ads

Thursday, November 24, 2011

Chicken Fatijas

Saya sediakan makan malam yang simple pada malam perlawanan final antara Malaysia dan Indonesia.Semangat nak tengok bola.Alhamdulillah menang.Hehe.Saya suka betul tengok saat saat penalty.mendebarkan tetapi akhirnya rezeki menyebelahi kita.

Chicken Fatijas ini sangat mudah dan hasilnya sangat sedap.Anak-anak pun gemar.Rahsia resepi ini ialah memerap ayam dahulu sebelum masak secara cepat.Ia memerlukan perancangan awal tapi hasil yang sangat jauh memberansangkan.




Cara-cara :

1. 2 ketul dada ayam,buang kulit,potong kecil diperap bersama 3sudu olive oil,3 sudu maple syrup (saya ganti dengan madu), 1 sudu vinegar,2 ulas bawang putih (crushed),2 sudu oregano kering,2 sudu red chili flakes ( jika tiada boleh guna cili hidup dicincang),sedikit garam dan lada hitam.

2. Simpan ayam perap tadi dalam peti ais selama 2-3 jam supaya dapat bermesra.

3. Masak ayam perap tadi di atas grill pan.saya campurkan hirisan tomato bersama.Kemudian angkat.

4. 2 lada benggala merah dibuang biji,dipotong dalam 1 inci panjang.grill dan masak selama 2 minit each side.Biarkan warnanya sedikit kehitaman-hitaman.

5. Panaskan tortilas dalam microwave.Susunkan ayam dan lada benggala tadi bersama salad lettuce kehijauan.

6.Kebiasaannya hidangan ini dimakan bersama sour cream dan salsa.Jika tiada,makan begitu sahaja pun sudah lazat!


Okay,Selamat mencuba resepi mudah ini.Cepat dan kenyang perut! :)

Homemade burger bun and beef patty.

Setelah saya mencuba buat beef patties pada hari lahir Aufa yang ke tiga.Saya berniat mahu membuat burger buns pula inspirasi dari sifu saya, ayinemran.Beef patties pula saya tambahkan bahan-bahan lain.Saya ada tengok Chef Anna olson show.Saya inspirasikan beef patties ini darinya.

Oh,saya sangat suka burger daging.Suka BK whooper.Paling suka burger Carl Junior yang amat besar! Kalau buat sendiri pun boleh buat gemok begitu! Senang sangat rupanya buat beef patties.Ya Allah,sungguh saya tak sangka.Oleh itu,dah lama tak beli daging burger ramly.Hehe.Kali ini saya buat hidangan burger mewah, tiru ayat dari Masterchef Malaysia.Hehe.

Jika tidak mendapat daging segar yang dicincang.Boleh gunakan daging cincang paket ramly.Saya guna 2 paket.Resepi asal dari sifu saya,disini.

1) Bahan utama ialah daging cincang,sebiji telur,breadcrumbs (serbuk roti),dan garam.Kali ini saya mewahkan dengan tambahkan satu labu bawang besar,satu ulas bawang putih,buah zaitun hitam (semua tadi dicincang),sedikit oregano,sos mustard,dan paprika.Gaulkan semua bahan-bahan di atas.

Jika tiada breadcrumbs,toast roti gardernia.kemudian blend sampai halus.Ini pengalaman pertama kali saya buat beef patties sebab saya tak pernah beli breadcrumbs.Apatah lagi mengenalinya.Haha.


2) Bentukkan patty ikut besar mana anda suka.Saya letak keju mozarella di dalam patty untuk menternak lemak lagi! Hehe.

3) Bekukan semua kepingan daging dalam peti sejuk untuk beberapa jam (sekurang-kurangnya setengah jam) supaya mereka ada masa untuk melekat dan bermesra.

4) Kemudian goreng (tanpa minyak atas non-stick pan) macam daging burger biasa, jangan tekan-tekan daging waktu goreng, konon-konon mahu tiru abang jual burger tepi jalan, sebab nanti semua jus daging keluar, jadi kering dan tidak berjus (juicy) burger nanti.

5) Kemudian boleh hidangkan dengan roti,timun,keju cheddar,tomato,thousand island,mayonis,mustard dan cili sos.Apa sajalah anda suka.Oh lazatnya.





Beef patties gemok sebelum di tutup atasnya.

Manakala resepi roti burger saya ikut dari sini.Saya ikut semuanya kecuali saya adun guna tangan.Mula-mula  risau juga tidak jadi.Sebab dua kali saya pause mengadun bila anak-anak terjaga dari tidur.Akhirnya,bila keluar roti dari oven.Sungguh gembira dan terharu! Berbaloi semua usaha keras tadi! My first homemade bread! Alhamdulillah :)


Homemade burger bun and cheesy beef patty

Okay.Selamat mencuba! Eh,Burger king perkenalkan burger terbaru mereka kan? Burger King Supreme Angus Steakhouse.Mahu juga!

