ads

Wednesday, December 31, 2014

Hamil ke 4, mom of 4 to be..

Assalammualaikum 


Ya Allah.Nak update, tak update2 juga Haha.Alhamdulillah rezeki terbesar kami tahun 2014 ini.seorang lagi junior akan lahir tak lama lagi..

Pengalaman mengandung kali ini pun lain dari yang sebelum2 ini.signal dia lain, Saya tak mabuk pada awalnya.Tapi asyik terkench Haha, tak boleh tahan buang air.Ingatkan kena kencing kotor.So, minum air kosong banyak2 supaya cepat baik.Lagi lah kerap jawabnya kan.

Lama lepas tu baru rasa mual-mual.Mula lah syak lain kan? haha Dan buat pregnancy test sendiri, positive!!! Ya Allah terkejut.:) tapi still tak tahu berapa bulan or minggu.

Kemudian kami ke klinik untuk sahkan.Doktor tanya LMP ( last menstrual period). maaf lah doktor, sama juga kes seperti sebelum ini.Saya tak sempat period, tak datang haid langsung selepas bersalin.Sama je kesnya.So, doktor buat pregnancy test juga.Confirm lah POSITIVE.Ambil supplement dan ok memang confirm lah ada orang baru dalam perut ni.Tapi masa tu doktor lelaki, maka tak nak scan dengan dia.So tak tahu lagi umur bayi dalam kandungan. saya boleh agak-agak je.saya main kira-kira dari start "signal kehamilan mula" maka, rasanya due bulan 3.Haha

Dan akhirnya saya mula check up di Hosp Bersalin Razif Klang.Baru nak scan! Sempoi Ummi abi dia kan.Perut dah agak besar, dah nampak! doktor macam terkejut, awak tak tahu ke awak mengandung ni? hahaha.

Saya tahu doktor..Saya kalau mengandung tak boleh sorok doktor, mabuk muntah2 boleh tahan.Tapi saya tak scan lagi je.Tak tahu bile due date.

Doktor kata, kalau breastfeeding pun tak semestinya protection 100% tak  lekat tau.90% je protection .

Ada kawan yang pelik, kerani hospital pun pelik.awak tak period pun pregnant? Awak takde LMP? Memang boleh,Lagi kena berjaga-jaga tau.Adam dan Sarah pun sama kes begini.Apa-pun rezeki Allah yg bagi, Allah plan semua ni.

Masa scan, doktor tunjuk kaki baby, kepala baby. Aufa Adam sangat terkejut.Paling lawak,dialog Aufa, 

Tu apa tu? ada baby dalam perut Ummi.Ummi tipu! Ummi kata perut Ummi masuk angin! 

HAHA nurse, doktor pun gelak2.

Memang teruk Ummi ni.Saje nak suprise kan dorang.Memang excited lah kakak & Abang.Diorang dah faham kan? Setiap kali scan mesti excited tengok baby kat screen.Tak sabar nak baby keluar.

Dan baru lah tahu umur baby masa tu, due insy 1st Feb 2015. Ya Allah lagi awal rupanya!

Pregnancy kali ini morning sickness saya agak tak teruk berbanding yang sebelum ini.Takde lah setiap hari muntah atau setiap kali makan muntah.Kadang2 muntah pagi, kadang malam.Baby faham kot.Tak leh ngada sgt.Sian Ummi Haha.Tapi pening mual itu memang wajib lah.Masa mabuk tu badan agak susut, cengkung.orang yang berpengalaman boleh agak, ni nape kurus sgt ni, ko mabuk ke? Ada isi lagi ke ni? Haha 

Dan pregnancy kali ni juga saya tak berapa sedar..bukan apa bila kite sibuk dengan bisnes dengan anak2 semua.Tak sempat macam dulu.Kira baby bape minggu la, ambil pic gambar perut each week, each month HAHA.Sekarang orang tanya dah bape minggu pun blur blur..Hehehe.

Memang doa je harap semua dimudahkan.harap kakak2 abang dia tak banyak karenah, sihat2 selalu.Tapi Sarah biasa lah, tantrum je dia.perangai nak dapat adik.Hehe.berkepit menyusu pun masih lagi

Dulu, masa sorang anak ok lagi, handle dia je.Then nak masuk dua, suami drop mana2.Boleh lagi pimpin kiri kanan pergi mana2.So, bila masuk 3, dah fikir2 tak boleh ni nak keluar dah lepas ni.Tak boleh ni, kalau nak handle tiga2 sekaligus.Rupanya bila tiba masanya, boleh! Lagi jauh pergi.Haha sebab apa tau? dah drive sendiri.Alhamdulillah dah anak 3, baru berdikari HAHAHA Yeah! I can do it! Its okay, boleh pergi shopping sendiri.Hehe. tapi memang kelam kabut la handle mereka sorang2.Dah 4 nanti? Kita tengok macam mana.Hehehe

So sekarang dah 35 weeks, berat dah 63kg! Dah macam penguin, mengah! Kaki lenguh2 je.tinggal dalam sebulan lagi, dah mula kena check up 2 minggu sekali.Suami dah perli bila nak habis khatam Quran tu? Asyik busy dengan bisnes dia je Haha.Perlu fokus nak ke labour oom pasni.barang2 baby dah beli dan kumpul semula mana yg boleh pakai lagi.Persediaan untuk umminya pantang je belum lagi.

Semoga baby akan lahir dengan mudah & selamat, .Semoga baby ini menguatkan kasih sayang keluarga kami, memberi rezeki yang tak putus2 insy.Doakan dia sihat dan comel ya hihihi

P/s : Today is 31/12, Our superhero's birthday.Selamat Hari Lahir suami.Semoga panjang umur murah rezeki.semoga selalu sihat, terus berkhidmat utk keluarga hihi bersedia nak jadi dad of 4 tak lama lagi.Bersedia teman ummi nak ke labour room. :) "Hah! Dah 4 dah anak abang?" (Dialog terkejut bila tahu pregnant lagi )



Wordless Wednesday : Orang Berjaya

Tuesday, December 30, 2014

Daddy pun boleh menyusu?

Usaha untuk mendidik kaum bapa tentang penyusuan susu ibu - dan semua nipple guard,  masalah latching dan lain2 - kempen pengiklanan baru menggunakan photography berlainan gender untuk mendapatkan perhatian kaum bapa.

Kaum bapa pun perlu ambil tahu tentang penyusuan ibu.Betul tak? Lagi-lagi ibuyang  menyusukan bayi pada kali pertama.yelah, first time nak menyusukan baby ni, macam-macam mommy kena hadapi.yang first mestila rasa susah kan.Pengalaman baru..Biasanya new mommy akan akan hadapi breast bengkak, nipple tak terbentuk, baby tak boleh nak latch, nipple takde lubang.Fuh dugaan.Sakitnya.Boleh demam mengigil kalau bengkak susu ni.Kaum bapa lah kena bagi support masa ni untuk mommy tetap bersemangat, jangan putus asa.kena usaha pam juga kalau baby tak boleh nak latch, sampai baby pandai latch sendiri.Teruskan sampai nipple ada lubang, boleh keluar susu.Sakit kena tahan.Isk isk..

ini kempen untuk bagi kesedaran kepada kaum bapa tentang penyususan di public juga.Breastfeeding is natural. Jangan nak jelik pula tengok orang menyusukan baby.Off course kena make sure mommy cover aurah la.Cover dengan tudung, nursing cover.Atau yang lebih memahami teman mommy ke nursing room.Sekarang di mall semua dah ada nursing room.

Yang lebih memahami lagi menyayangi belikan baju nursing untuk mommy! So sweet kan. Jadi tanggungjawab menyusukan anak, bukan tanggungjawab mommy seorang.Kaum bapa juga perlu ambil tahu.

"Hector Cruz, a father-of-two and the founder of Project Breastfeeding, told MailOnline: 'My goal is getting dads involved. When it comes to breastfeeding we think its none of our business, so we think that it's not our duty - but that's so not true.'

I want to give dad's a voice,' the photographer explained. 'I want them to ask themselves: Do I want to be the most supportive father I can be? The best father I can be? Would I do whatever I could to help my wife and child? 

'Then, what if you had to go through the breastfeeding process with your wife to do that? Most fathers, at that point, understand. They say: "I can do this, I have my wife's back and we can do this together.'

Artikel ini boleh di baca di SINI 


Sebahagian gambar daddies pose untuk menunjukkan mereka support kepada penyusuan ibu.So comel HAHAHA




P/S : Abi memang sangat sokong.Dah jimat beratus -ratus tin susu dah ummi susukan anak-anak dia.Alhamdulillah.Memang tak patutlah kalau dia tak sokong kan.Jimat duit Abi kan? HAHAHA

Monday, December 29, 2014

The Regency Jerai Hill Resort

Assalam Alyk Punyalah lama simpan dalam draf.Regency Jerai Hill Resort salah satu pilihan destinasi yang best, tenang untuk bercuti. Kami memang sukakan destinasi begini, yang jauh dari hiruk pikuk, udara segar,tenang dan penuh dengan alam sekitar.Nature lover la kata kan.

Terletak di negeri Kedah, lepas bercuti di Perlis kami singgah di sini.Lepas tengok sawah padi hijau di bawah.Naik ke atas gunung jerai ini tak alama dalam 15-20 minit sahaja.Jalannya memang agak mencabar,belok-belok. tapi tak jauh. Di atas berkabus, agak dingin dan boleh nampak permandangan sawah padi dari atas pula Subhanaalah.

 Facilities yang disediakan bilik tidur bersama breakfast.Dinner dan lunch boleh nikmati di cafe Puncak Bestari.Untuk anak-anak,ada swimming pool, play ground.sementara mereka enjoy, parent boleh relax.okay kan.

Biar gambar berbicara.Okay, mommies boleh masukkan dalam list cuti cuti Malaysia.Kami pun rasa nak pergi lagi.






































Sunday, December 28, 2014

Bantuan banjir




"Saya memang nak beli..tapi buat masa ni tak boleh la sebab keadaan banjir sini..takut tak sampai pulak"

Luahan salah seorang customer.Sayu pula.Teringat akhir tahun lepas ke Terengganu.Lauk bergelora,ombak kuat hempas ke pantai.

Kata seorang makcik yang berniaga di kedai makan ( yang mana banyak kedai tutup kerana cuaca yang tak menentu).

"Orang sini tak pergi pantai waktu begini dik"

Peniaga yang menjaja di tepi pantai Kuala Terengganu, bila angin kuat, hujan mula turun.berterbangan payung teduhan & barang2 mereka.Cepat2 mereka mengemas barang jualan."Maaf kak, nak ribut ni kak".Huhu baru nak beli jagung bakar :)

Cuaca memang tak menentu skang, kalau okay penjaja niaga.Kalau hujan atau ribut kami kena tutup.Demi mencari rezeki.

Kita di sini mungkin tak tahu keadaan mereka di sana.Jom doakan Allah hembuskan semangat ketabahan kepada mereka, semoga mereka baik2 di sana..

Hulurkan bantuan.walaupun kecil , sedikit tapi mungkin amat bermakna bagi mereka.  

Saya tengok video sesudah keadaan air surut di satu kampung di gua musang, sangat teruk keadaannya.


Dari group Shaklee mereka buat kutipan untuk mangsa banjir 

Cara pbayaran boleh bank in ke akaun maybank berikut:
512268059811- Wan Fatihanum
sumbangan nt note DERMA 

Mohon panjang-panjangkan.
Sambung master hanum lagi. Jom derma korang walau rm10 pun tkpe sbb kt sini semua terputus bekalan tmsuk jugak line tepon, minyak pun lgsung takde, kena isi kt sempadan terengganu


Monday, December 15, 2014

Cheesy butter prawn basah






Goreng Udang dengan kunyit & garam.

Bahan2:
-bawang putih  (dicincang) 
-bawang besar  (potong dadu) 
-cili api kalau nak pedas
-daun kari
-1/2 sudu kecik serbuk kari 
-1 tin susu cair (nak guna brand ideal pun ok)
- butter 1/4 dri seketul tu 
-cheese ( saya guna parmesan cheese, guna cheese cheddar kraft keping2 pun boleh)

Cara cara: 
1. 1/4 butter cairkan dalam kuali, masukkan garlic & onion yg dicincang.
2. masuk kan daun kari, 1/2 sudu Serbuk kari.
3. Masukkan cili api (ikut nak pedas mana).saya tak letak, budak2 tak tahan pedas.
4. Kacau, masukkan susu, then masukkan cheese & garam sikit je sebab butter & cheese dah masin.



5. Tunggu pekat sikit, masukkan udang.atau tuang je atas Udang yg digoreng td.


Memang licin resepi Udang versi ini.Sedap sehingga jilat mangkuk!
Selamat mencuba!


Sunday, December 7, 2014

Perkongsian cerita ini membuka mata tentang ALTEL


ALTEL adalah syarikat telekomunikasi yang baru di Malaysia milik ikon perniagaan Melayu iaitu Syed Mokhtar Bukhary. Sehingga cerita ini menjadi viral, orang ramai masih tidak kenal akan ALTEL. Terima kasih kepada anda yang berkongsi kisah ini kerana rakyat Malaysia kini mempunyai satu lagi pilihan sim kad.



Enjoy cerita di bawah!

(1)PENGENALAN

Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai ‘Wira Dermawan’. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.

Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.


http://altelnativ.my/

(2)PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip ‘lokasi altel’. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281

Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: “Kawan, sim card Altel ada? I mau beli”.
Cina: “Mana you tau ini kedai?” (muka terkejut)
Aku: “I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!”
Cina: “aaa..aaa…(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada”
Aku: “You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel” (aku bengang)
Cina: “Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan”
Aku: “I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!”
Cina: “Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang”
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku.

Aku: “Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor”
Cina: “Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?”
Aku: “Who is customer? Do you know customer is always right?”
Cina: “Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil”
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: “alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor”
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: “hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor”
Cina: “huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888″
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: “Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?”
Cina: “hmmm, rm14 saja, satu rm7″
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)

(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL

Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 – 1GB. Ada juga pilihan RM48 – 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.
Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan “4G LTE”. Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.


Habis baca cerita mamat ni.berkobar-kobar pula nak dapatkan no line altel juga.Betul tak?
Untuk info lanjut like facebook altel  https://www.facebook.com/MYALTEL dan klik ke laman web ALTEL http://altelnativ.my/.

P/S : Suami saya dah tukar ke line Altel.Fuyooo laju memang laju line.Tekan video or youtibe takde pusing2 sangkut lah.Memang benar lah cerita di atas ini.Skang i plak...geram je tengok. I is jeles! 

Tuesday, December 2, 2014

Mencawan baby?

Baby mugging? Ia adalah trend terkini mak ayah mengambil gambar anak dengan pelbagai cawan sebagai prop. Terkini ke atau saya yang baru tahu? Jarang online sekarang, benda viral pun lambat tahu.Hahaha.

I selidik tadi, dah lama juga sebenarnya.Dari tahun 2013. Ketagihan ini menjadi viral dari seorang mak ni, dia boring.kemudian dia sesaje snap gambar anaknya bersama cawan.Dipetik dari blog mak ini, mommyshorts.com

I like a post on The Happy Place called "Bored Moms of Instagram are 'Baby Mugging'".

First sentence:
"A trend started by bored mom Ilana Wiles of the blog Mommy Shorts has gone viral. It involves photographing your baby so that she looks like she has replaced the coffee you drink to deal with the exhaustion she causes."

.
Siapa lah yang tak enjoy tengok gelagat baby ditambah dengan emosi mereka di" dalam cawan" ? Comel lah sangat.

Well, mommies, bila boring takde kerja tu..apatah lagi mommies yang rajin lagi kreatif, apa kata kita tinggalkan kenangan manis dengan penuh kreatif hanya dengan menggunakan cawan. Idea “Forced Perspective” ini sungguh comel!.

20 tahun akan datang, boleh sama-sama ketawa dengan anak-anak melihat gambar-gambar yang kita ambil dengan konsep ini. Saya memang dah lama tak dera anak-anak posing ni.Tapi kalau dapat shoot aksi natural dmereka lagi cun!

Jom, pergi ambil cawan sekarang!









Yang last paling kena dengan Sarah..Hahaha.Suka melabur je...