ads

Friday, January 28, 2011

My Lil Gardener

Assalammualaikum

Ummi kata saya banyak projek.macam macam projek.ini projek terbaru saya...

Ummi..boleh saya belajar apa yang tiada dalam buku?

Pergilah Sayang...(dah macam iklan kat tv pula)hehe.

Saya budak rajin.Saya tolong Wan siram pokok.

Bukan susah pun kerja ni.Amik air kat baldi ni..

Pastu siram lah.pokok pun haus.Dia pun nak minum air jugak...

Seronoknya siram pokok! Siram lagi.siram lagi..Ummi,jangan lah kacau saya..

Lepas siram,mangkuk jadi topi pulak.baru bergaya!

Aufa! masuk...dah dah..kotor bekas tu,dia boleh pakai pulak..Jom masuk mandi!! Melambung bil air umah wan kang.byk dah main air tu...(pot pet pot pet)...

alamak, ummi dah panggil saya.Bye semua.Happy Holiday everyone..muah!!



Hana Tajima Wave

Assalammualaikum wbt

Siapa Hana Tajima?

Her full name Hana Tajima Simpson which are Tajima for the Japanese daddy, Simpson for the English Mum and Hana the Japanese, became a muslim about five years ago. she is a fashion designer and the person behind MaySaa line. She is Yuna's best friend.And she is married..ramai yang gigit jari...:)


And the most i love is her style! Check out how Hana Tajima express her creativity in urban muslimah fashion.




youtube dia ajar pakai pashmina..ummi dah try style ni masa ke penang hari tu..:)




photo taken from :
stylecovered and you also can 'like' stylecovered in facebook.
Happy covered fashionista!

Wednesday, January 26, 2011

Penang trip day last entry

Assalammualaikum wbt

Adakalanya kita rasa sangat gembira.Kita rasa semuanya indah.Tapi kadang-kadang kita diuji oleh Allah swt.DIA sayangkan kita.Kita hidup di dunia untuk diuji dan keputusannya di Akhirat kelak.Itulah aturanNYA.

Bila Adam tak sihat.Tak dapat sambung pengembaraan upin ipin.Alhamdulillah,adam dah beransur pulih.Ini sambungan dari entry trip penang day 3 dan penang trip day 1 & 2.

13 Jan 2011


Muka bangun tidur dua budak manja.24 jam tak pernah berenggang dengan ummi.itupun masih ketagih perhatian kita.ummi..ummi..ummi as always..even no holiday as a mom.


After breakfast,siap-siap. Bila ada ana-anak, siap dorang bagai pukul 10 jgak keluar.ikut planning hari ni nak tour sekitar batu feringgi pula.Antara tempat-tempat menarik di batu feringgi ialah,

Toy museum

wah,banyak betul collection toys dalam ni.macam-macam ada.dari movie dan animasi yang lama sampai lah yang latest.awesome! tapi keadaan museum macam kurang kasih dan sayang.hehe.lantai dah rosak,daif.just lapik dengan papan playwood.takkan tak le renovate sikit kot.entrance bayar sorang RM10.huhu

Aufa terpegun.banyak betul barbie collection!

adam is my spiderboy! yeah..masa masuk dalam Aufa dah takut tengok macam2 patung besar2 tu.duduk je dalam stroller.hehe.

One family at toy museum!

Masjid Terapung, Tanjung Bungah

Masjid baru di Batu feringgi. terapung macam kat terengganu.Cantik.

Saya tanya orang sini, tempat makan nasi campur.selera kampung la katakan.Baru berapa hari kat penang.Dah teringat asam pedas,ulam,sambal belacan.kecur! Dorang suggest ke medan selera depan masjid terapung ni.

Alhamdulillah,sedap-sedap lauknya.siap tapau nak makan kat bilik nanti.Hehe.


muka puas jumpa nasi campoq!

Then,perjalanan diteruskan.kami ke Butterfly farm pula di Teluk Bahang.Anak-anak tengah tidur.Bila berjalan,senang je tidur.Kat rumah punyalah susah nak tidur.Geram pula.hehe.

Butterfly farm

Tempat menarik seterusnya ialah di Tropical spice Garden.Kat sini jumpa ramai foreign tourist.Memang kami pergi bukan time cuti or school holiday kan.mana nak jumpa malaysian.huhu.

At their shop, banyak juga produk menarik yang made from malaysia spices.ada sabun,perfume,aroma theraphy, krim, minyak pelbagai guna.fringde magnet pun ada! beli jangan tak beli! hehe.

Tropical Spice Garden

Pantai Teluk Bahang cantik juga.kawasan sini sunyi berbanding batu feringgi yang meriah.Ada juga hotel yang dah tutup.tak boleh go on kot kawasan ni.

Pantai di Teluk Bahang

Then kami balik rest di bilik.Petang baru turun semula ke pantai.

cik kak ni lorat nak bawak beg plastik kacang dia jugak

Dad with kiddies

Dua-dua takut ombak! Ombak Jahat! Arggghhh! At first, aufa ok je. Bila Adam start cry,dia pun ikut sekali.

nikmati keindahan pantai...i love beach!

chillin at pool


sebelum naik lif.menyempat lagi!

suka lari-lari siapa sampai bilik dulu.


Nasi Kandar Beratur

Malam itu, kami keluar ke Georgetown.Nak rasa nasi kandar beratur yang femes tu pula.Restorannya sebelah dengan masjid kapitan keling.Buka pukul 10 malam.

saya beratur dalam 15minit ok.:)



nasi kandar beratur,lauk sambal sotong dan kurma kambing! kuah campur! memang worth beratur panjang.lain dari yg lain.Licin!



14 Jan 2011

Last day at penang.sebelum check out.turun mandi pool lagi.Yipppeeee!!


aksi wajib adam mandi manda dalam sink :)

at lobby after check out.sedihnya.gonna miss you, amazing hard rock hotel!

4 of us -2011


Pasembor yang padang kota.ambil 2 udang, satu sotong yg lain tu fishcake,fishball,cucur,sosej.kena hentam rm30 terus! terkejut cek! boleh tahan mahal pasembor ni...kuah rojak je pun.nak merasa punya pasal..tak pelah..burp..Alhamdulillah..

Jeruk Penang.ummi suka jeruk!.adik suggest beli di stesen bas, butterworth.jeruk orang kita buat sendiri dan murah harganya.

Ferry Tour from georgetown to butterworth..Last picture kami di Penang.huhu.terima kasih penang! Saranghaeyo penang!

Ada rezeki jumpa lagi.Tak sempat cari mee udang sg dua dan char kuey teow permatang pauh.jalan..makan..jalan..dan makan jelah bila bercuti ni.Gemok! Kalau korang pi penang,cari lah mee udang dan char kuey teow yg sedap tu ya..Have fun in Penang!

Then ,kami teruskan perjalanan ke kuala kedah.Pengembaraan bersambung ke Pulau Mahsuri,Langkawi..:) Continue later..

Wordless Wednesday # 01


- Posted using BlogPress from my iPhone-

Monday, January 24, 2011

Campak

Assalammualaikum wbt

Hari jumaat lepas Adam dah recover demam.tiba -tiba sabtu malam ( di rumah mil) muka dan badan Adam keluar rashes merah2.

Mil kata Adam kene campak.so,ahad jumpa doc untuk confirmation.badan Adam tak panas.doc suh bg air kelapa.then, bagi ubat sapu gatal.kalau tiga hari tak elok,refer semula.




Bintik Bintat :)

Kesian handsome boy Ummi. cool je.tak cranky tapi tak aktif mcm biasalah. Kesian bila tgk dia menggaru.kalaulah Ummi boleh gantikan Adam.Biar Ummi yg sakit.



sad expression

Si tompok tompok.comel pula.hihi.

Mil kata,Nanti campak keluar sampai tapak kaki baru baik.

Baby korang pernah kene campak tak?

- Posted using BlogPress from my iPhone-

Friday, January 21, 2011

Imaginasi kanak kanak

Assalammualaikum wbt,

Hobi kegemaran aufa ialah melukis.melukis je boleh membuatkan dia 'calm'.bila dia aktif tak terkawal,biasalah tak fokus kat dia. Mula lah dia tunjuk perangai 'baik'.so,bagi kertas dan pensil,diam lah dia..



Hasil lukisan aufa tadi sambil menyusukan adam suruh dia melukis di sebelah.

Itu gambar muka dia.haha.Kita bgtahu dia draw your eyes, nose,mouth,ear,hair..so,inilah hasilnya..kelakar kan? Organs structure and location correct tapi rupanya tak bape tepat lah..herot berot tapi cute! Proud of her!!when she doing their activity, jgn Lupe puji anak sampai kembang..good job!! Clever girl! Wonderful drawing! Hihi



This is her color activity using iPhone.messy and out of line. But she managed to fill up the peguin with color! Hehe.good job dear!


Kusyuk melukis di hotel hari tu.tenang Ummi nak tengok tv.haha.

Aufa belum pernah conteng dinding.except dia pernah conteng handbag Ummi.conteng badan sendiri.huhu.berseni betul.pastu,kenala marah..warn dia, draw on paper. Bukan di tempat lain.huhu.

The benifit of drawing is to enhance their creativity.it also the way to express their feeling.mcn theraphy jugak..

Oklah.short entry for today.Adam still demam.thanks all for pray.hope dia cepat sembuh.menangis Dan cranky je ni...

Cerita pengembaraan upin ipin sambung nanti ya.have a nice weekend everyone!! ;D

- Posted using BlogPress from my iPhone-

Wednesday, January 19, 2011

Hero ummi demam

Malam tadi tiba tiba badan Adam panas.patutlah meragam je.rupanya dia tak sihat.

Tadi lepas makan bubur.ummi bagi makan ubat.pastu terus muntah keluar balik bubur tadi.semalam makan ubat ok je dia telan.ni tak nak telan,dia keluarkan balik.

Bila tak sihat meragam jela dia. Menangis je. Kalau sihat pun dah manja.sekarang,lagilah manjosss.tak leh tinggal langsung.Susah ummi nak buat kerja camni.

Hope esok demam kebah.esok Adam nak attend birthday party Hadi dengan ummi dan kakak..

Semoga hero ummi cepat sembuh...nak tengok dia senyum selalu semula..;) nak tengok dia aktif semula..

Takpelah,adik tarik rambut ummi, cubit2 n***n ummi,lasak hempap2 Ummi..Ummi tak kesah.asal adik cepat sembuh..;)


- Posted using BlogPress from my iPhone-



Penang trip day 3

Assalammualaikum wbt

Sambungan pengembaraan upin ipin dari entry penang trip day 1 & 2..:)

12 jan 2011,

After check out, kami cari restoran,tune hotel tak sediakan breakfast.Lapar.So,pusing-pusing town.Nak cari nasi lemak.kalau tengok pamplet list restoran di georgetown mostly restoran chinese. and india muslim.

Pusing town,jumpa city hall,penang state museum,mahkamah penang..



Queen Victoria memorial clock tower

kapitan keling mosque

Jalan -jalan at town.Ummi perasan banyak rumah ibadah.Kat jalan masjid kapitan keling; ada church,temple,kuil dan masjid kapitan sendiri.Tu yg special,masyarakat pelbagai agama dan boleh tinggal bersama dengan aman.:)




Then jumpa kedai antik ni,sederet dengan bangunan mara.menu dia,mee bandung sedap.nasi lemak dia so so je..english bun dia ok juga..

ummi,where's my foood? adam's porridge so so jugak.sedap lagi ummi masak kan? masuk bakul angkat sendiri.hehe.

Perut dah kenyang.terus ke tempat-tempat menarik di Penang.

Fort Conwallis

Ingat lagi sejarah tak? Sejarah dulu dapat A kan? hehe.
Kubu ni dibina oleh Franchis Light bersama pengiring2 dia untuk mengambil alih pulau pinang.Dulu kubu ni tengah laut.tapi sekarang dah ditambak kawasan sekitarnya.Dah jadi town,Padang kota lama. Betul tak orang Penang? pandai2 je nak jadi cikgu sejarah pula.Hehehe.


peace no war!

Aufa bersama bala-bala tentera bersiap sedia.

Rumah Kelahiran P Ramlee

comel tapi sangat berharga.

Boleh baca sejarah tentang lagenda kita ni dan family dia.Barang2 dan baju beliau pun ada di simpan rapi.

Then,lunch gerai di berdekatan arkib ni.Lepas tu, kami terus ke Batu Feringgi! Yeay!! sampai sana cari hotel nak stay kat feringgi pula.Seperti biasa, Abi nak hotel baru.So,check in ke Hard Rock Hotel,Penang.Ummi tak kesah.Yang penting abi bayar..Hehe.



Hotel design and service really marvellous ! Bilik cantik bangat! best2..:)
Aufa happy.siap menari-nari! hehe.
Aksi mak cik tecit ni bila sampai bilik.Mengemas,bukak tv ( main remote sebenarnya),duduk atas sofa sambil menonton mcm big boss!

Jangan kacau abi nak buat kerja.Abi cuti pun sempat curi-curi masa ngadap kerja.Tapi bestlah,one week abi spent banyak masa dengan kami! Thanks Abi..Happy mode ;)

pool view

lepaking dulu cuci-cuci mata.Haha.Ramai minah saleh.Istighfar banyak-banyak eh..

Yeah!! pool time! Splash Splash!...

Ummi pun excited main air! slide dia paling best.dah mcm waterpark dah.

Badan dah mengigil-gigil tapi nak mandi lagi.lemak badan tak cukup ni.

Malam sebelum dinner.sempat lagi posing dalam hotel.hehe.


hotel deco.baju-baju superstar ditayang kat patung.scary juga tgk patung2 ni.

Ummi suka lampu kat syiling entrance lobi ni.Cantik sgt! tukar-tukar banyak color.



kami dan giant guitar.cantik tak handbag baru saya.hehe.

view from parking

Gurney Drive.

Orang suka lepak-lepak kat tepi ni.Ada banyak gerai berhadapan dengan pantai.macam-macam ada.Pasembor,char kuey teow,satay,laksa.ice kacang..sorry tak bernafsu gambar foodies tak de. tak ambil sebab anak-anak dah tidur.

Ok,sambung lagi nanti..Esoknya jalan2 di sekitar batu feringgi pulak..