ads

Tuesday, February 10, 2015

Rezeki dari Tuhan atau kita kena usaha?

Assalamualaikum dan selamat berpagi-pagi 

Kita pernah mendengar seseorang mengatakan, "Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena usaha." Kita juga pernah mendengar kata-kata "Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Tuhan."

Bagaimana kita memahami kedua-dua ayat ini? Apa bezanya? Yang mana satu betul? Ternyata kedua-dua ayat di atas bukanlah untuk memilih betul atau salah. Tindakan dan kata-kata kita cenderung mewakili apa yg kita rasa dan percayai.

Ada orang yg memang mempercayai rezeki itu daripada Tuhan. Namun melihat caranya berusaha, Tuhan dijadikannya nombor dua pula. Maksudnya apabila bertembung dengan situasi yg memerlukan dia membuat pilihan, keputusannya adalah Tuhan diletakkan nombor dua.

Contohnya apabila dia sedang asyik dengan sesuatu perkara, sedang waktu solat sudah pun tiba. Maka, solat dikemudiankan, malah dikerjakan pada hujung-hujung waktu. Inilah golongan yg selesa mengucapkan ayat yg pertama itu. Padanya, usaha adalah nombor satu. Perintah Tuhan jatuh nombor dua. "Benarlah rezeki itu daripada Tuhan, tetapi kita kena berusaha," katanya.

Dalam satu riwayat dinyatakan seorang Sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yg terdiri daripada sususan batu-bata. Pd masa azan dilaungkan kerjanya hampir selesai iaitu hanya tinggal meletakkan sebutir bata sahaja lagi. Apabila ketulan terakhir itu diletakkan di tempatnya maka sempurnalah kerjanya. Namun, tatkala azan dilaungkan, serta merta Sahabat tersebut menghentikan kerjanya dan terus menuju ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan kerjanya itu. Beliau menjawab, bahawa jika beliau meneruskan kerjanya, sebenarnya beliau membesarkan batu-bata dan bukan membesarkan Allah! Padanya apabila azan dilaungkan, semuanya menjadi kecil kecuali Allah. Nah, beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan kejayaan (mendapat syurga) semasa masih di dunia lagi.

Allah Subhanahu wa Taala menyatakan dengan jelas melalui firman Nya di dalam al Quran bermaksud :
"Sesunggguhnya Allah memberi rezeki kpd sesiapa yg dikehendakiNya dengan tidak terhitung jumlahnya." (3:37)


- Petikan dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki, Fathuri Salehuddin 



1 comment:

Unknown said...

tak jemu baca buku ni...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers