ads

Monday, November 29, 2010

Kenangan dan kisah kami

Salam sayang,

Lamanya tak update.lama tak blogging.Selalunya saya update di facebook sahaja.sebab sekarang susah nak menulis depan lappy begini.Faham-faham jelah kan bila ada anak-anak kecil.Masa mengadap lappy dah limited.Semalam ummi baru balik ke teratak kami seteelah selesai majlis walimah adik kedua ummi.Minta maaf kepada semua yang datang melawat ke sini.Agak bersawang juga blog ini.Lama juga tak blogwalking.Harap semua sihat,bahagia dan happy selalu.


Masa berlalu.Suka duka bertukar ganti.Yang pastinya hidup mesti ditempuhi dengan gembira dan bersyukur kepadaNya.


Alhamdulillah.16 nov lepas adam genap 6 bulan and happy 6 month breastfeeding! Alhamdulillah juga dengan rezeki dapat menyusu penuh selama 6 bulan ini walaupun kadang2 datang mood swing risau adam macam tak puas menyusu.Adam dah mula belajar makan.Milestone adam pula dah kenal ummi.dah kenal abi.dah pandai tunjuk reaction dengan orang dan keadaan sekeliling.Dah pandai mengada-ngada juga.Hehe.Apa lagi ye? adam dah meniarap dan guling2 tapi belum merangkak lagi.

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami.Walaupun terlambat ucap disini.Tapi mahu juga wish.Hehe.Alhamdulillah ibadah korban kali ini dapat dilaksanakan.Semoga amalan kita diberkati oleh Nya.Gambar ini ketika beraya di rumah Pak Teh Bakar.Biasalah,kami jakun dengan pool.Haha


Esoknya kami bercuti ke Cameron Highland.Sementara Abi cuti beberapa hari, jom berjalan puas-puas.Nyaman berada di cameron ,kebetulan sekarang musim hujan, sejuk dan berkabus pula disana.Teringin mahu pergi lagi.Pergi cameron banyak-banyak kali pun takpe.Tak boring.Suka cameron.Seronok.Paling suka strawbery with coklat dan ice cream strawberinya.Jangan lupa bawa pulang jagung manis dan ubi keledek manisnya.Memang tak jumpa di bawah.


Dan weekend lepas ini kami selamat mendapat ahli keluarga baru.Tahniah!.Adik yang kedua telah selamat diijab kabulkan jumaat lepas.Alhamdulillah,majlis walimah juga berjalan dengan lancar dan meriah.Terimbau kenangan kami ketika 3 tahun lepas tengok giliran adik berkahwin pula.:)
Tomorrow,30/11 is our 3rd wedding anniversary.Kejap je dah 3 tahun.Doa cinta dan kasih sayang kami berkekalan hingga ke syurga.Teringat semasa bercinta, ummi ada tanya abi sayang ummi ke? Abi jawab, sayang sampai syurga.:)

InsyaAllah..:)

Gambar-gambar lain insy akan diupload di facebook.^_^

Saturday, November 13, 2010

Saya Budak Rajin

Sekarang saya kat rumah nenek.Mak ngah saya nak kawin akhir bulan ni.So,semua tengah busy-busy buat macam2 kerja.saya pun busy jugak.saya dah pandai iron baju tau! hah,sekarang pun dah rajin.bayangkan 10 tahun lagi camne? hahaha.



saya kalau buat kerja memang kusyuk

banyak ni baju nak di iron..


ok,ni yang dah siap ltk tepi sini.tapi ada byk lagi...fuh fuh..



p/s: kami tergelak-gelak tgk aufa iron baju for the first time.dia dapat ilmu baru...terhibur tgk aksi dia.:)
Happy weekend all ! Enjoy your weekend!!! Take care..

Tuesday, November 9, 2010

Sibling Rivalry : Kakak yang cemburukan adik

It’s almost 6month for Aufa becoming a sister to Adam. Tapi big sister selalunya terlebih manja dari si adik. Kakak Aufa yang selalunya mintak perhatian lebih.She always made Ummi and Abi headache with her behaviour.Dia juga selalu buat kami senyum,ketawa, geram dan naik angin kerana karenahnya.

The first meeting between Aufa and Adam at DEMC went well. Kakak nampak gembira.Kakak memang suka baby.happy je tengok baby.Walaupun masih belum memahami adik itu siapa? belum memahami dapat ahli baru? perut ummi yang buncit dah keluar adik? inikah baby yang duduk dalam perut ummi? Ya,dia belum memahami ketika itu...
I am big sister for 6 months!

Bila dalam confinement, slowly Kakak shows her love towards adik.Suka kiss cheek adik.tak abis-abis cium.sometimes sampai ke kaki dia kiss.She requested to hold adik and look excited to hug adik whenever people hold her brother. Suka peluk adik sampai penyek adik.Sayang sangat kat adik! I felt relieve because seeing her welcoming his brother and no such jealousy shown.

However,lately she started to show his jelousy towards adik.Peningnya kami..Sekarang dah lain..


Kakak nak jugak macam adik



Among her reactions or behaviours showing her jealousy:

1.Bila bangun pagi.Mesti mandikan kakak dulu.Kalau tak,dia bising.komen,suruh mandikan dia dulu.

2.Everytime Adam baru breastfeed , Aufa will ask for milk as well. Terpaksa tinggalkan adam sekejap melalak buat susu dia.


3.Bila ummi bagi toys kat adam.Dia akan rampas toys tu dari Adam.Kesian Adam.Melalak lah.Dah lah semua main toys kakak dulu.Kami tak beli toys untuk dia lagi.


4.Bila breastfeed adam on our bed.Dia terus datang baring sebelah ummi yang tak ada ruang kosong.Nak berhimpit tepi ummi jugak.padahal,tepi adam banyak ruang lagi.


5. I'd took camera to snap their picture.Aufa will warn me.Tak payah,ambil gambar adik.ambil gambar kakak je. kan? jeles lagi...


6.Bila ummi dukung atau pangku adik.Dia pun nak jugak! aduh..lotih omak!


7.Yang paling geram, bila ummi tinggalkan dia berdua atas katil.Kakak duduk atas badan adik.Kakak smackdown adik.Kakak gigit adik.Kakak tarik adik.Kesian adam kena buli. Ada je kakak nak usik dia

.

Pujuk dia,ambik gambar sama-sama


Adam rimas,aufa peluk dia


Kenapa sibling rivalry ini terjadi?

1.Dia takut adik rampas kasih syg ummi abi dari dia. Dia sudah paham.Dia ada pesaing.
2.Semua orang cakap pasal adam.attention less on her.
3.Semua orang suka cium peluk dan main dengan adam.Sebab adam digerami dan wangi.Aufa tidak lagi.hehe.



How to overcome this Sibling Rivalry

1.Involve kakak in looking after the baby. eg : Kakak know where was I kept diapers, Ummi suruh ambil.Nanti dia terkedek-kedek,dataang bawak diaper untuk adik.


2.Spend more time with her. eg : Teman tgk fave cartoon prog, more play.read her fav book while breastfeed adam,conteng-conteng, and learning time. give her more attention!


3.Compliment. eg : Selalu puji dia bila buat sesuatu yang baik,bila jadi kakak yang baik.. Pandai kakak! Clever girl.Good girl! Puji je,sampai dia kembang.hehe.


4.Play time together : Whenever I want to play with Adam, I will involve Aufa as well. Cak-cak is our fave game.Adam love it so much.Terkekek kekek ketawa kakak terjah dia!


5.Show equal love towards her : If I’d kiss & hug Adam, same kiss & hug goes to her. Semua kena sama rata.


6.Give more attention to her : Apa-apa dulukan kakak.Layan kakak first, then baru adik.


7.Try to stay calm and patience.selalunya saya cepat marah bila Aufa start buli adik dia.Tapi saya perasan dia jadi seorang pemarah juga.Dia marah adam bila adam menangis.saya tahu,dia belajar dari saya.So,saya cuba control marah.dan pujuk baik-baik atau terus selamatkan adam. (Bab yang buli adik ni memang mecabar dan susah betul.Ya Allah,berikanlah kami kesabaran). Any advice momimes?

I know you love adik.Tapi jgnlah jeles dgn adik.please...



Kakak, we just wanted you to know that we love you eventho you need to share with your little brother.You are our big sister forever!

Tuesday, November 2, 2010

Ibu menyusu boleh diet ke?

Rasa badan makin mengembang je.Ramai juga tegur,dah gemuk! mana pinggang? besarnya punggung! mak aih..biasalah,kita kalau nak bandingkan badan sebelum kahwin dengan sekarang mmg bezalah. sekarang saya memang kuat makan.berbanding sebelum kahwin lah! sepinggan nasi pun susah nak habis.sekarang jgn cakaplah.terkejut juga.banyaknya boleh makan.yelah,bila menyusu perut cepat lapar.saya perasan,bila saya makan nasi banyak,susu akan lebih banyak.Tapi makan nasi byk menggemokkan kan.Ibu menyusu boleh diet ke? Ummi jumpa info ni.harap dapat dikongsi bersama..
Ibu yang menyusu bayi memerlukan lebih nutrient dari ibu yang tidak menyusukan bayi untuk membentuk susu dan membekalkan nutrient kepada susunya. Jadual di bawah menunjukkan ringkasan perbandingan keperluan nutrient untuk ibu mengandung, ibu yang menyusu dan ibu yang normal:


Nutrient:

1. Tenaga (kilokalori)

Wanita Normal : 2000
Wanita Mengandung : + 150 - 350
Wanita Menyusu : + 550

2. Protein (g)

Wanita Normal : 37
Wanita Mengandung : + 13
Wanita Menyusu : + 24

3. Kalsium (mg):

Wanita Normal : 450
Wanita Mengandung : + 750
Wanita Menyusu : + 750

4. Ferrum (mg) :

Wanita Normal/Mengandung dan Menyusu : 28

5. Vitamin A (mcg) :

Wanita Normal/ Mengandung : 750
Wanita Menyusu : + 450

6. Vitamin D (mcg):

Wanita Normal : 2.5
Wanita Mengandung/Menyusu : + 7.5

7. Thiamine (mg) :

Wanita Normal : 0.8
Wanita Mengandung/Menyusu : + 0.2

8. Riboflavin (mg) :

Wanita Normal : 1.2
Wanita Mengandung : + 0.2
Wanita Menyusu : + 0.3

9. Niacin Equivalent:

Wanita Normal : 1.3
Wanita Mengandung : + 2.3
Wanita Menyusu : + 3.6

10. Asid Folik (mcg) :

Wanita Normal : 200
Wanita Mengandung : + 200
Wanita Menyusu : + 100

11. Vitamin B 12 (mcg):

Wanita Normal : 2.0
Wanita Mengandung : + 1.0
Wanita Menyusu : + 0.5

12. Asid Askorbik (mg) :

Wanita Normal : 30
Wanita Mengandung / Menyusu : + 20


Jadual di atas menunjukkan peningkatan keperluan tenaga sebanyak 25% bagi ibu yang menyusukan bayi. Purata pengeluaran susu adalah sebanyak 850 malam / hari dan tenaga diperlukan untuk tujuan ini adalah 785 kilokalori. Walaubagaimanapun jumlah yang disyorkan oleh Malaysia Recommended Dietaru Allowance adalah tambahan 550 kilokalori kepada keperluan yang normal sebab kalori yang selebihnya boleh diperolehi dari tisu lemak seseorang. Tambahan kalori ini adalah mencukupi untuk jangkamasa penyusuan selama 3 bulan. Bagi ibu yang menyusu bayi melebihi jangkamasa ini atau ibu yang mengalami turun berat badan yang melebihi had atau ibu yang menyusu lebih dari seorang anak akan memerlukan tambahan sebanyak 550 kilokalori sehari.

Pada kebiasannya penggunaan tisu lemak dari tubuh semasa tempoh penyusuan akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan berat badan. Sekiranya ibu pandai memilih makanan yang baik, kekurangan kalori serta penurunan berat badan tidak akan mempengaruhi pengeluran susu. Adalah perlu diingat bahawa lemak dalam tubuh digerakkan agak lambat, oleh itu kekurangan kalori yang terlalu banyak dalam diet boleh menjejaskan pengeluaran susu. Ini bermakna ibu yang menyusukan bayi seharusnya tidak boleh mengamalkan diet yang serius untuk mengurangkan berat badan, akibatnya pengeluaran susu akan berkurangan. Ibu-ibu yang ingin mengurangkan berat badan boleh berbuat demikian dengan mengamalkan cara makan yang baik, mengelakkan penggunaan banyak lemak dan gula di dalam diet dan disertai dengan senaman.

Peningkatan keperluan protein akan membekalkan protein dalam susu ibu. Pengambilan protein dan kalori yang berkurangan tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi kuantiti susu akan berkurangan.

Keperluan vitamin dan mineral juga meningkat semasa laktasi/penyusuan. Penekanan diberi kepada kalsium, sebab vitamin dan mineral yang lain mudah diperolehi dengan memakan berbagai jenis makanan dan meningkatkan pengambilan kalori.

Ibu yang menyusukan bayi perlu mempastikan pengambilan kalsium yang tinggi untuk mengelakkan kehilangan kalsium tulang di hari hadapan. Pengambilan kalsium yang rendah di dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti atau kuantiti susu sebab kekurangan ini akan ditampung oleh pergerakan kalsium dari tulang yang boleh mempengaruhi kesihatan ibu dalam jangkamasa yang panjang.

Selain daripada nutrient, pengambilan air oleh ibu adalah sama penting untuk pengeluaran susu. Susu mengandungi 87% air. Lebih kurang 750 - 850 ml air digunakan untuk pengeluaran susu. Oleh itu pengambilan air yang tinggi, lebih kurang 3 liter / hari atau 2 -3 quart diperlukan untuk memastikan pengeluaran susu yang cukup. Kekurangan air dalam diet tidak akan mempengaruhi kualiti susu tetapi akan mengurangkan kuantiti susu yang dikeluarkan. Sumber air meliputi air, susu, suup kuah dan minuman lain.


Diet Untuk Memenuhi Keperluan Nutrient

Ibu-ibu tidak memerlukan diet yang istimewa untuk memenuhi keperluan nutrient. Diet yang seimbang adalah memadai. Diet yang seimbang boleh didefinisikan sebagai diet yang mengandungi semua nutrient dalam jumlah yang diperlukan untuk memenuhi keperluan tubuh.


Pada asasnya makanan boleh dikelaskan kepada:

(a) Makanan yang kaya dengan lemak dan karbohidrat

(b) Makanan yang mengandungi vitamin dan mineral

(c) Makanan membina tubuh yang kaya dengan protein


Di bawah ini adalah beberapa panduan untuk merancang diet:

Nutrient:

1. Karbohidrat

Sumber: Nasi, tepung, produk dari tepung, semua jenis mee, roti, kentang, ubi, keledek, kek, kuih dan kekacang

2. Protein

Sumber : Semua jenis daging, telur, ayam, makanan laut, organ, kacang, susu, keju, jam dan kacang

3. Lemak

Sumber: Semua jenis lemak dan minyak, termasuk margerin dan mentega

4. Vitamin dan mineral

Sumber: Buah-buahan, sayur-sayuran, susu, keju, telur, daging, roti dan bijirin

Diet seharian untuk ibu yang menyusu boleh dirancang berdasarkan pengkelasan ini:

Makanan

Susu : keperluan 1 - 1 1/2 gelas
Daging, ikan dan ayam : 120 gm (masak)
Telur : 1 biji
Nasi dan Jenis Mee : 4 - 5 cawan
Lemak dan minyak: 3 camca besar
Sayur-sayuran hijau: 1 - 1 1/2 cawan (masak)
Buah - buahan yang kaya vitamin C: 180 - 280 grams

Sayur-sayuran dan buah-buahan yang lain: 1 1/2 - 2 cawan

Tambahan kalori yang diperlukan oleh ibu yang menyusukan bayi mestilah mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin A, thiamine, riboflavina, kalsium dan protein. Bagi memenuhi keperluan untuk protein dan kalsium, ibu-ibu digalakkan meminum susu atau hasil tenusu dengan secukupnya. Ini juga akan memenuhi keperluan vitamin dan mineral yang lain. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran perlu digalakkan walaupun terdapat banyak pantang larang yang berkait dengan makanan ini. Secara umumnya, harus mengambil kira berbagai faktor yang boleh mempengaruhi ibu seperti faktor kebudayaan, sosial dan ekonomik. Nasihat tentang diet mestilah yang biasa ditemui oleh ibu-ibu. Dengan ini dapat dikukuhkan diet yang sediada daripada membuat perubahan yang mendadak.


sumber : Izzara & cute baby club.
p/s: bersalin kali ni susah pula nak turun berat badan ni.tulah,masa mengandung makan tak ingat dunia lg! kena pergi gym or jogging ni.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers