ads

Wednesday, June 20, 2012

Kisah anak-anak

Bismillah.

Oh ya lama saya tidak menulis.Lama blog ini tidak bersiaran.Mula dah privatekan sebab sunyi tanpa berita.Tapi ini datang mood tetibe nak menulis.Kamon! Kamon! Mana kerajinan? Rajin konon.Yelah,rajin pot pet pot pet sebab tak ada buat apa.KAH KAH KAH.Sekarang dah sibuk sikit.Sibuk means more rezeki kan? Amin amin.Tapi bakat menulis tetap tak ada.Merapu meraban memang boleh! HAHA.Hidup kebelakangan ini Alhamdulillah.Kami sihat.Anak-anak baik saja.

Adam

Masuk 2 tahun ini,Adam sudah mula bercakap.percakapannya makin jelas.kamusnya makin tebal.Dah boleh berborak2 dgn saya,dah boleh mengajuk cakap kita dan dah boleh jadi tukang posmen.Hehe.Alhamdulillah.seronok dengar setiap butir perkataan dia bercakap!saya ada kawan gossip baru! yeay. Tetapi banyak cakap,banyak juga demandnya.Seiringanlah tu.Bila ditanya,besar nanti Adam nak jadi apa? Dia jawab ,ROBOT! Transformers..KAH KAH KAH.sambil bersilat macam robot.Lasak! Hehe.Jawapan anak kecil.walaupun tak real tapi jujur.Sampai sekarang suka dia soalan itu.Nak dengar jawapan mahal punya pasal.Ummi harap besar nanti Adam jadi seorang Pemimpin yang bertanggung jawab dan beriman.Amin.

Lagi satu pencapaian.Adam dah boleh kayuh basikal.Yeay! well done son. gigih bonceng kakak setiap hari.Tak nak duduk belakang,nak bawak saja ok.

Kakak Aufa

Aufa pula masuk 3 tahun 9 bulan.Kira 4 tahun lah kalau sekolah.Kami mula terapkan dia  menghafal surah2 pendek,doa2 harian,mengaji iqra,dan belajar menulis.Aufa belum bersekolah.tapi saya sedar bahawa pada umur 4tahun ialah umur kanak-kanak paling cepat menangkap info atau menghafal.Jadi,mana yg boleh saya ajar saya cuba usahakan.Nampaknya dia seperti tak sabar nak membaca,kadangkala tak mahu kita bacakan,mengomel dalam bahasa dia sambil memegang story book.KAH KAH.Kelakar tapi macam kasihan.Ummi kena rajin rajin ajar phonics ABC selalu ni.

Mereka

Aufa dan adam seperti Gaspard dan Lisa dalam siri kartun di disney channel.Mereka suka bermain bersama,tapi ada masanya berebut dan bergaduh.Dalam diam-diam,rupanya ada projek yang mereka lakukan.Tahu-tahu lantai penuh dengan bedak! Tahu-tahu meja dilumur dengan milo! Tahu-tahu ada saja ini itu! Suka bagi suprise.Mula lah umminya menjerit.Ya Allah!.....Ada saja projek.Dah jadi mak ini mulut pun tak boleh diam.Paling seronok lihat mereka berborak.Comel sangat.

Sehari semalam tanpa ummi

Baru-baru ini Kali pertama Adam berpisah tidur dengan ummi.
Awalnya Ummi tak bagi dia ikut makcik dia.( biasalah,ummi yang emosi lebih)
Biar lah kakak Aufa sahaja ikut.Tapi Adam beriya iya mahu ikut naik kereta.Dia ingat mahu berjalan agaknya.

Maka,dari situ mulalah umminya risau.Asyik call nenek,acik tanya Adam camna.Risau dia meragam cari candunya je.Mak kata dia ok je.cool je main tak Cari Ummi pun.Ummi call pun tak nak layan..:(

Mak kata mereka makan dan byk minum air kotak susu yang Ummi kirim.Adam pula pandai amik minum air sendiri.

Mak cerita dalam pukul 8 malam dia tanya,Ummi mana? Ummi mana?

Malam itu dia paling lambat tidur.Akhirnya tumpas juga ketiduran tanpa candunya.

Tetapi dalam pukul 3 pagi dua -dua bangun menangis Cari ummi.Aufa cepat tidur semula.Adam lama nak memujuk dia tidur.Dia berjalan ke dapur Cari Ummi.Ambil buku di rak,selak-selak buku.Semua pujuk,Dia tanak.

Mak sedar semula,dia tertidur sendiri atas sofa.Ala kesian anak Ummi...

Begitulah Adam sehari tanpa Ummi.siang dia lupa,dah malam baru mencari.Boleh lah ummi tinggalkan selalu lepas ni ya? Hehe.Adam pun dah besar.:-)

Ok,Sehingga berjumpa lagi.Lama tak berceloteh disini.Terubat kerinduan.:-)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers