Status Puan NurulAa di laman Facebook telah dikongsi sebanyak 6,705 shares. Bebelannya mengenai kedegilan orang perempuan ini menarik dan membuka hati para suami yang tidak memahami sikap orang perempuan yang adakalanya degil tidak terkata.
Nak tahu tahap kedegilan mereka? Baca bebelan Puan Nurul di bawah;
Orang perempuan memang degil
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu 'morning sickness' tu teruk, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu kulit tu nanti pecah² sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung
Orang perempuan tak reti serik
Dah tahu malam tak boleh tidur dengan lena dan aman bila ada anak kecil yang menyusu, masih lagi nak mengandung
Tapi itulah org perempuan. Kalau Allah selitkan rasa 'serik' dalam hati orang perempuan, maka tak bertambahlah umat manusia, semakin ramailah isteri nusyuz kepada suami.
To all beautiful woman out there, you are mentally strong, even stronger than men. Chin up, smile and live your life to the fullest. Never give up. When you ever feeling down and so tired of life, just remember that Allah is there and He will never forget.
Kepada para suami yang budiman, kalau sekali sekala isteri tersayang anda menyakitkan hati, maafkanlah dia, sebab orang perempuan memang 'degil'. Hehehe.
P/S : Baru lepas meneran, dah rindu perut boyot! Dah, jangan mengada lah.
1 comment:
salam odah....
go go woman go ! :)
Post a Comment