Anak-anak sudah besar.Setiap hari ada saja perkembangan.Kakak dah petah berkata-kata.Ayat dah lengkap.Dia rajin bertanya soalan cepumas saban hari.Ummi,kenapa mata ummi warna black and white? Ummi, Allah warna apa? Ummi,kenapa hujan?
Aufa, 3 tahun 2 bulan, penuh denga tanda tanya.Pelbagai soalan.Otaknya sedang ligat berfikir.Saya terdiam.susah nak jawab,tetapi cuba juga.Kalau dia tidak puas hati.Jadilah soalan berantai-rantai.Lebih susah dari soalan exam ni.
Saya kena belajar,how to answer toddler's question/Talking to toddler.Mungkin ada bukunya.Letih juga menjawab,tapi itulah peneman,penghibur di rumah.Saya pasti rindukan semua soalan-soalan cepumas ini nanti.Pasti!
Si adik pula sedang mula belajar bercakap.Appo (apple),tar (car),star, lori,boak (book), boo (ball), duck (dog dan duck), tatak (kakak), emmi (ummi), abi.Itulah yang saya ingat.Yang lain main tunjuk ajalah.itu,ini.Minta perhatian kita layan.Nak Nak! Minta apa yang dia mahu.Lagi,bagi signal bila dah poop.Tunjuk2 pampers dia,sambil buat muka sedih.Tahulah dia minta tukar la tu.Permainan atau benda kegemaran ialah kereta,lori,motor,basikal.Senang cerita semua yang berstereng dan beroda dia suka! Boys will always be boys.
Adam, dah setahun 7 bulan.dah berlari,melompat,sepak bola,main palyground sendiri.Dia dah besar.merajuk dan tantrum pun teror.Jikalau lambat melayan apa yang dia kehendaki,tantrum lah jawabnya.meniru pun dah pandai.terbongkok2 ikut kami solat.
Sedang lasak phase juga.panjat sana sini,lari sana sini.pastu tersembam tergolek.Muka,kaki dah banyak battle scar.Hehe.Memang hero la budak ni.
Paling best,adam dah tahu sayang kita.pagi-pagi lepas mandikan, dia peluk ummi kuat-kuat.cium dua belah pipi tanpa disuruh.Selalu juga.sedang phase hugs and kisses kot.Terharu ok! ibu mana tak terharu kalau ada buat begitu.Kasih sayang itu amat berharga.Priceless! :)
Gambar terbaru mereka.Aktiviti petang main basikal sambil makan aiskrim dan cookies.Comot!
Adik obses dengan basikal.Tapi belum pandai kayuh.Jadi kakak tolong tolak, :)
Sayang kalian berdua budak comot!