ads

Saturday, July 27, 2013

Resepi Nasi Bukhari Chef Ammar

Assalam Alayk!



Ramadhan minggu kedua, rancangan berbuka rumah ibubapa.Adik-adik semua berkumpul.Mak tanya, boleh masak nasi arab tak? Masak lain macam dah boring katanya.Macam teringin je mak...:) 

Dan kebetulan memang dah jodoh, esoknya  menonton Rancangan Masak dari hati, masak dengan iman.Chef Ammar ajar masak nasi bukhari. Maka lihat demo di tv dan refer resepi di Facebook chef Ammar.





King of the Rice Nasi Bukhari ( Raja Segala Nasi ) please enjoy the recipes 

1- Cut the Chicken from the back bone as you seen on TV Al Hijrah 

2- season the Chicken from Both side with Cajun Spices, Black peppers, Salt and Cinnamon Powder use only as you needed ( saya tambah olive oil, lemon, carrot & kentang). Saya suka rasa sedikit masam pada ayam panggang bergabung dengan rempah lain.Suka suka hati bak kata chef Ammar.

3- Place the chicken on a Roasting tray and make sure you add about 125 ml water for one Chicken the oven must be at 170 / 180 C and roasting it for about 45 minutes to one hour.

4- Make sure that the gravy of the chicken can be use. (Jangan buang,jadikan kuah. sedap gravy ayam ni tau! )

it is so easy and simple too. Thank you Chef Ammar, Barakallah!


1-Episode 
Nasi Bukhari Raja Segala Nasi. 
Resipi Turun temurun Chef Ammar 

1-Salata Arab tomato bersama Tahini sos. 

Bahan-bahannya 

Tomato Tahini Salad 
1.Tomato didadu kecil 3biji besar
2.Timun jepun atau timun biasa 2 sederhana besar 
3.Daun Bawang Di potong halus ½ helai  ( ganti 1 bawang besar holland )
4.Daun parsley dihiris ¼ cawan ( tak letak)
5. Sedikit olive oil
6.Tahini sos(boleh didapati kedai arab) 100gm  ( saya tak letak sos ini)
7.Jus lemon 100ml (saya letak separuh biji sahaja)
Garam dan lada secukup rasa 

2-Nasi Bukhari bersama ayam panggang. 

Bahan-bahannya. 

1.Beras basmati dicuci bersih 1kg 
2. Bawang putih 10 biji
3. Bawang besar holland 1 biji
4.Kismis gunakan kismis yg besar 1 cawan 
5.Lobak merah 100gm 
6.Sayur campur 1 cawan 
7. Planta dalam 1 sudu besar
8. Zaa'faran ( Jika ada)
9.Kacang kuda yg telah direbus 1 cawan ( saya tak letak)
10.Serbuk bunga cengkih 1 sudu teh 
11.Serbuk kayu manis 2 sudu teh 
12.Serbuk bunga lawang 1 sudu teh 
13.Serbuk cili 1 sudu teh 
14.Serbuk buah pelaga 1 sudu the 
15.Minyak jagung 1 cawan 
16.Tomato pes 2 sudu besar
17.Daun ketumbar ½ cawan ( untuk hiasan)
18.Daun pudina ½ cup (untuk Hiasan)
19.Air (1kg beras = 1.5liter air
20.Garam 3-4 sudu teh

Cara- caranya :

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang yang dah dicincang
3. Tumis semua rempah ratus sampai naik bau.
4. Masukkan tomato pes, planta, zaafran.Kacau.
5.Masukkan carrot yg di potong dadu, kismis, kacang kuda, sayur campur.
6. Perasa kan dengan garam
7.Masukkan air dan beras. Kacau.
8. Tutup periuk, biar masak.

Syukran Chef Ammar! 
Masak Dari hati Masak with Iman :)

Beli makanan sunnah dan produk muslim online di
Https://www.facebook.com/SihatCantikBerkat


Dapatkan rempah nasi arab Al-Bayt seperti nasi kabsah, nasi mandy di SINI

Vitamin semulajadi halal untuk seisi keluarga Di SINI

No comments: