ads

Tuesday, July 9, 2013

Tips / Formula Khatam Al-Quran di bulan Ramadhan

Assalam Alayk!

 “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Al-Baqarah:185). 

Selamat datang Ramadhan Al-Mubarak akan tiba lagi bulan yang penuh keberkatan yang di nanti-nantikan oleh umat Islam.
Bagaimana persedian anda tahun ini? 
Selamat berpuasa dan menjalani ibadah di bulan Ramadhan:-)


Bulan Ramadhan adalah bulan Al-Quran.Di sini saya ingin kongsikan 1 Formula nak khatam Al-Quran dalam masa 30 hari dengan maknanya sekali.
 Ramai orang tidak pernah buat perkara ini. Apa kata kita buat sama-sama agar lebih memberi kesan yang mendalam selepas Ramadhan nanti.
Dalam Al-Quran mushaf Uthmani setiap juzuk telah dicetak dengan ayat-ayatnya sebanyak 20 muka surat.
Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5,
Iaitu bilangan solat fardhu:
  1. Subuh
  2. Zuhur
  3. Asar
  4. Maghrib
  5. Isyak
20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu
Kita hanya membaca 4 muka surat.Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian iaitu:

2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu

Hanya 1 helai saja, sebelum dan selepas solat fardhu.
Bagi yang telah berpasangan bertadaruslah bersama.
Suami 1 helai
Isteri 1 helai
Kemudian baca terjemahannya sekali
10 minit habis

Semoga suami isteri mendapat pimpinan dari Allah s.w.t untuk melahirkan insan yang berkualiti.
 Maka tiada alasan juga membawa al-Quran kerana zaman sekarang ni dah banyak smart phone yang boleh download aplikasi al-Quran

Dengan beristiqamah melakukannyapada setiap kali solat fardhu selama 30 hari,
In Sya Allah kita bakal mengkhatamkan al-Quran dengan maknanya sekali.
 Ya Allah Engkau rahmatilah kami dengan al-Quran dan Engkau jadikanlah ia sebagai ikutan, petunjuk dan rahmat untuk kami..
Amin!
 Sumber :
Jom kongsikan dengan orang lain, insyaAllah dapat keberkatan Allah swt.don't be selfish :) 



No comments: