ads

Wednesday, September 28, 2011

Bayi syawal

Kakak Aufa ialah bayi syawal kami.Alhamdulillah,15 September lepas lahir lagi seorang bayi syawal dalam keluarga kami.Adik saya melahirkan bayi girl yang comel pada pukul 5pm setelah hampir 10 jam berjuang.Akhirnya bayi seberat 3.5kg di hospital bersalin Razif Klang.Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Dan secara officialnya, saya mendapat gelaran mak long (yang cun) yeay! Haha.Adam dan Aufa pun teruja dapat sepupu! Asyik sebut Baby..baby..baby..;) Adam pula geram tengok baby,tangan mahu mencepuk saja.

Aufa banyak bertanya itu ini.setelah melihat perut mak ngahnya telah kempis dan keluarnya baby.Ummi pun bercerita,Aufa dan Adam pun begitu juga dulu.dua dua dalam perut ummi.Lalu dia menyampuk dan membuat kesimpulan yang bijak."Aufa dalam perut ummi,Adam dalam perut abi" Hahahaha!

Baru lah adil agaknya.Abi pun buncit jugak! Tak pun lahir ikut jantina yang sama.Haha.Aufa semakin bijak dan keletah.Ada saja idea baru yang menghiburkan!





Assalammualaikum, Raihanah Umayrah.




Geram! Baby chubby bambam!




Sudah lengkap menjadi ibu dan ayah.Tahniah!





Bersama nenek,ibu saudara dan sepupu yang teruja.;)

Alhamdulillah,lahir seorang lagi umat Muhammad s.a.w.Semoga Raihanah menjadi anak yang solehah dan sentiasa dekat dengan Allah.

Raihanah juga sudah diaqiqahkan sabtu lepas.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah.semoga diberkatiNYA.

- Posted using BlogPress from my iPhone-

4 comments:

Nadiah Sidek said...

hai mak long yang cun :D

ummi_ziz said...

Comelnya ank buah! Tahniah..igt kan baby ketiga awk td hehe.

ibu MZW @ farah idayu said...

putih mulus baby tu..bam bam juga ;) tahniah buat kedua ibu ayah nya =)

CuppyCakeMommy said...

cekidout our latest promotion of smart educational toys..

add us in FB at intelligent.toys@yahoo.com


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers