ads

Friday, January 23, 2015

Rasyiqa Instant Shawl Murah dan labuh

Assalamualaikum 



Mencari Instant Shawl labuh / wide shawl instant? Rasyiqa Instant Shawl 2nd batch in process.

Harga shawl RM36 exclude postage.Serius murah babe! Harga kasih sayang kepada customers ni.Percaya lah :) Labuh pula tu. Tak perlu pin atau lilit! Senang sangat.Sarung je.


Dan yang terbaru Hannah reversible instant shawl.beli satu dapat 2.:)
Istimewa Kain ni iron less, wrinkle free tak payah iron pun takpe.

Dapatkan di @risha_my nanti.Follow @risha_my di instagram dulu ye :)

atau like di facebook RISHACOLLECTION

whatsapp 013-2642323 to order

Thursday, January 22, 2015

Realiti Kehidupan Sekarang?

Assalammualaikum 

Saya dapat perkongsian ini.Saya setuju memang banyak yang betul.Dulu lain, sekarang lain.Dulu takde kemudahan, sekarang pelbagai teknologi.Orang dulu lagi rajin! Semuanya homemade, semua tanpa bantuan mesin.Giling cili guna batu giling! Kuat! Hihi



Harga sekarang barang lain, harga rumah  sangat mahal,ada yang melampau harganya!.Harga rumah 1/2 Juta? Satu perpuluhan Lima Juta ? Itulah harga sekarang.Tak tahu di masa anak anak kita nanti.Senang cerita nilai duit dulu dan sekarang lain.Ujian hidup dulu dan sekarang berbeza.

Dan kebanyakan orang di masa ini, melakukan dua tiga kerja dalam mencari rezeki.Balik kerja, sambung buat kerja part time, jumpa client dan sebagainya.Ini lah realiti hidup sekarang.

Kalau sekarang ada jual MASA, mesti semua orang berebut nak beli.Nak jadi muda, nak kembali ke zaman kanak-kanak, nak kembali sihat,nak lebih masa untuk bersantai, nak tangguh kematian.Tapi tak mungkin, tiada orang boleh jual MASA.

Allah jadikan hidup manusia ini susah, mencabar, penuh dugaan.

Firman Allah dalam surah Al-Balad: 4 yang bermaksud: 

Sesungguhnya Kami jadikan manusia (hidup) dalam perjuangan yang susah payah. 


Bagaimana pun bahagikan masa dengan keluarga sebaiknya.Masa berkualiti, habiskan waktu bersama semaksimumnya.Balik kerja walaupun lewat, penting bergurau dengan anak2 supaya rapat dengan mereka.Ajar anak Al Quran dan maknanya.Lupakan sebentar tentang hal kerja, hal dunia.Bukan masa yang panjang yang penting, tapi masa yang berkat! 

Jom hayati perkongsian ini.Mungkin anda setuju mungkin tidak? :)

Dulu... orang tua kita pergi kerja selepas matahari terbit dan kembali ke rumah sebelum matahari terbenam.

Walaupun memiliki anak yang banyak... rumah dan halaman pun tetap luas, bahkan tidak sedikit ada yang memiliki kebun... dan semua anak-anaknya bersekolah...

Sekarang... banyak yang berangkat kerja subuh dan sampai rumah selepas isya, tetapi rumah dan tanah yang dimiliki tidak seluas rumah orang tua kita, dan bahkan banyak yang takut memiliki anak ramai kerana takut kekurangan...

"Dan sungguh akan Allah berikan cubaan kepada manusia dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta..."
(Al Baqarah (2) ayat 155)

Apakah ada yang salah dengan cara hidup orang moden??? Orang tua kita hidup tanpa banyak alat bantu... tapi mereka tenang menjalani hidupnya... Sementara kita yang dilengkapi dengan pampers, mesin basuh, dapur gas, HP, kereta, TV, email, FB, Twitter, i pad, ruangan ber air cond dll...

Seharusnya mempermudah hidup ini... tapi ternyata tidak, sampai2 tidak sempat kita menikmati hidup kerana semuanya dilakukan tergesa gesa!!
...pergi kerja, tergesa gesa...
...pulang kerja, juga tergesa gesa...
...makan t.hari, tergesa gesa...
...dilampu merah, tergesa gesa...
...berdo'a pun, tergesa gesa...
...bahkan solat pun, tergesa gesa...

Sifat diatas bukti dari Al-Qur'an surah Al Isra' (17) ayat 11
"Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa"

Hanya mati.......... yang tidak seorang pun mau dipercepat...

Kerana takutnya akan kurangnya harta untuk keluarga sampai sampai kita berkira dalam BERSEDEKAH, sementara Allah tidak pernah berkira dalam memberi rezeki kepada kita.

"Syaitan menakut-nakuti kamu dengan kemiskinan dan menyuruh berbuat kejahatan...."
(Al Baqarah (2) ayat 268)

Bahkan kerana takutnya kita kehilangan pekerjaan hingga berani melewatkan solat subuh, solat maghrib dsb...

Sampai dimanakah hidup kita hari ini...???

Semoga semua urusan kita dipermudahkan.Allahumma Amin. semoga bermanfa'at :)

Sunday, January 18, 2015

Buku aktiviti Adam

Assalamualaikum 

Buku aktiviti Adam sepanjang cuti sekolah.Buku yang memenuhi masanya, buat dia leka.Dah lenjan.Maknanya sangat lah berbaloi ummi belikan.

Buku aktiviti Evan Moor.Beli di MPH saja.Mostly pages berwarna warni.Terlalu comel.

Banyak aktiviti dalam buku ni, coloring, matching, writing, drawing, paper craft (origami) etc.Paling Adam suka cut & paste.yang cut and paste majority dah siap.kemudian puzzle activity.

Melalui buku ini, dapat mengenal kecendurangan anak.Saya lihat Adam seorang yang mechanical.Dia suka puzzle, cut and paste.Ya kalau toys, membina Lego dan siapkan puzzle.Robohkan dan buat lagi tanpa jemu.:)

Any activity books that your kids love? Boleh share juga kat saya..:)





Wednesday, January 14, 2015

Wordless Wednesday

Virgin Coconut Oil untuk ibu hamil

Assalamualaikum 

Dulu saya amalkan olive oil minsyam  je.Nak cuba vco oil pula.Terlalu banyak khasiat virgin coconut oil ni.Terutamanya untuk kesihatan kulit.Untuk ibu hamil, selain khasiat untuk baby, saya baca pengalaman dan testimoni ibu-ibu lain ia boleh juga mudahkan proses kelahiran baby.Tak banyak koyak dan sebagainya.Allah humma amin, bi iznillah.

Kesan dua minggu saya amalkan, saya senang lawas.Tak kena sembelit lagi.Alhamdulillah.Sembelit memang mudah menyerang bila kita mengandung ni.

Cara-cara makan kapsul, atau spray vco ke dalam mulut.Dan sapu kan di kawasan premium wanita.

Owner VCO As-syifa sgt prihatin, hari2 tanya barang dah smpi belum.Harga sebotol rm29.90.Beli 4, dapat rm25 je.Meh kasi tolong promote,
013 483 5586 (Lokman)

Catalyst satu kotak (60 biji) RM40 & olive oil kapsul minsyam satu pack (20 biji) RM12 order daripada 013 2642323





Semoga bermanfaat :)




Friday, January 9, 2015

Ragam customer

Beberapa hari lepas, suami tunjuk kat saya gambar ini.Saya tak boleh tahan.Ketawa sampai terkench okay! HAHAHA

Rupanya dah viral dah benda ni.

Apa pun customer is the boss.Kena sabar melayan segala pertanyaan mereka.Tanya soalan tak logik pun ada.Walaupun kita nak marah.sabar sabar.customer is important for business .Kata omputih.Sebab dia lah yang akan mengiklankan bisnes kita kepada yang lain.Iklan free! 


Tapi yang ini memang tak jadi marah kot.sebab sangat mengeletek sanubari HAHA


Yang ni adik saya share! Adoi HAHA


Thursday, January 8, 2015

Senarai ikan yang boleh dimakan semasa pantang dan Menu Resepi Ibu Pantang

Persediaan untuk berpantang.Kena study balik ikan-ikan yang boleh dimakan.Bukak balik facebook, pernah dishare di sana.Cari balik! Penting ini untuk kita.

Kena penuhkan peti ais dengan ikan ikan ini.Memang kena hafal ikan ikan ni.Masa pantang Sarah dulu, suami pergi beli ikan keli pula.Lawak betul! HAHA

Persediaan lauk ibu pantang sebenarnya sangat senang.Lauk rebus, ikan di bakar saja pun boleh.Tapi senang-senang pun, paling best adalah si ibu hanya perlu makan sahaja.Hehe.







Ikan yang boleh dimakan semasa pantang ialah:

1. Ikan haruan
2. Ikan yu
3. Ikan selar
4. Ikan gelama
5. Ikan jenahak
6. Ikan merah
7. Ikan tenggiri
8. Ikan kurau
9. Ikan bawal putih
10.Ikan senangin
11.Ikan kerisi
12.Ikan kod
13.Ikan bilis
14.Ikan siakap
15.Ikan salmon





SUP IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
Sedikit minyak bijan (pilihan)
1 ulas halia (diketuk atau dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 keping asam keping
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Cara 1:
1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


Cara 2:
1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia
2. Masukkan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan.
4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)
5. Taburkan daun sup dan daun bawang
6. Biar seketika dan tutupkan api.


STEAM IKAN

Bahannya:
Ikan
2 Halia (dihiris)
1 biji tomato (dibelah 4)
Sedikit daun sup dan daun bawang
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan
2. Steam sampai ikan masak.


SINGGANG IKAN

Bahannya:
Ikan
Air masak
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
1 keping asam keping
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.
2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.


IKAN TENGGIRI GORENG HALIA

Bahannya:
1 keping ikan tenggiri
4 gm halia - di hiris dan di goreng
3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Caranya:
1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit
2. Biarkan selama 20 minit.
3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.
4. Ketepikan.
5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.
6. Masukkan ikan semula.
7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.
8. Angkat ikan.
9. Taburkan halia goreng di atasnya.


IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahannya:
2 keping ikan tenggiri
400 ml air
20 gm halia – di hiris
5 helai daun pegaga – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.
2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.
3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.


IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Bahannya:
3 keping ikan tenggiri
5400 ml air
30 gm halia – di hiris
3 ulas bawang putih – di hiris
½ cawan air asam jawa
½ sudu kecil serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Caranya:
1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.
2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahannya:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Caranya:
1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.
2. Masukkan air dan tomato.
3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.
4. Biar seketika dan tutupkan api.


IKAN HARUAN GORENG REMPAH

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
30 gm halia – di tumbuk
2 ulas bawang merah – di tumbuk
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu rempah ikan
1 sudu kecil kunyit serbuk
Garam secukup rasa.
Minyak masak

Caranya:
1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit
2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.
3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.
4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.
5. Curahkan kuah ke atas ikan.


IKAN HARUAN KUKUS

Bahannya:
1 ekor ikan haruan
1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris
30 gm halia – di hiris halus
2 ulas bawang putih – di hiris halus
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 biji limau nipis – di ambil jusnya
Garam secukup rasa.
Air secukupnya
Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris

Caranya:
1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.
2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.
3. Masukkan sedikit air. Didihkan
4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.
5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.


SUP IKAN HARUAN

Bahannya:
1 ekor ikan haruan – di potong
500 ml air.
2 sudu besar minyak jagung.
30 gm halia – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
1 sudu besar lada hitam – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa.
Bawang goring
Daun bawang dan daun sup – di hiris

Caranya:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan air.
3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.
4. Masukkan asam keping dan garam.
5. Masak hingga mendidih.
6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.


IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,
buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk jintan manis
Bawang putih, halia – kisar halus
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu besar pati asam jawa
1 biji bawang besar – potong bulat
1 biji cili merah dan hijau – di hiris
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.
2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.
3. Goreng sederhana garing. Tepikan
4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
5. Masukkan jintan manis
6. Masukkan pati asam jawa
7. Masukkan gula.
8. Biar mendidih.
9. Masukkan lada hitam
10. Masukkan garam secukup rasa.
11. Kemudian masuk ikan.
12. Biar kuah pecah minyak.
13. Apabila ikan masak, perlahankan api.
14. Masukkan bawang besar
15. Masukkan cili.


IKAN GELAMA MASAK ASAM

Bahannya:
2 ekor ikan gelama
1 biji bawang besar – dihiris
5 ulas bawang putih - dihiris
1 ketul halia – dihiris
1 biji cili merah – dihiris
1 mangkuk air asam

Caranya:
1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.
2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.
3. Masukkan air asam dan garam.
4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.


IKAN BAWAL KUKUS HALIA

Bahannya:
1 ekor ikan bawal putih
1 1/2 inci halia-potong tipis
1 inci kunyit-potong tipis
3 ulas bawang putih-potong tipis
2 sudu besar kicap manis
1 sudu teh lada hitam serbuk,garam
1 btg karot, bunga kubis

Caranya:
1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.
2. Perap seketika.
3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daun pisang/aluminium foil
4. Siram baki perapan kicap atas ikan
5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.
6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.


IKAN PANGGANG BERKARI
(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)

Bahannya:
Ikan
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
Garam (secukup rasa)

Caranya:
1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit

garam
2. Lumurkan di atas ikan
3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.


IKAN PANGGANG HALIA MUDA

Bahan A (diperap)
2 potong ikan tenggiri
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit cuka

Bahan B (dihiris)
3 cm halia muda
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak

Caranya:
1. Lumurkan bahan A pada ikan.
2. Perap selama ½ jam.
3. Kemudian panggang ikan hingga masak.
4. Tumis bahan B hingga naik bau.
5. Tabur atas ikan.
6. Siap untuk dihidang.


IKAN PINDANG
(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)

Bahannya:
2 atau 3 ketul ikan
1 labu bawang putih (dihiris)
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 - 2 batang cili merah (dihiris)
5 cm lengkuas (diketuk)
5 cm kunyit (dihiris)
5 cm halia muda (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
3 – 4 keping asam gelugor
4 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.
3. Tuang air dan biarkan mendidih
4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.
5. Masukkan serai
6. Masukkan asam keping dan garam.


IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM

Bahannya:
50 gm ikan bilis
3 cawan air
1 cawan santan pekat
10 gm kunyit – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.
2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.


IKAN BILIS BERKUNYIT

Bahannya:
50 gm ikan bilis
20 gm ibu kunyit
2 sudu kecil lada hitam
Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.

Caranya:
1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.
2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.


IKAN BILIS DAUN KARI

Bahannya:
50 gm ikan bilis – di goreng
1 genggam daun kari
2 ulas bawang merah – di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris
Minyak masak.

Caranya
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.
2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.

Wednesday, January 7, 2015

Wordless Wednesday


Senaman ibu mengandung mudah bersalin


Assalamualaikum 

Dah 36 weeks usia kandungan.Sangat cepat letih, mengah dan lenguh bila berdiri.sakitnya kaki ni :(

Walaupun dah tak larat, kena kuad kan semangat kekal aktif.Sebab apa? Nak mudah bersalin.

Senaman atau gerakan ringan ni bagus untuk ibu hamil.Tapi kita mak-mak ni buat kerja rumah pun dah di kira senaman.Siapa lagi nak buat, kita lah.Penatnya! Angkat bakul laundry, naik turun tangga, mengemop, sental toilet, sidai baju,urus anak-anak di antara gerakan yang termasuk dalam gambar di bawah.Hehehe.Aci tak? 


Tapi yang penting latihan kemutan atau dipanggil senaman pelvic floor.

Ada kawan nasihatkan, tolonglah buat senaman ini.Wah sangat penting ni.Yang ini memang tak terbabit langsung dalam aktiviti buat kerja rumah.

Senaman Pelvic Floor bukan sahaja berguna untuk ibu hamil, malah kepada semua orang. Semasa hamil, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Biasanya kita itu akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau pun KETAWA! Memang masalah ibu hamil kan? Senaman ini akan membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya ialah dengan melakukan kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan 6 saat kemudian rehat dan ulang semula. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja sebanyak mana yang kita mahu.

Lagi satu, ya banyak kan berjalan kaki.Walaupun mengah walaupun penguin walaupun terhegeh hegeh. Bertabah lah kaki.kuatkan semangat setinggi gunung,mommies :)

InshaAallah dipermudahkan kelahiran yang tersayang :)

Monday, January 5, 2015

Nursing YingYang Jubah & Instant Shawl



Kita ibu-ibu nak juga bergaya bebas (walau syaaaariattt tetap membataskan 🎶 ) Menjaga batasan agama itu satu. Yang kedua pula hendaklah nursing friendly.

Mesti anda belum kenal RISHA. Siapa Risha? Bukan bakal isteri anda, bang. Bakal lubuk isteri anda berbelanja ketika pregnant dan sesudahnya, yes.

RISHA //
"The specialist in nursing & maternity wears you can count on"

Yang terbaru, RISHA ada RAYANNA NURSING DRESS. Iaitu ada zip yang panjang di hadapan (16 inci) dan membolehkan bukaan luas. Anda dapat bergaya, bayi dapat menyusu dengan selesa. Win win situation. 



Nak bergaya pakai shawl.Suami bising, 30 minit tunggu kita melilit. Sudah rapi, anak kecil tarik pula.Jangan pening.RISHA ada INSTANT SHAWL, tak perlu pin, tak perlu lilit.Jahitan kemas, boleh adjust dari saiz S ke XL.RM36 sahaja.Jimat masa! Happily ever after. One happy family at home. 



Begitulah kesan RISHA ke atas keluarga anda 🎷 OMG betul ke ni, babe? Tengok sendirilah, puan-puan. Nak melawa tak boleh malas. Kita mulakan dengan meringan tulang ke @Risha_my.

They have shawls,blouses, tunics, jubah, princess cut dresses and more. Dan pastilah, more to come. Dari saiz S ke saiz XXL.Untuk itu, follow ;

@Risha_my
@Risha_my
@Risha_my

Facebook mereka : Risha Collection.

Sunday, January 4, 2015

Susu Segar Pilihan Anda?

Assalammualaikum

Susu kegemaran anak-anak selepas weaning off susu badan ialah susu segar. Pernah cuba bagi susu formula untuk nutrisi mereka, tapi mereka tak gemar sangat.Susu segar jugak sedap kot.Ikut Abinya, pengemar susu segar atau yogurt.Ummi je susah sikit minum susu, kecuali perisa coklat.

Sangat penting susu segar dalam list grocerries kami, biasanya di rumah dalam peti ais susu segar dalam tong  jenama Good Day (penutup botol biru) atau jenama Farm Fresh ( penutup botol oren). slumber je budak2 ni teguk guk guk guk...Huhu.Alhamdulillah baguslah , jangan lah susah minum susu macam ummi ni..Dah lenguh-lenguh,kaki cramp malam-malam.Telan Calcium PLUS je tahu.

Susu lembu telah menjadi sebahagian besar dari diet kita. Biasanya kita minum untuk breakfast dan juga dimasukkan dalam masakan. Mestilah ramai dah tahu susu penting untuk keperluan Kalsium.Kata aufa & Adam, susu bagus untuk tulang, nak cepat tinggi! Hehe. Susu UHT ni pula apa? Susu UHT ni merupakan salah satu pilihan susu yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dari jenis susu lain.Yelah, kita bukan tinggal di New Zealand, susu fresh perah je dari lembu.Ini lah pilihan yg kita ada :)


Jika untuk untuk travelling atau bawa bekalan, penting juga kami masukkan  susu segar kotak dalam list kami. Beli banyak2 untuk bekalan sepanjang percutian.Selalunya marigold UHT menjadi pilihan.


Info tentang susu marigold ( survey marigold vs nestle dari SINI) Selain sedap, khasiat nutrisinya juga penting.

Nutritional information (per 100gm)- Energy-65ml, Protein 3g,Fat-3.3g, Carbohydrate-5.8g, Calcium-100mg, Vitamin A-150mcg,Vitamin B1-0.25mg, Vitamin D- 2.0mcg
Storage instruction - Keep refrigerated below 4Oc after opening
Taste – Light and watery but has a strong “milky” taste
Who will like it – One who likes creamy taste of milk and for those who has severe soy allergies because Marigold does not seem to use soy lecithin as additive compared to Nestle.
Website www.marigold.com.my

Susu kegemaran saya dari dulu adalah yang ini, MARIGOLD HL perisa Coklat.Masa belajar dulu, suka beli.tapi mahal rasanya masa dulu, mampu beli kotak kecik je.mmmm, nikmattttt.rasa dia kow!



Lagi satu susu kegemaran yang ini.SEDAP Sangat! Terliur.


Lama tak jumpa.Mana nak cari ek area KL or Selangor ni?

Friday, January 2, 2015

Daddy boleh rasa baby tendang?


Terharu Excited bila si ayah dapat rasa pergerakan baby.Terharu tengok video ni.:)



Alat atau teknologi untuk "rasa" isteri sakit bersalin pula ada tak?  HAHAHA