarangan jugak! 

Jadi parents memang penat kan.Takpe, kejap je.Dah besar semua nanti sunyi pula..

Ada kakak ni pernah cakap,"Masa dorang kecik, memang rasa agh semaknya!! Semak fikiran, rumah, semua lah .Bila anak2 dah masuk asrama, universiti tinggal kita je.Ala sunyi la, patutnya ramai anak lagi" pulak! hahaha


doakan semuanya sihat membesar.ummi tak nak risau sedih lagi.bahagia melihat aksi mereka dan nikmati keserabutan seharian. Anak tantrum...layan...Hehe



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers