ads

Sunday, July 31, 2011

Belajar ilmu kedapuran

Alhamdulillah,suami belikan saya oven kecil.Jadilah untuk saya belajar ilmu baking dan grill.Sebenarnya sudah ada microwave oven di rumah.Tetapi bila saya membakar kek, bahagian bawah kek tidak masak.Mungkin kepanasan microwave hanya membakar di bahagian atas sahaja.Atau saya tidak tahu menggunakannya.Tidak pasti.

Semalam dapat bil eletrik bulan ini.Sila terkejut.Bil naik RM100.Besar kemungkinan gara-gara projek saya bersama oven kecil ini.Boleh tahan jugak kau makan karen ya!.Walau bagaimanpun sudah berpuas hati dapat membuat beberapa jenis resepi.Jadi,mahu kongsikan disini resepi sebelum kedatangan bulan Ramadhan.Saya tidak mahu ada yang terliur.meleleh.tergoda tengok makanan semasa bulan puasa.Berdosa pula saya.Baik saya post sekarang.Hehe.

1. Pavlova

Pavlova ialah sejenis desert yang diluarnya rangup tetapi didalamnya lembut seperti mashmallow.Rasanya manis,dihiasi dengan cream dan buahan segar.Rasa manis,lemak dan masam memang kena! Nikmatnya.

Kawan-kawan,saya ikut sebijik-sebijik resepi joy of baking.Lama saya mahu belajar buat.happy sebab berjaya jugak.Hehe.Resepinya mudah.Sebelum buat study dulu cara-cara buat melalui video demo yang disediakan.Alhamdulillah jadi juga.Cuma whipped cream saya cair.Saya tidak pasti mengapa.Kena belajar lagi.Finally,this is my very very first pavlova.puas hati mak!  dapat makan puas-puas.Yummmmm..:)

my first pavlova.:)
Resepi Pavlova :



4 large (120 grams) egg whites
1 cup (200 grams) superfine (castor) sugar
1/2 teaspoon pure vanilla extract
1 teaspoon white vinegar
1/2 tablespoon cornstarch (corn flour)
Topping:
1 cup (240 ml) heavy whipping cream
1 1/2 tablespoons (20 grams) granulated white sugar (or to taste)
1/2 teaspoon pure vanilla extract
Fresh fruit - kiwi, strawberries, raspberries, blackberries, passion fruit, peaches, pineapple, or other fruit of your choice
Cara-cara :-

 (1) Untuk Pavlova:
• Panaskan oven ke 250 degrees F (130 degrees C).
• Lukis bulatan 7 inch (18 cm) atas baking sheet.
• Pukul putih telur sampai jaid macam ada tanduk *meringue*.
• Tambah gula ssedikit demi sedikit dan set mixer dengan kelajuan high speed, sampai meringue kental (rasa dengan jari adunan itu kalau nak pastikan gula dah betul-betul sebati. The meringue should feel smooth, not gritty. If it feels gritty the sugar has not fully dissolved so keep beating until it feels smooth between your fingers).
• Masukkan esen vanilla. Taburkan vinegar dan tepung jagung atas meringue itu dan kacau sebati guna spatula.
• Curahkan dan ratakan meringue di dalam papan pembakar ikut bulatan yang dah di lukis tadi. Ratakan hujung nya, pastikan hujung meringue tu tinggi sikit dari yang di tengah. (You want a slight well in the center of the meringue to place the whipped cream and fruit.)
• Bakar 60-75 mins atau sampai outside is dry and is a very pale cream color.
• Tutup oven dan buka pintu oven untuk pastikan meringue sejuk. (The outside of the meringue will feel firm to the touch, if gently pressed, but as it cools you will get a little cracking and you will see that the inside is soft and marshmallowy.)
(2) Untuk topping
• Pukul whip cream + gula sampai kental
• saukan whip cream atas pavlova dan hiaskan dengan buah-buahan.
• jangan letak awal-awal whip cream ni, masa nak makan baru letak.


video demo :


 
Saya juga refer explanation ringkas dari yatie chomeyl.Boleh juga rujuk di entry pavlovanya.Thanks to yatie chomeyl.Sebelum buat memang study betul-betul.Risau tak jadi.Hehe.

2. Ayam panggang with coselaw and mash potato (konon Ala Kenny Rogers)




Untuk ayam ala kenny roger saya beli ayam bulat.Perap kan dengan bawang putih dan bawang besar.Kemudian daun thyme dan daun oregano.Excited guna herba fresh dari anak pokok baru beli di pasar tani.Kalau tiada,guna herba yang kering saja.Kemudian 'spakan' ayam bersama extra virgin oil dan sedikit garam.Senang saja kan.Saya perap biar rempah meresap ke dalam ayam.Esok lusa baru panggang.Bakar ayam pada suhu 180 celcius selama 1 1/2 jam.

Untuk coselaw saya ikut resepi cikmin ini.sedap sangat serupa macam coselaw KFC! Paling sedap makan setelah disejukkan dalam peti ais.Kentang putar KFC pula saya ikut resepi daunpandan.memang macam KFC.its finger licking good!!! Anak-anak sangat suka.memang seronok tengok dorang makan.Aufa suka coselaw.Adam suka mash potato.Yang penting,dapat satu bekas bila buat sendiri.berbaloi-berbaloi.Boleh makan puas-puas.

3.Apple pie and chocolate croissant


Resepi ini saya dari ayinemran.Saya guna instant puff pastry kawan yang berbentuk empat segi kecil.Untuk pai epal.Masakkan inti epal dahulu.Epal yang dipotong kiub masak bersama mentega dan gula kemudian disejukkan.letakkan inti epal dan kelimkan dengan garpu dan telur supaya melekatkan sisi pastri.Kelarkan atas pie supaya wap dapat keluar.Sapukan atas pie dengan egg was (telur dan yang dicampur sedikit air).Untuk chocolate croissant yang tak berapa cun.saya letak coklat cadbury di dalamnya.Gulungkan dan sapukan egg wash  di atasnya.Kemudian bakar pada suhu 180 celcius selama 30 minit.

Dan hasilnya memang buruk.Haha.Tapi yang penting sedap! Licin hubby dan anak-anak makan.:)

Alhamdulillah atas segala rezeki Allah berikan.

Sekian,godaan sahaja godaan saya sebelum anda berpuasa.Selamat mencuba resepi-resepi ini ya kawan-kawan.

Saturday, July 30, 2011

I want a maid

Salam Sayang,

Lama saya tak tulis panjang.Idea mahu menulis mencurah-curah tapi tak dapat menghadap dan menulis di sini dengan fokus.Masa saya semakin terbatas.Selalunya sempat membebel di twitter dan facebook sambil menyusukan adam atau sambil menidurkan mereka.

My wishlist yang utama ialah a maid.I want it badly.Saya tak nak habib jewel,ipad,SKII, atau semua material lain.Segala branded things saya tak perlukan.I just want a helper.Saya bukan penat menjaga anak-anak.Tetapi saya stress.Anak-anak sentiasa mahu dilayan.sentiasa mahu attach dengan saya.Lebih-lebih adam yang tidak boleh tinggal langsung.Dia memang baby kanggaroo.Asyik menangis mahu berkepit saja.Ya,dia terlalu sukakan saya sampai tidak mahu berpisah walau seinci.Bagaimana saya mahu buat homechores.Saya rasa tertekan,sakit mata bila rumah tak terurus.Adam pula,akan cepat tersedar dari nap bila saya tinggalkan dia.Mungkin dia kenal bau saya.Jawabnya saya hanya sempat solat.tak sempat mengemas lagi.

Saya suka masak dan baking tapi malas nak mengemas dan mencuci semua pekakas.Kan best kalau ada maid.Saya masak-masak dengan tenang.Bukan dengan sebelah tangan.Tak perlu mendukung adam sambil memasak.Saya buat kek.Maid tolong layan anak-anak kejap.Dah siap.Suruh maid kemas.Dia basuh.Tak perlu saya mengemas dan membasuh pinggan sambil adam memeluk kaki meminta dukung.Tanpa mendengar teriakan kuat dia.Ummi terus dapat kembali pada kamu sayang.

Kan best kalau ada maid.Saya nak makan.Dia tolong main-main dengan anak-anak kejap.Saya dapat makan dengan aman.Sudah lama tak dapat menikmati makanan tanpa tangisan anak,tanpa cepukan tangan anak ke pinggan,tanpa risau terhadap budak yang hyperaktif memanjat meja yang akhirnya jatuh tergolek ke lantai.Lalu membantutkan selera makan.

Seram tengok benjol besar.Baru ummi tinggalkan sekejap.sekelip mata dah tergolek.

Saya mahu maid.sementara saya mandi,solat,ke tandas ada orang tolong jaga mereka.Dapat beribadah dengan tenang.Dapat membuat hajat tanpa risau.Saya mahu lebih concern dengan anak-anak.Tidaklah kepala adam benjol sana sini bila saya buat kerja.Saya mahu melayan dan mengajar Aufa lebih kerap.Kasihan dia.Lama tidak buat toddler aktiviti. Mahu dia leka,bagi dia main iphone,bukakkan youtube atau tengok disney channel kegemarannya.Yelah,tak boleh budak terlalu ghairah dan addicted dengan gadget,utube dan tv.Kalaulah lapang,kita buat art,bermain dan buat aktiviti bersama.Tapi tak dapat layan dia bila mahu perhatian bila saya sibuk dengan homechores.

Belajar Arab dan iqra bersama islamkids

Anak-anakku,bukan  ummi mahu lari dari tanggungjawab,bukan mahu melepaskan amanah kepada orang lain.Bukan penat melayan kalian.Ummi puas menjaga kalian dengan tangan ummi sendiri.Ummi terlalu sayang kalian.Tetapi,ummi ada banyak kerja untuk dibuat.Siapa mahu buat kalau bukan ummi.Bagaimana ummi mahu layan kalian setiap masa.Ummi bukan supermom mahupun supermak.Orang lain boleh buat,tetapi ummi tak.I just want a helper.want it badly...I want cook delicious food for us,I want to take care both of you whenever you need it.And the homechores should maid yang buat!

"Dlm Islam, tugas isteri selain melayan suami, adalah membesarkan anak. Kemas rumah, basuh baju, masak, semua optional.Kita buat sebab budaya Melayu begitu, juga sebab bila kita buat, menyenangkan suami. Tp tak wajib. Itu tggjwb suami"

Ya Allah,perkenankanlah hajatku ini.Ya Allah,kau permudahkanlah segala urusan kami.Kau permurahkanlah rezeki kami.

Monday, July 25, 2011

Kebaikan bermain lego, blok dan seumpamanya

Salam sayang semua

Kali pertama Aufa bermain lego ketika di playschool Genius Baby on Board.Ketika itu,jelas kelihatan Aufa tak mahir stack lego,cantumkan lego dan membuat tower berbanding kanak-kanak lain.Sebab itulah kali pertama dia bermain dan mengenalinya.Hehe.

Sebenarnya, kami tahu kelebihan bermain lego atau blok dan seumpamanya.Ada beli toys yang fungsinya lebih kurang sama tapi still bukan lego lah.Disebabkan pening melihat benda kecil-kecil berwarna warni bertaburan di sekitar rumah.Kami lupakan dulu.Nanti ummi juga yang kena kemas.Haha.

Kedekutnya.Lego pun tak nak belikan.Kesian pula.Hehe.Kita bukan orang kaya,banyak duit.Ummi tak dapat selalu beli toys mahal-mahal untuk kalian.Ummi hanya ada banyak masa untuk dihabiskan bersama kalian.Tetapi baru-baru ini kami ada belikan megablocks untuk anak-anak.Ya,manfaat bermainnya membuatkan akhirnya kami beli juga lah.Haha.Beli yang saiz besar untuk keselamatan Adam yang suka masukkan semua benda dalam mulut.Aufa suka buat tower.Adam baru pandai stack beberapa blok.Bila dapat cantumkan dia excited dan  buat cheeky face.Geram! Kemudian dia suka robohkan tower dibuat kakaknya.Haha.

Jom tengok gambar Kakak Aufa seronok dapat buat tower.Well done darling! Aufa the tower builder :)





Kebaikan permainan ini untuk anak-anak:
1.Sebuah permainan berunsurkan pembelajaran supaya kalian belajar mencipta,belajar membuat fondation untuk membina bangunan yang kuat dan belajar memahami dan mengenal tentang seni dan keindahan.
2. Permainan yang amat bermanfaat dalam menajamkan minda kalian kerana pelbagai bentuk dan warna. Warna-warna yang terang juga dapat merangsang minda anak-anak.
  
3.Permainan yang meningkatkan kreativiti dan inovasi kanak-kanak. Sesuai dijadikan aktiviti harian dengan membina pelbagai bentuk bagunan,benda,binatang dan sebagainya daripada lego.Seronok boleh explore macam-macam!

 4.Boleh bermain games mengenal warna dan  mengira bersama anak-anak.Beri arahan yang simple,give me 2 red blocks.Games asingkan blok ikut warna juga menarik.Kemudian kira bersama!
5.Paling penting belajar komunikasi,berkongsi dan bersabar.Sharing dan main dengan adik adalah sangat mencabar.Perlu dibimbing setiap masa.Kakak anak sulung memang kena selalu beralah sayang.Bila build tower memang kena bersabar.Bila jatuh,bina semula.Dont give up! 
6.Selain itu,belajar clean up semula selepas bermain! Clean up,clean up,clean up.Masukkan balik dalam bakul.Haha.Belajar bertanggungjawab ke atas barang mereka sendiri.:)
Artikel lain yang saya baca tentang lego :

http://www.helium.com/items/298180-why-playing-with-blocks-legos-and-other-building-toys-is-important

http://www.authorsspeakout.com/the-educational-benefits-of-legos.html


"Permainan hanya material.Yang berharga adalah masa dan gelak tawa ketika bersama"

Thursday, July 21, 2011

Ummi dan Aufa dalam Pa & Ma Ogos 2011

Salam sayang

Kali ini ummi dan anak dara pula menggayakan koleksi Adrinis dalam Pa & Ma Ogos 2011.Bersama kami untuk cover booklet ialah kak safura dan anaknya arissa.Banyak juga baju yang kami gayakan.Banyak koleksi terbaru adrinis termasuk dress comel kanak-kanak.





Kakak seperti biasa ikut arahan bila ummi suruh smile tunjuk teeth.well done darling! Umminya, badan chubby,double chin,pipi gemok tak boleh cover.Oh Cukuplah,tiada ketokohan langsung bermodelling.Simpanlah lemak banyak-banyak lagi.Sekian terima kasih.

Friday, July 15, 2011

Homemade penyet

Assalammualaikum wbt


Peribahasa Ada hari,Ada nasi bermaksud selagi masih hidup, tentu beroleh rezeki.Manakala peribahasa  Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras bermaksud orang yang mampu semua keinginannya tercapai.Jika mempunyai ilmu dapat dimanfaatkan dan beroleh rezeki.Jika mempunyai harta dikembangkan beroleh kekayaan.Itulah kelebihan orang yang berilmu dan orang kaya.Carilah ilmu yang banyak untuk dikongsi.Carilah harta yang banyak bukan saja untuk keinginan sendiri tetapi untuk memberi kepada yang lain juga.

Eh,kenapa saya membebel pulak? Hehe.Saya suka peribahasa melayu kita.Tambah suka pada keindahan bahasa ibunda kita.Sebenarnya,kali ini mahu berkongsi resepi juadah berbuka puasa kelmarin.Saya buat nasi ayam penyet buat kali pertama.Rasanya ramai sudah tahu fenomena ayam penyet yang berasal dari Indonesia ini sudah berleluasa di Malaysia.Macam-macam restoran penyet.Yang pernah saya pergi, ialah ayam penyet A.P, Ayam penyet RIA,Waerong penyet, dan Dapoer penyet.Kesedapan rasa rempah ayamnya memang boleh menyebabkan ketagihan.Mahu lagi.Mahu lagi! Hehe.Saya suka ayam gorengnya ditambah lagi dinikmati bersama sambal istimewanya dan jus alpukat yang lazat.

Jadi, saya mahu cuba belajar membuatnya sendiri.Semangat! Hehe.Alhamdulillah.Suami saya kata sedap.Adik saya kata sedap.Bolehlah buat lagi nanti.Tetapi perlukan sedikit kemajuan.Mungkin perlu menggoreng ayam dengan api perlahan agar warnanya kekuningan cantik.Nak cepat,beginilah hasilnya.Haha.

nasi ayam penyet dan tahu penyet hitam-hitam manis


 Resepi ini saya belajar dari myresepi.Cara nasi ayam dan sup ayam dimasak seperti biasa, kalau terlupa boleh rujuk myresepi semula.Di sini saya mahu kongsi resepi ayam penyet dan sambalnya.

  • Untuk Ayam
  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 

  • Untuk Sambal
  • Sedikit minyak masak
  • 10 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa 

Cara untuk Ayam Penyet
Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.Perap lama memang menambah kesedapan rempah ratusnya.Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.Saya suka tahu.Wajib digoreng sekali.Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras. Tujuannya untuk mendapatkan hasil yang rangup. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Apabila digoreng,aroma rempah ratusnya memang menggoda perut! Hehe.

Cara untuk Sambal
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.Kemudian,masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan. Masukkan gula merah dan gaul rata. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.

Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan. Saya suka sambalnya.Sedap dicicah dengan tahu goreng, keropok goreng atau cucur.Lazat! Mmmm....:)


semuanya hijau.Go green!

Pencuci mulut pula ialah ,buah-buahan masam manis.Lama betul tak nikmati.Apatah lagi menyediakannya.Pencuci mulut ini diajar oleh ibu saudara saya yang ke 17 semasa saya remaja.Bila ada jamuan di sekolah,di universiti saya suka sedikan pencuci mulut ini.Ramai yang menyukainya.Kini saya sudah berkahwin dan beranak pinak,(Eh,padahal baru beranak dua) saya sediakan untuk suami pula.Suami pun suka.Terima kasih mak adik! Sekarang mahu kongsikan dengan disini pula.Hehe.Mudah saja nak sediakan, buah epal (merah atau hijau),pear,lai, dan jambu batu dipotong nipis.Gaulkan bersama ais dan jeruk kulit limau yang disiat-siat dahulu..Memang mengecurkan.Cubalah!

Saya suka jeruk limau yang plastiknya warna hitam.Semalam ada buat lagi,tak berapa jadi kerana jeruknya tidak ada manis,malah pahit! .Salahkan jeruk limau jika tidak sedap ya.Jadi,pilih jeruk yang betul! 

Selamat rajin memasak untuk keluarga.Air tangan isteri dan ibu adalah pengikat hubungan kita dengan mereka,(ingatan untuk diri sendiri).Hehe.

Tuesday, July 12, 2011

Pon Pon Pon Pon Pon POn

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek

Sila nyanyi bait bait lirik di atas dengan girang.Dahulu suka menyanyi lagu ini.Sebuah lagu kanak-kanak yang klasik.Mungkin emak yang ajar.Atau mungkin saya belajar di tadika.Tak ingat.Baru-baru ini,Abi kepada kanak-kanak ini telah berjaya membeli sebuah kereta BMW impiannya.Bukan kereta betul.Hanya sebuah kereta mainan untuk anak-anaknya.Hehe. 

Sebetulnya berkenan dengan warna merah.Tetapi sudah kehabisan stok.Nampaknya ramai yang meminati kereta kecil berwarna merah sebab itulah lirik lagu pun ada nyatakan warna merah,bukan hitam,bukan pink! Jadi yang tinggal warna hitam dan pink.Hitam lah yang menjadi pilihan kami.Beli kereta mainan je pun! Haha

Kereta kecil ini milik hero kami.Kami belikan si kakak basikal.Tapi yang baiknya,kereta boleh dinaiki kedua-duanya sekali.Jadi,keseronokan boleh dikongsi sama-sama.Abi ada berkata,zaman kita dulu kereta mainan lain.Kena tolak dan kuis-kuis sendiri dengan kaki.Emakku pula kata,dulu nenek main daun pelepah kelapa saja.Ada yang naik,ada yang tarik.Sambil main,dapat pahala.Tentu lebih seronok kan.

Hero kami,nampak begitu menghargai keretanya.Asyik membelek-belek bila baru dibeli.Malah,setiap pagi turun ke bawah terus menuju ke keretanya sambil menekan hon dan punat lagu di keretanya.Duduk di kerusi keretanya meminta ummi melayannya bermain.Kakaknya pula,sudah pandai memandu sendiri.Tekan pedal sambil membelok ke kiri dan kanan.Tak perlu tunggu ummi menekan remote control lagi.Pada masa yang sama dapat melayan adiknya bermain sementara ummi sedang memasak.Cuma adakala dia lost control.Habislah bang bang sana sini.Nasib baik kereta plastik.Langgar sana sini,tak kemik.Tak perlu ketuk! Hehe.

Jom layan aksi pemandu kecil tanpa lesen memandu kenderaan baru mereka,kegembiraan kalian,kebahagian kami :)







Hanya bermain di dalam rumah setakat ini.Nanti ada masa,kita bermain di taman atau kawasan lapang pula. 
Terima kasih banyak-banyak Abi.Kami sangat gembira.Semoga impian Abi juga bakal tercapai :)

Thursday, July 7, 2011

Legend International Water Homes,Port Dickson

 Assalammualaikum wbt.

Alhamdulillah,syukur kita dikurniakan nafas untuk terus hidup,tubuh badan yang sihat untuk bekerja dan beribadat,rezeki menikmati makanan yang lazat,dan masa yang dikurniakan untuk memupuk kasih sayang semasa ahli keluarga,sahabat dan sesama umat.

Kali ini saya mahu review tentang Legend International Water Homes di Port Dickson.Kebetulan Abi cuti 2 hari.Jadi Abi ajak jalan-jalan.Suamiku memang suka berjalan.Hehe.Jadi yang paling dekat di Port Dickson lah.Ummi dapat info yang tentang hotel yang ada private pool di PD.Jadi, Legend water Homes lah pilihan kami.Nak kata bercuti,Bukanlah.Macam weekend getaways atau romantic getaways pun boleh lah.Haha.

Konsep hotel disini ada dua,Legend water chalet (tiada private pool). Sementara Legend Water Homes ada pool di dalam bilik.Water Homes terletak di atas air lah.Terdapat banyak jenis villa.Deluxe villa,Garden villa,Executive villa,Sky villa dan lain-lain.Kami ambil bilik yang paling murah je,Deluxe pool villa.Selepas check in di lobby.Kami dibawa ke bilik dengan menaiki buggy.Lokasi bilik kami memang agak ke dalam dari lobby.Suasananya memang tenang dan ramai pengunjung dari luar.

Masuk biliknya memang amat cantik,luas dan puas hati.Dah macam rumah apartment satu bilik.Lengkap dengan dry kitchen,microwave.Senang cerita servisnya lengkaplah.Semua ada.Bilik airnya pun cantik dan sangat besar.Saya suka senibina dan dekorasi hiasan dalamannya.Tetapi yang paling  menarik ialah kolam sulitnya.Haha.Saya rasa tindakan mereka menyediakan kolam di dalam bilik ini adalah sangat sangat bijak.Selain suasana privasi, pengunjung lebih tertumpu mandi di kolam.Ya lah,janganlah bandingkan pantai di Port Dickson dengan pantai di Sabah.Tentulah jauh bezanya.Dan yang paling saya suka bila bunyi water fountain di kolam sentiasa mengalir.MasyaAllah,tenangnya! Setenang rumah yang dikelingi sungai.Tentunya,suasana sangat romantis! :)

Bila sampai saja bilik.Aufa lah paling tidak sabar untuk mandi.Pertama kali rasanya saya dapat mandi dengan bebas dan enjoy sekali! Disebabkan privasi ini, anda mahu pakai apa pun boleh.Apa saja.Haha.Yalah,sebelum ini kalau mandi di pool awam kita masih kena menjaga dress code kita,aurat kita,tatatusila kita,kesopanan kita sebagai muslimah.Ecewah! :)

Aktiviti petang pula,kami berjalan di sekitar hotel.Anak-anak sempat bermain di playground.Mereka sangat seronok.Kakak aufa lagilah teruja bila ada playground lagi! Malam pula,kami keluar dinner di Medan ikan bakar Port Dickson.Khabarnya baru saja buka 2 bulan.Cantik juga persekitarannya sama lah macam medan ikan bakar di umbai, Melaka.Alhamdulillah,kenyang makan seafood.Syukur atas nikmat dan rezeki dari Mu,Ya Allah.

Bermalam disini lengkap bersama sarapan pagi untuk dua orang.Waktu pagi kami ke Restoran Duyung.Alhamdulillah,makanan yang disediakan pelbagai dan menyelerakan.Cakap saja mahu makan apa.Semua ada.Roti canai,telur hancur,pasta,macam-macam nasi,dimsum,bubur,roti ,pastry, piedan lain-lain.Ya Allah,memang tak termakan lah semua.Dan paling bagus,restoran ini mempunyai sijil Halal Jakim.Selalunya hotel yang banyak bintang susahlah ada Halal certification.Malah, majority mesti ada menjual minuman keras.Tetapi disini,setin air haram kejadah itu pun kami tak nampak.Alhamdulillah,puas hati dengan Legend sebab amat memelihara sensiviti umat Islam.Kalau tengok pengunjung Arab ramai juga datang ke sini.Abi pun amat puas hati dengan semua servis.Sampai banyak kali sebut,nak datang lagi nanti.Hehe.

Okay,mari menjamu mata gambar-gambar kami di sana.Enjoice! :)




















Ok,terima kasih Abi bawa kami ke sini.Kami sangat seronok.Lain kali kami pasti akan ke sini lagi.Mungkin berdua pula.Anak-anak duduk rumah nenda sekejap boleh?  :)

Tahu tak Hotel/ Resort mana lagi ada private pool seperti legend ini ya? Ada lagi tak?

Selamat berhujung minggu semua.Semoga bahagia dan ceria disisi keluarga tercinta :)

Wednesday, July 6, 2011

My Little Pizza Maker

Salam Sayang,

"A daughter is a day brightener and a heart warmer. A daughter is a little girl who grows up to be a friend "

Dua minggu lepas.Buat aktiviti masak pizza dengan Aufa.Membakar pizza untuk Abi untuk minum petang bersama.Pizza doh ummi beli yang siap di Giant.Balik rumah letakkan tomato puri dan bahan bahannya saja di atasnya.Senang saja.Selain sebagai aktiviti untuknya,dapat memupuk minat ke dapur membantu ummi kelak! Amin....:)


Bahan-bahannya penuh warna warni dan berkhasiat.

Tekun

Menyusun pun penuh kesenian

Akhir sekali.Cheese.Yummy!

Done! My proud pizza maker!

Kita masukkan dalam oven.Bakar selama 30 minit pada suhu 180 celcius ya puan-puan.Okay,saya mahu mandi dulu.

Air tangan Aufa! Dah Masak! Tadaaaa...:)

Lepas Abi sampai,teruja Aufa bagitahu Aufa buat pizza! Kemudian makan sama-sama.Adik adam pun join.nom nom nom.Mulut penuh! 


Yang ini ummi buat untuk raikan Hari lahir adik bongsu.Ada daging cincang lebih buat beef pie hari itu.Jadilah,campur dengan bahan-bahan yang masih ada.Cheese pun tinggal sedikit.Yang penting black olive suka letak banyak-banyak.Kalau makan pizza di restoran,berebut nak ambil bahagian yang banyak black olive yang hanya beberapa ketul! Haha.

Eh,lama tak ke Domino's.Saya suka pizza di Domino's dari Pizza Hut.Tetapi makan pizza air tangan sendiri pun sedap juga,dari asyik makan air tangan orang saja.Hehe.Padahal bukan uli doh sendiri.Masih bukan 100% air tangan sendiri! Haha.

Alhamdulillah atas rezeki Allah.Bersyukur lah padaNya kita dapat menikmati pelbagai makanan pelbagai rasa sedangkan ada insan tidak dapat menikmati sesuap nasi pun.Allah,sudah banyak nikmat Allah beri pada kita.

Sekian.Terima kasih.Marilah buat pizza!

Tuesday, July 5, 2011

Sambal Bali

Salam Sayang,
Lama saya tidak menulis.Sedang sibuk membantu suami menyiapkan kerjanya.Hari ini mahu berkongsi resepi lazat dari turun temurun keluarga kami.Dahulu emak selalu masakkan lauk ini.Saya pernah tanya emak,mana datangnya nama sambal bali itu.Dari Bali kah? Pantai yang terkenal itu? Emak juga tidak pasti kerana emak belajar dari kakaknya di Melaka.Resepi ini memang resepi kegemaran kami di rumah.

Baru-baru ini saya mebaca blog sepupu saya,Kak ain.Baru saya tahu asal temurun dan kisah sebalik resepi ini.Resepi ini dipercayai origin masakan minang dimodifikasi dari keluarga bapa kak ain yang mempunyai susur galur dari Tanah Sumetera.Terima kasih  berkongsi resepi yang sungguh istimewa ini.Disini saya kongsi resepi keluarga kami,Sambal Bali.Terima kasih kak ain.Copy resepi dari blog kak ain.Dasar malas menulis! Haha.

 Tiada cili merah.Umpama solekan tanpa gincu merah.Tak pelah,natural beauty.Haha

Ok,Inilah resepinya,

1) Kisarkan bersama bawang merah dan bawang putih (secawan), kicap masin (secawan), dan cili kering (secawan). Titikkan dua tiga buku lengkuas (sebesar ibu jari).

2) Perapkan bahan kisar dan lengkuas dengan daging atau ayam (sekilo setengah). Masukkan juga asam keping/cuka (secawan) untuk perapan selama sejam (lebih lama lebih sedap).

3) Panaskan minyak, agak agak sesuai dengan cili dan daging yang terlibat. Tumiskan serai (2-3 batang yang telah dititik) dengan daun kari. Tumiskan juga beberapa biji cili hijau atau cili merah Garing, keluarkan cili, tinggalkan serai dan daun kari. 

4) Masukkan bersama mereka bahan yang diperap (daging, dan cili, dsb). Masak hingga daging empuk. Kacau sekali sekala untuk elak daripada hangus.

5) Selepas daging empuk, dan cili garing, masukkan semula cili hijau/cili merah yang digoreng tadi. Untuk hiasan dan aroma. 

6) Selesai masak, tutup api, dan sedia untuk dihidang dengan nasi panas!

Masakan ini sangat komplemen dimakan bersama ikan kering masin yang digoreng garing dan dimakan dengan nasi panas-panas.Selain itu,sesuai juga untuk hidangan hari raya bersama lemang,ketupat atau nasi impit.

Selamat mencuba resepi yang lazat dan istimewa ini!