ads

Sunday, May 18, 2014

Dia berusia 4 tahun

Assalamualaikum



16 may genaplah umur anak bujang 4tahun

no celebration no cake. belum membakar kek atau menempah
adik dan abinya tak sihat pada tika ini

takpe, please makes doas for adam.that's all i need :)

Pagi-pagi wish happy birthday kat dia.Dia senyum tersipu sipu.
Adam nak kek power rangers.
Kenapa power rangers? tak nak spider man.Dia kan minat spidey.
Adam : dulu-dulu kan adam dah ada kek spiderman.
Oh teruskan teringat, kek umur 3 tahun tema spiderman! Haha.

tengok, anak yang ingat!

 borak-borak peluk peluk cium cium dia.
Tapi biasalah, sekarang macam kita je yang syok sendiri.
Dulu kecik-kecik nak lah dia cium cium kita.dah besar segan konon!

Bagi tahu dia, adam dah 4 tahun la.kakak dia sampuk, adam is 4.happy birthday to adam sambil nyanyi-nyayi.kakak dia suka buat konsert tanpa bayaran, tanpa di offer.

adam jawab

adam tak nak FOUR.adam nak ni, sambil tunjuk jari telunjuk dia.
HAH?
kokdah pun blur? adam nak ONE?
dia angguk.
Dia jawab adam nak kecik je.tak suka besar.
Ya Allah terbahak-bahak ai!
Kenapa adam nak one je?

Adam tak nak sekolah, adam nak manja dengan ummi, adam nak dengan ummi je.

Itu jawapan paling lawak at the same time terharu okay!.
tergelak besar tak boleh tahan

Paling best, cerita balik kat dia.macam mana kita sakit lahirkan dia.moment cemas, ummi menangis sebab sakit sangat, banyak darah keluar, bla bla.dia tekun dengar.Dia dah faham :)

sampai sekarang dia masih tak suka tadika dia. bila buat kerja, dia buat.tapi mesra main dengan kawan-kawan tak nampak lagi. dia jadi budak baik tomakninah kat sekolah.Haha.totally different lah kat rumah.kerja mengganiasi kakak dia, melasak tak reti diam.takpe perlukan masa.Dia memang paling manja .paling lama menyusu.nak 3 tahun baru weaning off.paling lama manja sebelum dapat adik.sebab tu lah agaknya.
kakaknya cepat berdikari, dapat adik cepat.mesti dah besar, kakak dia complaint adam lelebih. Haha

dan tak nak makan kat sekolah! pagi-pagi sebelum sekolah nak makan nasi dulu dan telur bersama kicap.

Alasan dia bila di tanya kenapa tak nak makan.

1.kat sekolah tak de telur. favourite dia takde katanya.
2.pinggan cikgu tak cantik.Hari-hari sama je.adam nak pinggan macam ummi.
3.teacher masak tak sedap!

alasan no 1 tu memang tak leh terima, sebab kalau menu nasi lemak ada telur.
yang no 2 paling lawak! cerita kat teachers dia, sampai teacher gelak-gelak ' nanti teacher bawa pinggan arcopal tecaher eh" aduhai.
yang no 3  tak cerita lah kat teacher.tak leh terima juga, dia tak rasa pun, mana tahu tak sedap.Hehe

makan pun nak masakan ummi, kan manja boy.Besar nanti jangan tak mengaku pulak!

Hai.Windulah anak bujang ni masa baby bam bam gebu.
Semoga terus membesar sihat & cergas :)

Sarah pun dah setahun lebih.Haha tak sempat update! Alhamdulillah sihat membesar, bahagiakan kami.


No comments: