"You can't help getting older, but you don't have to get old".
~ George Burns ~
Assamualaikum wbt..
Ya Allah.last blog post,lamanya! Hehe.Datang balik mood blogging! Harap idea datang mencurah-mencurah nak menulis lebih panjang lepas ni.Sebenarnya memang tiada bakat menulis pun.
Malam tadi.Datang mood tengok video make over.Mahu belajar make up lah konon.Yelah,belajar menghargai diri,kenyakinan sendiri dan yang paling penting berhias untuk suami.Sedar jugak diri ini memang jenis tak kuasa dan malas nak melawa.Bila keluar pun berbedak dan lipstick sedikit saja.Perasan muka flawless dan kulit suci sangat ke?? Hahaha.Muka saya memang dari remaja bermasalah.Oleh itu, acne scar itu masih bertapa di wajahku ini.
Bawah ini,video makeover atau rutin paling mudah,5 minit sahaja.Hasilnya natural sahaja,segar dan tidak terlalu tebal.Suka! :)
Akibat tak kuasa.kadang pakai sunscreen protection,kadang tak pakai.Baru-baru keluar satu dua pigmentation/dark spot kat muka.Gelabah.Terus cari informasi tentangnya.Pigmentation adalah disebabkan terdedah kepada sinaran uv dan perubahan hormon bila meningkat umur.
Gangguan pigmentasi kulit ini juga ada kaitan dengan jerawat dimana selepas jerawat berjaya disembuhkan, ada kesan parut yang akan menampakkan warna kulit tidak merata, berbintik-bintik di kawasan tertentu seperti pada wajah atau leher, ataupun hidung. Aduih mak takut! Jadi sekarang,kena lebih berjaga-jaga.prevention better than cure.Hehe.
Selepas video di atas,terjumpa video di bawah ini.Sungguh terkejut melihat hasil sebelum dan selepas!The Power of makeup! Saya salute dengan keberanian dia tunjuk kulit sebenarnya.kalau muka tak flawless pun boleh cantik.Hehe.Tetapi gadis ini memang seorang yang cantik.saya suka matanya.:)
Kesimpulannya, tidak boleh tinggal pakai sunscreen protection.Penuaan tetap akan berlaku.tetapi kita boleh melambat prosesnya.Jagalah kecantikan,kerana dirimu begitu berharga :)
3 comments:
wah dh mcm iklan loreal pulak hehehe
salam kenal.i dah follow blog ni.follow i balik ye..tq..;D
memang beza sebelum make-up gan selepas make-up...cantik..
Post a Comment