ads

Wednesday, September 28, 2011

Bayi syawal

Kakak Aufa ialah bayi syawal kami.Alhamdulillah,15 September lepas lahir lagi seorang bayi syawal dalam keluarga kami.Adik saya melahirkan bayi girl yang comel pada pukul 5pm setelah hampir 10 jam berjuang.Akhirnya bayi seberat 3.5kg di hospital bersalin Razif Klang.Terima kasih pada semua yang mendoakan.

Dan secara officialnya, saya mendapat gelaran mak long (yang cun) yeay! Haha.Adam dan Aufa pun teruja dapat sepupu! Asyik sebut Baby..baby..baby..;) Adam pula geram tengok baby,tangan mahu mencepuk saja.

Aufa banyak bertanya itu ini.setelah melihat perut mak ngahnya telah kempis dan keluarnya baby.Ummi pun bercerita,Aufa dan Adam pun begitu juga dulu.dua dua dalam perut ummi.Lalu dia menyampuk dan membuat kesimpulan yang bijak."Aufa dalam perut ummi,Adam dalam perut abi" Hahahaha!

Baru lah adil agaknya.Abi pun buncit jugak! Tak pun lahir ikut jantina yang sama.Haha.Aufa semakin bijak dan keletah.Ada saja idea baru yang menghiburkan!





Assalammualaikum, Raihanah Umayrah.




Geram! Baby chubby bambam!




Sudah lengkap menjadi ibu dan ayah.Tahniah!





Bersama nenek,ibu saudara dan sepupu yang teruja.;)

Alhamdulillah,lahir seorang lagi umat Muhammad s.a.w.Semoga Raihanah menjadi anak yang solehah dan sentiasa dekat dengan Allah.

Raihanah juga sudah diaqiqahkan sabtu lepas.Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan meriah.semoga diberkatiNYA.

- Posted using BlogPress from my iPhone-

Tuesday, September 20, 2011

Kakak dan basikal pertama

Saya belum habis cerita raya tau! ini entry terperam dah jadi pekasam.Tapi mahu juga update disini sebagai kenangan untuk Aufa.Abi belikan basikal pertama untuknya.Jom lihat aksi berbasikal Aufa.






Seronok lihat anak sulung kami belajar mengayuh basikal buat kali pertama.kakak,ingat tau momen ini.ummi adalah orang pertama mengajar kamu mengayuh.ummi bangga dengan kamu.Pada mula dari tidak tahu apa apa.sampai lah berjaya membuat kayuhan kecil dan kayuhan separuh.Dan sekarang kamu sudah boleh mengayuh basikal! Ummi yang excited lebih.First ajar anak naik basikal.Siap ambil video first time dia mengayuh.Gitulah gamaknya! hehe.teruskan belajar sayang! Banyak lagi kamu akan terokai selepas ini.keep exploring and more 'first' things you will discover..:-)

- Posted using BlogPress from my iPhone-

Sunday, September 18, 2011

Satu Syawal 1432H

Alhamdulillah.Sambutan Aidilfitri kali ini meriah.Beraya di kampung halaman memang amat membahagiakan.Ramadhan terakhir kami bertolak pulang ke Melaka, rumah tua arwah nenek dan atuk.Balik Kampung! Oo Oo Oo Balik kampung..Hati girang..(sila nyanyi ikut melodi).Rumah itu didiami oleh ibu saudara.Kebiasaan kami memang akan beraya di kampung walaupun nenek dan atuk sudah kembali kerahmatullah.Sebab utama suka beraya di kampung ialah lebih meriah! Ini barulah raya!.

Ramadhan terakhir,kami bergotong royong masak ketupat,pelbagai rendang dan juadah istimewa berbuka puasa terakhir.sungguh meriah.Apa yang penting kerjasama! Kami dari keluarga yang besar.Itu yang seronok bila riuh rendah.Ini belum semua ahli keluarga cucu cicit dari 19 orang anak nenek dan atuk berkumpul.Baru sebahagian.
Menu berbuka Ramadhan terakhir,nasi lemak daun pisang,bihun sup tulang,lemang dan rendang.Selesai iftar jamaie,solat berjemaah.Selepas isyak kami takbir dari rumah saudara mara yang berdekatan.4 rumah semuanya.Selepas takbir,makan-makan.Sudah beraya dulu.Alhamdulillah.Jadual penuh.Suasana ini memang tak merasalah kalau raya di ibu kota (kampung hubby lah tu).Hehe.

Tengah malam juga kami balik.Anak-anak pun dah keletihan.sudah buat pelbagai bunyi.Esok sebelum subuh,sudah bangun.Beratur depan toilet nak mandi.Kan ramai.Kenalah ikut giliran.Kemudian,rutin setiap kali pagi syawal sejak kecil,kami solat subuh berjemaah dan takbir beramai-ramai di rumah tua.Selesai solat,sesi bermaafan sesama ahli keluarga.Peluk cium.Ampun maaf.Meleleh air mata.Muka merah.Gelak tawa.Bahagia.

Kemudian,sesi sarapan pagi ketupat,lemang dan rendang.Banyak betul rendang.menu yang wajib ada,rendang daging,ayam masak sambal bali,sambal cili padi ikan bilis,sambal kacang,sambal udang,masak lodeh.Terliur saya membayangkan.Alhamdulillah,dapat menikmati makanan sedap-sedap.

Kemudian,ahli keluarga pergi solat sunat Aidilfitri.Ummi tak dapat pergilah.Siapa mahu jaga anak-anak ummi ni.Huhu.Sedih juga tak dapat ikut.Ummi siapkan putera puteri ummi ni.Siapkan diri.kemudian mula lah aktiviti ziarah memziarahi.Bertanya khabar.berbual.bergurau senda.Saudara mara ramai di Melaka.Memang penuh jadual beraya sehari.lebih 10 rumah kami beraya.Kenyang dan gendut perut ni makan macam-macam.Tak lupa menziarahi pusara atuk dan nenek.

Mari ceriakan mata dengan warna warni di Aidilfitri.Gambar raya lain saya sudah update di mukabuku.Lebih seratus keping semuanya.Sebahagian gambar oleh abang sepupu.Cantik hasilnya.Posing raya sakan! Hehe.

 Kami dah siap! Bersedia untuk mengutip duit raya!
Hero kecil saya. Suka kawal macho

Bidadari saya mula bergaya

 Antara juadah yang lazat.Saya paling gemar,rendang kerang dan sambal bali.

 Di rumah Tok Lang.Adik beradik Atuk.Semoga Allah panjangkan usianya.

 Di rumah Tok Hitam yang masih kuat ingatannya.Atuk ingat nama anak-buah dan pasangan masing-masing.Terdapat 4 generasi di dalam gambar ini.

 Adam ramai peminat.Ramai babysitter.Senang kerja ummi.

 Kakak camera friendly.Adam,begitu juga lah.mahal senyuman dia.

 sayang kakak!

 Juadah lazat di rumah ibu saudara,Mak uda.Pinggan mangkuk pun cantik.Sila berkenan,makan dan basuh.:)

 Si Teruna bergurau senda.melantak je diorang ni.Hehe.

 Kaum hawa berbual di ruang tamu.Pelbagai topik mahu dikongsi tika bersua.Berkongsi rasa dan cerita.Berkongi resepi pun ada juga!

 Wajah-wajah yang kusayang.Adik yang kedua takde.beraya di rumah mertua.Budak berkasut merah yang dia yang pilih sendiri,tengah meragam.Adam pula hilang fokus.Biasalah,mana boleh perfect kan? yang penting ada kenangan.Bukan boleh diputar semula.

Akhir sekali,potret keluarga kami.Love of my life.Perasan tak perbezaan Aufa dalam gambar ni dengan gambar di atas? Adam? camtulah juga.no expression.Perasan juga tak muka umminya yang dah berkilat-kilat.Haha.Dah petang baru dapat ambil gambar berempat.Padahal,memang muka tak berapa nak suci! :)


Alhamdulillah,syawal pertama yang meriah dan produktif.Pukul 10 malam balik rumah keletihan betul.Anak-anak pun dah tahap mengamuk.Penat tapi bahagia..

Nak tahu tak? seminggu raya saya tak sempat menonton satu pun raya TV show.Ya,menikmati raya betul! Perbezaan selepas semiggu raya ialah perut saya buncit macam ada bayi.Itulah penangan makan tak beringat.Dan,nampaknya yang lain ikut berkembang.Open house.kenduri kahwin.Masak-masak jemput orang datang.Makan dan makan.Selamat mengembang.

Nanti sambung lagi.Semoga syawal kalian membahagiakan.Ikatan terus erat.Rezeki terus dilimpahi. :)

Wednesday, September 7, 2011

Hari lahir

Alhamdulillah 6 september tambah satu lagi usiaku.sudah 27 tahun dikurniakan nikmat kehidupan dari yang Maha Esa.Terima kasih emak kerana melahirkan.Terima kasih ayah kerana membesarkan.Terima kasih suami kerana menyayangi.

Tak sangka sudah 27tahun. Gerun melihat angka yang makin banyak itu.sudah tua.kena mantain muda remaja ni.macamana tu? Risau dengan angka lah ni. Hehe.sudah banyak nikmat Allah beri.semoga Allah memberkati setiap nafasku.Terima kasih Ya Allah.semoga Allah panjangkan umurku.

Semoga Allah swt murahkan rezeki kami supaya dapat sentiasa membahagiakan emak dan ayah.Alhamdulillah.

Terima kasih atas ucapan manis kawan kawan dan keluarga di Facebook dan twitter.saya rasa facebook sangat baik sebab remind kita hari lahir friendlist kita.Bukan mereka ingat hari lahir saya kan? Hehe. Birthday girl sungguh terharu dan bahagia bila baca setiap post kalian.Barakallah.

Hari lahir kali ini birthday girl raikan di serai,empire.Alhamdulillah.terima kasih suami.Sayang abang :)




Pavlova meraikan birthday girl.sedapnya kamu! Terima kasih serai!




Bayangkan suasana serai ketika ini.Dua-dua buat havoc.Adam nak cepuk pavlova ummi.adam main sudu ketang ketung ketuk pinggan.kakak sedang explore makanannya.Pelbagai bunyi mereka buat memeriahkan birthday ummi.Anak-anak yang membuat hidupku sentiasa penuh! Sayang kalian berdua.

Hadiah? Saya tak ada apa apa wishlist kecuali yang satu itu.Korang pun tahu kan? Hehe.semoga tercapai impian saya suatu hari nanti.Dan semoga saya sentiasa nampak awet muda.Hehe.

- Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, September 3, 2011

Raya trip

Alhamdulillah kami selamat sampai di pulau perhentian,Terengganu.
It's one of most beautiful beaches in Malaysia.memang sangat cantik! White sand and clear water crystal.Syukur dapat melihat dan menikmati keindahan Allah ini.





Semalam 4 syawal,hari lahir anak sulung.3 tahun lepas saya melahirkan dia.Tidak kulupa pengalaman pertama melahirkan zuriat kurniakan Allah swt.3 tahun juga saya diberi 'jawatan' dan amanah sebagai seorang ibu.Selama itu pengalaman keibubapaan dan kesabaran saya pelajari.

Selamat hari lahir puteriku.puteriku semakin bijak dan petah berkata kata.Dia lah penghibur keluarga.Alhamdulillah.terima kasih Allah anak ini telah membesar dari janinku hingga kini.Semoga menjadi anak solehah dan scorer di dunia dan akhirat.Amin.

- Posted using BlogPress from my iPhone