ads

Thursday, March 28, 2013

Moses basket makeover

Salam Sayang

Sudah masuk 5 minggu saya bersalin.entry ini di dalam draf sejak 28 mac.Blog ini kejung begitu saja.Maaf, saya leka mengulit si kecil,membiasakan rutin sebagai mak anak tiga.

Dan saya masih berpantang, hari ke 37 sudah dan Alhamdulillah saya menikmati cuti rehat Allah beri sepuasnya.

Ingat tak moses basket yang saya beli di ayer hitam 3 tahun lepas? Tak silap tak sampai rm50 saya beli.

Bakul ni banyak berjasa.Anak buah saya pun sempat pakai.

Menang membeli menang memakai

Dan sebelum kelahiran baby,saya nak makeover bakul ini.Maka,beli kain cotton fabrik secara online.Saya minat dengan corak chevron.:)

Disebabkan saya belum pandai menjahit HAHA ibu mertua tolong jahitkan.:)

Dan bakul ini berwajah baru dan ceria.Berbaloi- baloi!







Wednesday, March 20, 2013

3rd Little Mujahidah

Salam Sayang!

Syukur Setingginya ke hadrat Allah swt, saya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal dan gentle pada 15 Mac 2013, hari Jumaat, pukul 2.45 pagi di Hospital Bersalin Razif Klang.Awal 9 hari.Baby tak sabar nak lihat dunia :)

Alhamdulillah ummi dan bayi sihat.Bayi seberat 3.2kg, dan 48cm panjang.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kami.Semoga Allah membalasnya semua dengan kebaikan yang tak terhingga.

Pengalaman bersalin kali ini juga berbeza.InsyaAllah saya akan update kemudian.





Monday, March 11, 2013

Messy time! Fun time!

 Salam Sayang Semua!

Its time to have fun with color! Setuju tak kalau saya kata water color adalah mahal? Kalau beli,sekejap saja anak-anak conteng-conteng dah habis! So,mari kita buat paint color sendiri!

 Resepi

1/2 cawan tepung jagung
2 cawan air
pewarna makanan

Cara-cara :

Campurkan tepung dan air.Panaskan dalam periuk atas api perlahan.Kacau sampai pekat.Kemudian sejuk sekejap dan campur pewarna yang dikehendaki.Siap!

Boleh main dan mewarna sepuas-puasnya!

Tips aktiviti :

1) ajar anak campur warna untuk hasilkan warna baru.
2) gunakan bahan semulajadi, seperti daun.dan warnakan.Kemudian tekapkan di kertas.Atau buah dan sayur-sayuran yang ada di dalam peti ais anda!
 3) Boleh gunakan tangan atau berus.Ia selamat.Jadi tidak risau jika anak termakan.Cuci tangan anak dengan air sabun selepas mewarna!

















Friday, March 8, 2013

Pregnancy update

"A mother's joy begins when new life is stirring inside... when a tiny heartbeat is heard for the very first time, and a playful kick reminds her that she is never alone."

Salam Sayang semua

Alhamdulillah.Sekarang saya dah 37 weeks bawak perut ni atau bergelar mak buyong.Hehe.terkedek-terkedek.Berjalan perut kedepan macam peguin.Nak bangun punyalah berat mengalahkan gajah.Hehe.Start 35weeks dah mula weekly check up.Baca makanan sihat & sunnah untuk ibu hamil di sini.

Dah hujung2 ni,morning sickness saya datang semula.mula balik membuang cecair di merata-rata di khalayak ramai.Ishhh..

Selain itu,sengal sakit urat di pinggul,peha,pinggang.Orang kata tegang otot.Pada waktu malam,biasanya saya flat habis.Kalau dah tak larat, memang mood pun tak baik lah.Sakitnya badan.Nak pusing pun sakit! Mulalah merengek menangis macam budak kecik kesakitan.minta tolong suami picit.ujian ibu mengandung kan?

Dah tak lama.Sabar lah.bermengah-mengah dahulu.Berpeluh berkepam kepam.Nanti rindu.Tak tahu lah bila ada rezeki mengandung lagi..:(



35 weeks check up


Berat kali ini adalah 65kg! tak naik langsung dari check up 32 minggu lepas.Sungguh pelik.Saya mengandung dua anak sebelum ni,memang wajibul berat naik dengan gemilang! Haha.Makan kerap jugak.Asal lapar,ngap! Malam-malam bila lapar suruh suami tapau.tapi mungkin sarat mengandung dengan dua anak yang belum mumayyiz adalah menuntut kita bergerak aktif.Apa-apa pun,ummi!!! Ummi!! 

Tapi bagus juga.satu kerja lepas pantang nak turunkan berat badan yang menembam dan mengembang ni. Gemok ok!

Then,bila masuk doktor ambil semua detail.tanya butir anak2 lahir dulu.Dr terkejut bila dengar berat adam dulu 3.7kg! hehe.Check tekanan darah ok.Urine test ok.Then scan,uri,air ketuban semua ok.Baby pun Alhamdulillah ok.Berat dah 2.5kg.Wah makin besar baby.Dr kata as long baby membesar takde apa masalah,berat mak tak naik pun takpe.Alhamdulillah.Syukur baby is fine.





36 weeks check up

Minggu ini,Berat naik 1kg.So,dah 66kg.Air kencing kotor sedikit.Dr pesan Kena banyak kan minum air kosong.Tekanan darah semua ok.Scan baby,uri & air ketuban banyak.Alhamdulillah baby pun ok.Berat dah 2.7 kg. Baby, please hidung mancung.Hehe



Then, saya di bawa ke tingkat atas untuk buat CTG.Nak tengok pergerakan baby.Aufa & Adam punya lah excited tengok baby dalam nursery room.Bising tanya macam2.

Dua kali buat CTG,sebab yang first baby is sleeping.So tak dapat detect dia gerak.sangat berdebar-debar dengar bunyi CTG tu tau! Hehe.Tapi lega baby is fine inside me.

Sepanjang buat CTG tu,macam2 perangai si Aufa Adam.nyanyi,pusing2,nak pee,nak poo lah.Boleh serentak nak pergi "melabur" tu.Ishhh budak-budak ni.pergi toilet siap buat lawatan.Cantiknya toilett sini ummi...macam hotel! Amboi!

Selesai CTG,turun jumpa doc semula.Dia beri nasihat.Kira gerakan baby.Sebenarnya tak pernah kira pun.Selama ini make sure baby gerak lah.Dia suruh start kira from 9am-10pm.At least baby gerak 10kali.Least than that within that time,kena pergi hospital cepat2.sebab dah hujung-hujung ni air ketuban will decrease.So,ni cara kita lebih concern lah dan senang hati after that kan? Baby aktif,so Baby is fine .Ok,new info for me hehehe.Tq Dr!

Dan selesai check up.


Check up 37 weeks

Berat ummi maintain 66kg, berat baby sekarang 2.9kg.Wah makin membesar kamu ya! :)

Urin test, ada 50 gula! Alamak.Dr pesan kena jaga makan minum.Lately banyak makan aiskrim dan air sejuk yang manis.Cuaca panas kan sekarang.Tak tahan mak yong! Dan Tekanan darah ok.

Masa scan,kepala baby dah kat bawah.nervous! Alhamdulillah semua ok.Dr sempat tanya nak berapa orang anak ni? Aim berapa? Hehe.lama juga saya terdiam.Soalan cepumas pulak Dr ni.Nak jawab berapa ya? so jawab..Saya jawab,berangan nak empat orang sambil menjeling sengih pada suami.Hehe. tengok lah kemampuan dan rezeki Allah beri.larat ke tidak lagi tidak Hehe.

Disebabkan aufa dulu keluar on due,adam overdue 1 week.So,kali ini mungkin sama juga.Dr kata kalau keluar darah, sakit-sakit cepat lah datang hospital.Ok berdebar Mak buyong!

Dua kawan yang due sama bulan Mac, dah selamat bersalin.Alhamdulillah.ibu dan baby selamat dan sihat.

Persiapan bersalin dan berpantang Alhamdulillah semua dah ready.Cuma ujian tang mencari confinement lady.Dua kali cancel.Memang susah nak cari confinement lady sekarang.Akhirnya,mak saya uruskan ambil pembantu rumah.So,gajikan dia lah nanti.

Menanti dan berdoa dalam debar.Kali ke tiga pun masih berdebar yang sama! Gemuruh Jiwa.

Dan Abi baby ini sudah teruja.Mula mencari-cari nama baby.Beriya belek belek,sebut-sebut itu ini,tanya pendapat.

Ok,doakan saya dan baby ya semua :)

Baca info menarik disini .
Makanan Sihat dan Sunnah Ibu hamil

https://www.facebook.com/SihatCantikBerkat
http://dietsunnahnabi.blogspot.com/


Wednesday, March 6, 2013

Anak - Anak boleh membaca di awal usia?

Pagi Sabtu lepas 1 mac,Tadika Aufa handle briefing Readeasy untuk ibu bapa.Bila anak dah sekolah,mula lah macam-macam aktiviti dia kan? Busy busy..:)

Di tadika, dah guna konsep membaca kaedah Fonik ini.Untuk lebih berkesan,ibu bapa perlu mengajar anak-anak di rumah pula.

Mahu berkongsi sedikit info dari taklimat yang dikendalikan oleh penulis buku Read easy iaitu pasangan suami isteri Othman Ahmad dan Nik Eliani Nik Nawi.


Zaman sekarang menuntut anak-anak kita belajar awal.Ummi dulu darjah satu baru pandai membaca.umur 3,4,5 tahun banyak main-main lagi.Zaman dah berubah.Sekarang, banyak kita dengar budak 3 atau 4 tahun dah boleh membaca.Itu semua hasil usaha ibu bapa mereka yang gigih mengajar kan? Tentu bukan mudah.

Encik Othman nasihatkan sebaik-baiknya anak-anak kita boleh membaca sebelum dia berusia 7 tahun,naik sekolah darjah 1.

Kalau boleh,ummi nak anak-anak cepat membaca juga.sekarang kenalah bacakan mereka buku.Tiap malam, mereka ambil buku masing-masing.ummi bacakan...Kakak buku lain,adik nak buku lain.Kemudian, mula lah berebut layanan ummi.

Mesti mereka lebih seronok kalau dapat baca sendiri kan? Menikmati jalan cerita buku itu sendiri dan berimaginasi.

Kalau dulu zaman kita belajar membaca dengan mengeja.Itu adalah cara kuno.kalau baca "abang", eja lah A -aaa,B-a-ng..ABANG!! Baca dengan nada berlagu ya.Hahaha.mesti korang ingat lagi kan?

Kalau english pula.lebih kepada menghafal cara menyebut perkataan itu.Kalau teacher,ajar sebut "make",kita pun hafal "make".Bukan ma-ke,me-ke, dan sebagainya lah.ummi ingat lagi dulu.Bila nak confirm kan sebutan in english,refer dictionary & thesaurus.refer prounancition di situ.

Kini, anak-anak boleh belajar membaca dengan cepat dengan kaedah phonics/Fonik.Kaedah ini menggunakan bunyi bahasa pertuturan iaitu sound speech.



Sedikit tips dari taklimat Read easy :

Bagaimana cara menggalakkan anak-anak membaca awal :

1.Tanam minat membaca sejak lahir lagi.mulakan reading time sejak baby lagi.Sedikit tips dari entry saya, "Read with your baby and toddler' di SINI.

2.talk to them.Gunakan penggunaan bahasa yang betul.

Kalau bercakap dalam melayu,dengan ayat atau perkataan yang betul lah.bukan bahasa singkatan.
Kalau bahasa Inggeris pun sama.Cakap dengan bahasa yang betul,bukan rojak.Hehe.
Kena teliti juga kan? Kadang-kadang kita dah terbiasa.Mana lah kita cakap dengan berbahasa baku.Haha

Yang penting,perlu banyak bercakap dengan mereka.Dari situ bahasa mereka mula terbina.

Balik kerja, tanya mereka buat apa di sekolah tadi.Makan apa,main apa,cikgu ajar apa.Ya,bercakap dengan mereka.

3. Bercerita

Sama ada bacakan mereka buku cerita,bila waktu lapang atau sebelum tidur.

Atau kita bercerita apa saja yang kita lihat pada hari tersebut.
Contoh : tadi ummi pergi kedai.ummi terjumpa anak kucing.Ada 5 ekor.2 ekor berwarna kuning,2ekor berwarna hitam dan satu lagi berwarna putih.Bla bla bla..cerita apa saja kan.Hehe

Dan bersedialah dengan soalan cepumas paling panjang dari mereka ok? Haha

2. Merangsang

A.memberi mereka manipulative toys seperti puzzle,blocks,lego dan sebagainya.tujuan permainan ini untuk mendidik mereka supaya fokus apabila membaca nanti.

B.bermain dengan membuat bunyi
Testing different sounds and makes fun.contoh,bunyi binatang,bunyi kenderaan.

C. Nyanyikan lagu.phonics songs and makesure not Abc song! Haha.(alamak,dah ter'ajar' Aufa) ;p

rule :
1. Ajar anak-anak mengenal bunyi dahulu.Bukan huruf.
Abc would block kids to read.
Betul juga.Dah ajar aufa ABC,dah kenal abc semua.Bila ajar phonics,dia confuse.Dia pula ajar betulkan kita.Jadi, kena lebih explain di situ.this is sound for A..ini bunyi huruf untuk A..

2.Ajar gabung bunyi, bukan mengeja,dan bukan menghafal.

3.Selepas sudah tahu bunyi,baru ajar kenal huruf ABC..

Jadi,pengalaman menarik untuk taklimat ini, ibu bapa dapat belajar sebut bunyi-bunyi huruf.Beza sebutan bunyi dalam bahasa melayu dan english.Seronok juga! Lagi-lagi bila belajar menyanyi lagu "abu ada ayam" bersama dengan aksi yang comel! Hehe








Ok, sedikit info untuk dikongsi.kita kena belajar dulu baru boleh ajar anak pula.Ummi belum beli buku set readeasy ,ada dua program iaitu bahasa melayu dan english.Di mph pun ada jual.Satu set lengkap rm80.Selamat mengajar anak-anak membaca! Jangan terlalu stresskan anak,kita pun jangan stress, pelan-pelan kayuh ;)

Update October 2014 : Alhamdulillah.Aufa sudah boleh membaca pada usia 6 tahun melalui sistem bacalah anakku ini.Alhamdulillah dengan bantuan guru di tadika juga dan Allah swt yang memberi kemudahan ilmu kepadanya.:)

Saturday, March 2, 2013

Susu ummi paling sedap!

Semalam 1 march.Dialog ummi dan Adam sewaktu sedang menyusu.

Ummi : Kenapa Adam suka susu ummi? Adam kan dah besar.dah nak 3 tahun ni.tak boleh menyusu lagi.Ada lagi ke air susu tu?

Adam : Ada.Sikit...

Ummi : Susu ummi sedap ke?

Adam : sedap! Sambil angguk2

Ummi : susu ummi dengan air kotak,mana lagi sedap?

Adam : susu ummi!

Ummi : air milo ke susu ummi lagi sedap?

Adam : susu ummi!

Ummi :air strawberi ke susu ummi?

Adam : susu ummi!

Ummi : susu ummi ke air sirap bandung?

Adam : susu ummi jugak..

Sebut semua air favorite dia.Tapi susu ummi juga paling sedap.Hehe.

Adam,anak bertuah! Sebab tu manja yang amat! :)

Tak larat.Mengamuk tantrum kalau tak bagi candunya.Camne nak dapat adik nanti ni..

Besar nanti jangan degil,dengar cakap ummi,anak soleh tau!

Friday, March 1, 2013

Bahagia Dunia,Bahagia Akhirat




 Kata-kata hikmah Prof Dr Muhaya.Bahagia Dunia dan Bahagia Akhirat. 




4 tahap bahagia:

- x bahagia langsung 
- bahagia yang salah,bahagia dgn dadah
 - bahagia bersyarat,bahagia jika anak2 dah kawin,bahagia kalau berpangkat,bahagia kalau rumah besar
 - bahagia walau apa pun berlaku, bahagia kerana ada Allah dan Rasul.

Jadi apa formula kita utk bahagia? Tingkatkan kebergantungan pada Allah. Hanya Allah yang boleh beri bahagia. Bila bergantung pada Allah, semua jadi mudah. Oleh itu berfikir sejenak lebih baik dari solat sunat. 

Formula bahagia:

1. Menghormati makhluk Allah - manusia, haiwan, benda. Apa makna hormat? Bila kita guna harta awam, bagaimana cara kita? Ikhlas atau tak?
2. Buat baik tanpa harapkan balasan, buat kerana Allah.
3. Sentiasa lemah lembut.
4. sentiasa tanya apa sy boleh tolong, bukan apa sy boleh dapat. Great livers are great givers.

 Agak2 boleh bahagia tak kalau amalkan begini? InsyaAllah boleh. Millionare pun ada pengalaman begini - yg pertama, beli baju mahal2, tak bahagia jugak, kedua, dia beli barang branded tapi still tak bahagia, ketiga, buat benda pelik2 mcm panjat Everest tapi still tak rasa bahagia, next dia ikut kawan dia beri bantuan pada anak yatim. Dia bagi kerusi roda pada budak kudung. Bila lepas bagi, budak tu panggil dia dan kata - "aku nak lihat wajah orang yang aku akan lihat di syurga nanti". Mendengar kata2 itu, terus air matanya mengalir. Saat itu baru dia rasa bahagia, rupanya kebahagiaan hanya dapat apabila kita memberi utk orang lain, bukan beri pada diri sendiri. 

Jadi mudah tak nak amalkan formula untuk bahagia? Mudah je kan? 

 Carilah kebahagiaan kita dgn memberi kebahagiaan pada orang lain... 

orang yg bahagia dgn Allah akan bahagia dgn manusia... 

Hanya orang yang bahagia dapat membahagiakan orang lain.. hanya orang yang menyayangi dirinya sendiri, dapat menyayangi orang lain...