ads

Thursday, July 5, 2012

Percutian yang di nanti-nanti!


Yeay Yeay Yeay! Suami nak bawa holiday! Melompat -lompat tinggi tinggi macam kanggaroo.Suka betul dapat berjalan.Tak payah lah nak poyo sangat.HAHAHA.Cuti cuti Malaysia je.KAH KAH

Suami cuti seminggu.dapat cuti puas-puas! Kami kan hantu cuti-cuti pantai.Suka sangat beach.Sebelum ini kami dah ke Pangkor dan Cherating.Kali ini nak meredah bumi pulau tioman pula.Tioman cantik kan? kan?Horayy!Tak sabar nak lihat keindahan ciptaan Allah.

Dah booking menginap di pulau tioman 4 hari 3 malam.Tetapi yang masalahnya balance lagi 3 hari kami nak kemana?

Dah dua minggu asyik kerja mengoogle pakcik google.Resort itu ini.Aiyooo! Apa keputusannya.Kami perlu pilih tempat peranginan antara kuantan dan johor yang dekat dengan Melaka.Sebab selepas bercuti kami kena balik kampung di Melaka,ada kenduri kesyukuran.

Hasil google sungguh banyak.Tapi tak ada satu pun menjadi keputusannya  :

1.  Desaru,Johor -macam best

Dua pilihan resort Lotus Desaru dan Pulai Desaru.Ada waterpark, depan pantai, ada tempat menarik lain seperti ostrich farm,fresh fruit farm,sebana cove.

2.Kuala rompin, Pahang -ok jugak

Pilihan yang saya  jumpa.Lanjut Golden Beach Resort.Tengok gambar macam cantik tempatnya,depan dengan pantai juga.

3.Bukit Gambang city Resort,Kuantan - macam best gak

waterpak,bilik besar macam apartment.Ramai kata best kat sini.Seronok main air!

4.Lake Chini Resort -Wah,nak jumpa naga tasik chini? Ada berani? HAHA

baca review kata boring kat sini.HAHA.Apada..yelah, tengok nature je,ride boat sekeliling tasik.Tapi sure tenang habis kat sini.

5. Gunung Ledang Resort - wah! nak jumpa puteri ledang!

Tengok gambar okay gak.bilik chalet chalet.macam sejuk je kat atas itu.tapi perjalanan tak pasti macamana.berliku liku macam Cameron Highland kah? Kena google lagi.mencabar pulak rasanya.Yang best,boleh mandi air terjun.katanya,tempat puteri ledang movie M.Nasir & Tiara Jacquiline shooting dulu.Wah wah wah.

Haih! Mana satu ni?? Pening-pening.Any suggestion?

Baju nak packing dari hari isnin.Tapi sampai hari ini, tak buat buat.Inilah penyakit bertangguh-tangguh yang saya alami dari dulu.KAH KAH KAH.Konon nak packing baju budak-budak ikut hari.Hari pertama,plastik 1.Hari kedua,plastik 2 dan seterusnya.Saya belajar dari mommy-mommy hebat yang berpengalaman travel jauh-jauh.Padahal saya kat dalam Malaysia je pun.Tak pe parctice ilmu apa salahnya.Dapat saya sampaikan ilmu pada mommy hebat lain pulak! Hehe.

Oklah,haruslah tinggalkan komputer ini.tinggalkan pakcik google.Saya nak lipat baju.Sebakul! Memang benci lipat baju tau!.Kemudian saya nak kemas bag.ya kemas bag.Ingat! Jangan tidur selagi tak kemas beg.

doakan kami selamat sampai ke destinasi dan bercuti dengan happy ending.Jaga diri semua!



2 comments:

Elyn Sani said...

phiew lega u dh x privatekan blog. btw i pun gile berholiday tepi laut. selamat bercuti.sakan

Ummi Salsabila said...

Thanks sakan jugak utk u,Elyn.:)
Doakan kami selamat sampai ke destinasi & holiday with happy ending.Insy :)