ads

Sunday, December 18, 2011

4th Anniversary

Salam Sayang.

Ya Allah.lama tak update.Tarikh akhir update 24 nov! Minta maaf lah blog.Mungkin sebab tuan punya blog mengambil jalan mudah berkicau di twitter dan berkongsi gambar di instagram.Adik-adik baru kamu juga.Tetapi takkan lupakan kamu,wahai blog.:)


30 november lepas, hari ulang tahun kami yang ke 4.Alhamdulillah.Semoga kasih sayang kami berkekalan dan sentiasa di dalam lindungan Allah swt.Tak sangka dah 4 tahun! segala ujian,pahit manis diharungi bersama.Ya,alam perkahwinan bukannya sentiasa indah.Tetapi itulah lumrah yang perlu dihadapi untuk mengecapi bahagia.Alhamdulillah.Allah kurniankan hadiah paling berharga,Aufa dan Adam buat kami. 4 tahun dan kami berempat.:)


Jadi 30 Nov,kami mahu raikan.Mahu cuba ingat kembali,tanamkan kembali rasa romantis macam dulu.Hehe.tengahari keluar lunch bersama menikmati kek tiramisu.Tiramisu ibarat alam perkahwinan,ada masam,pahit dan manis.Simbolik tak?

Pada malamnya kami dinner di Istana Bambu.Feeling romantis.Mahu jadi raja dan permaisuri sehari semula.Hehe.Kali pertama ke sana.sesat barat juga mencari.Bila sampai,terus kagum.Cantiknya!


Meja makan duduk

 Kami pilih gazebo bersila.selesa sangat bila ada dua "handbag" ini.Mana pun pergi wajib bawa ni!

menunya banyak pilihan.harga agak pricy sebab lokasi menarik dan selesa.

 love the deco

Dua kurnian

sambil tunggu food.main dulu.

 kakak pun sama

 my men :)

 lantai pun tikar buluh

 haip! itu air ummi!

 Cantik.suamiku kagum lalu berangan nak buat gazebo begini nanti.kalau istana buluh insyaallah boleh jadi realiti.:)

  tomyam campur,sambal sotong,sup ketam dan jagung, dan telur dadar.tomyamnya banyak isi! jenuh nak habiskan.sup ketam sangat sedap.anak-anak suka!

 Tenang,nyaman dan romantis

 Semua dah balik.kami je belum.suamiku suka duduk lama-lama.relax katanya.Rasa nak tidur terus kat situ.Haha

 Belakang tu tasik.siap ada bunyi katak,air.Itu yang best.Natural sound effect.

 Kagum dengan senibinanya.baby chair pun buat dari buluh.

Ini suraunya.Nice!

Kalau pergi siang.Menu lain,ada asam pedas dan masak lemak cili padi.Emm.tentu sedap kan? Overall,puas hati anniversary dinner kat sini.Tak mengecewakan.Good food and nice experience! Thanks to suami tercinta.Alhamdulillah,kids were well behaved.dapat makan dengan tenang.:)

Kepada kawan-kawan yang nak pergi.Digalakkan pergi lah juga.Dapat feeling raja dan permaisuri 'bambu' sekejap.Hehe.

4 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 4. semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. aminnn

Nadiah Sidek said...

cantiknya tempat tu

yatie chomeyl said...

happy aniivresary to both of u. menarik tmpt ni...bolehlah try terjah jugak nanti hehe

Mursyidah Ahmad Azam said...

mcm sgt best tpt tu, confirm akn pegi menjejakinya, hehe...


Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers