ads

Sunday, September 18, 2011

Satu Syawal 1432H

Alhamdulillah.Sambutan Aidilfitri kali ini meriah.Beraya di kampung halaman memang amat membahagiakan.Ramadhan terakhir kami bertolak pulang ke Melaka, rumah tua arwah nenek dan atuk.Balik Kampung! Oo Oo Oo Balik kampung..Hati girang..(sila nyanyi ikut melodi).Rumah itu didiami oleh ibu saudara.Kebiasaan kami memang akan beraya di kampung walaupun nenek dan atuk sudah kembali kerahmatullah.Sebab utama suka beraya di kampung ialah lebih meriah! Ini barulah raya!.

Ramadhan terakhir,kami bergotong royong masak ketupat,pelbagai rendang dan juadah istimewa berbuka puasa terakhir.sungguh meriah.Apa yang penting kerjasama! Kami dari keluarga yang besar.Itu yang seronok bila riuh rendah.Ini belum semua ahli keluarga cucu cicit dari 19 orang anak nenek dan atuk berkumpul.Baru sebahagian.
Menu berbuka Ramadhan terakhir,nasi lemak daun pisang,bihun sup tulang,lemang dan rendang.Selesai iftar jamaie,solat berjemaah.Selepas isyak kami takbir dari rumah saudara mara yang berdekatan.4 rumah semuanya.Selepas takbir,makan-makan.Sudah beraya dulu.Alhamdulillah.Jadual penuh.Suasana ini memang tak merasalah kalau raya di ibu kota (kampung hubby lah tu).Hehe.

Tengah malam juga kami balik.Anak-anak pun dah keletihan.sudah buat pelbagai bunyi.Esok sebelum subuh,sudah bangun.Beratur depan toilet nak mandi.Kan ramai.Kenalah ikut giliran.Kemudian,rutin setiap kali pagi syawal sejak kecil,kami solat subuh berjemaah dan takbir beramai-ramai di rumah tua.Selesai solat,sesi bermaafan sesama ahli keluarga.Peluk cium.Ampun maaf.Meleleh air mata.Muka merah.Gelak tawa.Bahagia.

Kemudian,sesi sarapan pagi ketupat,lemang dan rendang.Banyak betul rendang.menu yang wajib ada,rendang daging,ayam masak sambal bali,sambal cili padi ikan bilis,sambal kacang,sambal udang,masak lodeh.Terliur saya membayangkan.Alhamdulillah,dapat menikmati makanan sedap-sedap.

Kemudian,ahli keluarga pergi solat sunat Aidilfitri.Ummi tak dapat pergilah.Siapa mahu jaga anak-anak ummi ni.Huhu.Sedih juga tak dapat ikut.Ummi siapkan putera puteri ummi ni.Siapkan diri.kemudian mula lah aktiviti ziarah memziarahi.Bertanya khabar.berbual.bergurau senda.Saudara mara ramai di Melaka.Memang penuh jadual beraya sehari.lebih 10 rumah kami beraya.Kenyang dan gendut perut ni makan macam-macam.Tak lupa menziarahi pusara atuk dan nenek.

Mari ceriakan mata dengan warna warni di Aidilfitri.Gambar raya lain saya sudah update di mukabuku.Lebih seratus keping semuanya.Sebahagian gambar oleh abang sepupu.Cantik hasilnya.Posing raya sakan! Hehe.

 Kami dah siap! Bersedia untuk mengutip duit raya!
Hero kecil saya. Suka kawal macho

Bidadari saya mula bergaya

 Antara juadah yang lazat.Saya paling gemar,rendang kerang dan sambal bali.

 Di rumah Tok Lang.Adik beradik Atuk.Semoga Allah panjangkan usianya.

 Di rumah Tok Hitam yang masih kuat ingatannya.Atuk ingat nama anak-buah dan pasangan masing-masing.Terdapat 4 generasi di dalam gambar ini.

 Adam ramai peminat.Ramai babysitter.Senang kerja ummi.

 Kakak camera friendly.Adam,begitu juga lah.mahal senyuman dia.

 sayang kakak!

 Juadah lazat di rumah ibu saudara,Mak uda.Pinggan mangkuk pun cantik.Sila berkenan,makan dan basuh.:)

 Si Teruna bergurau senda.melantak je diorang ni.Hehe.

 Kaum hawa berbual di ruang tamu.Pelbagai topik mahu dikongsi tika bersua.Berkongsi rasa dan cerita.Berkongi resepi pun ada juga!

 Wajah-wajah yang kusayang.Adik yang kedua takde.beraya di rumah mertua.Budak berkasut merah yang dia yang pilih sendiri,tengah meragam.Adam pula hilang fokus.Biasalah,mana boleh perfect kan? yang penting ada kenangan.Bukan boleh diputar semula.

Akhir sekali,potret keluarga kami.Love of my life.Perasan tak perbezaan Aufa dalam gambar ni dengan gambar di atas? Adam? camtulah juga.no expression.Perasan juga tak muka umminya yang dah berkilat-kilat.Haha.Dah petang baru dapat ambil gambar berempat.Padahal,memang muka tak berapa nak suci! :)


Alhamdulillah,syawal pertama yang meriah dan produktif.Pukul 10 malam balik rumah keletihan betul.Anak-anak pun dah tahap mengamuk.Penat tapi bahagia..

Nak tahu tak? seminggu raya saya tak sempat menonton satu pun raya TV show.Ya,menikmati raya betul! Perbezaan selepas semiggu raya ialah perut saya buncit macam ada bayi.Itulah penangan makan tak beringat.Dan,nampaknya yang lain ikut berkembang.Open house.kenduri kahwin.Masak-masak jemput orang datang.Makan dan makan.Selamat mengembang.

Nanti sambung lagi.Semoga syawal kalian membahagiakan.Ikatan terus erat.Rezeki terus dilimpahi. :)

6 comments:

yatie chomeyl said...

Adam control macho betul, x nk senyum pun dia dlm gmbr hehe

dear anies said...

selamat hari raya..

melaka kat ne ye?

♥MAMASYAZA♥ said...

aufa dah pandai bergaya, cantik tiap gaya dia, berseri2. apapun adam tetap hensem...heheheehe

munira said...

selamat hari raya yang...
sejuk je hati tengok warna hijau :)

Unknown said...

tema baju hari raya kali ni hijau yg menyegarkan mata.. :)

selamat hari raya

Nadiah Sidek said...

ingatkan akak orang terakhir yang cerita pasal 1 Syawal..rupanya ada lagi yang lambat! hihi..


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers