ads

Saturday, February 26, 2011

Manfaat bermain di playground

Assalammualaikum wbt


Tahukah anda bermain di playground banyak manfaatnya kepada anak-anak.bukan sekadar untuk bersuka ria.bukan sekadar membuatkan mereka gembira.bukan sekadar menghabiskan masa bersama.

Tetapi kajian telah membuktikan playground boleh merangsang pertumbuhan otak,motor skill ,emosi dan kemampuan bersosial mereka."Playgrounds that promote different types of play are vital for a child’s cognitive, emotional, physical, and social development.Playground free play allows children to play any way they choose, supported by a wide range of structures and spaces"

Baca full artikel di benefits of playground for children ages 0-5

Anak-anak memang suka ke playground.Betapa gembiranya mereka...:)

her fav, slide!

adam exploring new thing

cheerful girl

excited face


happy face
adam suka ditimang tinggi tinggi!

Playgrounds adalah penting buat kanak-kanak.Ia memberi kegembiraan kepada anak-anak.kegembiraan ini akan memberi kesan positif kepada perkembangan mereka.

Kami suka playground.Abi dan ummi pun bahagia bila anak-anak seronok.Berpujuk nak ajak kakak aufa balik.seronok betul bermain! Jom kawan-kawan! :)

Selamat berhujung minggu semua! Semoga bahagia dan ceria bersama keluarga tercinta.:)

Friday, February 25, 2011

Bubur ikan salmon dan sayuran

Assalammualaikum wbt

Hari itu shopping lauk pauk.Ummi beli sepotong ikan salmon.nak tukar selera anak tekak anak bujang Ummi.hehe.

Resepi bubur :

1 bj Kentang ( potong nipis)
1/2 bj Lobak merah ( potong nipis)
Kobis bunga ( potong kecil)
Satu inci Halia ( potong nipis)
1/2 potong ikan salmon

Bubur nasi direneh dulu.bila bubur hampir siap.kukuskan sayur dan ikan tadi.lagi senang kalau Ada pengukus sekali dengan periuk nasi/bubur.bila sayur n ikan dah lembut boleh terus tutup suis.
So, sayuran td tak hilang khasiatnya.

Bila baby nak mamam, blendkan semua bahan td dengan bubur kosong td.yummmy!! Alhamdulillah.its rich in protien and omega 3! baby Adam pun suka.Jom tengok aksi Adam makan ;)




Yum..yum..yummy!!



nak suap sendiri jugak!



Ok,Jangan lupa Cuba resepi ini ya semua...;)

Posted using BlogPress from my iPhone-

Thursday, February 24, 2011

Video kesukaan Kakak

Assalammualaikum wbt

Sekarang Aufa ada hobi baru.Turun bawah tengok CD brainy baby.Naik atas suruh bukak komputer.Nak tengok abc dan alif ba ta kat youtube.
Senang ummi nak umpan dia sementara sibuk dengan kerja kita.Hehe.dapatlah ummi buat kerja dengan tenang.Hehe.



Aufa suka sangat tengok video-video from muslim school ni.Comel plak tu.Aufa dah pandai ikut juga.tapi tak dpt semua lagi.



Video ni pun cik kak kecik ni suka. singing alphabet with elmo.comel betul elmo!  :)



Hah,inilah hasilnya.Dah pandai nyanyi ABC!.hehe.

.Tak tengok cartoon dah.Belikan education CD je pasni..Ummi nak tukarlah chanel playhouse disney aufa tu,tukarlah chanel ummi lah.Boleh? hehehe

Friday, February 18, 2011

Kali pertama ke zoo

Assalammualaikum wbt

Cuti Chinese new year lepas, aufa & Adam ikut atuk nenek balik kampung Melaka.

Nenek ajak singgah zoo Melaka.nak bawa cucu tengok animals katanya.atuk iya kan je.
Ummi, mak cik dan mak su pun seronok.sebab mengimbau balik kenangan lama.pergi zoo Melaka masa kecik2 dulu.lama betul dah zoo melaka ni eh..



Kenangan first time aufa ke zoo.sangat excited tengok animals secara live.Tapi Sayang..Ummi tertinggal camera pula.Ada beberapa gambar guna phone je.



Terima kasih atuk dan nenek layan aufa.seronok sgt.hebat, kuat dan gigih atuk nenek pusing satu zoo.Aufa yang muda ni pun complaint penat.Ummi pun lenguh sebab kena carry adam.hehe.atuk nenek lagi lah kan..Walaupun penat tetap bersemangat demi cucunda tersayang.Thank you Allah.Kau berikanlah mereka kesihatan tubuh badan Dan kau panjangkanlah umur mereka..Amin..



Adam pun boleh tahan.excited. Mulut terlopong.mata terbeliak.seronok live tengok animals.sampai badan melonjak nak masuk kandang animals.haha.Adam pun dah kenal animals ya? Sebab suka tengok brainy baby kot..Ada animals dalam tu.next time Adam dah jalan Ummi bawak pergi zoo negara pula ya.tak payah Ummi carry Adam lagi kan.Adam jalan sendiri tau.hehehe.




Jalan balik ke KL,Aufa singgah naik Menara taming sari.dewasa rm10,kanak2 rm5.tapi aufa free of change.best! Tinggi.. Tak takut pun.Tapi kenapa sekejap sgt. 7 minit je...nak lama- lama..Nanti kita naik kapal terbang pula ya..kena kumpul duit dulu sebab aufa dah dua tahun.dah kena bayar tambang sama harga dgn org dewasa! ;)

P/s : Melaka sekarang dah maju.macam macam ada! Kampung sendiri pun tak habis jalan lagi!! :D

Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 16, 2011

Adam and Solid Food

Assalammualaikum wbt

Adam budak kuat makan.He loves food so much! Bila masa makan juga ummi kena bersedia.Adam dah pandai 'karate'.Cepat je tangan mencapai dan menepis! Dan bila makan,adam jadi budak comot! Hehe.

Apa menu Adam? Bila Masuk lapan bulan Adam dah boleh mula makan macam-macam.Sarapan,Adam makan puri buah-buahan Heinz.Paling suka puri epal dan pisang! Yummy!

For Lunch Adam makan bubur ummi masak.Ummi campur sayur sekali.Sayur kegemaran adam ialah lobak.Sedap.Menu bubur nasi saya gilir-gilir antara bilis,ayam,ikan,daging, dan tahu.Saya suka bubur ummi! Eh,semalam saya makan bubur lambuk.Bukan ummi masak tapi dapat dari masjid.Hehe.Sedap sangat.Habis licin saya makan! Alhamdulillah..

For tea time (eceh! ) ,saya makan snack.Biskut Rusks dan apple puffs.Saya suka sebab ia cair bila masuk dalam mulut.Senanglah saya.Saya kan tak tumbuh gigi lagi.Hehehe.

Menu dinner pula sama makan bubur ummi masaklah.Ummi masak bubur saya setiap hari.Tapi kalau tak habis ummi simpan dalam freezer.Boleh makan lagi esok.Jangan membazir.Hehe.

Ini,ummi nak share tipsdan perkara yg mommy lain perlu tahu.Tapi aunty semua expert kan? Sure banyak lagi tips boleh share...

Feeding Tips (6-7 months above)

1.Beri dalam kuantiti sedikit satu dari new food sekali sehari.Beri dalam 4hari untuk lihat tindak balas bayi ( allergic or not )
2. Mulakan dengan satu sudu pada 3 hari pertama.Tambah jumlah sudu pada hari berikut dan seterusnya.
3.Gula dan Garam tidak diperlukan
4.Beri bayi anda makan sayur-sayuran supaya dia belajar menyukainya.
5.Campurkan sedikit susu ibu dalam bubur bayi.

Feeding Tips (8-9 months and above)
1.Tambah teething biskut atau roti lembut sebagai snacks.
2.Elakkan memberi bayi makanan berminyak,bergoreng atau pedas.
3. Beri perhatian lebih kepada makanan yang boleh menyebabkan bayi tercekik
4. Beri jus buah-buahan (tidak manis) kepada manis.Kecuali jus oren dan tomato.
5.Tambah yogurt.Boleh beri keju yogurt.

Seronok dapat makan! Cepat ummi, suapkan saya..

Orang makan aiskrim.Saya pun sibuk nak rasa.Kan dah comot!

Saya dapat rasa juga keledek manis dari cameron Highland.Sedap makan gitu je.Tapi saya kena blend dulu lah.Tercekik nanti.Hehe
Ummi masukkan bayam dalam bubur saya.Saya Tak suka! Ummi kata,tak boleh lah jadi kuat macam popeye camni...

Em..Camne ni..Adam kena biasakan makan sayur hijau tau.Baik untuk kesihatan kita.Sayur juga sebagai anti oksida dan banyak vitamin.Boleh jadi awet muda tau!

Kakak Aufa suka sayur kacang buncit.Eh,bukan.kacang buncis.Hehe.Adam? Takpe,pelan-pelan belajar ya sayang...:)

Baby korang suka makan sayur tak?

Wordless Wednesday # 02

Saturday, February 12, 2011

Aksi anak- anak di pantai cenang

Assalammualaikum wbt

Ingat tak first time Aufa ke pantai? first aufa pijak pasir pantai semasa babymoon vacation di Bagan Lalang.
Masa tu dia takut sangat dengan ombak! Ombak datang dia teriak bukan main.Kelakar sangat!

Di pantai batu feringgi pun still takut lagi..

Kali ini cuba tengok,Aufa macam mana pula?...


lembutnya pasir ni..lari dengan riang ria!
suasana petang di pantai cenang

adam geli pijak pasir.kakak datang bagi sokongan.look,adik.tengok kakak..its so fun! jangan takut..

Hehe.Aufa dah suka ombak! menjerit happy bila ombak datang.Tak menangis lagi...:)
Abi bawak adam ke tengah
Bila datang kat ummi,camnilah muka adam.Cuak! hehe.
Kakak tulis tulis kat pasir..
Esok pagi bangun pagi terus main kat pantai lagi

Adam main pasir.Dia tak geli dah..Good jod dear!

We had so much time at the beach! yeay!!


Baguslah ada perubahan sikit.ombak tak jahat lagi.Hehe.Aufa..Adam..Ombak juga ciptaan Allah.sama seperti kita.Ombak kawan kita kan?.Ombak sentiasa patuh dan taat kepada Allah.Dia sentiasa berzikir mengingati Maha Pencipta..Kita pun kena selalu ingat dan taat pada Pencipta kita,the creator of the universe...ALLAH. we love ALLAH .:)

Anak-anak ummi tak takut lagi.next time boleh bawa lagi...kita mandi kat pantai mana pula lepas ini? InsyaAllah.Ada rezeki abi ummi bawa holiday lagi ok...

Wednesday, February 9, 2011

Adam ketika usianya 8 bulan

Assalammualaikum wbt..

Sepanjang lapan bulan ummi tengok banyak perkembangan hero kesayangan ummi,Muhammad Adam.Seronok dapat lihat perkembangan dia.Sangat teruja bila tengok his first milestones.Cepat -cepat rekod his first milestone moment.Priceless! Excited!

Bila adam semakin maju dalam perkembangannya.Ummi terasa cepatnya masa berlalu.Cepatnya adam membesar...Jangan lah cepat sangat sayang.Nanti ummi rindu baby ummi yang mulus,wangi dan montel.

A healthy breastfeeding baby.Alhamdulillah.

Timbang berat badan terbaru adam ialah 9kg.Susut sedikit.Alhamdulillah,adam masih menyusu badan.Berselera makan.Senang hati ummi bila adam suka makan.Pantang jumpa semua  nak mamam! Tidak ada masalah bab pemakanan.Alhamdulillah.Makin semangat ummi buat bubur untuk adam setiap hari.

Nak makan Nugget jugak!
 
Masuk lapan bulan adam sudah boleh duduk sendiri.Adam mula merangkak.Adam sudah boleh tawaf satu rumah. Adam terkedek kedek comel merangkak sambil merengek cari ummi di dapur.Sudah besar anak ummi.Lagi sekali.Cepatnya masa berlalu.

Adam first crawl on this day ketika bercuti di Penang awal bulan hari tu.
Sekarang Adam masuk phase pulling up iaitu memaut.Pantang ada benda yang boleh dia berpaut.memanjatlah dia.Memaut katil,meja,pintu pagar.Asal boleh.Asal ada peluang untuk berdiri.Badan kita pun dia panjat,nak memaut,nak berdiri.Ya,yang penting sudah lasak.Boys will always be boys,right?

Adam juga bukan mat cool lagi.Sekarang adam sudah menjadi mat cengeng.Hehe.Kerap menangis mahu berkepit dengan ummi.Adam juga macam ada alarm.Bila ummi bangun tinggalkan dia.Dia akan ikut sama terjaga.Mungkin dia kenal bau ummi kot.Ada bau ke? Sedar je bila kita bangun.Mahu ajak ummi tidur sekali agaknya.Hehe

Yang paling kelakar.Adam sudah pandai buli Kakak.Malah,buli balik pun boleh!  Dont play-play with me kakak! Hehehe.

video

Video adam 8 bulan 2 minggu semasa di GBOB.Adam exploring carpet textures,playing ball and crawling.:)

We love you unconditionally,dear! Semoga adam membesar dengan sihat dan bijak.Dan menjadi anak yang berakhlak mulia sama seperti nama yang diberi, Muhammad Adam.Muah banyak-banyak!

Monday, February 7, 2011

Mana mood pergi

Assalamualaikum wbt

Mood blogging saya ke laut.Hehe.Rasa banyak nak menulis.Tapi tidak jadi juga.Datanglah balik wahai mood...Dah lama MC ni.Hehe.Mungkinkah mood blogging saya mahu quit...Mungkin..Entahlah..huhu.

Baru baru saya refer ke nuffnang.Top keyword blog bulan ini ialah persiapan dan persediaan sebelum bersalin. ramai yang membaca entry tersebut untuk rujukan sebelum ke labour room.huhu.Buat mom to be boleh refer juga entry lain

1) checklist for baby and mommy ,
2) details checklist baby and mommy stuff dan
3) checklist beg ke hospital.

Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.Selamat membuat persiapan sebelum bersalin! but enjoy your pregnancy moments! Anda akan merinduinya nanti macam saya..Rindu perut boyot saya! .:)




Dah sampai hadiah menang contest beautiful mom to be by catlinafly.Thanks!
Best juga hadiahnya.photobook voucher.Ummi teringin juga nak buat family photobook especially bila dah berempat ni.InsyaAllah..:)

Wednesday, February 2, 2011

New Year Trip, Langkawi

Assalammualaikum wbt

Percutian kami ke Langkawi memang menyeronokkan walaupun singkat.kami di sana 3 hari 2malam.Dari penang kami terus ke kuala Kedah.Sebenarnya ummi yang request kat Abi nak ke Langkawi.Saya pergi langkawi masa baby tau.Saya cakap dengan mak, tak pernah pun pergi Langkawi.Mak kata,mak pernah bawak dulu masa baby.Padanlah tak ingat! Hehe.Kemudian bila family ada ke Langkawi lagi.Saya sibuk study, kuliah bagai.Tak dapat ikut.So,ummi buat muka kesian kat Abi nak pi Langkawi...Abi pulak dah boring ke Langkawi.sebab dulu selalu ikut her mom suka shopping disana.Boring katanya.Tempat orang tua-tua.Haha.

Saya cakap maybe dulu Mak Abang datang sini memang niat nak shopping.so,kali ni kita jalan2lah..banyak tempat2 best kat langkawi.kita stay kat tepi pantai..bla bla bla..terus jadi.tu yang tersambung cuti ke langkawi..;)

Feri

Berbalik pada cerita.bila Kami sampai ke kuala kedah.nak Cari jetty.banyak 'ulat-ulat' dok mengejar.tak tahulah korang Ada yg pernah kena ke tak.sebab sure ramai yg ke langkawi naik flight kan.kiteorg je kot yg naik feri.;)

Just nak share.hati hati dengan ulat ulat.dorang nak ajak kita parking kat tempat or tanah dorang.pastu caj mahal.my sis hari tu kena masa cuti Sek,rm40 satu malam! Parkingnya pula jauh Dari jetty.so jalanlah kaki angkut beg2 dia..kesian.

So,jangan layan ulat ulat tu.Cari jetty kuala kedah.memang dah tersedia parking kat depan jetty.parking rm15 satu malam.

Ferry setiap satu jam.tiket sorangrm20+.tak ingat pula.perjalanan dlm feri sejam setengah.lama juga.bila nak ke pulau langkawi ni rasa leceh sikitlah.sebab kena mengangkut beg bagai.abi angkat beg.Ummi pegang anak2.kalau pi ramai2,maybe ada yg boleh tolong babysit budak2 ni..;)


Car rent

Masa Kami di Penang Kami dah siap call untuk rent car di langkawi nanti.so,bila sampai dia datang ambil Kami di jetty.
Abi teringin nak bawak 4x4.Harrier ke..Murano ke..hehe.Tapi takde.demand sangat.ekekekek.so,pilih lancer.Nak merasa bawak kereta lain,time ni lah kan.hehe.bukan peak season tak bape mahal sangat ratenya.langkawi pun tak crowded! Itu yang best.Lapang dada..;)


Lancer merah mak ngah didepan Malibest resort


Lokasi penginapan

Tokei car rent tu suggest Kami stay di pantai cenang.happening katanya! Kalau chalet,dia recommend check in di A B MOTEL,MALIBEST,BESTAR.kalau hotel pula dia recommend pilih holiday villa,pelangi mauritius resort.after survey Kami pilih malibest resort sebagai tempat teduh Kami untuk 2 malam ni.;)

Chalet kami.Alhamdulillah..Selesa dan lengkap semua ada.Bath tub je tak de.Tak dapat berendam.Hehehe..


View depan bilik kami.Bukak pintu, nampak pantai..Subhanallah....Indahnya.:)


pantai cenang..pasir pantai putih dan halus.....


suasana malam di pantai cenang.happening! macam2 kedai sepanjang jalan ni. foreign tourist memang ramai kat sini.


Restoran

Pasal restoran jangan risau.kawasan pantai cenang ni penuh berderet dengan restoran.macam macam restoran ada.nasi kandar,western,mexican,seafood..macam2..senang cari makan.keluar bilik,pilih je nak makan apa..Hehe

Sampai sini rugilah tak pekena ikan bakar kan...Untuk dinner kami makan ikan bakar di warung janggus ikan bakar.Esoknya kami ke restoran Difiqa dan restoran hj Jelani. Seafood:)


buncit dan mengah nak abiskan sekor ikan ni.


Tomyam Hj Jelani sedap kow!!.banyak isinya.puas makan.Alhamdulilllah..:)



Shopping




Kalau shopping mesti ke Hj Ismail group kan?siapa tak kenal kedai Hj Ismail group ni.Kami ke sini untuk Borong coklat.langkawi ialah syurga coklat.;).family and friends juga ada yg memesan.coklat yg menjadi pilihan toblerone, Hersey,lindt,twix Dan of course daim kena lebih.memang puas makan coklat.yang paling suka, aufa lah..penggemar coklat tegar! Hehe.

Ok.entry ni memang banyak membebel je ni.sedikit sharing pengalaman kat langkawi dgn korang.cerita berjalan- jalan next entry ok ;)
Have a nice day!

P/s : nak balik Melaka hari ini.balik kampung! Ooo..balik kampung!..;)