Sunday, November 13, 2011

Masterchef di hati suami dan anak-anak

Cooking is like love. It should be entered into with abandon or not at all. -Harriet Van Horne


Masterchef di rumah? Itulah yang mahu direalisasikan.Masih belajar ilmu memasak dan baking.Tapi semangat untuk belajar memang membuak-buak.Mula memasak memang dah lama.sejak tngkatan 3.Anak sulung pula,mak sibuk bekerja.Jadi dari menolong sikit2,terus minat memasak.Tetapi tidaklah memasak yang susah.Setakat lauk biasa untuk keluarga.sambal,sup,kari,gulai lemak,kurma,asam pedas,kicap,yang goreng2 dan yang simple.Asal boleh adik-adik makan.

Baru-baru ini kami ke Big bad wolf book sale borong buku-buku murah.Ummi beli cook books.yang lain buku anak-anak dari Rm3 ke rm8.murah-murah.seronok borong.Suka belek-belek my cook books.Rasa tenang dan gembira.



Setakat ini adalah dua tiga menu cuba dari buku resepi.yang lain refer Pak Cik google juga.Hehe.

Orang kata nak pancing suami melalui masakan.Suami pula suka masakan kampung.Lauk kampung juga dia berselera makan.Jadi,masak kampung yang pedas-pedas saja untuk pancing hati dia.Hehe.Dessert pun tak berapa minat.Kalau buat kek,bagi kat jiran tolong habiskan.Hehe.Anak-anak pula gemar pasta, sup  dan sudah tentu lauk yang tidak pedas pula.Resepi pasta boleh diinspirasikan untuk menu mereka.Selalunya balognise,carbonara dan cheesy pasta ulang ulang masak.

Saya tidaklah memasak setiap hari.Kadangkala datang malas,keluar makan juga.Hehe.Tetapi saya percaya homecook always the best.InsyaAllah.Ada peluang nak cuba resepi lain.kasi gilap skill memasak dan baking.I love foods.mereka sangat cantik, menakjubkan dan membahagiakan! :-)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, November 4, 2011

Kebahagiaan, Happiness, Xingfu, Makilcci, Saa'dah, Kofuku.

Happiness : a good bank account, a good cook, and a good digestion.


Itu kata Jean Jacques Rousseau.Ada betulnya kata-kata ahli falsafah dan penulis dari Perancis ini.Tetapi itu duniawi.Kebahagiaan definisinya relatif.Berbeza mengikut pendapat individu dan boleh berubah-ubah.Dalam pepatah di atas, kekayaan dapat beli apa saja,pandai masak lalu makan pun sedap-sedap, dan sihat pula tubuh badan dapat menikmati dunia.Tetapi manusia tidak  akan dapat semua yang diinginkan.Jutawan mawan tetap ada ujian.Kena rompak? Orang dengki? Hidup tak bebas? Di akhirat pun mereka lah terakhir dihisab,kemanakah perginya harta mereka itu.Semua orang tidak akan terlepas dari diuji.


Erti bahagia sebenar di dalam Al-Quran ialah memiliki hati yang tenang. Rasulullah S.A.W bersabda ; "Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.".Kaya hati bermaksud hati yang tenang,lapang, dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki,bersyukur dengan apa yang ada,sabar dengan apa yang tiada.Kalau sentiasa rasa tidak cukup,manakan hati boleh tenang.Maka,bersyukurlah!


Jadi, apakah bahagia bagi korang? Apakah dengan wang banyak? harta yang melimpah? emas berjongkong-jongkong? pangkat yang tinggi? dihormati dan disukai ramai? kebebasan masa? tanpa hutang bertimbun? 


Dalam hadis  Rasulullah s.a.w bersabda ; Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) isteri yang solehah,rumah yang bagus (luas), jiran yang baik dan kenderaan yang bagus.

Jadi, jika seseorang itu memiliki empat kunci kebahagiaan di atas,tentu dia akan merasai nikmat bahagia.Tetapi dengan syarat,dia memiliki hati yang tenang.contohnya,jika hati tidak tenteram.Rumah yang luas dan indah pun akan merasa sempit.


Kadang-kadang memasak membuatkan saya bahagia.Shopping juga.Membaca juga.Eh,banyak pulak! Baking juga.Itu hanya jika hasilnya menjadi dan sedap.Haha.Ya, anak-anak,suami,keluarga dan kawan-kawan juga selalunya buat saya bahagia.Tetapi kadangkala buat stress juga.Haha.biasalah hubungan dengan manusia tidak selalunya sempurna.Yang penting hubungan dengan Allah jangan stress!

Bagi saya, kebahagiaan bererti hidup tanpa kesedihan, kerisauan, kemarahan, kedengkian, dan kebencian.Jika tiada semua itu pada hari ini,maka saya bahagia! Jom kita buat hari ini.Mari kita bahagia! :)

Hello Blog

Bismillahirahmanirahim.

Hai Blog,
Lama saya tak menulis disini.Rindunya.Mari kita buang sawang,vacum habuk,tebas semua semak samun.

Kita warm up dulu dengan aktiviti ini ; Your first four words.Cari empat perkataan di gambar bawah ini.Kredit kepada Kak Nadiah.:)






Mine : Talented, Elegant, Patient, Happy .(ikut turutan) (^_^)

What's yours? come share with me. :-)