ads

Saturday, April 26, 2014

Kerja apa yang paling senang dalam dunia?

Assalammualaikum wbt

-Dreams don't work unless you DO - John C. Maxwell



Saya suka sangat baca entry motivasi di Saiful Nang FB.Macam kena kejutan eletrik bila baca.:)

 Tak ada kerja senang dalam dunia ni untuk shortcut jadi kaya berjaya.Melainkan harta keturunan.Bangun dan berusahalah.Semuanya bermula dari bawah.Semuanya perlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan.

Sini saya kongsikan 1 cerita: 

MENANGGUH KEPUASAN - IKAT PERUT 

Ini adalah status FB dari Saiful Nang, Jurufoto Jutawan Malaysia. 

 Saya berbual dengan Haji Nasir, seorang India Muslim yang datang ke Malaysia 30 tahun dahulu. Beliau kini seorang pengusaha restoran mamak 24 jam. Semasa datang dahulu, beliau dibawa masuk oleh Haji Kassim Ali meninggalkan isteri dan anak-anak yang masih kecil di India. Kontrak beliau dengan Haji Kassim ialah bekerja TANPA GAJI. Bukan tiada gaji TETAPI, JIKA gaji sepatutnya RM1000 beliau tidak dibayar tunai. Hanya sekadar RM200 untuk dihantar ke kampung, RM800 lagi disimpan oleh majikannya Haji Kassim. Tempat tinggal, makan dan telefon ke kampung sekali sekala ditanggung majikannya. 

 Selepas 5 tahun bekerja 18 jam sehari tanpa gaji dan tanpa cuti walaupun hari Sabtu dan Ahad, beliau sudah mempunyai PENGALAMAN YANG LUAS dan MODAL YANG CUKUP. Lalu Haji Kassim membantu beliau membuka sebuah restoran sendiri dengan wang simpanannya sendiri dan dibantu dari segi khidmat nasihat berterusan oleh bekas boss nya. Mentor Mentee sudah berlaku waktu ini. 5 TAHUN BERPUASA menahan diri dari nak beli apa-apa sahaja kemahuan diri telah menjadi modal. PASTINYA modal itu ada darah dan peluh berkolam-kolam yang pernah dilaburkan. Pasti kesungguhannya untuk menjayakan perniagaan itu lebih tinggi dari mereka yang mendapat bantuan mikro-kredit dari bank untuk buka kedai. 

Sekarang, beliau sudah ada rangkaian kedai mamak. Tak banyak pun, cuma sekadar 4 cawangan. Beliau dah bawa anak dan isteri ke sini pada tahun ke-8. Beliau masih lagi memandu van Vannette lama walaupun rumahnya sebuah banglo besar dan anak-anaknya semua graduan perubatan dan kejuruteraan dari UK & USA. Apa alasan kita?

 SAIFUL NANG Motivator Keusahawanan (pangkat baru ni)

pesanan untuk anak-anak ummi juga. nenek ummi ajar, lima sebelum lima.ingat ya :)


No comments:


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers