ads

Thursday, November 27, 2014

Untung besar atau kecil?

Tips pilih produk. Untung besar VS untung kecil.
--

1. Guru A kata, pilih produk untung kecil tapi senang dijual. Jual banyak-banyak.

2. Guru J kata, pilih produk untung besar, sebab usaha, tenaga dan kos untuk jual produk tersebut sama sahaja. 

Jadi yang mana satu yang betul?

Sebenarnya.. Kedua-duanya betul. Perbezaan pendapat antara 2 guru tersebut adalah disebabkan perbezaan situasi mereka.

Guru A selalu menjual secara borong kepada pengedar-pengedar produk beliau. Sekali jual 10,000 unit dengan keuntungan bersih 30sen per unit. Total untung = RM3,000.

Manakala Guru J selalu menjual secara retail, iaitu kepada orang perseorangan. Satu produk untung RM50. Sebulan dapat jual 60 unit. Total untung RM3,000.

Jadi... Kesimpulannya.

Sebelum pilih produk, tengok dulu kepada siapa kita nak jual produk tersebut.

Lagi satu macam yg pernah saya kata dulu. Nasihat guru selalunya betul.. Cuma.. Sesuai atau tidak ianya dengan situasi kita. Jadi perlu bijak juga untuk menganalisa dan menilai.. Jangan mudah terima dan telan bulat-bulat. Kelak, boleh memudaratkan.

Perkongsian dari FB Tuan Mohd Shuhaimy

Wednesday, November 19, 2014

Wordless Wednesday ( If you are stay at home mom/ work at home mom)


Kisah suami isteri yang menyentuh perasaan



Gambar dan caption yang banyak orang repost perkongsian dari seorang jejaka.
Bukan kisah cinta stereotaip yang biasa kita lihat di kaca televisyen, ini memang cinta sejati! 

Dari gambar ini, dapat lihat sang suami yang penyayang..dan pengajarannya dari caption gambar ini.




"Today experienced, mereka dtg ke kedai untuk mencari sepasang kasut. Isteri ditemani oleh seorang suami yg ckup setia dan menghargai pasangan nye, dengan diberi kelebihan cacat penghlihatan si suami mengiringi isteri sepanjang memlih kasut. Ini perbualan antara suami isteri dan aku: Suami : awak nak kasut warna hitam pink atau hitam kelabu? Isteri : bagi abang mana yang cantik? Suami : yang pink ni cantik, sesuai dengan jubah awak. Aku: encik saya ambil kan saiz ye, nak saiz ape ye? Suami: isteri sy pkai saiz 8, blh tlong ambil kan? Aku : (dah ambil kasut), maaf saiz 8 xde la tngl saiz 9. Cuba try dlu. Ini pon tngl warna hitam kelabu. Isteri : boleh sy try dlu bang( gambar diatas). Suaminya tunduk dan menyarungkan kasut pada kaki isteri. Suami : haa cantik kene dgn awak. Isteri : sy rasa sy nak kasut yg dekat depan tadi, yg sy mula2 cuba bang. Aku: ambil kasut n bg akak tu try. Isteri : abg, sy nak yg ni. Suami : wahhhh ini lg cantik awak pkai ( sedangkan suami dia suka yg awal td, dan harga nye lg mahal) Isteri : ABG, SEPANJANG HIDUP SAYA, SAYA X PERNAH TAU SECANTIK MANA KASUT YANG SAYA PAKAI. SEMUA YANG CANTIK DI MATA ABANG, BERGANDA CANTIK DI MATA SAYA.SAYA CUMA DAPAT RASA KESELESAAN KASUT NI SAHAJA. Aku : menangis 😭😭😭😭 ( dalam hati ) Suami: okay kita beli yg ni. Abg byr skjp. -people say "BEAUTY IS PAIN" tp bg akak tu dia dah dapat rasa kesusahan sejak azali lagi tanpa mengeluh dan bersyukur seadanya. Nowadays, kita cuma fikir dan kejar kemewahan semata3 sedangkan mereka dah capai kemewahan yg sebenar 😭😭😭"

Ya Allah.Memang deep kata-kata akak tu.Dia rasa bahagia kerana selesanya kasut itu, bukan kerana cantiknya kasut atau mahalnya kasut! 

Bahagia itu pilihan.

Thursday, November 13, 2014

Bantu buat kerja rumah, Suami Sotong?

Assalammualaikum

Mommies mesti sokong pendapat Uncle Datuk Chef Wan ni kan?
Buat kerja rumah, bukan bermakna suami kita "sotong" atau kita ni "queen control". Hehe No No!

Tolong isteri buat kerja rumah itu kan amalan Rasulullah SAW.So gentleman :)

Saya lagi cair tengok suami tolong vacuum, mop lantai.Haha.Bagi yang maid less macam saya ni, tiada siapa yang boleh bantu kita melainkan sang suami kan. Lepas dia tolong, kena lah puji melambung tinggi ke atap.Baru rajin selalu.

 Bagi saya, melalui bantu membantu buat kerja rumah, salah satu cara tunjuk kasih sayang kepada isteri.Romantik lah senang citer! Hehe

Mengikut kajian, orang ni lelaki ni kalau mengemas, lagi bersih! Lagi cepat siap dari orang perempuan.rasanya betul juga ni,kalau tengok suami saya lah.memang berkilat2! Hehe

Anak- anak lelaki pun kena di didik dari kecil tolong mengemas, tolong di dapur, membasuh pinggan, benda simple yang dia boleh buat."Tak kira lah kamu lelaki ke perempuan, kena tolong emak kat dapur jugak!"
Dah besar, tak kekok.Tak payah nak suruh-suruh.Faham sendiri.Kalau semua main letak je, haih ai memang geram tengok.Haha.InshaAllah Senangkan hati isteri dia juga nanti. takdelah goyang kaki je amboi! :)

Ini pendapat chef wan dari keratan akhbar Metro :



Bantu kerja rumah bukan pondan
Kuala Lumpur: Sigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja wanita di rumah sebagai pondan perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif terhadap institusi kekeluargaan, kata pakar masakan Datuk Redzuawan Ismail.

Redzuawan atau lebih dikenali sebagai Chef Wan berkata, anggapan itu berlaku secara meluas di Malaysia akibat tahap ego keterlaluan dalam kalangan lelaki khususnya Melayu yang melihat melakukan kerja-kerja rumah sebagai individu yang memiliki perwatakan lembut.

“Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat.

“Bagaimanapun, dalam masyarakat kita persepsi sedemikian masih terjadi sedangkan ia tidak pernah wujud di negara Barat,” katanya kepada BERNAMA selepas menjadi anggota panel dalam diskusi ‘Mentakrifkan Kelelakian’ (Redefining Masculinity) sempena Forum Wanita Luar Biasa (The Woman Extraordinaire Forum) 2014, di sini, semalam.

Chef Wan berkata, sebagai suami dan bapa yang merupakan ketua keluarga, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada anak-anak dengan membantu melakukan kerja rumah.

“Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan menyenangkan, malah menyihatkan badan,” katanya.

Pereka fesyen, Bon Zainal Harun berkata, maruah serta imej seorang lelaki tidak terjejas sekiranya membantu isteri melakukan kerja rumah termasuk mencuci pinggan mangkuk dan membasuh pakaian.

“Bukan hanya kerja rumah, malahan jika lelaki yang terlibat dalam bidang kewanitaan seperti fesyen dan memasak pun turut dilabel sebagai lelaki lembut atau songsang.

“Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana ia mampu menghalang seorang individu khususnya lelaki untuk menceburi bidang yang digemari mereka,” katanya.

Diskusi selama sejam yang membincangkan stereotaip orang ramai mengenai peranan lelaki dalam urusan rumah tangga pada masa kini turut membabitkan Pengarah Eksekutif SEGi Group, Kim Odhner sebagai anggota panel.

Pengasas Brandt International Sdn Bhd, Munirah Looi bertindak sebagai moderator.– BERNAMA

Sumber : Metro

P/S : Adik- adik, kriteria bakal suami yang rajin menolong mesti masukkan tau.Supaya nanti kita nanti jadi " Serikandi" di rumah bukan amah.Hehe.Allahumma amin..

Thursday, November 6, 2014

Apa yang lompong dalam sistem sekolah kita?

Ramai ibu bapa masa kini yang risau melihat sikap dan tingkah laku anak mereka yang adakalanya diluar kawalan dan jauh dari apa yang diharapkan.
Sebagai ibu bapa adakala kita tertanya-tanya, dimanakah silapnya?
Untuk itu, kami ingin bawakan pandangan dari Ustaz Mohammad Asyraff Ayob tentang ini.

APA YANG LOMPONG DALAM SISTEM SEKOLAH KITA?
Bulan lepas, saya bersama isteri berpeluang melawat Warga Prihatin (terima kasih kepada sahabat saya Tuan Ahmad Fazil dan Tuan Saiful Nang yang menjadi jambatan perkenalan kami), dan amat teruja dengan fokus pendidikan yang mereka tekankan kepada anak-anak disitu. Bahkan saya berharap, kalaulah sistem ini dijadikan silibus sekolah, sayalah orang pertama yang akan menghantar anak ke sana.

Ketika pulang isteri bertanya, ‘bang, apa kelebihan sistem mereka berbanding sistem MRSM yang mama masuk atau sistem sekolah agama yang abang belajar?’

‘Mama, sistem sekolah kita bagus tapi masih ada ‘lack’nya. Dan lompong itu besar. Sebab tulah ramai ibubapa masih merungut ‘anak pandai tapi perangai hancur, atau anak hafal Quran tahu hadith tapi sikap tak macam orang belajar agama’.

‘So, mana lompongnya bang?’ Isteri terus bertanya.

‘Abang lihat begini. Its all about fokus mama. Apa yg kita fokuskan, itulah hasil yang keluar. Di sekolah kita, yang difokuskan adalah silibus. Akademik. Deretan A dalam peperiksaan. Yang lain nombor 2. So yang keluar adalah orang yang pandai aqliyah (fikiran) tapi gersang akhlak & sikap’.
Sistem kita terlalu mengagungkan deretan A. Itu problemnya. That’s why ada ibubapa risau jika anak tak dapat A tapi kurang risau bila anaknya berkarakter sombong, sukakan hiburan & kurang bantu orang lain. Ini kerana, pendidikan karakter/akhlak dinombor-duakan. Saya masih teringat di New Zealand, yang ditekankan di sekolah rendah adalah pendidikan karakter. Guru-guru tidak sibuk tentang ‘nombor satu’ atau A, tapi mereka menggalakkan anak-anak untuk explore diri mereka dahulu.

Kemudian isteri bertanya lagi, ‘tapi masa mama di MRSM dulu, ada je fokus karakter bang. Kami selalu ditekankan tentang disiplin, menepati masa, kepimpinan…’

‘Benar, ia ada mama, tapi kan still sekunder bukan primer? Di warga Prihatin, itu yang menjadi primer, yang lain sekunder. Lagi satu mama perlu faham, bila kita sebut pendidikan karakter, ia ada 2 lapis :

PERTAMA seperti yang mama sebut : disiplin, kepimpinan, visioner, tanggungjawab, kerjasama, kreativiti dll.

KEDUA, dan ini yang paling kurang ditekankan : silibus karakter rohani seperti tawaduk, rendah hati, kasih-sayang, tidak bersikap ananiyah, jujur, i’tsar, ikhlas, tawakkal, syukur, sabar serta banyak lagi.

Lapisan kedua inilah yang menjadi ‘core’ manusia. Yakinlah, jika manusia pintar & hebat kepimpinan sekalipun, ia tak berguna jika ia sombong & tidak jujur.’ Saya terangkan panjang-lebar.
Isteri mengangguk setuju.

Saya sedang mencari sekolah bersilibuskan ‘akhlak & karakter’ kerana sedar, antara tujuan utama Rasul diturunkan bukan untuk memandaikan sangat manusia, tetapi memandaikan ‘akhlak & karakter’ mereka dahulu. Kata Nabi, Aku diutuskan untuk perbaiki dan sempurnakan akhlak manusia.

Itu fokus Nabi sebab Baginda tahu, bila ia elok, semua perkara elok. Jika ia rosak, pandai macammana sekalipun, sehebat manapun, anda tetap ‘zero’ di mata Tuhan.
Sungguh, saya mengaku disini yang saya tidak kisah sangat anak tak dapat A kerana ia bukan bermakna anak tidak pandai. Silibus sekarang hanya measure sedikit sahaja keupayaan anak. Ia bukan segalanya.

Yang segalanya adalah karakter dan akhlak mereka. Jika ia menjadi manusia yang kenal Tuhan, baik silaturahim sesama manusia serta mahu tingkatkan potensi dirinya, itulah bagi saya, maksud ‘A’ sebenarnya.

Menjadi manusia yang dimaksudkan nabi : ‘Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.’

Saya doakan anak-anak kita menjadi manusia yang cemerlang akalnya & gemilang akhlaknya, Allahumma Amiiiin.

Ikhlas,

Ustaz Asraff Ayobb

Ps : Jika anda mencari silibus terbaik untuk akhlak & karakter, jangan risau ia dah lama wujud. Semua teknik & S.O.Pnya Tuhan terangkan satu-persatu dalam Al-Quran, siap datangkan sekali tuan guru – Rasulullah s.a.w untuk tunjukkan contohnya.

Pps: Yang perlu ditanya sekarang adalah, apa khabar anda sekeluarga dengan AlQuran? Sudahkah ia menjadi paksi kehidupan? Sudahkah karakter Rasul anda kenal dan hayati?
Credit : Ustaz Mohammad Asyraff Ayob, dengan izin

Resepi Pasta Krim dan Cendawan

Assalamualaikum 

Anak-anak membesar, kuat makan.Asyik lapar je dorang ni.Balik sekolah, 2-3 jam sekali minta makan.
Ummi dorang ni dah lah masuk dapur on off sekarang.Hihi

Kalau menu nasi, satu lauk utama je masak.Dan paling senang menu pasta! Nak share resepi Linguine pasta krim & cendawan paling senang dan digemari orang.Ia mudah untuk mengembirakan hati.



1.Rebus pasta dengan air, minyak zaitun dan garam.

2.Panaskan kuali masukkan sedikit minyak zaitun, masukkan Bawang besar & Bawang putih yang dicincang.
3. Omputih guna bacon.Kita boleh tukar dengan Ayam/ sosej/ daging/ udang.Masukkan protien pilihan kite.

4. Masukkan Butter suku/half..huii sedap berlemak! Hihi kacau sampai cair.

5. Masukkan pelbagai jenis cendawan, masak smpi layu sedikit

6. Parsley potong kecik2.letak spinach atau kacang peas pun boleh.Nampak cantik hijau2.

7. Masukkan sedikit air, perahan lemon, garam, dan sedikit pepper.

8.Masukkan sekotak krim masakan & pasta yang di rebus tadi.Kacau sebentar & Siap!