ads

Wednesday, December 21, 2011

Cheesy Vegie Meatballs untuk si kecil

Resepi ini diinspirasikan dari ibu ibu hebat, ayinemran dan chika.

Asalnya bahan utama, ialah ayam atau ikan.Tetapi saya tiada keduanya.Saya ganti dengan daging.

Cuma,kalau daging.Ia agak chewy.Lama adam nak mengunyah.Gigi garaham dah tumbuh tapi belum penuh.Comel pula saya tengok dia kunyah.Hehe.




 Resepi sangat mudah,Anak-anak berulang-ulang minta nak lagi.Mereka suka.Ummi gembira.Alhamdulillah.

1) Saya masukkan Brokoli dan lobak merah (yang dah direbus) dan keju mozarella parut dalam pengisar.Kisarkan.




2) Saya campurkan daging (saya guna ramly daging kisar), brokoli,lobak merah, keju mozarella (yang di kisar tadi) , lada hitam, sedikit garam, dalam satu bekas untuk digauli mesra.
3) Kemudian campurkan dengan sebiji telur dan serbuk roti. Gaul dan bulat-bulatkan. 
4) Goreng dengan sedikit minyak dalam kuali. 

5) Bila sudah masak kedua-dua bahagian garing, angkat dan hidangkan.
Nota :
1) Jika tiada serbuk roti.Gunakan roti gardenia yang sudah ditoast dan dikisar halus
2)Resepi ini sesuai untuk anak-anak yang sukar makan sayur-sayuran.

Lain kali saya mahu cuba guna ayam atau ikan pula.Selamat mencuba! :)

7 comments:

fiza said...

Menarik nih, mcm meatball ikea ☺☺

KhaiRin said...

ini kalu jual kt pasar mlm tentu laku!

♥MAMASYAZA♥ said...

mesti sedap ni

.m.u.n.i.r.a. said...

Suka!suka!
eh baru tahu boleh juga di buat serbuk roti dari roti gardenia ek..selama ni boli aja.thanks for sharing yang!

kakyong said...

nak cuba.. mesti nak cuba nih..
nak mencari keju jer lah...

Ummi Hanie said...

nyumm..nyumm..cedap nyer odah masyak .. :p

Mama Khairin said...

menarik utk dicuba, tq!