ads

Friday, December 23, 2011

Art fun : Pasta necklace

Aktiviti ini dipanggil thread it through.Sesuai untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas.



 
 


1) Warnakan pasta dengan food colouring kemudian jemur sehingga kering.Seeloknya pilih pasta besar lubangnya.easier for them to thread.

2) Gunakan tali halus atau benang kait untuk membuat rantai ini.Benang atau tali dikehendaki panjang supaya mudah untuk dia pakai atau buka rantai ini nanti.

3) Anda tunjukkan bagaimana nak masukkan pasta dalam benang.Selang-selikan pasta mengikut warna yang ada.Aktiviti ini bagus untuk movement skill dan hand coordination anak.Ia juga bagus untukingatan dia.Dia copy apa yang lihat,kemudian praktikkan.Galakkan dan puji dia semasa membuat aktiviti ini.

4) Apabila sudah cukup panjang.Boleh ikatkan.Dan pakai untuk digayakan! :)




Budak happy.Yeayyy! Dah siap!




 Pasta necklace saya :)


Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, December 21, 2011

Cheesy Vegie Meatballs untuk si kecil

Resepi ini diinspirasikan dari ibu ibu hebat, ayinemran dan chika.

Asalnya bahan utama, ialah ayam atau ikan.Tetapi saya tiada keduanya.Saya ganti dengan daging.

Cuma,kalau daging.Ia agak chewy.Lama adam nak mengunyah.Gigi garaham dah tumbuh tapi belum penuh.Comel pula saya tengok dia kunyah.Hehe.




 Resepi sangat mudah,Anak-anak berulang-ulang minta nak lagi.Mereka suka.Ummi gembira.Alhamdulillah.

1) Saya masukkan Brokoli dan lobak merah (yang dah direbus) dan keju mozarella parut dalam pengisar.Kisarkan.




2) Saya campurkan daging (saya guna ramly daging kisar), brokoli,lobak merah, keju mozarella (yang di kisar tadi) , lada hitam, sedikit garam, dalam satu bekas untuk digauli mesra.
3) Kemudian campurkan dengan sebiji telur dan serbuk roti. Gaul dan bulat-bulatkan. 
4) Goreng dengan sedikit minyak dalam kuali. 

5) Bila sudah masak kedua-dua bahagian garing, angkat dan hidangkan.
Nota :
1) Jika tiada serbuk roti.Gunakan roti gardenia yang sudah ditoast dan dikisar halus
2)Resepi ini sesuai untuk anak-anak yang sukar makan sayur-sayuran.

Lain kali saya mahu cuba guna ayam atau ikan pula.Selamat mencuba! :)

Sunday, December 18, 2011

4th Anniversary

Salam Sayang.

Ya Allah.lama tak update.Tarikh akhir update 24 nov! Minta maaf lah blog.Mungkin sebab tuan punya blog mengambil jalan mudah berkicau di twitter dan berkongsi gambar di instagram.Adik-adik baru kamu juga.Tetapi takkan lupakan kamu,wahai blog.:)


30 november lepas, hari ulang tahun kami yang ke 4.Alhamdulillah.Semoga kasih sayang kami berkekalan dan sentiasa di dalam lindungan Allah swt.Tak sangka dah 4 tahun! segala ujian,pahit manis diharungi bersama.Ya,alam perkahwinan bukannya sentiasa indah.Tetapi itulah lumrah yang perlu dihadapi untuk mengecapi bahagia.Alhamdulillah.Allah kurniankan hadiah paling berharga,Aufa dan Adam buat kami. 4 tahun dan kami berempat.:)


Jadi 30 Nov,kami mahu raikan.Mahu cuba ingat kembali,tanamkan kembali rasa romantis macam dulu.Hehe.tengahari keluar lunch bersama menikmati kek tiramisu.Tiramisu ibarat alam perkahwinan,ada masam,pahit dan manis.Simbolik tak?

Pada malamnya kami dinner di Istana Bambu.Feeling romantis.Mahu jadi raja dan permaisuri sehari semula.Hehe.Kali pertama ke sana.sesat barat juga mencari.Bila sampai,terus kagum.Cantiknya!


Meja makan duduk

 Kami pilih gazebo bersila.selesa sangat bila ada dua "handbag" ini.Mana pun pergi wajib bawa ni!

menunya banyak pilihan.harga agak pricy sebab lokasi menarik dan selesa.

 love the deco

Dua kurnian

sambil tunggu food.main dulu.

 kakak pun sama

 my men :)

 lantai pun tikar buluh

 haip! itu air ummi!

 Cantik.suamiku kagum lalu berangan nak buat gazebo begini nanti.kalau istana buluh insyaallah boleh jadi realiti.:)

  tomyam campur,sambal sotong,sup ketam dan jagung, dan telur dadar.tomyamnya banyak isi! jenuh nak habiskan.sup ketam sangat sedap.anak-anak suka!

 Tenang,nyaman dan romantis

 Semua dah balik.kami je belum.suamiku suka duduk lama-lama.relax katanya.Rasa nak tidur terus kat situ.Haha

 Belakang tu tasik.siap ada bunyi katak,air.Itu yang best.Natural sound effect.

 Kagum dengan senibinanya.baby chair pun buat dari buluh.

Ini suraunya.Nice!

Kalau pergi siang.Menu lain,ada asam pedas dan masak lemak cili padi.Emm.tentu sedap kan? Overall,puas hati anniversary dinner kat sini.Tak mengecewakan.Good food and nice experience! Thanks to suami tercinta.Alhamdulillah,kids were well behaved.dapat makan dengan tenang.:)

Kepada kawan-kawan yang nak pergi.Digalakkan pergi lah juga.Dapat feeling raja dan permaisuri 'bambu' sekejap.Hehe.

Suatu petang bersama dua budak comot

Anak-anak sudah besar.Setiap hari ada saja perkembangan.Kakak dah petah berkata-kata.Ayat dah lengkap.Dia rajin bertanya soalan cepumas saban hari.Ummi,kenapa mata ummi warna black and white? Ummi, Allah warna apa? Ummi,kenapa hujan?

Aufa, 3 tahun 2 bulan, penuh denga tanda tanya.Pelbagai soalan.Otaknya sedang ligat berfikir.Saya terdiam.susah nak jawab,tetapi cuba juga.Kalau dia tidak puas hati.Jadilah soalan berantai-rantai.Lebih susah dari soalan exam ni.

Saya kena belajar,how to answer toddler's question/Talking to toddler.Mungkin ada bukunya.Letih juga menjawab,tapi itulah peneman,penghibur di rumah.Saya pasti rindukan semua soalan-soalan cepumas ini nanti.Pasti!

Si adik pula sedang mula belajar bercakap.Appo (apple),tar (car),star, lori,boak (book), boo (ball), duck (dog dan duck), tatak (kakak), emmi (ummi), abi.Itulah yang saya ingat.Yang lain main tunjuk ajalah.itu,ini.Minta perhatian kita layan.Nak Nak! Minta apa yang dia mahu.Lagi,bagi signal bila dah poop.Tunjuk2 pampers dia,sambil buat muka sedih.Tahulah dia minta tukar la tu.Permainan atau benda kegemaran ialah kereta,lori,motor,basikal.Senang cerita semua yang berstereng dan beroda dia suka! Boys will always be boys.

Adam, dah setahun 7 bulan.dah berlari,melompat,sepak bola,main palyground sendiri.Dia dah besar.merajuk dan tantrum pun teror.Jikalau lambat melayan apa yang dia kehendaki,tantrum lah jawabnya.meniru pun dah pandai.terbongkok2 ikut kami solat.

Sedang lasak phase juga.panjat sana sini,lari sana sini.pastu tersembam tergolek.Muka,kaki dah banyak battle scar.Hehe.Memang hero la budak ni.

Paling best,adam dah tahu sayang kita.pagi-pagi lepas mandikan, dia peluk ummi kuat-kuat.cium dua belah pipi tanpa disuruh.Selalu juga.sedang phase hugs and kisses kot.Terharu ok! ibu mana tak terharu kalau ada buat begitu.Kasih sayang itu amat berharga.Priceless! :)

Gambar terbaru mereka.Aktiviti petang main basikal sambil makan aiskrim dan cookies.Comot! 

Adik obses dengan basikal.Tapi belum pandai kayuh.Jadi kakak tolong tolak, :)













 Sayang kalian berdua budak comot!